9 Perkara Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Boleh dikatakan ramai sebenarnya nak jadi Youtuber lagi-lagi zaman sekarang ni yang susah betul nak cari kerja. Youtuber merupakan kerjaya yang cool, mempunyai masa fleksibel dan paling best sekali boleh jana secara passive income! Tengah tidur pun duit boleh masuk. Jadi mereka pun mencuba-cuba buat video dan upload di Youtube. Tetapi pelik kenapa viewers mereka tak naik-naik. Subscribers tak payah cerita la, lagi payah nak naik.

Sebenarnya silap mereka satu sahaja, mereka tak tahu bagaimana algoritma Youtube itu bekerja. Tak guna juga sebenarnya jika pemilihan niche anda bagus serta buat video yang fancy dan gempak tetapi anda tidak tahu bagaimana robot-robot Youtube ini bekerja.

Oleh sebab pertumbuhan pengguna aktif yang semakin bertambah dari hari ke hari dan kini mencecah 2.6 billion dan ini juga selari dengan pertumbuhan pencipta konten Youtube, maka Youtube telah mengambil keputusan untuk mencipta sebuah ekosistem yang dinamik dan sangat genius yang dapat memberi 2 ways benefit kepada pengguna dan juga pencipta konten.

Maka terciptalah algoritma Youtube ini.

Baca juga :- 11 Idea Jana Pendapatan Pasif Yang Sesuai Dengan Rakyat Malaysia

Apa itu Algoritma Youtube?

9 Perkara Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja

Lebih baik jika anda fahami dulu apa itu algoritma ini dahulu sebelum kita mengorak langkah lebih jauh.

Secara ringkasnya algoritma Youtube ini sebenarnya telah dicipta untuk menganalisis kualiti sesuatu video.

Jika sesuatu video itu bagus, maka video anda akan dipilih untuk diletakkan pada kedudukan yang lagi atas pada halaman pertama Youtube.

Algoritma Youtube ini mengalami perubahan dan pembaharuan pada tiap tahun bergantung kepada faktor-faktor tertentu. Perubahan-perubahan inilah yang akan meningkatkan lagi kebijaksanaan algoritma ini untuk menemukan video-video anda kepada para penonton.

Jadinya lagi mudah para penonton jumpa video anda asalkan anda follow pantang larang yang ditetapkan.

Asas algoritma Youtube yang masih diguna pakai hingga ke hari ini!

Walaupun terdapat berbagai-bagai perubahan dari tahun ke tahun, terdapat tiga asas yang masih digunakan lagi oleh Youtube sehingga hari ini untuk menilai kualiti sesebuah video itu.

Engagement :- Algoritma Youtube ini akan memerhati berapa banyak likes, komen dan berapa ramai yang akan share video anda. Lagi banyak engagement, lagi mudahlah orang nampak video-video anda.

Prestasi : – algoritma Youtube turut mengambil berat prestasi video. Adakah video anda boleh membuatkan penonton menonton sehingga habis? Ataupun sekerat jalan sahaja menontonnya? Bolehkah para penonton akan menonton lagi video anda pada masa akan datang?

Faktor-faktor luar :- Youtube juga menganalisis adakah video anda mampu bersaing dengan pesaing-pesaing anda. Jika video anda kompeten dan setanding dengan video-video lain, maka peluang untuk video anda berada pada top page sangat tinggi.

Selain itu, Youtube juga melihat adakah video-video anda masih releven ataupun tidak pada satu-satu musim tertentu sepertinya musim sukan Olimpik. Sekiranya video anda mendapat kurang klik pada ketika itu, maka makin kuranglah impressions. Lama kelamaan video anda akan kebawah.

Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022

Fahami Algoritma dengan lebih mendalam

Satu perkara yang kita perlu ingat adalah algoritma Youtube telah dicipta untuk penonton sentiasa berada di dalam platform supaya Youtube boleh menjana pendapatan sepanjang video itu ditayangkan. Jom baca dengan lebih lagi!

1. Jangan Buat Content Yang Misleading

Ini sangat merugikan dan tak memberi apa-apa manfaat langsung kepada anda. Youtube menerima banyak aduan daripada penonton bahawa video yang ditonton oleh mereka tidak seperti yang digambarkan dalam tajuk.

Tajuk video bukan main gempak lagi, tetapi apabila penonton menonton video anda, lain pulak. Sebab itu, algoritma terbaru Youtube lebih mementingkan watching time daripada klik. Ramai orang boleh klik, tetapi adakah mereka mampu meneruskan menonton sehingga habis?

Penat sahaja anda buat video panjang berjela, tetapi tiada pengisian. Oleh itu janganlah buat content yang misleading.

2. Mencipta Metadata Yang Efektif

Youtube dapat mengenal pasti video anda semasa anda memuat naik menerusi tags, titles, annotations dan juga description. Oleh itu di sarankan untuk anda kaji dahulu perkataan apa yang sesuai dan menarik untuk video-video anda. Ini akan membantu video anda dikenal pasti oleh algoritma Youtube seterusnya dapat menonjolkan lagi video anda di Youtube.

Untuk mengoktimumkan lagi video-video di Youtube anda, anda disarankan untuk meletakkan keywords pada Channel Youtube. Pastikan keywords yang anda gunakan bersesuai video-video yang anda muat naik. Misal kata anda suka membuat konten tentang kereta sport, jadi letakkan keywords bersesuaian berkaitannya. Supaya dengan cara ini Youtube dapat lebih memahami jenis atau kandungan dalam Youtube Channel anda.

Ini juga dapat membantu Youtube untuk memaparkan video anda di pada bahagian Recommendation pada video lain.

Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! 2022 Proven

3. Youtube tahu segala-galanya dalam video anda

Kalau anda nak tahu sebenarnya robot Youtube itu sendiri cukup bijak membaca informasi-informasi video anda! Tags, titles, annotations dan description adalah sekadar bantuan sahaja untuk lebih memahamkan lagi robot Youtube. Mereka boleh scan setiap detail sepanjang video anda. Anda makan ke, anda interview orang ke, anda mandi kolam ke atau anda buatlah apa-apa sahaja pun tetap Youtube boleh faham.

Sekiranya penonton menunjukkan respon yang positif seperti menonton video anda sehingga habis ataupun memberi rating likes, algoritma Youtube akan rasa lebih yakin dan percaya tentang kandungan di dalam video anda adalah benar dengan cara membanding-bandingkan dengan apa yang difahami algoritma Youtube.

Jika segala-galanya selari dengan apa yang telah dianalisis, next step algoritma Youtube dengan sendirinya memberi access kepada video anda dengan lebih meluas dengan meningkatkan lagi visibility. Senang kata orang akan lebih senang nampak video anda.

Oleh itu, buat video bukan sekadar menarik semata. Tajuk dan konten video mestilah sesuai dan selari.

4. Cuba buat audience anda tonton sehingga habis

Salah satu cara untuk memastikan video mana yang sesuai dengan audience, Youtube telah membuat keputusan dengan cara menganalisis berapa lama watching time seseorang. Ingat ya! watching time atau jangka masa seseorang menonton video adalah sangat penting!

Oleh itu, anda sebagai Content Creator Youtube perlulah membuat video yang menarik dan best supaya audience dapat menonton video anda sehingga habis.

Lagipun anda kena ingat, anda kena bersaing dengan Youtuber lain. Masing-masing berlumba-lumba untuk buat video yang berkualiti. Kalau video anda biasa-biasa sahaja jawabnya Bye bye laa.

Untuk pengetahuan anda, Youtube lebih suka jika view duration video antara 5 hingga 10 minit. Jadinya sumbatlah pengisian yang padat untuk dalam usaha menaikkan ranking video kita.

Jika video anda mempunyai ramai yang menonton sehingga habis, memberi likes dan komen yang banyak, saya ucapkan syabas kerana video anda telah berjaya meninggalkan video-video lain kebelakang dan seterusnya video anda akan lebih nampak pada paparan Youtube audience tertentu.

Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step 2022

5. Upload selalu ke Channel Anda!

Algorithm Youtube lebih sukakan jika anda selalu memuat naik video ke Channel anda. Ini kerana Youtube akan mengenali channel anda sebagai channel yang aktif kerana selalu memuat naik kandungan baru secara berterusan.

Lebih elok jika anda memuat naik setiap satu atau dua hari sekiranya anda mampu.

Selain itu, anda juga boleh buat konten video yang berkait rapat dengan video anda yang lain. Hal ini dapat mengurangkan lagi penonton bertukar arah ke channel lain.

6. Views juga penting

Views (Jumlah penonton yang menonton video kita) sebenarnya penting juga apabila kita bercerita tentang ranking video. Oleh itu, Youtube sangat suka jika views anda lebih banyak atau sama dengan 50% daripada subscriber anda sepanjang 30 hari sebelum ini.

Ini bermaksud, jika anda mempunyai 1000 subscribers, anda perlulah mendapatkan lebih 2000 views untuk satu-satu video anda.

In return Youtube akan lebih suka channel anda dan Youtube sendiri akan memperbanyakkan lagi video anda di browse feed. Oleh itu ini akan mendorong kepada pertumbuhan positif channel anda.

7. Berinteraksilah selalu dengan para penonton anda

Salah satu cara meningkatkan lagi ranking video anda adalah dengan cara selalu berinteraksi dengan para penonton anda seperti berbalas komen di ruangan komen video anda.

Anda juga boleh mengingatkan para penonton anda subscribes di channel YouTube anda. Semakin banyak penonton yang subscribes, maka semakin banyaklah kebarangkalian penonton singgah di video anda.

Berinteraksi dengan para penonton ini nampak simple sahaja, tapi sebenarnya impak yang diberikan sangatlah besar. Copy “thank you for watching!” pada satu komen anda dan paste sahaja pada komen-komen lain, bukannya susah pun.

Kebaikannya, algoritma Youtube akan mengenali anda sebagai Youtuber yang berpotensi untuk menarik lebih ramai berada di dalam platform.

Oleh itu jadilah seorang yang peramah.

8. Share selalu video anda di platform lain

Ramai Youtuber ambil remeh tentang perkara ini. Selalulah share video baru anda ke mana-mana platform seperti facebook dan Instagram. Dalam ramai-ramai yang klik, pasti ada yang akan tengok video anda sampai habis. Selagi mana mereka stay untuk menonton video kita, selagi itu kita dapat kelebihan untuk menaikkan ranking video kita.

9. Fahami dahulu Youtube SEO

Pada tahun 2006, Google telah membeli Youtube pada harga $1.65 billion. Maka tidak mustahil lah kan kenapa enjin carian Youtube memang sangat-sangat berkuasa. Mana tak tumpahnya ke kuah kalau tidak ke nasi.

Anda perlu ingat bahawa search results bukanlah berdasarkan berapa banyak views pada video. Oleh itu, fahami dahulu Youtube SEO untuk meningkatkan lagi rank video anda.

Kesimpulan – Algoritma Youtube :-

Youtube sebenarnya merahsiakan cara-cara bagaimana untuk menaikkan viewers dan subscribers kerana mereka bimbang ini akan merosakkan ekosistem yang mereka telah bina. Kalau semua orang tahu dan lakukan cara yang betul memang susahlah nanti jawabnya. Jadinya mereka pun membiarkan kita semua tercari-cari apakah rahsia tersebut. Maka apa yang anda lihat dalam artikel ini itulah rahsianya!

Untuk menjadi Youtuber yang berjaya dan dapat jana pendapatan yang masyuk dan konsisten setiap bulan, anda wajib tahu dahulu bagaimana algoritma ini bekerja.

Kita semua tahu jadi youtuber zaman sekarang bukanlah semudah seperti 15 tahun lepas. Letak sahaja apa-apa video pasti orang akan singgah. Video masa tu bukan banyak pun, saingan pun kurang. Nak tak nak orang akan tengok juga. Sekarang sudah lain, segala-galanya bergantung kepada strategi supaya orang Nampak dan berpuas hati dengan video kita.

Anyway saya ingin ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi membaca artikel saya. Moga-moga sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjadi Youtuber berjaya! Assalamualaikum

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!