Top 7 kamera bajet untuk vlogger 2023 [Editor pick]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

KAMERA PILIHAN EDITOR πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ“Έ Suka ambil gambar tetapi malas nak buat editing? Saya syorkan Fujifilm XT-4. Sooc (Straight out of camera) yang cukup mantap hasilnya! Yang menariknya, Fujifilm didatangi dengan film simulation yang tiada pada jenama kamera lain. Sudah tentu ia menjanjikan anda keseronokan menghasilkan gambar tanpa perlu susah-susah pun nak edit. 🀩

Top 10 kamera terbaik untuk vlogger 2023
Photo by Matas KΔ—blis

Anda boleh dapatkannya di sini :- Fujifilm XT4

Artikel ini sesuai untuk anda yang baru nak berjinak dengan vlogger dan tak mempunyai bajet yang besar.

Setelah kajian demi kajian maka ini adalah kamera yang terbaik yang telah kami pilih.

Teruskan membaca sekiranya anda ingin menghasilkan kualiti video yang superb!

Anda juga disyorkan untuk membaca Panduan Penting Beli Kamera

The best budget vlogging camera tahun 2023

7. DJI OSMO ACTION III

DJI OSMO ACTION III mampu merakam video 4k 120fps dan sehingga 240fps dalam 1080p yang menjadikan ia salah satu action camera yang gempak bagi saya.

Kamera ini juga mempunyai dua paparan LCD, satu skrin sentuh berukuran 2.25-inch di bahagian belakang dan paparan 1.4 inci yang lebih kecil di hadapan untuk merakam selfie dengan pratonton secara langsung.

Kamera ini juga mempunyai kelebihan pengecasan yang sangat pantas, yang membolehkan bateri dicas sehingga 80% dalam masa 18 minit sahaja yang mampu bertahan sehingga dua jam.

Anda tak usah khawatir kalau nak bawa pergi menyelam sekalipun kerana kamera ini boleh bertahan sehingga 52 kaki di bawah air tanpa memakai bekas tambahan!

Kalau minat merakam video slow mo dan dramatik pun tiada masalah, ini kerana kamera ini juga mampu merakam 8X slo-mo pada setting 1080p.

Anda boleh dapatkan di sini DJI OSMO ACTION III

6. GoPro Hero 11

GoPro Hero 11 didatangi dengan image sensor terbaru yang saiznya lebih besar mampu meningkatkan lagi kualiti imej/video jika nak dibandingkan dengan model GoPro sebelum ini.

Video tak padu bukanlah namanya GoPro kan?

GoPro Hero 11 juga mempunyai video sinematik yang boleh mencapai 5.3K60 dan 2.7K240. Perghh sangat amazing! Memang lawa laa video korang lepas ni.

Bertambah-tambah lagi mantap apabila video korang mempunyai teknologi terkini iaitu HyperSmooth 5.0. Korang lari naik turun bukit takde hal. Masih tetap steady tak gegar.

Bukan itu sahaja, Foto yang dapat dirakam juga adalah beresolusi tinggi yang boleh mencapai 27 megapiksel.

Kalis air? Sudah tentu. GoPro menjamin produk terbarunya ini boleh bertahan pada kedalaman hingga 33 kaki. Sangat-sangat sesuai kepada mereka yang suka scuba diving 😎

Terdapat juga ciri-ciri terbaru seperti night effects yang bagus untuk astrophotography. Taknak cuba-cuba ke ciri-ciri terbaru ni??? ehemm

Seperti yang kita maklumkan, GoPro Hero 11 menggunakan Kad mikroSD. Jadi pilihlah mikroSD yang berkualiti tinggi seperti Sandisk Ultra.

Editor sangat-sangat recommend GoPro Hero 11 kepada vlogger yang mempunyai niche tentang outdoor. Sudah terbukti oleh para pengguna GoPro bahawa GoPro adalah model yang cukup lasak!

Anda boleh dapatkan di sini GoPro Hero 11

Anda juga wajib baca :- Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja

5. Olympus OM-D E-M10 Mark IV

Olympus OM-D E-M10 Mark IV adalah kamera Micro Four Thirds yang body nya nampak lebih kurang seperti mirrorless.

Ia didatangi dengan sensor bersaiz 20MP Four Thirds, 5-axis penstabilan imej dalam badan (sehingga 4.5 stops), skrin sentuh yang boleh flip-down kehadapan bersaiz 3 inch serta dapat merakam video sehingga 4K!

Sudah tentu ia didatangi dengan WIFI + Bluetooth yang membolehkan anda menghantar imej dan video anda terus ke telefon pintar anda.

Bukan itu sahaja, kamera ini dilengkapi dengan sistem auto focus sebanyak 121 points yang memudahkan lagi rakaman anda untuk fokus kepada satu-satu subjek.

Kamera alaf baru biasanya dilengkapi dengan electronic viewfinder samalah seperti kamera ini.

Cuma kekurangan pada kamera ini adalah ia tidak disertakan dengan input untuk microphone. Tetapi tidak mengapa anda boleh mengunakan external recording device seperti Olympus Digital Voice Recorder VP-20 untuk mendapatkan suara yang lebih jelas serta mengelakkan desiran angin.

Anda boleh dapatkan di sini Olympus OM-D E-M10 Mark IV

4. Canon Powershot G7X Mark III

Canon Powershot G7X mark III merupakan sebuah kamera point and shoot yang mesra poket serta ringkas dan keupayaan video yang lebih superb yang telah diubah naik dari model sebelum-sebelumnya.

Dengan sensor CMOS satu inci 20.1 megapiksel yang disokong dengan DIGIC 8 Image Processor, G7 X Mark III mampu memberikan kepuasan tentang kualiti video anda.

Kamera ini direka dengan kanta zum optik dua kali serta penstabilan imej optikal dan focal length 8.8mm hingga 36.8mm.

Dengan itu anda boleh merakam video 4K pada 30 F atau pada 30 atau 120 F pada full HD untuk menjadikan vlogging anda lebih nampk professional.

Bukan itu sahaja, kamera ini mempunyai skrin sentuh LCD berukuran saiz 3 inci tersedia yang boleh dipusing 180 darjah menghadap ke hadapan, jadi anda boleh melihat diri anda dengan mudah semasa anda sedang merakam diri anda.

Mikrofon stereo juga dibina di dalam kamera ini untuk merakam audio. Terdapat juga bicu Mikrofon 3.5 mm yang membolehkan anda menambah external mikrofon untuk kualiti bunyi yang lebih baik dan dapat mengelakkan bunyi yang tidak diingini seperti bunyi angin.

Kamera ini juga mempunyai Wi-Fi dan Bluetooth yang membolehkan anda menghubungkan Telefon Pintar atau tablet anda menggunakan aplikasi Canon camera Connect app yang tersedia di App Store dan Google App.

G7X mark III juga mempunyai ciri strim video secara live ke saluran YouTube anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyambungkan kamera ini ke Zoom, Skype, Facebook dan lain-lain untuk buat live recording menggunakan EOS webcam utility.

Jika anda sedang mencari kamera yang direka khusus untuk vlogging, Canon Powershot G7X Mark III mungkin menjadi pilihan untuk anda.

Anda boleh dapatkan di sini Canon Powershot G7X Mark III

Baca juga :- Cara buat duit dengan menulis Ebook (passive income)

3. Canon EOS M50 MARK II

Canon EOS M50 Mark II ialah kamera jenis APS-C mirrorless yang mempunyai 24.1 megapiksel. Boleh dikatakan ia adalah kamera yang sangat berpatutan harganya untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan vlogger,

Kamera ini didatangai dengan keupayaan 4K, cumanya terdapat sedikit crop 1.6x ketika merakam dalam mode 4K. Ini bermakna sensor kamera mengezum 1.6 kali untuk merakam 4K.

Tidak mengapa sekiranya video anda sedikit “tight”, apa yang menarik tentang kamera ini adalah ia boleh bertukar-tukar lens.

Boleh sahaja anda menggunakan kitlens 15-45mm untuk mendapatkan sudut yang lebar.

EOS M50 Mark II mempunyai keupayaan untuk merakam video secara menegak. Ini memudahkan untuk memuat naik terus ke platform media sosial seperti TikTok dan Instagram tanpa perlu melakukan kerja-kerja editan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menstrim secara langsung terus ke YouTube, Facebook dan laman sosial yang lain.

Yang bagusnya kamera ini adalah skrinnya boleh di putar kehadapan 180 darjah yang memudahkan para vlogger untuk merakam diri mereka sendiri dengan confident.

Anda boleh dapatkan di sini Canon EOS M50 MARK II

Baca Juga :- Cara efektif jual gambar online berdasarkan pengalaman penulis.

2. Sony ZV 1

Sony ZV 1 adalah sebuah kamera kompak yang direka khas untuk kegunaan vlogger. Ia didatangi dengan penstabilan imej yang sangat superb serta mempunyai skrin yang boleh diflip ke sisi.

Dengan adanya skrin seperti ini maka kerja-kerja untuk merakam diri sendiri akan menjadi lebih mudah.

Bukan itu sahaja, kamera ini mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan boleh memuatkan ke dalam poket anda. Kecil kan? Sudah tentu ringan.

Dalam pada itu, sony ZV 1 mempunyai lens yang tetap yang boleh zum in dan out pada jarak 24mm hingga 70mm sahaja. Ini pun sudah cukup untuk kegunaan vloggers merakam konten-konten mereka.

Apa yang lebih menarik lagi adalah kamera ini dapat merakam 4K sehingga 30 FP dan 1080 PPI sehingga 120 FBS dengan hanya mengunakan fixed lens sahaja.

Terdapat autofokus “eye detection” yang boleh memfokus manusia apabila jarak manusia berubah-ubah di hadapan kamera.

Bukan itu sahaja, bukaan aperture sebesar f2.8 mampu menghasilkan bokeh yang smooth. Ini sekaligus dapat menonjolkan lebih diri anda.

Terdapat juga wind screen yang membantu memberikan kualiti bunyi yang lebih berkualiti.

wind screen

Anda juga boleh strim video anda di mana-mana laman sosial dengan lebih berkualiti seperti facebook, youtube dan lain-lain lagi dengan mencucuk USB Type-C di komputer anda.

Anda boleh dapatkan di sini Sony ZV 1

Baca juga :- Idea Jana Pendapatan Pasif Secara Digital Tanpa keluar Modal!

1. Sony A6400

Sony Alpha a6400 adalah sebuah kamera mirrorless yang sesuai untuk kepelbagaian niche vlogger dan menjadi pilihan utama bagi kebanyakan vlogger.

Kebanyakan professional videographer juga gemar beraksi dengan kamera ini oleh kerana fungsinya videonya yang cemerlang.

A6400 berkebolehan menghasilkan video berkualiti 4k 30p dan HD 120p. Tambahan pula, teknologi autofokus yang laju dapat memastikan subjek akan kekal sharp.

Selain itu terdapat juga s log two dan s log three dalam menghasilkan gamut warna yang lebih luas dan “dinamic range” yang lebih padu yang dapat dirakam oleh sensor.

Terdapat fungsi zebra yang membantu anda untuk memberi petunjuk kepada anda cahaya berlebihan dalam memastikan kecerahan yang elok semasa merakam.

Sensor CMOS 24.2 megapiksel aps-c x lebih berfungsi dengan pemproses imej bionik terkini yang menjadikan kelajuan pemprosesan lebih pantas.

Apa yang menariknya tentang kamera ini adalah lens boleh ditukar. Sony menyediakan pelbagai jenis lens.

Kalau nak buat video rata-rata videographer suka lens Sony E 10-18mm f/4 OSS . Kebanyakan vlogger/videographer gemar menggunakan wide lens untuk merakam video mereka.

Kamera ini bukan sekadar mempunyai autofokus yang sangat laju, tetapi yang menarik lagi kamera ini didatangi denga pengesanan muka (face detection) dan pengesanan mata (eye detection) secara automatik.

Anda juga boleh memindahkan video-video anda menggunakan aplikasi mudah alih Sony’s Imaging Edge pada smartphone anda. Apps ini juga turut menawarkan kawalan kamera jauh.

Dengan kualiti video yang sangat baik dengan sentuhan penting monitor skrin sentuh serba boleh dan kanta boleh tukar ganti, serta sistem autofokusnya yang sangat canggih membuatkan Sony Alpha 6400 menjadi pilihan kebanyakan vlogger.

Anda boleh dapatkan di sini Sony A6400

Baca juga :- Cara Memulakan Perniagaan vending machine Secara Passive Income Step-by-step

Jadi nak beli yang mana?

Beli sahaja ikut kemampuan anda.

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih tidak salah pun untuk anda beli yang betul-betul power seperti Sony A7SIII.

Akhir kata, tak kisahlah kamera apa yang anda gunakan, yang paling penting sekali adalah anda kena cipta konten anda dan upload di Youtube!

Selamat maju jaya!

Jangan lupa share!

Assalamualaikum

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Β© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!