Ada yang bertanyakan kepada saya dengan nada yang penuh minat dan serius bagaimana nak mulakan bisnes ini. Kamera sudah ada, alatan-alatan gear yang lain pun sudah cukup. Senang kata tinggal nak buat job sahaja.
Nak shoot majlis penting ini bukan main ketik je. Rosak gambar orang nanti (pakej sekali dapat makian dari client).
Perlu diingatkan ada kamera sahaja tidak cukup. Kamera yang mahal dan canggih sekalipun belum menjamin gambar anda cantik.
Anda wajib kena tahu pelbagai aspek sebelum menerima upahan job dari client (teruskan membaca saya akan terangkan)
Soalnya sekarang ini anda sudah memiliki sebuah kamera tetapi tidak mempunyai pengalaman. Jadi bagaimana untuk mendapatkan pengalaman anda itu?
Anyway, artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sebagai freelance photographer tanpa ada sijil dalam bidang fotografi. Kalau anda seperti saya memang artikel ini khas untuk anda. moga-moga dapat membantu anda!
Baca juga :- Idea Jana Pendapatan Pasif Secara Digital Tanpa keluar Modal!
Mulakan langkah pertama dengan Follow mana-mana photographer
Sekiranya anda mengikuti mana-mana kursus fotografi sudah tentu anda menjalani internship. Dari sini anda dapat merasai pengalaman shoot wedding itu sendiri.
Lain pula bagi yang tidak mempunyai apa-apa sijil dan tetiba ingin lompat ke dalam bidang ini maka anda perlu mencari inisiatif sendiri untuk belajar dari mana-mana jurugambar.
Diingatkan tak semua jurugambar bagi ikut mereka.
ya betul!
Tetapi anda janganlah berburuk sangka dengan mereka. Ada sebab kenapa mereka tidak membenarkan anda follow mereka. Salah satu sebabnya mungkin mereka tidak mahu terlalu ramai jurugambar dalam satu-satu majlis perkahwinan yang akan menyebabkan sedikit gangguan.
Tidak mengapa! Cari sahaja mana-mana jurugambar yang lain.
Ramai sahaja jurugambar yang bermurah hati untuk menurunkan ilmu-ilmu mereka kepada anda.
Rapat-rapatlah dengan mereka di media sosial. Selalu-selalulah tegur mereka agar mereka mengenali anda.
Sekiranya mereka sudah mula nampak selesa dengan anda maka cubalah untuk meluahkan hasrat anda mengikuti mereka.
Once da dapat follow maka timbalah seberapa banyak ilmu dari mereka.
Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step–by-step
Bagaimana nak belajar fotografi tanpa keluar duit sesen pun
Bila anda sudah mula selesa mana-mana jurugambar, maka selalulah bertanyakan soalan kepada mereka. Jangan risau mereka akan lagi suka jika anda bertanya!
Nak belajar sesuatu kenalah merendah hati. Anda boleh meminta mereka untuk komen hasil kerja anda. Jangan berkecil hati sekiranya banyak kesilapan. Kita baru-baru belajar memang banyak buat silap. Itu perkara normal.
Bagi saya, saya tak kisah sekiranya jurugambar-jurugambar newbie ingin bertanyakan tentang gambar-gambar mereka. Saya lagi suka membantu dan tunjukkan apa yang patut buat dan tak patut.
Perasaan teramat-amat gembira itu adalah perasaan yang sangat berpuas hati sekiranya mereka faham tentang sesuatu itu.
Pada awal-awal saya ceburkan dalam bidang ini juga saya banyak bertanya kepada cikgu fotografi saya. Encik Jamaludin Saad.
Tanpa beliau saya tiada di sini. Terima kasih bang.
Bina networking
Anda boleh join mana-mana outing yang dianjurkan oleh jurugambar. Dari sini anda boleh membina rangkaian anda sendiri. Sambil-sambil shoot anda boleh berkenalan dengan mereka.
Seterusnya, menjadi rakan mereka di media sosial bukan setakat untuk sentiasa berhubung dengan mereka malah boleh dikatakan penting juga untuk pembangunan diri kita sebagai jurugambar.
Kenapa saya kata penting?
Ini kerana komuniti fotografi adalah komuniti yang saling support each other.
Apa yang saya paling nampak ketara adalah di Facebook. Walaupun mereka tidak mengenali anda atau jarang-jarang bertegur tetapi mereka tetap akan komen di ruangan gambar yang anda upload.

Komen-komen ini semua adalah penting untuk meningkatkan lagi kredibiliti kita sekaligus dapat meningkatkan kepercayaan kepada bakal-bakal pelanggan kita.
Bukan itu sahaja, algoritma Facebook yang terkini pun akan memberi lebih banyak peluang kepada post anda yang mempunyai engagement yang tinggi agar lebih mudah dilihat oleh kebanyakan orang.
Jom bina rangkaian bersama saya di instagram @shootthebox !!!
Jenamakan diri anda
Create your own brand to your photographer name. Pilihlah nama yang yang boleh pergi jauh dan nampak komersial.
Pada awal saya dalam bidang ini saya menjenamakan diri saya Afiq Sam photography. Selepas itu saya ingin mengorak lebih jauh dan nakkan nama syarikat saya lebih general agar pelbagai bidang boleh duduk di bawah satu jenama.
Saya bercadang untuk buat juga servis videografi maka saya telah menjenamakan syarikat saya semula maka tercetuslah idea untuk menamakan dengan nama Shot The Box.
Banyak jurugambar yang hebat-hebat di luar sana tahu plan mereka seterusnya. Dan mereka mempunyai passion yang tinggi untuk maju dan lebih outstanding daripada orang lain.
Saya percaya anda pun boleh jadi seperti mereka.
Anda juga boleh guna Business Name Generator untuk explore nama-nama yang boleh digunakan untuk penjenamaan syarikat anda sekiranya anda memang betul-betul kering idea.
Bukan setakat jenama sahaja, logo anda juga penting dan perlu berjalan seiring. Buat di Canva pun boleh, ataupun upah sahaja graphic designer untuk buat logo anda.
Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD!
Cara untuk penuhkan portfolio anda pada awal-awal bisnes
Anda sendiri belum mempunyai job. Jadi bagaimana nak penuhi gambar-gambar di portfolio anda (instagram, facebook dll)?
Caranya meminta kebenaran job owner yang anda follow untuk upload gambar-gambar yang anda tangkap di media sosial anda.
Selepas itu jangan lupa tag job owner. Hargai mereka dengan mempromosikan mereka pula.

Cari identiti gambar anda sendiri

Makin lama anda dalam dunia fotografi, maka makin banyaklah anda jumpa berbagai-bagai jenis stail membuat gambar. Ada jenis jurugambar yang suka moody, ada pula yang suka vibrance, ada pula yang suka stail light and airy dan ada pula yang suka main lighting.
Seperti saya suatu ketika dahulu pun berbagai-bagai jenis stail saya cuba. Macam-macam kelas saya masuk untuk belajar buat sesuatu gambar. dan akhirnya saya jumpa yang betul-betul kena dengan jiwa saya.
Di instagram, saya hanya membiarkan gambar yang betul-betul ikut selera saya, dan selebihnya saya delete. Sebab utamanya adalah untuk bagi bakal-bakal client mengenali identiti gambar-gambar saya.
Mereka tahu stail gambar-gambar saya dan sekiranya mereka ingin mengupah saya sebagai jurugambar maka mereka dah dapat agak bagaimana gambar-gambar mereka nanti.
Saya tak berapa gemar style lighting, saya juga tak berapa gemar terlalu cerah sangat seperti light and airy dan terlalu moody. Anda boleh describe tone saya sendiri di instagram Shot The Box.
Fotografi ini adalah seni. Dan seni ini adalah tentang jiwa. Gambar-gambar yang kita cipta inilah yang akan menceritakan bagaimana dan apa yang jiwa kita ingin sampaikan.
Bila anda dah jumpa minat anda, perlahan-lahan anda akan belajar setting camera yang betul supaya mudah anda nak dapat tone yang anda mahukan.
Setiap stail ada setting tersendiri. Kalau salah setting memang sukar untuk anda edit di lightroom.
Ingatlah, proses pembelajaran tidak akan pernah berhenti. Setiap hari anda akan belajar benda baharu walaupun anda dah level profesional sekalipun. Ilmu fotografi ini sangatlah luas.
Carilah inspirasi dari mana-mana sahaja di sekeliling kita. Kebiasaannya saya akan mendapat inspirasi dari artwork orang lain dan melalui bacaan.
Anda boleh ambil inspirasi dari artwork orang lain, selepas itu anda olahkan balik mengikut cita rasa anda pula.
Selalulah bereksperimentasi gambar-gambar anda. Latihan yang sebenar adalah ketika anda menjalankan tugas sebagai jurugambar. Wujudkan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru dengan “try and error”.
Anda juga wajib baca :- Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja
Circle anda
Carilah circle yang mempunyai sama-sama minat dengan stail anda. Lagi baik cari circle yang boleh sama-sama memajukan diri anda. Jenis ini adalah jenis yang tegur direct sekiranya artwork anda tidak bagus.
Pujian itu bagus tetapi kalau terlampau banyak sangat pujian juga tidak bagus. Katakan kepada mereka untuk tegur sahaja anda sekiranya artwork anda ada yang perlu diperbaiki.
Ada sesetengah jurugambar mereka kekal sahaja gambar-gambar mereka. Senang kata tiada improvement. Gambar-gambar mereka agak membosankan walaupun kawan-kawan sekeliling sudah menegur. Kebiasaannya jurugambar sebegini hanya mencari side income sahaja tetapi tiada passion untuk menambah baik gambar.
Satu kali job boleh dapat beribu. Mereka hanya menangkap gambar sekadar mengisi masa lapang sahaja.
Sebagai seorang jurugambar yang mempunyai visi dan misi yang jelas pada masa hadapan, anda kena betulkan mindset anda. Katakan pada diri adakah gambar-gambar yang anda cuba buat sekarang ini masih relevan untuk 5 tahun akan datang?
Dari pemikiran inilah anda akan sentiasa upgrade artwork anda.
Iklankan bisnes anda
Bisnes dan marketing memang memerlukan antara satu sama lain. Anda buat bisnes tetapi tidak menjalankan marketing memang tak boleh pergi mana pun.
Ada beberapa cara yang anda boleh marketkan diri anda.
- Yang pertamanya anda boleh promosikan dengan saudara-mara dan kawan-kawan anda terlebih dahulu. Orang-orang sekeliling kita inilah yang akan membantu menaikkan bisnes kita.
- Anda boleh promosikan diri anda menggunakan ig ads dan fb ads. Anda boleh belajar bagaimana menggunakan medium-medium tersebut di Google dan Youtube. Ataupun masuk sahaja kelas berbayar, lagi banyak input yang anda akan dapat.
- Ada cara lagi cepat iaitu menggunakan tiktok. Algoritma tiktok sangat laju merebak. Ini kerana Tiktok adalah tempat yang baik untuk engagement di khalayak yang ramai. Anda cuma hanya lebih kreatif sahaja bagaimana untuk fyp video-video anda.
BACA: 10 Kerjaya Freelance Yang Paling HOT
Bacaan Tambahan
Sebagai jurugambar, saya amat galakkan untuk anda memiliki sebuah ebook ini iaitu Panduan Memulakan Bisnes Fotografi
Panduan ini merupakan sebuah karya daripada sebuah syarikat jurugambar profesional iaitu Lightworks Picture. Mereka telah berkongsi pengalaman mereka berkaitan dengan bisnes fotografi yang mampu memudahkan liku-liku anda untuk berjaya dalam bisnes fotografi ini.
Panduan ini akan memberi tunjuk ajar anda bagaimana dan apa yang perlu anda buat sebagai seseorang yang baru dalam bidang ini.
Daripada kita langgar dinding banyak kali, lagi baik kita belajar dari orang lama.
Apa yang lebih menarik lagi adalah buku ini berkongsi rahsia bagaimana untuk mengembangkan bisnes ini ke tahap yang lebih professional sekaligus berkongsi trick bagaimana untuk mendapat job besar!
Buku ini sangat sesuai kepada anda yang tiada apa-apa sijil fotografi sekalipun untuk memulakan bisnes fotografi ini.
Dengan hanya RM 30 sahaja anda mampu menjana income beribu-ribu ringgit.
Sekiranya anda berminat anda boleh klik pautan di bawah 👇👇👇
Panduan Memulakan Bisnes Fotografi
Panduan Memulakan Bisnes Fotografi
Panduan Memulakan Bisnes Fotografi
Terima kasih membaca!
Saya doakan anda semoga berja dalam bisnes ini.
Assalamualaikum
Adakah anda rasa artikel ini berguna? jika ya jom share! 👇