12 Tips Mudah Lulus Permohonan Google Adsense Hanya Sekali Submit

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan bagaimana blog saya werksbite.com yang berusia 6 bulan berjaya lulus Google Adsense dengan hanya sekali submit sahaja!

Untuk pengetahuan semua, Google sekarang ini telah mengetatkan lagi syarat untuk meluluskan Google Adsense. Tidak seperti dulu yang lebih mudah untuk anda melepasinya.

Follow sahaja tips yang saya kongsikan, In syaa Allah anda juga boleh lulus.

12 Tips Mudah Lulus Permohonan Google Adsense Hanya Sekali Submit
Syukur!

Bagi mereka yang sudah mempunyai website dan mahu meningkatkan lagi trafik website anda, anda boleh baca pautan ini :- 15+ Cara Efektif Meningkatkan Trafik Website Dengan Mudah

12 Tips yang simple tapi power nak lulus Google Adsense!

1. Pilihan niche yang tepat

Perkara paling penting sekali adalah pemilihan niche.

Niche adalah kandungan apa yang anda bawakan di dalam website anda. Seperti website saya ini lebih tertumpu kepada tentang teknologi (lebih kepada komputer), internet dan buat duit.

Sekiranya anda menulis tentang perkara-perkara yang merbahaya seperti senjata, dadah dan lain-lain, maka lupakan hasrat untuk lulus Google Adsense, silap-silap website anda akan di banned selama-lamanya. (Selanjutnya boleh baca di sini :- Google Policy)

Niche yang salah akan membawa kepada kegagalan permohonan Google Adsense.

Jika anda memilih niche yang terlampau banyak website lain gunakan pun akan menyulitkan lagi permohonan anda.

Ini kerana Google menganggap konten anda adalah tidak asli walaupun anda menulis dan segala-galanya anda buat sendiri.

Namun, kebarangkalian nak diluluskan pun boleh jadi tinggi sekiranya konten anda adalah eksklusif, lain dari yang lain.

Anda boleh sahaja bawa topik kesihatan, travel, parenting, bisnes, hiburan dan lain-lain asalkan segala-gala isi adalah lain.

Ramai sahaja yang telah buat niche seperti saya sebutkan tu, yang membezakan kita adalah tentang “unik”.

Unik kah konten anda? Tanyakan pada diri sendiri.

Seperti saya, saya bawakan niche tentang teknologi. Seperti yang kita tahu teknologi adalah luas, maka saya fokuskan kepada komputer sahaja.

Lebih terperinci lagi saya fokuskan lagi kepada sistem komputer kerana saya lebih mahir tentang ini.

Jadi ini membuatkan website saya sangat berbeza dengan website lain.

Ditambah pula dengan gabungan niche ilmu internet dan buat duit.

Akan nampak berbeza!

Carilah niche anda sendiri, yang penting jangan tulis yang bukan-bukan.

2. Kandungan Berkualiti Tinggi Adalah Penting

Sesetengah blogger baru berpendapat kandungan biasa-biasa pun tidak mengapa. Asalkan ada artikel sudah cukup syarat untuk lepas Google Adsense.

Salah tanggapan anda!

Ini kerana Google beranggapan konten yang hanya sekadar konten dianggap sebagai spam sahaja.

Sekiranya Google mendapati anda copy paste konten daripada website lain maka lupakan hasrat untuk melihat artikel anda di rank di Google (Jangan cari, memang tak jumpa pun~). Dan jangan pernah bermimpi website anda untuk lulus Google Adsense!

Google algorithm semakin hari semakin bijak, jadi berhati-hati. silap-silap website anda boleh di banned dari Google nanti.

Dengan kata lain, kandungan yang berkualiti adalah artikel yang disampaikan mestilah perlu memberi sesuatu kepada pembaca dan topik yang dibawakan mestilah unik.

Nak bawak topik yang sama macam orang lain pun tidak mengapa asalkan ada pembaharuan idea dan lain daripada yang lain.

Ciri-ciri lain artikel yang berkualiti adalah :-

  1. Mesti ada pengenalan, tajuk kecil (subheading), pengolahan isi yang padat berinformasi serta diakhiri dengan penutup.
  2. Ada internal links dan external links.
  3. Gunakan ayat yang baik, santai dan elakkan guna ayat macam budak-budak wechat.
  4. Konten tidak kurang daripada 600 patah perkataan. Namun saya meletakkan syarat yang dimana artikel yang saya tulis adalah mesti lebih daripada 1500 patah perkataan untuk melawan artikel-artikel dari website lain. Lagi banyak lagi bagus untuk mendapatkan ranking yang tinggi di halaman Google.

Mungkin ebook Sukses Writer juga mampu membantu anda.

3. Wajib ada halaman penting

Google meletakkan syarat untuk mempunyai halaman-halaman penting seperti Sitemap, About Me, Contact, Privacy Policy, Terms & Conditions dan Disclaimer untuk meluluskan permohonan Google Adsense anda.

Kenapa penting halaman-halaman sebegini :-

  1. Dapat membantu membangunkan kredibiliti terhadap website anda.
  2. Membina instant trust kepada pelawat-pelawat.
  3. Membantu para pelawat untuk lebih memahami tentang website anda.

Bukan setakat Google Adsense sahaja, affiliate platform yang lain juga akan tengok halaman-halaman yang penting ini untuk meyakinkan mereka join venture dengan anda.

Oleh itu penting untuk ada halaman-halaman ini.

Hubungi, Privacy Policy, Terms of Service (Terms & Conditions dan Disclaimer) yang terdapat pada footer werksbite.com

Terdapat banyak platform yang boleh generate Privacy Policy dan Terms of Service di internet. Kebanyakannya adalah percuma.

Saya menggunakan privacy policy generator. Masukkan sahaja butiran-butiran anda, selepas itu secara automatik ia akan dijanakan dengan sendiri. Seterusnya copy dan paste di halaman website anda.

Sangat mudah.

4. Template blog yang responsive

Website yang bagus tak perlu nampak terlalu fancy sangat pun, asalkan mempunyai navigasi yang jelas untuk memudahkan orang explore website anda.

Seperti biasa, website wordpress yang baru akan menyediakan default theme yang nampak terlalu simple, kosong dan susah untuk kita hiaskan.

Tak payah pening-pening kepala nak dekorasi website dari kosong, gunakan sahaja Elementor. Elementor ada sediakan fungsi secara percuma, namun fungsi-fungsinya adalah terhad. Nasihat saya gunalah Elementor Pro.

Banyak pilihan template yang di sediakan adalah rekaan terkini dan moden, pilih sahaja dan selepas itu anda boleh customize sendiri mengikut kehendak anda.

Website saya, werksbite.com pun menggunakan Elementor pro. Boleh dikatakan senang nak guna dan user-friendly.

Just drag and drop sahaja, sangat mudah untuk digunakan.

Menurut sumber, rekaan website yang teratur dan tak berserabut mampu menurunkan bounce rate yang bagus untuk meningkatkan lagi engagement kepada website anda.

Jadi lagi baik buat website yang minimalist.

Bukan itu sahaja, website yang responsive juga di mana pengguna dapat melayari dengan selesa di telefon dan tablet. Namun anda jangan risau dengan Elementor Pro, template yang disediakan sangat fleksibel.

Kita kena ingat, pengguna smartphone dan tablet adalah jauh lebih ramai jika nak dibandingkan dengan pengguna pc.

5. Buat sekurang-kurangnya 10 artikel

Sebenarnya tiada capaian standard berapa jumlah post yang perlu anda buat. Ada yang kata 10-15 artikel, ada pula yang kata sekurang-kurangnya 30 artikel.

Tetapi saya pernah terbaca untuk melayakkan website anda lulus mestilah mempunyai jumlah patah perkataan 10000-15000.

katakan satu artikel 1500 patah perkataan.

1500 X 10 artikel = 15000 patah perkataan.

maka betul lah anda boleh lulus dengan 10 artikel seperti yang mereka katakan tetapi dengan artikel yang panjang lebar.

Sewaktu saya submit permohonan Google Adsense jumlah artikel saya adalah 20 sahaja.

Jadi saya meletakkan 20 artikel adalah jumlah yang selamat. Lagi banyak lagi bagus, kerana Google berpendapat anda berkomited dengan website anda.

Bukan itu sahaja, kesemua artikel yang anda buat mestilah berkualiti. Lagi baik jumlah perkataan adalah sekitar 1500-2500.

Kalau website anda ada 100 artikel sekalipun belum tentu Google luluskan sekiranya konten anda tidak berkualiti.

6. Website berusia 6 bulan

Google menetapkan syarat untuk orang Asia di mana umur website anda mestilah lebih daripada 6 bulan untuk melayakkan website anda lulus Google Adsense.

Google mengambil langkah ini untuk membasmi website scammer yang tumbuh macam cendawan yang merbahaya kepada para pengguna.

Sekiranya trafik pada website anda rendah ia bukanlah satu isu yang besar.

Sewaktu saya submit permohonan, website saya baru sahaja mempunyai 1000 pengunjung sebulan. Namun saya tidak sangka dengan jumlah yang sebegitu mampu lulus Google Adsense.

Saya tidak pasti berapa anggaran trafik paling rendah kerana saya tidak menjumpai mana-mana blog yang menyatakan sedemikian.

Cuma saya boleh katakan 1000 pengunjung sudah cukup kriteria untuk anda lulus Google Adsense.

Baca Juga :- 9 Perkara Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja

7. Gunakan host yang bagus

Google menitikberatkan kepantasan satu-satu website. Ini kerana website yang lembab akan menjejaskan pengalaman pengguna.

Macam kita juga, kita pun akan bosan menunggu jika website yang kita kunjungi sentiasa loading. Ini juga sekaligus akan memberikan kesan yang tidak baik kepada SEO anda.

Untuk mencapai kelajuan yang baik, saya sarankan anda guna host yang bagus.

Secara personalnya, saya merupakan pengguna Hostinger. Bagi saya untuk kegunaan website-website blog sudah cukup pantas dan dengan harga yang ditawarkan pun murah.

Yang penting sekali senang nak guna dan senang faham serta mempunyai customer service yang bagus. Ada masalah contact sahaja mereka.

Dan yang paling best sekali anda boleh dapatkan domain secara percuma sekiranya anda memilih Premium Web Hosting atau Business Web Hosting.

Saya sarankan anda guna Premium Web Hosting kerana sudah cukup untuk personal website.

Untuk mendapatkan tawaran diskaun Premium Web Hosting anda boleh klik sahaja pada pautan ini untuk terus ke halaman diskaun :- Discount Hostinger

8. Tiada iklan lain sewaktu memohon

Sekiranya permohonan anda di reject dan anda kurang pasti apa masalahnya, nasihat saya cuba anda buang dahulu sebarang iklan yang anda sudah letakkan di website anda.

Ini kerana sewaktu observer Google Adsense sedang meneliti website anda takut-takut mereka menganggap website anda dipenuhi dengan spam dan mereka takut jika anda tidak menggunakan Google Adsense sekiranya mereka luluskan.

Ini kerana Google mengehadkan kuota Google Adsense untuk simpanan data yang terhad. Jadinya mereka menapis dengan meletakkan kriteria-kriteria yang ketat.

Sewaktu saya ingin memohon, segala banner klikjer dan segala iklan affiliate marketing saya hentikan dahulu sewaktu proses permohonan.

Setelah mereka meluluskan, saya letakkan balik mana-mana iklan yang saya buang.

Biasanya proses permohonan Google Adsense adalah sekitar satu hingga dua minggu sahaja.

9. Elakkan guna gambar-gambar copyright

Jika anda pernah muat turun mana-mana gambar daripada Google dan meletakkannya di website anda, nasihat saya buang dan gantikan dengan gambar yang baru.

Ini kerana ada kemungkinan besar Google AdSense tidak akan meluluskan permohonan anda. Lebih parah lagi, para pemilik gambar boleh menyaman anda kerana anda telah dianggap sebagai pencuri.

Sekiranya anda tidak mempunyai bajet untuk membeli gambar daripada online stock photo, ada dua website yang anda boleh gunakan untuk muat turun gambar secara sah tanpa perlu membayar iaitu pixabay dan pexel.com.

Namun gambar-gambar yang disediakan adalah terhad. (Benda percuma memanglah ada kekurangannya).

Oleh itu Shutterstock.com merupakan pilihan kedua sekiranya anda mahukan pelbagai jenis gambar yang ingin diletakkan di website anda. Namun anda perlu melanggan pelan-pelan untuk merasai gambar-gambar yang exclusive oleh kerana Shutterstock perlu membayar royalti kepada jurugambar.

Baca juga :- Tips effective jual gambar online berdasarkan pengalaman penulis.

10. Sentiasa muat naik artikel anda

Sebenarnya lama saya tinggalkan website saya terbiar begitu sahaja dan lama saya tak update apa-apa selama 2 bulan oleh kerana sibuk dengan kerja harian semasa awal-awal website ini ditubuhkan.

Sewaktu itu saya hanya mampu mencipta 12 artikel yang berkualiti tinggi yang di mana jumlah perkataannya adalah sekitar 600 – 4000.

Semasa masuk bulan kelima baru saya upload artikel saya bertubi-tubi sehinggalah genap 20 artikel.

Satu minggu 2 artikel yang saya buat.

Bilamana website saya mula genap 6 bulan maka pada waktu itu saya terus submit permohonan Google Adsense.

Dalam proses permohonan itu juga saya masih upload artikel yang baru untuk menunjukkan yang website saya ini aktif.

11. Website anda selamat

Memastikan website anda selamat digunakan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mendapatkan kelulusan daripada Google.

3 tips untuk secure website anda :-

  1. Pastikan webhost anda selamat. Guna sahaja Hostinger, ini kerana ia datang dengan SSL, monitoring, firewalls serta Cloudflare dan automatik backup yang bagus untuk ciri-ciri keselamatan website.
  2. Pastikan software dan plugins anda dikemaskini untuk mendapatkan update terbaru daripada mereka.
  3. Gunakan two factor authentication untuk login

Keselamatan website juga penting bukan sahaja untuk kelulusan Google Adsense malah untuk melindungi website anda dari serangan hackers.

Baca Juga :- 12 Cara menambah subscriber Youtube secara organik dan efektif 

12. Tolong jangan gunakan kaedah Black Hat SEO

Apakah yang dimaksudkan dengan Black Hat SEO?

Black Hat SEO adalah kaedah untuk meningkatkan lagi trafik pada website anda dengan cara tidak sah iaitu melanggar terms and condition Google.

Mereka memanipulasikan Google Search Engine untuk meningkatkan lagi trafik sekaligus melonjakkan lagi ranking website mereka di Google.

Sebenarnya ada lebih kaedah Black Hat SEO ini namun saya senaraikan tiga sahaja :-

  1. Spam komen

Menyebarkan link website mereka pada ruangan komen di website sesiapa. Sekiranya perkara ini terjadi pada anda, anda boleh filter komen yang masuk ke artikel anda. Komen yang pelik-pelik delete sahaja. Selain itu, anda boleh install plugin Akismet Anti-Spam di wordpress.

Mereka menggunakan software khas untuk menyebarkan link ke banyak tempat.

  1. Spinning

Merupakan teknik plagiarism konten. Mereka menyalin menggunakan software tertentu sehingga nampak sebiji seperti konten asal. Ini akan mengelirukan Google sehingga menganggap konten mereka adalah konten yang asli.

  1. Private Blog Networks (PBN)

Private Blog Networks (PBN) adalah di mana seseorang membeli domain yang sudah lama dan expired secara banyak seterusnya menghidupkan kembali dan digunakan untuk tujuan membangunkan website utama dengan backlink.

Oleh yang demikian, buatlah artikel yang berkualiti selari dengan mengoptimumkan SEO untuk menaikkan trafik website secara organik dan sah.

Kalau dah kena banned sia-sia jer.

Conclusion

Sekiranya anda follow 12 tips yang saya kongsikan di atas In syaa Allah Google akan meluluskan permohonan AdSense anda.

Ini kerana kesemua yang saya kongsikan tersebut adalah apa yang saya praktikkan.

Sekiranya website anda tidak lulus Google Adsense, anda jangan risau, cuba lagi.

Dalam pada itu anda juga boleh memperbanyakkan source income anda dengan affiliate marketing.

Namun dengan adanya Google Adsense anda dapat menambahkan lagi pendapatan anda melalui website anda.

Apa-apa pun kena bersabar. Membangunkan website merupakan long term passive income.

“Buat sekali, untung berkali-kali”.

Insyaa Allah rezeki milik anda don’t worry, yang penting berusaha sahaja.

Itu sahaja yang saya kongsikan dalam artikel ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila tulis di ruangan komen.

Jangan lupa share!

Assalamualaikum.

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!