Tips effective jual gambar online berdasarkan pengalaman penulis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Jual gambar di internet? Pernah dengarkan? bisnes ini bagi saya bukanlah sesuatu yang baru lagi. Orang Malaysia ramai dah kenal dah pun. Cuma orang kita ramai tak cebur dalam dunia jual-jual gambar secara online ini. Saya mempunyai rakan-rakan yang hanya menjual gambar dan footage (video pendek) di stock photo secara full time. Pendapatan mereka boleh dikatakan mencecah 5 angka sebulan! Memang banyak.

Saya pernah juga dengar mitos mengatakan jual gambar online perlu menjadi professional photographer dan perlu ada segala gear kelengkapan yang canggih dan mahal-mahal. Sebenarnya tidak benar sama sekalipun! Guna smartphone pun boleh taw! Jom baca pengalaman dan tips bermanfaat saya selama 5 tahun jana duit tepi secara pasif yang mampu membantu melonjakkan sells jual gambar anda.

Berapa income yang saya dapat?

Berapa yang saya dapat? Tak bolehlah bagitahu haha. Pendapatan saya tidaklah sebanyak seperti rakan-rakan saya, namun cukuplah untuk membayar bil kereta, telefon, dan segala keperluan asas yang lain untuk sebulan. Lagipun saya bukanlah buat fullltime stock photography.

Sudah 6 bulan sebenarnya saya tidak upload gambar-gambar terbaru saya tetapi jualan saya masih tetap konsisten pada setiap bulan. Buat kerja sekali je, and the rest anda boleh duduk goyang kaki dan tunggu duit masuk, sambil-sambil buat susu anak pun boleh dapat duit, layan kambing kat belakang rumah pun boleh dapat duit. Nak tahu caranya? Baca artikel ini sampai habis saya akan kongsikan nanti. Tapi anda kena ingat ini bukanlah suatu skim cepat kaya. Nak kaya cepat jadi scammer (sekadar berjenaka! jangan buat)

Baca juga:- Cara terkini buka akaun cds step-by-step untuk jual beli saham secara online

Kenapa perlu menjual gambar di photo stock?

Tips effective jual gambar online berdasarkan pengalaman penulis.
gambar free dari microsoft thank youu!
  • Jadikan ROI untuk phone anda

Sayang jika anda tidak menggunakan smartphone anda sebaiknya untuk menjana sumber pendapatan. Anda tidak perlu mempunyai kamera DSLR yang canggih-canggih untuk menjual gambar-gambar anda. Cukup sekadar kamera smartphone sahaja anda boleh jana pendapatan dalam USD! Jadikan ia sebagai Return On Investment (ROI). Dalam beribu-ribu keping gambar di dalam phone pasti ada yang gambarnya elok dan boleh menjana pendapatan.

  • Pasaran yang luas

Jualan dari seantero dunia!

Seperti yang kita tahu, kesemua platform menjual atau membeli gambar mempunyai pasaran antarabangsa yang sangat luas. Oleh itu akan ada ramai pembeli yang berpotensi yang sentiasa menantikan gambar-gambar unik dari anda. Shutterstock sahaja mempunyai pelanggan yang aktif lebih daripada 1.9 juta (semasa artikel ini ditulis). Ambil peluang di sini untuk jana pendapatan pasif anda.

  • Menjana pendapatan pasif dalam USD!

Dari terbiar saja gambar-gambar anda bersarang dalam gallery, lebih baik  anda menjual gambar anda secara online dan menjana pendapatan dalam US Dollar. Anda upload, gambar anda approve dan anda tak perlu buat apa-apa selepas itu, tahu-tahu sahaja notification jualan masuk!(Bersinar-sinar mata anda melihat duit nanti).

Baca juga :- 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful

Ada masanya anda akan pelik gambar biasa-biasa sahaja tetapi ada juga orang beli. Tetapi ia tidak mustahil dalam dunia stock photo. Cuba anda lihat antara gambar-gambar saya terjual di bawah ini, sekeping gambar secawan teh sahaja mampu menjana 27 US Dollar! Kalau ditukar ke Ringgit Malaysia akan berharga sekitar RM 110. Gambar-gambar saya di bawah ini juga saya tangkap menggunakan smartphone sahaja bukan DSLR. Bancuh teh dan tuang di dalam cawan bukannya susah manapun kan?

Gambar ini ditangkap menggunakan sekeping kertas sahaja sebagai background  sambil di sinari matahari tepi tingkap.
Gambar biskut Hup Seng je pun boleh terjual.
Spatula harga bangsawan RM 80!
Compass dan magnet saya beli kat mr. Diy jerr, tak sampai RM 7.

  • Gambar anda bernilai tinggi

Walaupun terdapat free site yang anda boleh muat turun gambar berkualiti tinggi secara percuma sepertinya freepik.com, namun anda jangan risau kerana para-para penulis artikel, surat khabar, gambar di billboard dan buku malah siaran tv juga sangat-sangat memerlukan gambar anda walaupun mereka sanggup berbayar. Ini kerana gambar-gambar yang berbayar mempunyai kredibiliti tersendiri yang mampu menaikkan nilai content mereka. Cuba anda bayangkan gambar sehelai daun pun boleh terjual.

  • Rasa teruja bila terjumpa gambar sendiri

Sebenarnya sudah banyak kali saya terserempak dengan gambar-gambar saya di website luar negara mahupun dalam negara secara tidak sengaja. Dan saya pun pernah terserempak gambar saya di kaca television! (Tak sempat nak tangkap gambar sebagai bukti). Timbulnya rasa terharu dan sangat-sangat dihargai walaupun gambar kita tidaklah sehebat manapun. Gambar di bawah ini adalah salah satu gambar saya yang saya terjumpa di website luar negara.

Serius saya rasa sangat teruja bila ternampak gambar-gambar saya di merata-rata tempat! Anda boleh lihat gambar saya di sini :- Around the World in 80 Desserts Gallery

Platform apa yang paling terbaik dan buat duit lagi masyuk?

  • Shutterstock

Memang benar seperti yang sedia maklum Shutterstock adalah platform terbesar jika nak dibandingkan dengan yang lain-lain.

Semenjak Shutterstock mengamalkan polisi pembayaran royalti terbaru mereka pada tahun 2020, mereka mengurangkan lagi pembayaran royalti jika nak dibandingkan pembayaran dahulu yang anda boleh dapat sekurang-kurangnya $0.25 untuk sekeping gambar.

Pecahan pendapatan dari Shutterstock

Semakin tinggi jualan gambar dan video anda, semakin tinggi levels yang anda akan duduki dan semakin tinggilah commission yang anda akan dapat. Ini membuatkan bayaran terbaru yang kurang menarik.

Tetapi nanti dulu! everage jualan saya di Shutterstock tetap maintain walaupun Shutterstock mengurangkan kadar royaltinya! Hal ini kerana Shutterstock mempunyai pembeli yang besar di seluruh dunia dan banyak pakej jualan ditawarkan di Shutterstock (pelbagai-bagai license untuk sekeping gambar menjadikan harga-harganya berbeza-beza). Anda jangan risau kerana anda kena ingat 2 benda sahaja :-

  1. Ia bermain dengan numbers. Semakin tinggi gambar dalam portfolio anda, semakin tinggi potensi untuk gambar anda terjual.
  2. Gambar mesti kena ada kualiti walaupun menggunakan smartphone!

Menurut Shutterstock, mereka telah membayar lebih daripada 1 billion USD kepada contributors!

  • Adobe Stock

Namun Adobe Stock membayar anda lebih untuk licence gambar  yang paling murah jika nak dibandingkan dengan Shutterstock.

Adobe Stock membayar royalti untuk sekeping gambar sekurang-kurangnya $0.66. Shutterstock pula membayar anda sekurang-kurangnya $0.10 bagi sekeping gambar yang di download oleh pembeli.  

Anda akan mendapat 33 peratus bagi setiap jualan gambar anda. Dan 35 peratus untuk video.

Anda akan dapat email seperti ini bagi setiap gambar anda terjual di Adobe Stock

Tetapi gameplay bagi Adobe Stock ini ada sedikit berlainan. Jika di Shutterstock anda boleh sahaja memuat naik gambar anda secara sooc (terus dari smartphone) tanpa melakukan kerja-kerja editan dan tetap masih ada orang membeli gambar-gambar anda walaupun biasa-biasa sahaja, namun untuk mendapat jualan yang lebih tinggi di Adobe Stock, anda perlu melakukan sedikit usaha lagi dengan melakukan kerja-kerja editan untuk memberi gambar anda lebih menarik.

Hal ini kerana target market bagi Adobe Stock adalah lebih kepada designers. Ia lain pula bagi Shutterstock yang target market mereka adalah lebih pelbagai. Ini adalah sebahagian gambar-gambar saya di Adobe Stock :-

Antara gambar-gambar saya di portfolio Adobe Stock

Gambar yang berkualiti akan lebih mudah terjual. Oleh itu anda perlulah mempelajari basic editing fotografi untuk memberikan gambar anda lebih menarik.

                Untuk melakukan kerja-kerja editan dismartphonesaya mempunyai aplikasi kegemaran saya yang boleh di muat turun di google store dan app store sepertinya Lightroom, snapseed dan juga anda boleh gunakan Picsart juga.

                Anda seharusnya perlu mengambil gambar yang cantik dan pencahayaan yang cukup (untuk memastikan tidak noice) untuk memudahkan lagi kerja editan anda.

Baca juga : 7 Cara menjana pendapatan pasif dengan hartanah

Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila jualan anda mencapai target yang ditetapkan oleh Adobe Stock, Adobe Stock sendiri akan memberi hadiah kepada anda iaitu memberi anda akses aplikasi Adobe Creative Cloud secara percuma selama setahun. Photoshop, Lightroom, Illustrator, Primiere Pro adalah sebahagian software daripada aplikasi ini. Graphic Designer dan photographer mesti tahu berapa harga untuk langganan Adobe Creative Cloud.

  • Dreamstime, Pond5 dan eyeEm

Selain platform Shutterstock dan Adobe Stock, saya juga telah memuat naik gambar saya juga untuk diniagakan di platform lain seperti Dreamstime, Eyeem dan Pond 5, namun pendapatannya tidaklah sebanyak seperti pendapatan di Shutterstock dan Adobe Stock.

  1. Pond5

Untuk pengetahuan umum, Pond5 ini lebih kepada menjual footage. Dengan lain kata jualan footage anda lebih laku dari jualan gambar-gambar anda. Ramai stockers-stockers Malaysia mempunyai income yang masyuk pendapatan mereka melalui platform ini. Salah satunya ini :-

Credit kepada Syafiq Adnan (Facebook)

Proses approved gambar dan footage di Pond 5 tidaklah sesusah dan se strict Shutterstock dan Adobe Stock. Gambar anda mudah di terima masuk ke dalam gallery anda.

  • Dreamstime

Dreamstime juga mempunyai bayaran commission yang menarik juga. Cuma pembeli aktif di sini tidaklah seramai di Shutterstock dan Adobe Stock. Anda boleh lihat gambar-gambar di bawah berapakah commision yang saya dapat dengan menjual gambar di sini.

Gambar trending semasa pendemik sewaktu ketika dahulu
Tiada modal dikeluarkan, cuma meminjam duster cikgu sekolah.
Nak Raya kan
Budak Pengakap sponser tali ni haha

Minimum payout di dreamstime adalah sebanyak $100. Selagi tak cukup $100, selagi tu tak boleh keluar duit anda. Agak tinggi juga nilainya jika nak dibandingkan dengan Shutterstock yang hanya $35 sahaja dan Adobe Stock $25.

  • EyeEm
laman sesawang EyeEm

Eyeem adalah sebuah platform komuniti fotografi. Tetapi platform ini sedikit berbeza kerana anda boleh follow pengguna lain, mengetik likes pada gambar yang anda suka dan komen di ruangan gambar tetapi dalam masa yang sama anda bole berjual beli gambar. Fungsinya seakan-akan sama seperti fungsi-fungsi laman sosial.

Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step 2022

Untuk newbie saya tidak sarankan anda untuk anda bermula di sini. Ini kerana untuk dipilih masuk ke market jual gambar di eyeEm tidak mudah. Requirement gambar-gambar mereka sangat tinggi dan bayarannya tidaklah menarik manapun.

Tetapi jika gambar anda betul-betul berkualiti, gambar anda dengan sendirinya terpilih untuk dimasukkan ke Getty Images. Market eyeEm pun masuk, Getty Images pun masuk. Bayaran untuk Getty Images memang sangat lumayan juga kerana yang betul-betul exclusive sahaja yang akan dipilih.

Kenapa Shutterstock adalah permulaan yang baik untuk newbie?

Bagi Saya platform terbaik bagi newbie untuk memulakan jual gambar adalah Shutterstock. Saya sendiri bermula dengan Shutterstock. Dan ramai di luar sana yang bermula dengan Shutterstock. Di ikuti pula dengan Adobe Stocks, Dreamstime, EyeEm dan Pond5. Jika video pula dua platform terbaik adalah Pond5 dan Shutterstock.

Ini kerana Shutterstock lebih mudah digunakan kerana paparan yang mesra pengguna serta mempunyai pembeli aktif yang ramai di seluruh dunia dan ekosistem gambar-gambarnya bersifat variety. Ini membuatkan ramai orang suka membeli di platform ini. Nak gambar jenis macam mana semua ada di Shutterstock.

Kenapa gambar anda di reject?

Pada awalnya anda akan menghadapi gambar-gambar anda di reject. Ini normal bagi semua contributors di seluruh dunia. Tetapi jika anda sudah mendapat rentak, potensi untuk gambar anda diterima sangat tinggi!

Gambar-gambar yang di reject kebiasaannya kurang sharp, terlebih gelap atau terang, gambar anda penuh dengan noice dan banyak lagi faktor lain yang menyebabkan gambar anda tidak diterima.

Anda akan dapat tahu kenapa gambar-gambar anda di reject selepas di review.

Kini Shutterstock mempunyai Artificial Intelligence (AI) yang sangat bijak yang di mana boleh menjejaki unik ID satu-satu imej. Jika kali pertama submit di reject, maka AI shutterstock telah menyimpan maklumat dan menganalisis sebab apa gambar tersebut di reject.

Sekiranya gambar anda di reject sebab tak clear, kurang sharp dan noice dinasihatkan move on dan upload gambar lain. Ini kerana kebarangkalian untuk anda submit balik gambar yang sama 100% tidak akan diterima.

Buang masa sahaja.

Lain pula jika gambar anda di reject disebabkan caption atau keywords tidak sesuai dan bukan masalah tentang kualiti gambar, berkemungkinan besar gambar anda akan diterima jika anda submit balik. Hanya cuma ubah suai dan resubmit balik.

Sebenarnya ada 2 jenis gambar yang perlu anda tahu, Gambar jenis Commercial dan gambar jenis Editorial.

Sekiranya ada logo, wajah orang atau apa-apa berkaitan intellectual property sudah dikira sebagai gambar Editorial, Manakala gambar commercial pula gambar-gambar yang tidak ada kaitan dengan harta intelek.

Description gambar-gambar jenis commercial dan editorial pun berbeza.

Commercial :- Bar magnet and horseshoe magnet over white background.

Editorial :- Malacca, Malaysia – February 4 2019. Close up Nestle Milo mug over white background. Milo is chocolate and malt powder that is mixed with hot water and milk to produce a beverage.

Nama tempat, tarikh dan penerangan gambar mesti ada dalam description Editorial supaya gambar anda tidak di reject.

Description commercial hanya cukup penerangan gambar sahaja.

Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut, anda boleh baca di sini.

Apa yang perlu anda buat untuk yang baru bermula?

Bagi yang pertama kali ingin melakukan jualan di Shutterstock, anda perlulah mendaftar dulu sebagai penjual. Daftar sahaja seperti biasa. Prosesnya tidaklah serumit manapun. Ikuti Langkah-langkahnya dan seterusnya anda perlu menunggu email jawapan dari Shutterstock bahawa akaun anda telah bersedia untuk menjual gambar. Tahniah! Selamat menjana income!

Ok sekarang anda sudah mendaftar Shutterstock Contributor betul tak? Jadi untuk Langkah seterusnya anda wajib ada online payment system. Apakah ini? Online payment system adalah suatu perkhidmatan yang menguruskan transaksi pembayaran dan pemindahan wang.

Antara yang popular adalah Paypal, Skrill dan Neteller. Mesti anda pernah dengar Paypal kan? Bagi saya Paypal adalah yang terbaik  jika nak dibandingkan dengan yang lain-lain. Ini kerana Paypal lebih dikenali dan diterima di kebanyakan tempat.

Gaji sudah masuk $$

Di sinilah di mana wang pembayaran anda dari photo agency di transfer ke sini. Selepas sudah masuk ke akaun Paypal anda, anda boleh pindahkan terus ke akaun bank simpanan anda pada bila-bila masa. Kebiasaannya akan mengambil masa selama 1-2 hari bekerja untuk masuk ke akaun bank anda.

Untuk lebih lanjut anda boleh baca di sini :- Cara mendaftar dan menggunakan paypal.

Teknik mendapatkan jualan yang tinggi!

Apa-apa perniagaan pun mestilah mempunyai teknik dan strategi yang betul untuk mendapatkan jualan yang mantap. Di sini saya ingin kongsikan tips yang saya amalkan untuk menjanakan pendapatan pasif di Shutterstock dan lain-lain platform.

  1. Shoot apa yang demand sepertinya jika nak Raya, gambar-gambar yang berkaitan dengan raya adalah ketupat, lemang, sampul duit raya dan lain-lain. Jadi upload gambar-gambar seperti ini.
  2. Buat sehabis baik, always fikirkan apa kelebihan gambar kita berbanding gambar-gambar yang lain.
  3. Study gambar apa yang laku. Anda boleh join group-group Shutterstock di Facebook sepertinya “Shutterstock Contributors Worldwide” untuk lihat gambar apa yang laku.
  4. Hasilkan gambar yang creative dan unik. Juga gambar yang berkualiti dan kuantiti yang banyak di portfolio anda perlu berjalan seiring untuk mendapatkan income yang best!
  5. Mesti ada target market. Misalnya target market saya adalah lebih kepada komersial. Jadinya saya penuhi portfolio saya dengan gambar-gambar yang diminati oleh bakal-bakal pembeli saya. Sekiranya portfolio anda menarik, pembeli akan mencari anda sahaja untuk membeli gambar. Usahalah untuk menjadi favourite seller di mata mereka!
  6. Keywords itu penting. Study keywords apa yang akan memudahkan carian pembeli.
  7. Caption juga memainkan peranan penting! Caption yang best akan menarik minat pelanggan.

Pada permulaan berkecimpung dalam dunia jualan gambar memang tak banyak yang anda akan dapat. Tetapi percayalah dengan usaha yang gigih pasti anda akan dapat pendapatan yang lumayan.

Ingatlah ini adalah antara platform yang sangat bagus bagi saya untuk dijadikan sumber pendapatan pasif. Daripada memberatkan memori di telefon anda elok lah jika anda menjual gambar-gambar anda. Dapat juga income.

Ebook stock photo Bahasa Melayu terbaik dan satu-satunya ada di pasaran Malaysia! recommended!

Sudah 5 Tahun saya jual gambar di Internet, dan boleh saya katakan memang tidak ada langsung bacaan buku atau ebook yang boleh anda dapatkan bagi memantapkan lagi ilmu penjualan gambar di Internet sepanjang saya berkecimpung dalam dunia stock photo ini.

Saya hanya baca di internet sahaja, namun ada masanya saya blur juga. Saya sudah lalui jatuh bangun dalam dunia stock photo.

Semasa saya scroll di Facebook, saya terjumpa iklan ebook ini lalu saya beli. di fikiran saya “wahh inilah ebook terbaik untuk stock photo!” sangat-sangat amazing untuk dunia stock photo, bukannya sekadar coretan dongeng.

Satu-satunya ebook stock photo bahasa Melayu yang ada di pasaran! Isi yang mantap dan padat!

Ebook ini merupakan perkongsian pengalaman dari seorang jurugambar professional yang juga buat jual gambar online. Ianya sangat berguna kepada anda, boleh cuba dapatkan dan pelajari lebih banyak rahsia-rahsia kejayaan dalam menjalankan bisnes jual gambar ini di dalam ebook ini.

lagipun anda akan didorong life time di dalam support group yang sangat aktif. Tanya sahaja pasti akan ada yang membantu. Ingatlah, nak berjaya kena gerak sama-sama.

Anda boleh whatsapp saya untuk dapatkan ebook yang sangat-sangat berbaloi ini dengan klik pautan ini :- Saya nak Beli eBook Jana Duit Dengan USD.

Ini adalah bidang jual foto anda di internet, bukan skim cepat kaya atau pelaburan yer. Belajar dari ebook step by stepnya tak boleh langgar begitu sahaja nanti letih oo.. Bila ada asas ilmunya, mudah nak bergerak.

Semoga dengan perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit sebanyak input yang berguna. Saya ucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa anda untuk membaca perkongsian saya ini. Saya doakan semoga perniagaan bisnes jual gambar online anda berjaya dan dapat membantu ekonomi anda! Assalamualaikum.

Baca juga :- Cara terkini buka akaun cds step-by-step untuk jual beli saham secara online

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!