5 Panduan penting sebelum membeli kamera

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ada masanya bila terlampau banyak model kamera pun kita jadi pening nak pilih yang mana. Justeru itu, ada panduan yang perlu anda titik beratkan sebelum membeli sesebuah kamera yang sesuai untuk anda.

1. Jenis Kamera

DSLR (Digital Single Lens Reflex)

Digital Single Lens Reflex (Dslr) mempunyai satu alat yang dipanggil reflektor yang akan mengalihkan laluan cahaya melalui camera lens dan sekaligus menghasilkan cahaya tersebut dalam bentuk gambar/video.

Contohnya seperti Canon 6D mark ii.

4 Panduan yang perlu anda tahu sebelum membeli kamera

Anda boleh dapatkannya di sini :- Canon 6D mark ii.

Kualiti Dslr mampu menghasilkan imej/video pada tahap tertinggi oleh kerana ukuran sensornya yang besar yang boleh mencerap cahaya yang lebih banyak dan efektif.

Bukan itu sahaja, kelebihan yang ada pada Dslr juga boleh menukar berbagai-bagai jenis physical lens.

Dengan adanya kelebihan-kelebihan ini maka Dslr telah menjadi pilihan utama photographer dan videographer berpuluh dekad lamanya.

Walaupun begitu, kamera Dslr tidak sesuai untuk vlogger yang ringkas oleh kerana besar dan berat. Nak pikul kemana-mana memang melecehkan.

Kamera Dslr ini lebih sesuai untuk tujuan professional seperti studio photoshoot.

Anda juga wajib baca :- Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja

Mirrorless

Kamera Mirrorless lebih kurang sama sahaja dengan Dslr oleh kerana ia mempunyai sensor yang besar cumanya yang membuatkan ia berbeza adalah kamera mirrorless tidak mempunyai physical moving mirror. Boleh dikatakan kamera jenis ini lebih ringan jika nak dibandingkan dengan kamera batu-bata Dslr.

Mirrorless adalah “the new Dslr” oleh kerana didatangi dengan sistem kamera terkini yang lebih canggih.

Ini bermakna mirrorless adalah kamera yang lebih kecil tetapi lebih power dalam menghasilkan kualiti imej dan video jika nak dibandingkan dengan kamera-kamera yang lain.

Contoh kamera mirrorless yang saya sedang gunakan adalah Sony a7iii

Saya sangat-sangat syorkan kamera ini untuk anda yang baru-baru nak berjinak dengan videography kerana kemampuannya merakam video yang sangat berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, kemampuan focusing yang sangat laju sangat-sangat membantu saya dalam penghasilan video.

Anda boleh dapatkannya di sini :- Sony a7iii

Mirrorless juga sama seperti Dslr yang boleh bertukar berbagai-bagai physical lens. Tambahan pula, lens yang digunakan Dslr juga boleh digunakan untuk mirrorless.

Action Camera

Action Camera adalah sejenis kamera yang kecil, portable, ringkas nak dibawa kemana-mana (senang masuk dalam poket) dan kebiasaannya tahan lasak. Contohnya seperti GoPro Hero 11.

Anda boleh dapatkannya disini :- GoPro Hero 11.

Memandang teknologi action camera semakin canggih, anda tidak perlu pun menggunakan stabilizer oleh kerana action camera itu sendiri didatangi dengan penstabil yang sangat kukuh yang membuatkan video anda nampak smooth jer!

Walaubagaimanapun, action camera ini mempunyai fixed lens. Bukaannya ultra wide angle yang sangat besar sehingga boleh mencecah 16mm membuatkan anda perlu rakam sesuatu pada jarak dekat (jikalau tidak objek anda akan nampak kecil).

Adapun begitu, kebanyakan action camera mempunyai crop mode yang dimana gambar/video anda akan nampak sedikit zoom (tetapi sedikit pecah dan kurang sharp).

Kebiasaanya action camera digunakan oleh runner, cyclist, hikers dan juga vloggers yang tidak gemar membawa peralatan kamera yang berat-berat untuk merakam aktiviti mereka.

Baca juga :- 15+ Cara Efektif Meningkatkan Trafik Website Dengan Mudah

Micro Four Third

Micro Four Thirds merupakan kamera yang mempunyai format yang serupa dengan kamera mirrorless iaitu tidak mempunyai mekanisme cermin.

Kamera Micro Four Third pun boleh menukar camera lens.

Saiznya yang kecil dan kompak telah menjadikannya kamera ini sebagai pilihan vlogger yang paling popular.

Anda juga wajib baca :- Cara menambah subscriber Youtube secara organik dan efektif 

Walaubagaimanapun kamera ini sangatlah tidak sesuai digunakan oleh seorang jurugambar profesional. Ini kerana saiz sensornya yang kecil tidak dapat mencerap cahaya yang banyak untuk menghasilkan kualiti imej yang tinggi.

Kamera Micro Four Third sangat sesuai untuk travel oleh kerana saiznya yang mudah dibawa ke mana-mana tetapi mampu menghasilkan gambar yang baik serta lens nya boleh bertukar.

Bagi pendapat editor, saya syorkan Olympus OM-D E-M1 Mark III sebagai kamera travel anda.

Apa yang menarik tentang kamera ini adalah keupayaannya boleh merakam sehingga 4k!

Serta mempunyai Wi-Fi + Bluetooth yang mudah untuk anda transfer gambar ke telefon anda.

Lagipun kamera ini mempunyai 121 focus point yang mudah untuk anda fokus kepada satu-satu objek.

Anda boleh dapatkannya di sini :- Olympus OM-D E-M1 Mark III

Kamera kompak (Point and Shoot Camera)

Kamera kompak atau lebih dikenali sebagai point and shoot camera adalah alternatif lain untuk action camera yang terlalu kecil dan kamera mirrorless yang serba boleh.

Kamera kompak biasanya didatangi dengan gabungan ciri yang baik tetapi tidaklah secanggih kamera Dslr dan mirrorless.

Kebanyakkan travel vloggers memilih kamera kompak untuk merakam video mereka oleh kerana saiznya yang kecil tetapi mantap!

Sebagai contohnya Sony ZV1 Kamera ini menjadi pilihan utama mereka oleh kerana :-

  1. saiznya yang kecil
  2. mempunyai microphone windshield
  3. Skrin yang besar dan boleh flip
  4. keupayaan merekod 4k video
  5. Focal length 24-70 mm (boleh shoot wide dan jauh)
  6. Aperture f1.8-f2.8 (gambar boleh nampak bokeh)

Anda boleh dapatkannya disini : – Sony ZV1

Jika anda seseorang yang tidak gemar membawa peralatan kamera terlalu banyak, maka kamera kompak adalah pilihan terbaik.

Baca juga :- Idea Jana Pendapatan Pasif Secara Digital Tanpa keluar Modal!

2. Resolusi/Megapixel

Kebiasaan orang akan mengambil kira berapa tinggi megapixel sesebuah kamera. Tetapi adakah penting sekiranya megapixel terlalu tinggi?

Jawapannya bergantung kepada kegunaan.

Kamera yang mempunyai megapixel yang rendah tidak semestinya tak bagus. Bagus sahaja (tetapi jangan terlalu rendah). Kalau rendah sangat takut gambar akan pecah sekiranya print.

Kebanyakkan kamera Dslr dan mirrorless yang power pun mempunyai resolusi sekitar 20-25 megapixel sahaja. Eh tapi iphone 14 Pro Max 48 Megapixel?

Anda jangan samakan kamera dan telefon kerana kemampuan berbeza. Saiz sensor kamera berganda-ganda lagi besar jika nak dibandingkan dengan saiz phone.

Dan ini membuktikan kamera boleh mencerap lebih banyak cahaya dari kamera telefon.

Ok we back to the topic

Senang kata, lagi besar megapixel sesuatu kamera itu, maka lagi besar data yang akan disimpan.

Hasselblad H6D mempunyai resolusi setinggi 100 Megapixel! Tetapi apakah kegunaannya?

Kamera ini biasanya hanya digunakan untuk shoot studio, lagi banyak cahaya yang diserap, maka lagi cantiklah sesebuah gambar itu dan lagi meriahlah warna yang akan dikeluarkan.

Kebiasaannya kamera yang mempunyai resolusi yang tinggi ini dapat menghasilkan warna yang lagi mantap kalau cukup makan (cahaya).

Selain daripada itu, gambar yang mempunyai resolusi yang tinggi tidak mudah pecah sekiranya crop. Memang sharp!

Sony A7Riii mempunyai peminat yang tersendiri untuk shoot landscape photography.

Ada masanya imej yang nak dirakam sangat jauh sehingga lens mereka tidak sampai untuk rakam gambar yang mereka mahukan.

Walaubagaimanapun sekiranya di crop gambar tersebut masih sharp dan berkualiti!.

Itulah kualitinya Megapixel yang tinggi.

Baca juga :- Cara buat duit dengan menulis Ebook (passive income)

3. Field of View

Field of view adalah sejauh mana pandangan imej dan video yang dapat dirakam dalam kamera.

Field of view yang sempit sangat sesuai untuk gambar portraiture (gambar orang separuh badan), manakala field of view yang lebar pula adalah sesuai untuk gambar yang luas seperti pemandangan.

Semakin kecil nombor bukaannya, maka semakin lebarlah pandangannya.

Manakala semakin besar nombor bukaanya, maka semakin jauh dan sempitlah pandangannya.

Lihat contoh gambar di bawah.

sumber gambar dari website nikonusa.com

Action Camera menawarkan field of view yang paling luas sehingga 16mm.

Manakala kamera point and shoot pula mempunyai keupayaan zum in dan out untuk pandangan yang dekat dan jauh.

DSLR dan mirrorless pula mempunyai pelbagai jenis lens yang boleh ditukar ganti supaya anda boleh mendapatkan pandangan yang anda inginkan dengan kualiti yang terbaik.

4. Saiz sensor

Sensor merupakan sekeping papan yang dipenuhi dengan piksel untuk mengumpul cahaya. Semakin besar satu-satu sensor, semakin besar ruang piksel yang terdapat padanya.

Ini bermaksud semakin besar sensor tersebut maka lebih banyaklah cahaya, data, kejelasan dan ketajaman yang dapat dicerap.

Kamera yang lebih kecil seperti action camera mempunyai sensor yang sangat kecil, dan kamera besar seperti DSLR dan mirrorless cenderung untuk mempunyai sensor besar atau fullframe.

sumber gambar dari PhotoSeek.com

5. Kos

Harga merupakan faktor yang sangat penting bagi seseorang yang mempunyai bajet yang ketat.

Bagi saya, sekiranya anda betul-betul minat menceburi bidang fotografi lebih eloklah anda terus ambil kamera mid-dslr/mid-mirrorless ataupun ambil professional dslr/mirrorless terus.

Lagi elok beli professional camera, sudah tentu lagi power!

Jangan membazirkan duit anda beli kamera beginner seperti Nikon d3100, Nikon d5600, Canon 700d dan lain-lain lagi. Ini kerana kamera-kamera jenis ini tak banyak fungsi dan keupayaan kamera-kamera ini sangat limited.

Alang-alang nak beli biarlah beli yang elok terus.

Di sini saya sertakan kamera-kamera power yang sesuai untuk newbie dalam dunia fotografi ini tetapi mempunyai bajet yang ketat.

1. Mid-Camera

  1. Nikon d7200 (mid-Dslr)
  • 24.2MP CMOS sensor with no optical low-pass filter
  • Multi-CAM 3500DX II 51-point AF system, all sensitive to -3EV
  • 2,016-pixel RGB metering sensor, used for 3D subject tracking in AF-C
  • ISO 100-25,600, with ISO 51,200 and 102,400 black and white modes
  • 6 fps continuous shooting (7 fps in 1.3x crop mode) with increased buffer depth
  • 1/8000 sec maximum shutter speed
  • 3.2″, 1.2M dot RGBW LCD display
  • 1080/60p video (1.3x crop only) with clean output over HDMI and Flat Picture Control
  • Dual SD card slots
  • Wi-Fi with NFC
  • Magnesium alloy weather-sealed body

Anda boleh dapatkannya di sini :- Nikon D7200

  1. Canon 80D (mid-Dslr)

  • 24MP APS-C CMOS sensor with Dual Pixel AF
  • 45-point AF system with all cross-type points
  • 3″ 1.04M-dot articulating touchscreen
  • 1080/60p video capture
  • 7 fps continuous shooting with AF
  • Weather-resistant body
  • 7560-pixel RGB+IR Metering Sensor
  • Wi-Fi + NFC

Anda boleh dapatkannya di sini :- Canon 80D

  1. Sony a6000 (mid-mirrorless)

  • 24.3MP APS-C Exmor APS HD CMOS Sensor
  • BIONZ X Image Processor
  • Tru-Finder 1.44m-Dot OLED EVF
  • 3.0″ 921k-Dot Xtra Fine Tilting LCD
  • Full HD 1080p XAVC S Video at 24/60 fps
  • Built-In Wi-Fi Connectivity with NFC
  • Fast Hybrid AF & 179 Phase-Detect Points
  • Up to 11 fps Shooting and ISO 25600
  • Multi-Interface Shoe and Built-In Flash
  • E 16-50mm f/3.5-5.6 OSS Lens

Anda boleh dapatkannya di sini :- Sony a6000

2. Professional Camera

  1. Nikon d750 (Professional Dslr)

  • 24MP Full-frame CMOS sensor (with AA filter)
  • Flip up/down 3.2″ 1,229k-dot RGBW LCD screen
  • 6.5 fps continuous shooting
  • Improved 51-point Multi-CAM 3500FX II AF system (sensitive to -3EV)
  • 91,000-pixel RGB metering sensor with face detection and spot-metering linked to AF point
  • Built-in Wi-Fi
  • Highlight-weighted metering
  • 1080/60p video recording
  • Powered aperture for control during live view/video
  • Group Area AF mode
  • Simultaneous internal recording and HDMI output

Anda boleh dapatkannya di sini :- Nikon D750

  1. Canon 6D mark ii (Professional Dslr)

  • New 26MP CMOS full-frame sensor with Dual Pixel AF
  • 1080/60p video capture with in-lens + digital stabilization
  • 45-point all-cross-type AF system
  • Dual Pixel AF for both stills and video capture
  • ISO 100-40,000 (expandable to 102,400)
  • 6.5 fps continuous shooting (4.5 fps in Live View)
  • 3″ fully articulating touchscreen
  • Wi-Fi w/NFC and Bluetooth
  • Built-in GPS

Anda boleh dapatkannya di sini :- Canon 6D mark ii

  1. Canon eos RP (professional mirrorless)

  • 26.2MP Dual Pixel CMOS sensor
  • 4K/24p (from 1.7x crop region)
  • 4 fps continuous shooting with continuous AF (5 without)
  • Pupil detection AF in continous/Servo AF mode
  • AF rated to -5EV (with an F1.2 lens)
  • Digic 8 processor
  • 2.36M dot OLED viewfinder
  • Fully-articulated 1.04M dot touchscreen
  • Twin command dials
  • CIPA rated to 250 shots per charge

Anda boleh dapatkannya di sini :- Canon eos rp

  1. Sony a7ii (Professional mirrorless)

  • 24.3MP Full-Frame Exmor CMOS Sensor
  • BIONZ X Image Processor
  • 5-Axis SteadyShot INSIDE Stabilization
  • Enhanced Fast Hybrid AF and 5 fps Burst
  • Full HD XAVC S Video and S-Log2 Gamma
  • 3.0″ 1,228.8k-Dot Tilting LCD Monitor
  • XGA 2.36M-Dot OLED Electronic Viewfinder
  • Weather-Resistant Magnesium Alloy Body
  • Refined Grip & Robust Lens Mount
  • Built-In Wi-Fi Connectivity with NFC

Anda boleh dapatkannya di sini :- Sony a7ii

Jadi Yang Mana Satu Terbaik?

Jawapannya Canon eos rp !!!

Dengan sistem dan teknologi terkini serta body yang kecil dapat memberikan anda kepuasan dalam menghasilkan karya anda.

Untuk bacaan lanjut tentang bisnes fotografi, anda boleh klik pautan di bawah :-

SAYA NAK BUAT BISNES FOTOGRAFI!

SAYA NAK BUAT BISNES FOTOGRAFI!

SAYA NAK BUAT BISNES FOTOGRAFI!

Terima kasih kerana membaca,

Moga-moga anda mendapat manfaat daripada artikel ini.

Assalamualaikum!

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!