Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Apa yang patut anda lakukan sekiranya ikon WiFi tak muncul-muncul pada laptop anda? Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi kepada anda tips-tips bagaimana untuk mengatasi isu ini.

Isu ini juga bukanlah sesuatu yang rare lagi kerana ia merupakan salah satu isu yang dialami oleh pengguna Windows 10.

Jadi anda jangan risau sekiranya anda menghadapinya! follow saja tips yang saya akan kongsikan di bawah.

Baca juga :- 12+ Tips Mengatasi “Can’t Connect To This Network” Windows 10

Baca juga :- Cara mengatasi masalah WiFi selalu terputus pada Windows 10

Tips mengatasi ikon wifi hilang

Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10

1. Drag WiFi daripada hidden icons

Kadangkala, ikon WiFi mungkin terletak di hidden icons. Jadi, sebelum meneruskan kepada tips-tips yang lain, anda boleh menyemak terlebih dahulu hidden icons sama ada ia ada di sini ataupun tidak.

Caranya mudah sahaja :-

  1. Pertama sekali, anda klik up-arrow pada taskbar
  2. Sekiranya ia ada di situ, anda boleh drag ia keluar dan letak ke taskbar.

Sekiranya ada, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk memunculkan kembali

Baca Juga :- Cara Mengatasi “No Internet Access” Pada Windows 10

2. Enable WiFi Icon pada Settings

Cara seterusnya untuk menyelesaikan masalah WiFi icon hilang adalah dengan enable WiFi icon pada Settings.

Mudah saja caranya, ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Pertama sekali adalah dengan membuka Settings. Seterusnya klik pada Personalization.

  1. Pada paparan Personalization, klik Taskbar pada panel sebelah kiri.
  2.  Seterusnya scroll ke bawah sedikit dan klik Turn system icons on or off.

  1. Pastikan Network atau Wireless adalah ON.

  1. Kembali ke halaman sebelum ini, pilih Select which icons appear on the taskbar.

  1. Pastikan Network atau Wireless adalah ON.

  1. Selepas itu, Restart semula komputer anda dan semak adakah isu kehilangan ikon Windows 10 WiFi telah diselesaikan ataupun tidak.

Jika masalah masih sama anda boleh baca tips seterusnya.

3. Enable Network Icon dalam Group Policy Editor

Salah satu cara untuk anda timbulkan kembali network icon adalah dengan enable network icon pada Group Policy Editor.

Mari ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Pertama sekali anda boleh type gpedit.msc pada carian. Seterusnya klik padanya.

  1. Dalam Group Policy Editor window, ikuti langkah-langkah berikut :-
    • User Configuration > Administrative Templates > Start Menu and Taskbar

  1. Seterusnya, scroll ke bawah dan pilih Remove the networking icon dan double-click padanya.

  1. Pada paparan yang keluar seperti dalam gambar di bawah, pilih Disabled. Seterusnya klik Apply dan OK untuk mengesahkan perubahan.

  1. Akhir sekali adalah restart balik computer anda dan lihat adakah WiFi icon sudah ada ataupun tidak.

Sekiranya masalah masih sama anda boleh cuba cara seterusnya.

4. Lakukan network troubleshoot

Fungsi network troubleshoot telah dibina oleh Windows bertujuan mengenal pasti masalah pada rangkaian. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menjalankan network troubleshoot dan ia secara automatik akan mencari ralat dan menyediakan penyelesaian untuk membetulkan rangkaian pada sistem anda.

Mungkin cara ini tidak menjanjikan masalah anda selesai, namun anda boleh cuba dahulu.

Mudah saja caranya :-

  1. Pergi ke Settings
  2. Klik pada Network & Internet.

  1. Klik pada Network Troubleshooter.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-424-edited.png

  1. Pilih WiFi.

Selepas itu biarkan sistem menganalisis laptop anda selama beberapa saat dan sejurus sahaja habis sistem akan memberitahu apakah masalahnya. Seterusnya ikuti sahaja apa-apa langkah yang di syorkan oleh sistem untuk membaiki masalah yang dihadapi.

5. Update WiFi Network Driver

Icon WiFi anda hilang mungkin disebabkan kerana network driver anda telah outdated. Kemas kini network driver pada komputer anda mungkin mampu menyelesaikan masalah ini.

Ikuti langkah-langkah berikut ini untuk mengemaskini wifi driver anda,

  1. Right-click pada Windows Icon, akan ada satu paparan keluar dan klik pada Device Manager.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-374.png

  1. Sekarang ini anda telah masuk ke paparan Device Manager dan seterusnya cari Network adapters dan klik padanya. Anda akan mendapati drop-down seperti gambar di bawah.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-370.png

  1. Selepas itu pada drop-down tersebut pilih WiFi driver yang anda guna untuk connect dengan internet. Right-click padanya dan tekan Update Driver.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-372-edited.png

  1. Anda akan lihat satu paparan keluar “How do you want to search for the drivers?“. Klik pada Search automatically for drivers.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-373-edited.png

Windows secara automatik akan mencari driver yang sesuai dengan WiFi Driver anda. Tunggu sahaja dalam beberapa saat dan ia dengan sendirinya akan dimuat turun dan terus install.

Selepas itu Restart semula komputer anda. Sejurus sahaja komputer telah dihidupkan cuba anda lihat adakah icon wifi anda

6. Reinstall driver WiFi

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan WiFi network driver anda mengalami corrupt ketika ia sedang running. Hal ini menyebabkan komputer anda mengalami gangguan dalam penyambungan internet

Cara nak install kembali driver WiFi anda lebih kurang sama sahaja dengan nak update drive.

Anda boleh ikut langkah-langkah berikut :-

  1. Right-click pada windows icon dan klik pada Device Manager.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-369.png

  1. Anda akan lihat pelbagai device yang digunakan.Seterusnya klik pada Network Adapter.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-370-edited.png

  1. Seterusnya right-click pada WiFi driver anda dan klik Uninstall device dan tekan OK.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-375-edited.png

  1. restart komputer anda.
  2. Windows 10 akan automatik install WiFi Driver selepas komputer anda telah dihidupkan.

Apa kena buat sekiranya Windows 10 tak install WiFi driver?

Cara 1

  1. Klik pada icon Scan for hardware changes seperti dalam gambar yang terdapat pada menu bar pada paparan Device Manager.

Ada sesetengah windows 10 mempunyai paparan yang berbeza seperti yang saya tunjukkan pada no. 1. Oleh itu klik pada Action di menu bar dan seterusnya klik pada Scan for hardware changes.

Kemudian biarkan sahaja sistem mengimbas dan akan install balik secara automatik mana-mana driver yang tak install dengan betul.

Cara 2

Anda boleh guna cara seterusnya sekiranya cara 1 tidak berjaya.

  1. Klik pada View yang terdapat di menu bar. Selepas itu klik Show hidden devices.

  1. Seterusnya paparan akan menunjukkan device yang tersembunyi.
  2. Cari wifi driver anda pada senarai tersebut.

Anda akan lihat WiFi Driver anda mempunyai simbol tiga segi berwarna kuning (Ini bermakna driver anda tidak install dengan betul).

  1. Langkah terakhir adalah right-click pada wifi driver anda dan klik pada Update driver. Seterusnya ikuti langkah-langkah kemaskini driver seperti yang saya tunjukkan pada nombor 4.

7. System File Checker (SFC)

Windows telah menyediakan satu ciri yang di panggil System File Checker. Ciri ini berfungsi untuk mengimbas sistem komputer anda dan menggantikan dengan yang baru mana-mana fail sistem yang rosak atau hilang.

Langkah-langkahnya :-

  1. Type cmd pada carian. Dan seterusnya klik pada Run as administrator. (Ini akan membawa anda Command Prompt secara administrator)

  1. Seterusnya taip sfc/scannow dan klik Enter.

  1. Tunggu sahaja selama beberapa minit untuk sistem scan.
  2. Sistem akan membaiki secara automatik sekiranya terdapat fail yang corrupted. Sistem juga akan menerangkan apakah file yang bermasalah pada keterangan di ruangan CMD.

Seperti keterangan gambar di atas, sistem telah menjumpai fail yang rosak dan berjaya membaikinya. Oleh itu, setakat itu sahaja yang perlu dilakukan kerana segala-galanya telah dibaiki.

Manakala jika ada masalah yang sistem tak dapat nak selesaikan maka anda kena selesaikan dengan sendiri. Perhatikan keterangan yang diberikan dan ikuti petunjuk yang harus anda lakukan.

Nasihat saya, anda perlu berhati-hati untuk langkah-langkah seterusnya. Ini kerana jika anda tersilap langkah maka akibatnya ia dapat menganggu sistem komputer anda.

Oleh itu disarankan untuk anda backup segala-gala fail terlebih dahulu.

8. Restart Windows Explorer

Pada asasnya, Windows Explorer digunakan untuk mengurus semua sumber fail pada komputer. Oleh itu, sekiranya ikon WiFi hilang, berkemunginan Windows Explorer mengalami gangguan. Untuk mengatasinya anda boleh lakukan dengan Restart semula.

Ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Right-click pada Taskbar. Seterusnya pilih Task Manager.

  1. Klik pada tab Prosesses.
  2. Seterusnya right-click pada Windows Explorer.
  3. Akhir sekali klik Restart.

9. Restart Network Services

Salah satu sebab icon WiFi hilang adalah disebabkan masalah pada Network Service. Oleh itu, kita perlu memastikan network service sentiasa berjalan untuk mengelakkan apa-apa masalah pada network anda.

Ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Perkara pertama sekali adalah tekan windows icon + R key untuk membuka RUN dialog.
  2. Seterusnya taip services.msc dan klik OK.

  1. Selepas itu pada paparan Services windows, cari servis berikut dan pastikan kesemuanya Start.
    1. DHCP Client
    2. Network Connections
    3. Network List Service
    4. Network Location Awareness
    5. Plug and Play
    6. Remote Access Connection Manager
    7. Remote Procedure Call (RPC)
    8. Telephony

  1. Jika tidak, right-click pada servis dan pilih Start untuk meneruskan.

Cara ini agak melecehkan kerana anda perlu mencari satu-persatu daripada berpuluh-puluh senarai berikut untuk memastikan kesemua yang disebutkan di atas sedang berjalan.

Setelah selesai langkah-langkah berikut, anda perlu Restart semula komputer anda dan lihat adakah masalah ikon WiFi sudah selesai ataupun tidak.

Jika tidak, anda boleh cuba langkah seterusnya.

10. Pastikan Network adapter WiFi dalam aktif

Biasanya adapter disabled disebabkan terdapat aktiviti yang dijalankan oleh administrator di belakang tabir tanpa kita sedari.

Ataupun perkara ini terjadi disebabkan oleh aplikasi yang mencurigakan membuatkan network adapter anda disable dengan sendirinya.

Boleh jadi juga ia disable disebabkan malware ataupun virus yang sangat merbahaya pada komputer anda. (Saya sarankan untuk anda dapatkan Bitdefender Total Security untuk keselamatan komputer anda)

Oleh yang demikian, ikuti langkah-langkah berikut untuk menghidupkan Network adapter WiFi secara manual.

  1. Buka Settings.
  2. Klik pada Network & Internet 
  3. Seterusnya klik pada Change Adapter Options.

  1. Right-click pada Wi-Fi adapter yang anda gunakan. Seterusnya klik Enable.

11. Reset Network anda

  1. Right-click pada icon windows.
  2. Seterusnya klik pada Settings.

  1. Pilih pada pilihan Network & Internet.

  1. Klik pada Network reset yang terletak pada bahagian bawah sekali.

  1. Klik butang Reset now.

  1. Klik Yes.
  1. Restart komputer/laptop anda.

Cuba anda sambung kembali ke network anda selepas komputer dihidupkan,

Sekiranya masalah tidak selesai lagi, anda boleh cuba langkah seterusnya.

12. System Restore

Ikuti langkah-langkah berikut ini :-

  1. Cari Control Panel pada carian. Dan klik padanya.
  2. Tekan butang bawah dan klik pada All Control Panel Items seperti gamabr di bawah.

  1. Klik pada Recovery.

  1. Klik pada pilihan Open System Restore. Sekiranya anda tak boleh tekan Next, oleh itu anda kena cipta dahulu restore point anda.
    1. Klik pada System Protection pada windows pops-up.
    2. Seterusnya klik pada Create. Anda akan nampak satu paparan keluar. Namakan Backup.

  1. Setelah selesai, pergi ke paparan sebelum ini dan klik semula pada pilihan Open System Restore.
  2. Klik Next.
  3. Pilih Restore Point yang gunakan. Klik Next

  1. Klik Finish.

13. Reset komputer.

Reset komputer merupakan langkah terakhir yang boleh anda cuba jika segala langkah-langkah yang telah dikongsikan di atas tidak berjaya dilakukan.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :-

  1. Buka Settings. Seterusnya pilih menu Update & Security.
  2. Pilih menu Recovery dan klik butang Get started pada bahagian Reset this PC.

  1. Anda akan dapati terdapat dua pilihan. Saya cadangkan anda klik pada Keep my files kerana tidak akan menghilangkan data-data anda.

  1. Seterusnya pilih Local Reinstall kerana ia lebih pantas dan membolehkan anda customize installation anda. Selepas itu klik Next.

  1. Akhir sekali ikuti arahan pada skrin untuk reset Windows 10 anda. Apabila selesai, Windows 10 akan memaparkan setup screen.

Selepas melakukan reset pada komputer anda, komputer anda flushes out segala perkara-perkara yang boleh menganggu sistem. Ia seakan-akan seperti sebuah komputer baru cumanya hanya tersimpan data yang anda backup saja.

Baca Juga :- Cara Backup Dan Restore Data Pada Windows 10 Dengan Mudah

Sekiranya anda ingin menggunakan alternatif lain untuk backup melalui software saya mengesyorkan anda guna EaseUS, software Data Recovery yang diminati ramai.

Setakat ini sahaja perkongsian tentang bagaimana untuk timbulkan balik ikon pada Windows 10 anda kembali.

Terima kasih kerana membaca.

Sekiranya artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.

Assalamualaikum.

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!