Sebelum anda selusuri tips-tips yang kami akan kongsikan nanti, apa kata kalau anda fahami dulu kenapa perkara ini terjadi.
1. Mengapa terjadinya Can’t Connect To This Network
Pada asasnya sistem akan bersambung ke Internet untuk berkongsi paket data dengan tujuan mengakses data dan fail pada network. Namun kadangkala sistem gagal untuk bersambung oleh kerana error pada network. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan tidak dapat menyambung ke network ini. Antaranya :-
- Malware atau affected files : Ada kemungkinan malware atau affected files boleh menganggu dan menjejaskan sistem network. Oleh itu disarankan untuk anda dapatkan software protection yang dapat melindungi drivers anda dari ancaman virus. (Reccomended : Bitdefender Total Security)
- Gangguan pada ISP : Masalah WiFi bukan sahaja disebabkan oleh kegagalan hardware komputer dan laptop. Ada kemungkinan masalah ini disebabkan ISP mengalami gangguan. Salah satu cara nak tahu ISP mengalami gangguan adalah bilamana lampu yang terdapat pada modem kebiasaannya warna hijau akan bertukar warna merah. Solusinya, anda boleh menghubungi pembekal internet yang anda langgan.
- Outdated Network drivers : Ada sesetengah keadaan di mana anda perlu memeriksa dahulu keadaan network drivers pada computer anda. Oleh itu anda perlu memastikan drivers anda sentiasa up-to-date untuk memastikan sistem anda berfungsi dengan baik. Anda boleh periksa pada halaman Device Manager. Seterusnya pilih pada Network Adapters dan right-click pada drivers apa yang anda gunakan. Klik pada update drivers.
- Kerosakan Fizikal : Berkemungkinan masalah ini datang daripada kerosakan pada peranti, boleh jadi router atau kad Ethernet bermasalah. Ini membawa kepada berlakunya error tidak dapat menyambung ke network ini pada sistem anda.
Baca juga :- Cara mengatasi masalah WiFi selalu terputus pada Windows 10
Baca juga :- Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10
Sekiranya anda pernah alami masalah ini semasa menyambungkan komputer anda ke internet, maka anda jangan risau! Masalah ini adalah masalah biasa bagi pengguna Windows.
Oleh itu kami telah menyediakan 14 solusi yang terbaik yang boleh anda cuba.
2. Solusi terbaik “Can’t Connect To This Network” Windows 10

1. Restart Windows
Perkara pertama yang boleh anda cuba dulu adalah Restart komputer anda. Klik Windows icon, seterusnya klik pula butan Power dan klik Restart.

Cara ini mungkin adalah cara yang paling mudah, namun anda boleh cuba dahulu. Ini kerana dalam sesetengah situasi di mana Restart dapat membantu membetulkan masalah software.
2. Run Network Adapter Troubleshooter
Pengguna boleh menjalankan Network Adapter Troubleshooter pada sistem untuk membetulkan error berkaitan network adapter.
- Right-Click pada Windows icon dan Buka Settings.

- klik pada “Update & Security” seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah.

- Seterusnya klik Troubleshooter.

- Selepas itu klik pada Additional troubleshooters.

- Klik pada Network Adapter dan klik Run the troubleshooter.

Tunggu sahaja dan biarkan troubleshooter mencari error seterusnya akan memberi pendapat solusi apa yang perlu anda buat.
3. Run Network Troubleshooter
Seterusnya anda juga boleh menggunakan kaedah ini untuk membetulkan masalah “Can’t Connect To This Network”. Run Network Troubleshooter bukan sahaja menyediakan fungsi untuk pengguna diagnosis error yang dihadapi semasa menyambung ke network tetapi juga mampu membetulkan error tersebut.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk Run Network Troubleshooter :-
- Buka Settings dan klik pada Network & Internet.

- Klik pada Status.

- Seterusnya klik pada Network troubleshooter.

- Klik pada Wifi dan tekan Next.
- Sekiranya Network anda ada masalah maka sistem akan memberitahu apakah silapnya.
4. Restart Wifi Adapter
Seterusnya apa yang boleh anda buat adalah restart Wifi adapter pada komputer anda. Oleh itu, anda boleh follow step-by-step langkah-langkah berikut untuk membetulkannya. Mudah saja caranya.
- Search Control Panel

- Klik pada Network and Internet.

- Klik pada Network and Sharing Center.

- Klik pada Change adapter settings.

- Right click pada wifi yang anda guna dan klik pada disable.

- Tunggu sekejap, selepas itu klik pada Enable.

Sekiranya tidak berjaya juga anda boleh guna cara seterusnya.
5. Reset Network
Windows menyediakan ciri untuk reset semula network kepada penggunanya yang membolehkan sistem kembali setting asal.
- Pergi ke Settings dan klik pada Network & Internet

- Seterusnya klik pada Status.

- Pada paparan Status klik pada Network reset (pada bahagian bawah sekali).

- Klik butang Reset now.

6. Update Network Adapter Driver
Mungkin pada sesetengah situasi anda perlu update dahulu Network Adapters anda untuk memuat turun edisi yang terbaru.
Caranya mudah sahaja, follow sahaja langkah-langkah di bawah.
- Tekan Windows key + x secara serentak untuk munculkan paparan elevated panel dan seterusnya klik pada Device Manager.

- Pada halaman Device Manager, terdapat senarai hardware, klik pada Network adapters dan seterusnya akan keluar drop-down dengan pelbagai adapter.

- right-click pada wifi adapter yang anda gunakan (kebiasaannya terletak paling atas sekali) dan klik Update driver.

- Akan ada satu paparan keluar “How do you want to search for the drivers?“ selepas anda klik Update driver.

- Klik pada Search automatically for drivers.
Windows dengan sendirinya akan mencari driver yang serasi dengan wifi driver anda. Seterusnya akan download dengan sendirinya dan terus install.
Setelah semuanya selesai Restart semula komputer anda.
Cuba anda perhatikan adakah wifi anda sudah elok ataupun tidak.
Sekiranya masih sama anda boleh guna langkah seterusnya.
7. Uninstall dan Reinstall kembali Network Adapter Driver
Anda boleh cuba kaedah uninstall dan reinstall kembali Wifi Network Driver pada Windows 10 anda sekiranya anda sudah melakukan kerja-kerja update namun masalah masih sama.
Pada sesetengah situasi kebarangkalian network adapter driver anda mungkin mengalami gangguan ketika sedang running yang menyebabkan sistem corrupt.
Kaedah uninstall dan reinstall mungkin dapat membantu menyambungkan kembali masalah sambungan wifi.
Anda boleh cuba dahulu cara ini.
- Klik Right-click pada Windows Icon, akan ada satu paparan elevated panel keluar.

- Klik pada Device Manager.
- Seterusnya klik pada Network adapters (akan keluar drop-down dengan senarai adapter)
- Right-click pada wifi driver yang anda guna dan klik Uninstall device dan tekan OK.

- restart komputer anda.
- Windows 10 dengan sendirinya akan install kembali wifi driver anda selepas komputer anda dihidupkan kembali.
Apa yang patut anda buat jika Windows 10 tidak install wifi driver
Cara 1
- Klik pada View yang terdapat pada menu bar. Pada drop-down tersebut klik pula Show hidden devices.

- Seterusnya sistem akan memaparkan hidden devices yang terlindung sebelum ini.
- Perhatikan wifi driver anda pada senarai tersebut. Terdapat simbol tiga segi berwarna kuning ( Ini bermakna driver anda tidak install dengan betul).
- Klik pada Update driver dan ikuti langkah-langkah yang disuruh. (Caranya sama seperti update driver seperti yang ditunjukkan di atas).

Cara 2
Sekiranya cara yang pertama tidak berkesan, anda boleh gunakan cara yang ini pula.
- Pada paparan Device Manager, klik pada icon Scan for hardware changes seperti dalam gambar yang terdapat pada menu bar.

Jika paparan anda lain seperti saya, klik pada Action dan seterusnya klik pada Scan for hardware changes.
Cara ini akan mencari semula driver yang tidak install dengan betul dan kemudiannnya akan install balik secara automatik.
8. Forget Network
Apabila sistem bersambung ke network maka ia akan menyimpan credential (contohnya seperti password dan SSID), jadi anda tidak perlu log in wifi selalu setiap kali komputer dihidupkan. Namun pada sesetengah masa sistem mungkin tidak dapat menyambung ke network oleh kerana terdapat kesilapan pada sistem.
Anda boleh cuba gunakan kaedah forget network untuk menyambung kembali ke network.
- Buka Settings dan klik Network & Internet.

- Klik pada Wi-Fi.

- Klik pada Manage known networks.

- Klik pada wifi yang anda gunakan dan seterusnya klik Forget.

Seterusnya anda boleh cuba sambungkan kembali ke internet anda.
9. Tukar Power Saving Mode
- Buka control.exe powercfg.cpl,,3 dengan mencari di ruangan search.

- Anda akan lihat paparan di bawah.

- Pilih High Performance pada pilihan di bawah ini

- Selepas itu double-click pada Wireless Adapter Settings dan seterusnya kembangkan lagi dengan klik Power Saving Mode dan pilih Maximum performance di Settings.

- Klik OK
Kaedah ini akan membolehkan sistem anda berfungsi pada prestasi yang maksimum dan boleh membetulkan error ini.
10. Hidupkan dan matikan ciri Airplane Mode
Windows menyediakan ciri yang dipanggil Airplane Mode. Ciri ini membolehkan pengguna untuk memutuskan semua sambungan sistem pada network.

- Klik icon WiFi pada Taskbar.
- Seterusnya, klik pada Airplane Mode.
- Kemudian matikan kembali ciri tersebut.
11. Disable IPv6
Kebanyakan sistem menggunakan IPv4 tetapi terdapat sesetengah keadaan memerlukan penggunaan IPv6. Jadi, anda mesti nyahfungsikan IPv6 pada sistem dan membolehkannya apabila diperlukan.
- Right-click pada pilihan Wi-Fi, klik pada Open Network & Internet settings seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah.

- Tekan Network and Sharing Center.

- Seterusnya tekan Change adapter settings (pada bahagian kiri).

- Selepas itu, right-click pada wifi yang anda sedang gunakan dan klik pada properties.

- Anda akan lihat satu paparan dialog box keluar. Cari Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6) dan nyahtandakan. Kemudiannya klik OK.

Kemudian daripada itu, Restart komputer anda dan sambungkan balik ke wifi.
12. Lakukan sambungan secara manual
Terdapat ciri yang di mana pengguna dapat melakukan sambungan ke wifi secara manual.
Follow saja langkah-langkah berikut.
- Buka Control Panel dan klik Network dan Internet.

- Klik pada Network and Sharing Center.

- Seterusnya klik pada Set up a new connection or network.

- Klik Manually connect to a wireless network dan seterusnya klik OK.

- Isikan credentials seperti yang diminta dan klik Next.

13. Restart Router dan Modem
Sebelum restart router/modem anda, lihat dahulu gajet-gajet yang lain adakah mempunyai masalah yang sama seperti anda.
Jika ya, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut.
- Cabut kabel daripada router.
- Tunggu 2-3 minit untuk modem shut down sepenuhnya. Pastikan semua lampu pada modem sudah tidak bernyala lagi.
- Sambung semula kabel ke router anda.
- Tunggu lampu Internet bertukar warna (kebiasaanya merah ke hijau), kemudian lihat sama ada internet berfungsi dengan baik.
Sekiranya anda dapati router anda mempunyai masalah, saya syorkan anda guna TP-Link Archer AX55 oleh kerana ciri-cirinya yang disediakan sangatlah berbaloi setanding dengan harga yang berpatutan.
Anda boleh dapatkan di sini :- TP-Link Archer AX55
Inilah beberapa cara yang anda boleh gunakan sekiranya anda menghadapi masalah sebegini.
Terima kasih kerana membaca dan kongsikan kepada orang lain untuk manfaat bersama.
Sekiranya anda mempunyai idea untuk kami tulis, komen di bawah.
Assalamualaikum