Cara mengatasi masalah WiFi selalu terputus pada Windows 10

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Masalah wifi sering terputus-putus mempunyai banyak penyebab tetapi anda jangan risau! Masalah ini bukanlah masalah yang serius dan boleh diselesaikan.

Anda bukan keseorangan kerana ramai pengguna Windows 10 yang melaporkan aduan terhadap masalah ini. Maka masalah ini adalah biasa bagi pengguna Windows 10.

Dalam artikel ini kami telah menyediakan 12 cara berkesan yang anda boleh cuba untuk menyelesaikan masalah anda.

Baca juga :- Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10

Cara diagnosis masalah wifi anda terlebih dahulu

Cara mengatasi masalah WiFi selalu terputus pada Windows 10

Ini adalah 2 penyebab asas yang menyebabkan masalah wifi anda sering terputus-putus :-

  1. masalah pada modem/router wifi anda
  2. masalah berkaitan windows 10

Walaubagaimanapun, langkah pertama yang anda boleh buat dahulu adalah anda cuba lihat gajet-gajet anda yang lain adakah turut mempunyai masalah yang sama juga.

Sekiranya ya cuba anda restart router wifi anda serta komputer anda.

Sekiranya masalah tetap sama juga selepas restart maka anda boleh buat panggilan ke syarikat telekomunikasi anda untuk tindakan selanjutnya.

Tapi what if router wifi anda dah elok namun masalah tetap sama pada komputer anda?

anda boleh cuba cara di bawah ini pula 👇

12 Cara atasi masalah wifi sering terputus-putus

1. Tukar Network ke Private

Cara pertama adalah mengubah pilihan Public ke Private. Jika wifi anda pada pilihan Public, anda boleh cuba cara ini dahulu.

  1. Klik pada Wifi icon pada taskbar
  2. Seterusnya klik Properties yang terletak di bawah nama wifi anda

  1. Tukar Network Profile dari Public ke Private.

Masalah tetap sama juga? Ok kita cuba cara seterusnya pula.

2. Update Wifi Network Driver

Sambungan WiFi anda kerap terputus berkemungkinan kerana network driver anda telah outdated. Kemas kini network driver pada komputer anda mungkin mampu menyelesaikan masalah ini.

Ikut saja langkah-langkah ini untuk mengemas kini WiFi anda.

  1. Right-click pada Windows Icon anda, akan ada satu paparan keluar.

  1. Seterusnya klik Device Manager.
  1. Selepas itu anda boleh cari Network adapters dan klik padanya. Anda akan mendapati senarai yang keluar pada pilihan tersebut.

  1. Seterusnya pada drop-down tersebut pilih wifi driver yang anda guna untuk connect dengan internet. Right-click padanya dan tekan Update Driver.

  1. Akan ada satu paparan keluar “How do you want to search for the drivers?“.

  1. Selepas itu klik pada Search automatically for updated driver software

Seterusnya Windows akan mencari compatible driver yang WiFi Driver anda. Secara automatik ia akan dimuat turun dan terus install. Seterusnya Restart semula komputer anda.
Selepas komputer telah dihidupkan kembali cuba anda guna seperti biasa dan lihat adakah wifi anda sudah elok ataupun tidak.

Jika isu ini masih berterusan, ikuti langkah seterusnya.

3. Uninstall dan Reinstall kembali WiFi Network Driver

Sekiranya anda telah update dan tiada apa-apa perubahan yang berlaku, anda boleh cuba uninstall dan install semula Wifi Network Driver pada Windows 10 anda.

WiFi network driver anda mungkin mengalami sedikit masalah ketika ia sedang running. Ini kerana terdapat gangguan-gangguan yang boleh menyebabkan sistem corrupt yang mengakibatkan masalah sambungan pada wifi.

Cara ini mungkin boleh selesaikan masalah anda.

  1. Tekan dengan serentak Windows key + x untuk membuka elevated panel. Seterusnya klik pada Device Manager.

  1. Pada paparan Device manager, terdapat senarai device yang digunakan. Pilih Network Adapter.

  1. Seterusnya right-click pada WiFi driver anda dan klik Uninstall device dan tekan OK.

  1. restart komputer anda.
  2. Windows 10 akan automatik install Wifi Driver selepas komputer anda telah dihidupkan.

Tapi sekiranya Windows 10 tak install wifi driver dengan betul apa perlu buat?

Cara 1

  1. Pada paparan Device Manager, klik pada icon Scan for hardware changes seperti dalam gambar yang terdapat pada menu bar.

Sekiranya paparan anda lain seperti saya, klik pada Action dan seterusnya klik pada Scan for hardware changes

Cara ini akan mencari uninstall driver dan kemudiannnya akan install balik secara automatik.

Cara 2

Sekiranya cara 1 tidak berjaya, anda boleh gunakan cara ini pula.

  1. Klik pada View yang terdapat di menu bar. Selepas itu klik Show hidden devices.

  1. Selepas itu ia akan menunjukkan hidden devices.
  2. Cari wifi driver anda pada senarai tersebut.

Anda akan mendapati Wifi Driver anda mempunyai simbol tiga segi berwarna kuning (maknanya driver anda tidak install dengan betul).

  1. Seterusnya right-click dan klik pada Update driver dan ikuti langkah-langkah seterusnya (caranya sama seperti nak update driver yang saya tunjukkan di atas).

4. Tukar kepada power saving mode Wireless adapter

  1. Taip control.exe powercfg.cpl,,3 di ruangan search dan klik.

  1. Seterusnya akan keluar paparan seperti di bawah.

  1. Anda pilih High Performance pada pilihan di bawah ini

  1. Seterusnya double click pada Wireless Adapter Settings. Selepas itu kembangkan lagi dengan klik Power Saving Mode dan pilih Maximum performance di Settings.

  1. Klik OK

5. Tukar external USB WiFi Adapter

Faktor lain mengapa wifi anda sering terputus-putus berkemungkinan datang dari wifi adapter juga. Adalah disyorkan untuk anda menukar ke yang baru untuk sambungan internet yang lebih stabil.

Di sini saya sertakan ciri-ciri wifi adapter yang bagus :-

  1. Mempunyai sokongan dual-band AC wireless yang membolehkan penggunaan pelbagai jenis kelajuan yang tinggi pada 2.4GHz dan 5GHz.
  2. Terdapat 3.0 usb port.

Semua ciri-ciri di atas ada pada TP-LINK AC1900 

Tambahan pula, terdapat MU-MIMO, beamforming dan four fixed high gain external antennas yang memastikan internet anda sentiasa kuat dan stabil.

Anda boleh dapatkan di sinii : – TP-LINK AC1900 

6. Tukar DNS setting anda

  1. Klik pada butang carian (sebelah icon windows di taskbar) atau tekan Windows key+S secara serentak.
  2. Taip “Network Connections“.
  3. Klik “Network Connections” pada Search box.

  1. Selepas itu tekan right-click pada wifi yang anda guna. Klik pada properties.

  1. Seterusnya klik 2 kali pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)

  1. Seterusnya pilih Use the following DNS server addresses.

  1. Letakkan DNS pada server yang disediakan.
  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4

  1. Klik butang OK

Jika masalah masih sama, kosongkan balik ruangan Preferred DNS server dan Alternate DNS server yang telah anda isi seperti sedia kala dan tekan butang OK.

7. Router Wifi anda tidak support penggunaan berat dan sudah tua

Sekiranya anda merupakan seorang yang heavy user seperti main game dan buat kerja-kerja online dinasihatkan tukar ke router yang lebih baik.

Kebiasaannya syarikat telekomunikasi menyediakan router yang biasa-biasa sahaja yang mungkin router tersebut mengalami cepat panas dan lost connection sewaktu penggunaan kerja-kerja berat.

Bukan itu sahaja, sekiranya router wifi anda sudah mencecah lebih 5 tahun maka eloklah untuk anda tukar ke yang baru.

Ini kerana menurut kajian jangka hayat kecemerlangan bagi sesebuah router adalah sekitar 5 tahun sahaja, selepas itu keupayaannya mula mengurang.

Alang-alang nak tukar router lagi baik pilih yang lebih stabil, coverage range yang lebih bagus dan mampu menyokong banyak penggunaan peranti dalam satu-satu masa.

Saya syorkan kepada anda untuk upgrade ke wifi 6 yang mampu menikmati peningkatan kelajuan internet sehingga 40%! Bukan itu sahaja, wifi 6 mampu membawa data sehingga 9.6 Gbps berbanding wifi 5 6.9 Gbps jer.

Oleh yang demikian, TP-Link Archer AX55 menjadi pilihan utama kepada kebanyakan orang kerana harganya berpatutan dan ciri-ciri yang disediakan sangatlah berbaloi.

Anda boleh dapatkan disini :- TP-Link Archer AX55

8. Troubleshooting network

Windows telah menyediakan fungsi network troubleshooter untuk mengenal pasti masalah pada rangkaian. Apa yang anda perlu buat adalah run sahaja troubleshooter dan ia dengan sendirinya mencari ralat dan memberikan solusi untuk membetulkan rangkaian pada sistem anda.

  1. Right-click pada start icon.
  1. Klik settings.

  1. Klik pada Network & Internet.
  2. Klik pada Network troubleshooter.

  1. Pilih Wifi.

Selepas itu sistem dengan sendirinya menganalisis laptop dan memberitahu apakah masalahnya.

9. Disable 802.11n mode di WiFi config

  1. Search View network connection dan klik.

  1. Right-click pada wifi yang anda sedang gunakan, seterusnya klik pada Properties.

  1. Anda akan dapati paparan begini keluar.

  1. Seterusnya klik butang Configure

  1. Selepas itu, klik pada advanced tab
  2. klik disabled pada 802.11n mode
  3. Klik OK

10. Tukar kepada High Performance mode

  1. Tekan Windows key + R secara serentak untuk membuka paparan Run.
  2. Taip  powercfg.cpl dan klik OK.

  1. Akan keluar paparan seperti dibawah ini dan seterusnya klik show additional plans.

  1. Klik High performance plan

11. Reset Network anda

  1. Right-click pada icon windows.
  2. Seterusnya klik pada Settings.

  1. Pilih Network & Internet

  1. Klik pada Network reset pada bahagian bawah sekali.

  1. Klik butang Reset now

  1. Klik Yes

  1. Restart komputer/laptop anda

Selepas itu ikut sahaja langkah-langkah yang disuruh.

12. Coverage router anda tak cukup kuat

Rumah yang besar dan bertingkat serta banyak bilik selalu terjadinya internet kejap ada kejap tiada dan capaian internet tidak sampai sekiranya duduk jauh dari router.

Solusinya adalah tambah sahaja mesh wifi. (Tak perlu pun upgrade router anda jika router anda sudah cukup bagus)

Ramai yang mengeluh kerana ini, maka saya syorkan TP-Link Deco E4 AC1200.

Anda boleh dapatkan disini :- TP-Link Deco E4 AC1200

Soalan yang selalu ditanyakan

Ada beberapa soalan yang sering ditanyakan kepada saya.

1. Solusi kepada masalahunable to connect to Wi-Fi

Sebenarnya ada banyak solusi namun ada beberapa yang saya senaraikan yang boleh anda cuba :-

  1. Disable airplane mode dan Enable semula.
  2. Lupakan network dan sambung semula.
  3. Restart PC/laptop anda.
  4. Reboot router anda.

2. Mengapa terjadinya “Can’t connect to this networkdan solusinya

Ada beberapa sebab antaranya :-

  • Kerosakan fizikal (modem, wifi adapter dll)
  • Bugs pada sistem pc anda
  • Malware atau infected files
  • Outdated drivers

Solusinya :-

Pengguna boleh ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah untuk membetulkan masalah ini :-

  1. Restart Pc/laptop anda.
  2. Reboot router anda.
  3. Forget network anda.
    1. Buka Settings.
    2. Buka Network & Internet dan klik Manage known networks.
    3. Seterusnya klik pada network yang anda sedang gunakan dan klik “Forget”.
    4. Seterusnya Reconnect semula network anda.

Untuk solusi yang lain, anda boleh baca :- Tips Mengatasi “Can’t Connect To This Network” Windows 10

3. Kenapa terjadinya “authentication problem”

  1. IP address tidak betul.
  2. Terlalu banyak pengguna pada wifi anda.
  3. Sambungan network yang lemah.
  4. Setting pada network Wi-Fi andamungkin telah corrupted.

Masalah sebegini memang annoying sewaktu kita sangat-sangat memerlukan penggunaan internet. Moga-moga apa yang dikongsikan di atas dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda.

Terima kasih kerana membaca!

Assalamualaikum

Mohon juga share untuk kebaikan semua. 👇👇👇

Baca :- Cara Buat Link WhatsApp Secara Direct Message

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!