Walaupun Windows 10 sudah lebih 5 tahun dilancarkan sejak pengeluarannya, namun terdapat “hidden tricks” yang masih ramai lagi tak tahu.
Kebanyakan daripada kita masih menggunakan Windows 10 walaupun Microsoft telah mengeluarkan Windows versi 11. Ini kerana Windows 10 merupakan desktop operating system yang agak friendly user, efficient dan stabil jika nak dibandingkan dengan versi sebelumnya iaitu Windows 8.
Oleh itu, artikel ini akan berkongsi rahsia tersembunyi yang anda boleh cuba pada peranti anda.
Baca Juga :- Cara Backup Dan Restore Data Pada Windows 10 Dengan Mudah
Baca Juga :- Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10
Baca Juga :- Cara Mengatasi “No Internet Access” Pada Windows 10
Hidden Tricks tips!
![[Hidden Tricks] Kebanyakan pengguna Windows 10 tidak tahu trick ini!](https://werksbite.com/wp-content/uploads/2023/01/pexels-josh-sorenson-1714208-1024x682.jpg)
1. Turn On Slide to Shut Down

Sebenarnya terdapat feature yang di mana anda boleh slide down untuk shut down. Banyak cara sebenarnya namun di sini saya ingin berkongsi bagaimana anda boleh shutdown menggunakan desktop shortcut.
- Langkah pertama sekali adalah right-click pada desktop. Seterusnya klik New > Shortcut.

- Pada popup window, taip slidetoshutdown.exe untuk letakkan fail anda berada.

- Namakan fail anda dan seterusnya klik Finish.

- Double-click pada shortcut icon dan seterusnya pull-down lapisan yang keluar sehingga ke bawah untuk shut down komputer anda.

2. Start Menu yang tersembunyi

Caranya mudah sahaja, right-click pada Windows icon untuk keluarkan paparan elevated panel dan seterusnya klik pada Shut down or sign out. Bukan itu sahaja, option lain juga yang terdapat pada elevated panel juga selalu digunakan oleh pengguna. Oleh itu sekiranya anda ingin membuka Device Manager, Power Options, Task Manager dan lain-lain lagi maka cara ini akan lebih memudahkan anda untuk membuat carian.
3. Customize Command Prompt

Sekiranya ada bosan dengan paparan background command prompt yang berwarna hitam, maka anda boleh tukar ke warna yang lain. Windows menyediakan fungsi untuk anda customize paparan command prompt mengikut cita rasa anda.
Caranya :-
- Buka command prompt
- Right-click pada top bar command prompt
- Seterusnya pilih Properties
- Akhir sekali klik pada pilihan Colors dan seterusnya ubah mengikut cita rasa anda.
Anda juga boleh mengubah transparency pada paparan command prompt dengan menggerakkan opacity slider.
Bukan itu sahaja, command prompt juga membolehkan anda untuk menukar font, layout serta saiz cursor.
4. Menimbulkan File Extensions
Secara dasarnya, Windows telah menyembunyikan file extensions yang terdapat pada File Explorer. Dengan adanya file extensions ini maka ia dapat memudahkan anda mencari lagi jenis-jenis fail seperti fail .jpg atau .png. Oleh itu, anda boleh tetapkan pada Windows untuk mencari file extension secara mudah.
Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut.
- Buka File Explorer dan klik View > Options > Change folder and search options.

- Seterusnya pada Folder Options, klik View dan scroll ke bawah untuk pilihan Hide extension for known file types dan uncheck padanya. Akhir sekali klik Apply, sekarang anda boleh lihat jenis fail akan dipaparkan selepas nama fail.

5. Membuka emoji, kaomoji dan simbol

Tekan Windows key + . key pada keyboard anda untuk menimbulkan menu emoji, kaimoji yang dibangunkan menggunakan Unicode characters serta pelbagai jenis symbols yang anda boleh gunakan dalam penulisan anda. (●’◡’●)
6. Crop pada screen capture yang kita nak sahaja

Snip & Sketch app (yang dahulu dikenali sebagai Snipping Tools) merupakan salah satu software yang dibangunkan oleh Windows untuk menangkap layar (screen shot) pada paparan skrin.
Yang menariknya tentang Snip & Sketch adalah anda boleh menggunakan shortcut pada keyboard anda dengan menekan papan kekunci Shift + Windows key + S untuk melakukan screenshot seperti full-screen, rectangular and freeform.
Anda juga boleh gunakan tools yang terdapat pada Snip & Sketch untuk mengedit.
7. Show Desktop Button
Sekiranya anda nak kosongkan windows yang terbuka pada paparan skrin, Anda tak perlu pun minimize satu persatu Windows yang terbuka.
Sebenarnya terdapat butang tersembunyi di sudut kanan bawah taskbar.
Cuba anda perhatikan pada bahagian bawah belah paling kanan sekali, selepas tarikh dan masa. (lihat pada gambar)

Anda akan nampak butang kecil yang nampak tak nampak sahaja, betul-betul bahagian hujung sekali. Klik padanya untuk minimize kan semua Windows yang terbuka sekaligus.
Tekan sekali lagi untuk maximize kan kembali.
Baca Juga :- Cara Bersihkan Cache Pada Windows 10 Untuk Lajukan Komputer
Mungkin ada di antara kita yang tak puas guna satu skrin pada laptop, jadi untuk meningkatkan lagi efficient dan kepuasan semasa membuat kerja saya suggest anda menggunakan external monitor pada laptop anda, lagi baik sekiranya anda gunakan dari brand mobile pixels. Brand yang berkualiti tinggi dan merupakan perintis kepada brand external monitor.
Inilah beberapa cara hidden tricks pada Windows 10 yang anda boleh gunakan.
Terima kasih kerana membaca dan kongsikan kepada orang lain untuk manfaat bersama.
Sekiranya anda mempunyai idea untuk kami tulis, komen di bawah.
Assalamualaikum.
Jangan lupa share!