Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan bagaimana anda boleh janakan duit anda secara pasif tanpa mengeluarkan modal pun! Semuanya percuma. Tinggal usaha anda sahaja.
Idea-idea dalam artikel ini juga anda boleh janakan dalam bentuk digital. Maksudnya anda boleh buat duit menerusi telefon ataupun laptop sahaja!
Anda tak perlu pun keluar rumah promosikan produk anda dalam keadaan panas terik, hujan yang membuatkan satu-satu perkara itu meletihkan. Cukup hanya duduk di rumah sahaja dan bangunkan produk anda menerusi gajet-gajet anda.
Jom baca! semoga bermanfaat!
Pendapatan Aktif vs Pendapatan Pasif?
PENDAPATAN AKTIF | PENDAPATAN PASIF |
Anda merupakan seorang pekerja sahaja. Anda kena ikut arahan bos | Anda lah Bos, anda lah pekerja. Tiada siapa boleh arah anda. |
Bergantung kepada majikan, kalau anda sakit tapi dapat duit kira ok lah. | Tetap dapat duit walaupun anda sakit |
Ada kerja baru dapat gaji, tiada kerja? Tak dapat apa-apa | Buat kerja pada awal-awal sahaja, selepas itu anda boleh menikmati keuntungan berpanjangan! |
Terikat dengan masa kerja majikan. Nak cuti pun kena apply :'( | Masa flexibel. Anda nak bercucuk tanam belakang rumah sambil duit masuk pun boleh |
Macam-macam benda kita boleh buat duit pada zaman digital ini. Kebanyakan orang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah scroll telefon dahulu semasa bangun tidur. Tapi alangkah lagi indahnya jika anda scroll notifikasi sales masuk?! Lagi best weyhh (Mata saya terlihat bersinar melihat wang! 🤑).
Jadi rugilah kalau anda tak manfaatkan sepenuhnya phone anda. Benda boleh buat duit, tetapi anda sia-siakan.
6 Idea Simple Tapi Power Jana Pendapatan Pasif!
Cuma saya nak pesan, idea-idea ini sangatlah tidak sesuai kepada mereka yang mahukan fast result. Pendapatan pasif bukanlah sesuatu yang harini buat, esok kita boleh beli sebiji banglo. Ia memerlukan usaha yang lebih pada awal-awalnya dahulu. Selepas itu baru anda rasa kebebasan masa dan wang ringgit serta tak terikat mana-mana pihak pun!
Benda betul dan halal memang memerlukan masa dan usaha. Kita bukan nak jadi scammer.
saya mulakan dulu dengan Udemy.
1. Udemy

Bertahun-tahun lamanya kita berjuang dalam karier kita, sudah tentu kita ada pengalaman, skills dan ilmu yang berguna yang kita boleh kongsikan kepada masyarakat dunia!
“masyarakat dunia”? adakah pasaran kita adalah worldwide?
Kalau anda nak tahu, Udemy adalah sebuah portal di mana anda boleh pasarkan course anda di peringkat antarabangsa dan Udemy mempunyai lebih daripada 40 juta pelajar di serata dunia. Ramaikan?
Sekarang ni pun ramai dah golongan entrepreneur dan professional seperti programmer, jurutera cebur dalam bidang ini. Modul-modul mereka kebiasaannya berkongsi tentang ilmu-ilmu mereka, tips-tips mereka berjaya, pengalaman serta cara-cara untuk menangani halangan yang mereka tempuhi.
Berapa banyak anda boleh buat duit di Udemy?
Tidak mustahil sebenarnya jika anda boleh jana 4 angka atau lebih di Udemy. Ini kerana ramai yang telah berjaya memperolehi berbelas ribu dollar dalam sebulan! Contohnya Rob Percivel yang mempunyai total revenue sebanyak 2.8 juta USD hasil daripada pengajaran beliau di Udemy. Beliau telah mengajar lebih dari 2 juta pelajar di seantero dunia.
Ada juga orang Malaysia yang saya tahu seperti Weng Honn Kan yang jadi cikgu yang berjaya di Udemy. Total students beliau pun sudah mencecah 70,000. Agak-agaknya berapalah pendapatannya sebulan ya? 🤔 hurmmm

Online learning merupakan industri yang membangun dan sangat-sangat lucrative. Udemy dengan bangganya berkongsi cikgu-cikgu terbaik mereka di sini. Lumayan bukan? 🤑
Untuk pengetahuan anda, bayaran adalah dalam bentuk dollar. Anda tak perlu pun pergi ke Amerika untuk merasa gaji dalam USD!
2. Buat E-book

Perkara paling menarik tentang ebook adalah anda tidak perlu pun mengeluarkan modal yang besar seperti mencipta sebuah buku fizikal. Macam-macam jenis kos yang terlibat untuk buat buku fizikal. Prosesnya pun sangat rumit dan melecehkan.
Tetapi dengan E-book anda cuma perlukan format pdf sahaja. Nak Design muka depan pun tak perlu nak upah graphic designer mahal-mahal. Guna sahaja software percuma Canva!

Kalau kita lihat kosnya hampir 0! Ini yang membuatkan bisnes e-book ini sangat-sangat menarik! Anda juga boleh mendapat keuntungan sehingga 100%.
Saya ada ramai kenalan yang menulis ebook. Boleh dikatakan keuntungan hasil jual ebook lebih dari 100,000 ringgit! banyak tu. Semua benda akan jadi kalau kena dengan strategi.
Nak tahu strateginya? Anda boleh baca di sini:- Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook
Tujuan utama menulis E-book ini sebenarnya adalah untuk memberi solusi kepada para pembaca dan memberikan informasi-informasi yang mereka perlukan. Dengan kata lain, anda telah menyediakan sepasang kasut untuk membantu mereka berlari lebih jauh lagi.
Masyuk tau jual e-book ni, Anda tak nak ke?
3. Youtuber

Nak naikkan ranking video dan nak dapatkan subscribers yang banyak mesti kena dengan caranya. Perkara pertama sekali yang anda perlu tahu adalah apakah niche yang anda ingin fokuskan. Niche ni adalah spesifik topik yang anda kena pilih dan fokuskan sahaja.
Misal kata jika anda ingin fokus tentang “cara buat duit”, jadi fokuskan hanya topik tu sahaja. Ramai Youtuber baru gagal untuk perform lebih dalam menaikkan ranking Youtube mereka kerana banyak konten-konten mereka caca merba.
Sekejap nanti cerita pasal memasak, selepas itu cerita pasal marketing, lepas tu nanti cerita pasal kereta pula. Memang sampai ke sudah Youtube tak faham apa niche anda sebenarnya.
Pada permulaan anda mencipta konten di akaun anda, algoritma Youtube sebenarnya sedang faham apakah topik-topik yang anda ingin tumpukan. Apabila algoritma Youtube dah dapat tangkap apakah yang channel anda fokuskan, barulah algoritma Youtube akan menyusun langkah memandu video-video anda kepada penonton-penonton yang berpotensi. Inilah antara rahsianya bagaimana sesetengah orang dapat capai beribu-ribu subscribers kurang daripada setahun.
Anda boleh lihat contoh terdekat Channel Fikri Zamri yang dimana konten-kontennya fokus pada travel sahaja. Ataupun Sugu Pavithra yang suatu ketika dahulu namanya menjadi fenomena masa zaman PKP 1.0 dahulu yang di mana video-videonya adalah tentang memasak makanan.
Ingat! Fokus Hanya satu niche sahaja.
Perkara paling penting nak jadi Youtuber yang berjaya adalah anda perlu faham dahulu tentang algoritma Youtube. Saya ada tulis artikel khas tentang ini :- 9 Perkara Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja
Memahami algoritma Youtube bekerja adalah sangat-sangat penting untuk meroketkan lagi ranking Youtube anda. Jadi bacalah artikel yang saya tulis tu.
Selain itu, kalau anda nak cari idea-idea niche untuk membuat konten, saya suggest anda gunakan tools answer the public. Tools ini sangat mudah digunakan dan percuma sahaja.
Anda taip sahaja tentang niche anda, berbagai-bagai idea yang akan keluar yang boleh dijadikan konten.

Sekiranya anda betul-betul serius nak dapatkan income yang stabil dan masyuk dengan jadi Youtuber, anda perlulah berusaha keras buat konten-konten yang menarik dan berkualiti. Mereka boleh buat, kenapa tidak anda?
Ramai dah Youtuber Malaysia jana 5 hingga 6 angka sebulan! Mungkin anda yang seterusnya?
4. Jual Gambar Online

Upload gambar sekali sahaja, berulang-ulang kali orang boleh beli nanti. Gambar-gambar saya yang saya muat naik pada 2017 pun masih ada orang beli hingga ke hari ini! Sangat best! Tahu-tahu sahaja keluar notifikasi memberi tahu ada orang beli. 🥰
Ramai orang beranggapan kalau nak jual gambar secara atas talian mesti mempunyai skill fotografi yang mantap. Sebenarnya tidak sama sekali. Anda hanya memerlukan sedikit basic fotografi sahaja seperti penjagaan cahaya dan komposisi yang betul. Jaga dua perkara ini sudah cukup untuk anda menceburkan diri dalam dunia stock photo ini.

Bagaimana pula kalau tiada kamera? Jangan risau pakai sahaja apa yang ada pada anda. Percaya tak kalau saya katakan guna smartphone pun boleh? Ya benar memang boleh dan ramai sudah yang jana income dengan hanya tangkap menggunakan phone sahaja. Smartphone sekarang pun bukan biasa-biasa lagi. Gambar Straight Out Of Camera (SOOC) pun dah cantik.
Untuk menggalakan lagi jual gambar secara online dengan menggunakan telefon, banyak syarikat-syarikat Stock Photo sudah buat aplikasi untuk upload terus gambar-gambar ke dalam aplikasi dari smartphone saja. Cara gunanya pun tidaklah rumit manapun.

Pada pendapat saya bagi yang baru-baru nak cebur dalam bidang ini, Shutterstock merupakan platform terbaik untuk anda mulakan. Ini kerana Shutterstock lebih mudah digunakan, mempunyai pembeli aktif yang ramai di seluruh dunia dan ekosistem gambar-gambarnya bersifat variety.
Anda nak tahu bagaimana rahsia dapatkan jualan gambar yang tinggi? baca artikel ini :- Cara efektif jual gambar online berdasarkan pengalaman penulis.
Dan bila lagi nak merasa gaji dalam USD? Jom jual gambar online!
5. Affiliate Marketing

Di Malaysia ni masih ramai lagi yang tak tahu tentang affiliate marketing. Kalau lah mereka tahu boleh buat duit dengan goyang kaki sahaja dan mampu menjana pendapatan yang tersangatlah lumayan sudah tentu berbondong-bondong orang lakukan.
Ada orang sanggup berhenti kerja dan fokus kepada affiliate marketing ni sahaja.

Senang kata affiliate marketing ini adalah satu pekerjaan yang di mana anda hanya mempromosi produk syarikat lain saja, anda akan dapat komisyen sekiranya ada orang membeli, menempah atau mendaftar melalui link yang anda kongsikan.
Boleh jadi produk yang dijual itu adalah tentang software, ebook, barang fizikal, pendaftaran membership, tempahan hotel atau penerbangan dan banyak lagi. Mudahkan kerjanya?
Anda boleh mempromosikan produk-produk mereka di blog anda, laman sosial seperti Facebook atau Instagram atau mana-mana platform di internet.
Langkah pertama untuk anda memulakan affiliate marketing ini adalah anda kena memohon dulu di merchant.
Terdapat 4 merchant yang mudah untuk dipohon. Iaitu:-
- Shopee Affiliate program
- Lazada Affiliate Program
klikjer lebih kepada mempromosikan tentang ebook, manakala accesstrade pula lebih kepada mempromosikan syarikat-syarikat besar. Shopee dan Lazada pula lebih kepada barang-barang fizikal.

Jika anda ingin mendaftar accesstrade, anda boleh klik ke pautan ini Saya Nak Daftar Accesstrade! . Selepas anda daftar, anda akan dapat pengesahan email yang menandakan pendaftaran anda diterima.
Seterusnya anda perlu pohon mana-mana syarikat yang anda ingin promosikan. Kebanyakan syarikat sangat mudah untuk diterima. Anda akan terus di approve sebaik sahaja anda pohon.
Langkah terakhir anda boleh terus promosikan link anda dan jana wang!
6. Mencipta Aplikasi Smartphone

Kebanyakan orang ingat jika nak buat aplikasi smartphones mesti memerlukan skill coding yang memeningkan kepala itu. Sebenarnya ada cara lain untuk anda bangunkan aplikasi anda sendiri.
Banyak website yang menyediakan perkhidmatan untuk anda bangunkan aplikasi secara percuma. Di sini saya sertakan 3 website yang percuma untuk anda :-
Berdasarkan Techcrunch, lebih 90% aplikasi di Appstore atau Playstore adalah percuma. Oleh itu disarankan untuk anda buat apps secara percuma sahaja untuk orang ramai. Contoh terdekat adalah diri kita, kita lebih suka jika menggunakan aplikasi percuma sahaja kerana dapat menjimatkan wang ringgit. Begitu juga dengan orang lain.
Jadi Bagaimana aplikasi percuma buat duit?
1. Melalui pengiklanan
Anda akan dibayar setiap kali paparan iklan ditayangkan. Juga anda akan dibayar lebih setiap kali pengguna mengklik iklan tersebut.
2. Subscription ataupun lifetime payment
Anda boleh menyediakan futur-futur yang menarik yang tidak ada pada versi percuma aplikasi anda. Misal kata anda boleh buangkan pengiklanan yang agak annoying pada versi berbayar.
Dengan cara ini juga anda dapat meningkatkan audience yang berkualiti menggunakan aplikasi anda.
3. Menjual merchandise
Kita semua tahu angry birds merupakan sebuah franchise yang sangat berjaya. Permainannya pun tidak begitu complicated, nak main pun santai-santai sahaja.
Hanya bermula dengan sebuah aplikasi yang simple sahaja. Sekarang sudah mempunyai filem dan menjual merchandise mereka sendiri di seluruh dunia!
Saya pernah jumpa seseorang yang membangunkan aplikasi percuma. Beliau ada lebih dari 10 aplikasi di Google playstore dan Appstore. Beliau berkata salah satu aplikasinya iaitu aplikasi Islamik menjana pendapatan lebih dari 2000 ringgit sebulan.
7. Etsy

Boleh dikatakan Etsy ini masih asing lagi di Malaysia. Saya jarang-jarang betul dengan orang buat duit dengan Etsy ini.
Etsy ini adalah satu platform di mana anda boleh jual pelbagai produk dari barangan kraftangan, vintaj dan sampailah ke perabot rumah.
Tapi ada jenis-jenis produk yang di mana anda letak sekali sahaja di Etsy, selepas itu biarkan ia bekerja jana duit untuk anda. Dan anda pun tak perlu pun membungkus dan buat penghantaran ke pelanggan anda yang boleh dikatakan memerlukan banyak masa.
Nak tahu?
Di sini saya senaraikan 5 idea untuk anda antaranya:-
- Greeting Cards templates seperti kad kahwin
- Templates tentang belanjawan
- Resume Templates
- Marketing materials
- Kalender bulanan
Buat dan muat naik sahaja. Selepas itu tunggu pembeli membeli produk anda.
Jangan risau sekiranya anda tidak tahu menggunakan adobe photoshop dan illustrator yang sangat memerlukan skill yang tinggi. Ada cara yang mudah.
Guna sahaja Canva ! Mudah dan anda tak perlu pun pening-pening kerana telah disediakan banyak templat. Tinggal anda sahaja nak olahkan bagaimana mengikut kekreatifan anda.
Lagipun anda boleh dapatkan pelbagai fitur-fitur yang menarik pada versi percuma sahaja! Puas hati memakainya.
Saya pernah jumpa seseorang yang telah menjana 5 angka pendapatan dalam sebulan dengan hanya menjual produk digital di Etsy sahaja! Saya doakan anda turut berjaya!
Kesimpulan
Mencebur diri dalam apa-apa bisnes berkaitan digital adalah suatu pelaburan sangat-sangat bernilai yang akan membuka lebih banyak peluang kepada anda dalam apa-apa jua bidang lain. Lagi-lagi jika anda janakan secara pendapatan pasif. Sudah tentu sedikit sebanyak dapat mengatasi inflasi pada masa akan datang.
Zaman IT adalah zaman paling mudah untuk anda buat duit di mana-mana pun. Duduk rumah pun boleh buat duit. Cuma orang Malaysia ni masih ramai tak tahu lagi.
Moga-moga makin ramailah yang jumpa blog ini untuk mereka pelajari lagi banyak tentang jana pendapatan pasif.
Saya berharap idea-idea ini dapat membantu anda jana pendapatan dan dapat membantu ekonomi anda. Saya juga ingin tahu apakah artikel lain yang anda ingin baca? Tulis di ruangan komen. Saya dengan berbesar hati akan tulis pada masa akan datang, dengan izin Allah. 😀
Terima kasih kerana membaca sehingga habis.
Jangan malu-malu kongsikan kepada rakan-rakan anda sekiranya anda rasa artikel ini bagus dan berguna!
Assalamualaikum