Google Chrome Extensions terbaik yang anda boleh gunakan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ramai sebenarnya tak tahu akan kewujudan extensions yang terdapat pada Google Chrome yang boleh meningkatkan lagi pengalaman dan produktiviti serta membantu memudahkan anda semasa menggunakan internet browser.

Yang menarik sekali, Google Chrome menyediakan lebih dari 130k extentions! namun, dalam banyak-banyak apa yang paling bagus sekali?

Dalam artikel ini saya telah sediakan Google Chrome extensions yang highly reccomended!

Baca juga :- Cara Upload Ads.txt file pada Hostinger hosting step-by-step

Senarai Extensions Google Chrome.

Media sosial

1. Twitter Screenshots

Users :- 8,000+

Ambil tangkapan skrin tweet yang menarik, cantik dan rapi dengan hanya satu klik.

2.  Buffer

Users :- 200k++

Buffer memudahkan anda untuk berkongsi konten dari mana-mana website ke laman sosial anda seperti linkedin, facebook dan twitter. Anda juga boleh schedule post dari browser anda tanpa memerlukan access Buffer website. Selain itu juga, buffer juga membolehkan anda untuk mengaturkan post pada masa akan-akan datang.

3. BuzzSumo

Users : 20k+

BuzzSumo menyediakan fungsi tentang maklumat-maklumat prestasi konten-konten anda yang sesuai digunakan oleh blogger. Anda juga boleh gunakan extension ini untuk menganalisis pesaing kita dan menyusun strategi bagaimana untuk membuat konten kita lebih banyak dikongsi.

Alatan ini sangat berguna untuk memudahkan anda melihat sejauh mana engagement pada konten anda.

Cara nak guna pun mudah saja, semasa anda berada pada satu-satu page, anda klik saja extension untuk menunjukkan metriks seperti perkongsian di laman sosial serta backlinks.

4. Picture-in-Picture Extension (by Google)

Users : 2M+

Picture-in-Picture menyediakan fungsi di mana anda boleh melayari web browser yang lain sambil-sambil melayan video youtube atau Netflix yang floating pada Windows.

Cara nak gunakan pun mudah sahaja, buka mana-mana video youtube atau movie di Netflix dan klik saja logo picture-in-picture pada bahagian extentions di atas. Seterusnya dengan sendirinya video akan terpapar pada bahagian bawah.

Produktiviti

1. Todoist

Users: 900K+

Todoist merupakan alatan pengurusan projek yang boleh membantu anda menyusun tugas-tugas anda. Apa yang menarik tentang Google extension ini adalah anda boleh melihat juga perkongsian senarai daripada team anda yang lain serta anda boleh menambah senarai tugasan tanpa membuka senarai menerusi peranti lain.

2. Tab Notes

Users: 1000+

Halaman permulaan yang simple yang terdapat pada Google Chrome yang di mana anda boleh mencatat terus tugasan dengan cepat pada pad nota ringkas pada setiap tab baharu.

Anda juga boleh save setiap apa yang anda catat menerusi butang penjuru atas belah kanan. Nota-nota akan disimpan dalam format text document (.txt) yang boleh dibuka menerusi aplikasi notepad.

3. ClickUp

Users: 100K+

Click Up merupakan all-in-one produktiviti platform yang telah direka untuk mengabungkan semua kerja-kerja kepada hab berpusat dan anda boleh menguruskan segala-galanya dari tugasan kecil hinggalah tugasan-tugasan yang kompleks.

Ia telah menjadi pilihan utama kepada syarikat enterprise, pendidik serta agensi-agensi oleh kerana kepelbagaian ciri-ciri yang boleh diubahsuai. Ini termasuklah di mana anda boleh memperkemaskan proses anda serta merancang projek anda.

Dengan extension ini, anda boleh mencipta tugasan baru anda, menyimpan websites, menjejaki masa, membuat screenshot, mengakses notepad dan pelbagai lagi menerusi Google Chrome browser.

4. Toggl Track

Users: 300K+

Sekiranya anda mempunyai masalah terlalu banyak menghabiskan masa pada satu-satu tugasan sehingga anda mengetepikan tugasan lain.

Oleh itu, anda boleh menggunakan Toggl Track. Chrome extension akan membantu masa anda supaya anda boleh melakukan kerja-kerja lain dengan lebih produktif.

Cara nak guna pun mudah sahaja. Buka sahaja extension dan mulakan tracking masa anda untuk satu-satu tugasan.

5.  Wordtune

Users: 1M+

Wordtune merupakan Artificial Intelligent (AI) yang terdapat di Google Chrome extension yang berfungsi untuk menukar ayat ke ayat yang lain kan tetapi mempunyai makna yang sama.

Anda boleh menggunakan pelbagai jenis ayat yang diubah-ubah yang disediakan oleh Wordtune (contoh seperti pada gambar di atas).

6. Office Editing for Docs, Sheets & Slides

Users: 6M+

Google extension ini akan memudahkan kerja anda dan rakan kerja anda yang menggunakan berlainan komputer.

Apa yang menarik tentang extension ini adalah anda boleh memindahkan fail-fail Microsoft Office ke Google Drive untuk melihat dan edit tanpa perlu install software tersebut pada komputer anda.

Sekuriti

1. Ghostery

Users: 2M+

Ghostery merupakan ad-blocking extension yang direka untuk membuang ads yang menganggu anda sewaktu anda sedang melayari satu-satu website.

Selain itu, extension ini juga dapat “menyamar” pada browsing data supaya ad-tracking tools tidak dapat mengambil maklumat peribadi anda.

Bukan itu sahaja, Ghostery juga dapat membantu melajukan load time halaman website serta meningkatkan lagi pengalaman melayari internet.

2. Checkbot

Users: 70K+

Checkbot merupakan kombinasi antara teknikal SEO dan keselamatan moden untuk membantu anda menganalisis bagaimana untuk mengoktimumkan enjin carian serta melindungi website anda.

Ini kerana enjin carian seperti Google mengutamakan keselamatan laman web untuk konten yang berkualiti.

Extension ini sangat sesuai kepada blogger serta web developer.

Checkbot boleh menguji kepantasan halaman website, SEO dan juga keselamatan secara keseluruhan dengan lebih 250 url (per domain) secara percuma.

Selain itu, ia juga membantu anda untuk meningkatkan lagi keselamatan website pada pengunjung website anda daripada ancaman bahaya.

3. Hola Free VPN

Users: 4M+

Extension ini dapat membantu anda untuk membuka laman web secara anonymous (merahsiakan identiti) dan selamat. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuka mana-mana website luar negara yang disekat didalam negara.

Ada juga plan yang berbayar, anda boleh dapatkan ia bermula dengan harga RM 6.09

4. Click&Clean

Users: 1M+

Sekiranya anda merupakan seseorang yang selalu browsing dan memuat turun bahan-bahan dari internet maka anda boleh cuba memakai extension ini untuk membersihkan browser history.

Click&Clean membantu anda untuk membersihkan cache, carian url, website cookies serta download history dengan hanya satu klik sahaja pada tool tersebut.

Extension ini juga mampu untuk mengimbas komputer anda daripada virus serta dapat membersihkan hard drive anda dari aplikasi yang tidak pakai. Ini dapat membantu melajukan serta melancarkan penggunaan komputer anda.

Baca juga :- Cara Backup Dan Restore Data Pada Windows 10 Dengan Mudah

Sumber konten

1.  Giphy for Chrome

Users: 300K+

Anda boleh meletakkan animasi GIF anda pada blog, media sosial ataupun email dengan hanya drag and drop sahaja.

2. Google Scholar Button

Google Scholar merupakan extension yang di mana anda boleh gunakan untuk membuat rujukan sekiranya anda ingin menulis perkara-perkara saintifik ataupun topik-topik kajian yang berat.

Anda boleh mencari pelbagai artikel dan buku-buku menerusi browser anda.

Extension ini merupakan cara kedua untuk anda mendapatkan maklumat-maklumat kajian selain daripada rujuk kepada buku.

Baca Juga :- Cara mengatasi masalah WiFi selalu terputus pada Windows 10

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Google Chrome Extension yang bagus untuk anda guna.

Moga-moga apa yang dikongsikan di atas dapat membantu dan memudahkan kerja-kerja anda.

Terima kasih kerana membaca!

Assalamualaikum

Mohon juga share untuk kebaikan semua. 

Baca :- Cara Buat Link WhatsApp Secara Direct Message

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!