Cara Upload Ads.txt file pada Hostinger hosting step-by-step

Cara Upload Ads.txt file pada Hostinger hosting
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ada sesetengah blog yang baru diluluskan Google Adsense akan mendapat mesej ads.txt file. Saya juga turut mendapat mesej seperti ini. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi bagaimana untuk upload Ads.txt file pada Hostinger hosting.

Baca juga :- 12 Tips Mudah Lulus Permohonan Google Adsense Hanya Sekali Submit

Namun kalau anda gunakan hosting lain pun tiada masalah nak follow tutorial ini, ini kerana asasnya tetap sama, cumanya dari segi paparan website ada berbeza.

Sebagai permulaan, mungkin ada yang kurang jelas apa sebenarnya Ads.txt file ini?

Secara ringkasnya Ads.txt file ini adalah bertujuan untuk para penerbit iklan membenarkan anda mempromosikan iklan-iklan mereka.

Masih kurang jelas?

Begini, kalau ada Ads.txt file baru penerbit bagi anda iklankan produk-produk mereka. Kalau tiada maka tidak boleh sama sekali.

Jelaskan?

Bukan itu sahaja, ads.txt file juga mampu melindungi website anda daripada malware yang boleh mengambil pendapatan Google Adsense anda.

Ok jom baca bagaimana nak upload Ads.txt file pada Hostinger. 👇👇👇

Mudah saja caranya~

Bagaimana nak upload Ads.txt file pada Hostinger.

Cara Upload Ads.txt file pada Hostinger hosting

1. Muat Turun fail ads.txt

  1. Perkara pertama sekali adalah klik butang Fix now. Ia akan membawa anda ke halaman Sites.

  1. Klik DOWNLOAD. Tetapi sebelum itu pastikan file yang anda muat turun digunakan pada domain yang disebut untuk mengelakkan apa-apa masalah berlaku. Google sudah memberitahu apa-apa kemas kini akan berlaku dalam beberapa hari. Jadi relax 😎

  1. File akan di muat turun ke Downloads.

2. Login ke akaun Hostinger dan upload fail ads.txt (step-by-step)

  1. Pergi ke Home, seterusnya klik Manage pada box Hosting website anda

2. Seterusnya klik File Manager seperti dalam gambar dibawah

  1. Sejurus saja anda membuka File Browser, anda akan lihat paparan seperti di bawah. Seterusnya klik pada public_html. (Bagi sesetengah pula, anda perlu membuka fail Domain dahulu, seterusnya klik nama domain anda, akhir sekali baru klik fail public_html).

  1. Klik icon upload pada bahagian header atas sekali.

  1. Klik File untuk upload.

  1. Secara automatik fail anda telah di muat naik di dalam root of of the domain. (PERINGATAN!!! Sekiranya nama fail anda adalah lain selain ads.txt, anda wajib tukar ke ads.txt. Seperti fail yang saya namakan ads(2).txt, sistem tidak boleh baca, akhirnya fail akan return ke HTTP 404 yang bermaksud fail anda tidak jumpa!)

sepatutnya ads.txt

  1. Selesai

3. Bagaimana nak tahu fail anda telah di muat naik dengan baik?

Untuk mengetahui bagaimana fail ads.txt berjaya dipasang denga baik pada root domain, cuba anda taip domainAnda.com/ads.txt pada browser, seterusnya tekan enter.

Sekiranya anda lihat terdapat isi maklumat ads.txt yang terdiri daripada skema  IAB Tech Lab ( google.com, pub-3654165419998068, DIRECT, f08c47fec0942fa0) bermakna fail ads.txt anda telah dipasang dengan betul.

Namun jika anda mendapati paparan browser anda terdapat tanda-tanda url not found, error 404, Page not found atau apa-apa sekalipun ini menandakan fail ads.txt anda tidak dipasang dengan betul.

Berkemungkinan besar ini adalah masalahnya :-

  1. nama fail anda adalah selain ads.txt.
  2. Anda tidak muat naik ads.txt file dengan betul.
  3. Anda memuat naik fail ads.txt milik website lain.
  4. Terdapat kesalahan pada pub code ads.txt file anda. Jaga jarak dan koma.
  5. Pastikan mengikut skema seperti ini :- google.com, pub-{ your publisher code}, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Oleh itu, jika anda sudah pasti segala-galanya sudah betul namun masih terdapat error, cuba tunggu dulu selama beberapa hari.

4. Mesej amaran Ads.txt tetap keluar di Google Adsense walaupun file anda sudah berjaya upload?

Anda tak perlu risau jika mesej amaran ads.txt masih belum hilang. Berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan blogger saya, kebiasaannya mesej amaran ads.txt sekurang-kurangnya mengambil masa satu hari untuk hilang.

Penutup

Setakat ini sahaja artikel mengenai cara-cara untuk memuat naik fail ads.txt ke root domain website anda.

Terima kasih kerana membaca.

Sekiranya artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.

Saya mendoakan anda berjaya dalam dunia blogging anda!

Assalamualaikum.

Baca juga :- 12 Cara menambah subscriber Youtube secara organik dan efektif 

Baca juga :- 15+ Cara Efektif Meningkatkan Trafik Website Dengan Mudah

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!