Cara terkini mendaftar akaun paypal step-by-step dengan betul

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Untuk pengetahuan umum, Paypal adalah sebuah payment gateway yang wajib ada untuk anda berurusan duit dengan pihak luar negara. Nak hantar duit nafkah ke mak ayah pun boleh, baru nampak lagi rare kan? 😀 Hehe

Secara peribadinya, saya lebih gemar menggunakan Paypal dan saya banyak berurusan menggunakan Paypal jika nak dibandingkan dengan Skrill dan juga Neteller. Ini kerana Paypal lebih diterima di kebanyakan tempat dan sudah tentu di kenali ramai. Juga nak guna pun bukanlah rumit manapun. Really straight forward untuk menghantar duit ke pihak yang anda tujukan.

Jika anda berhasrat untuk menjadi seorang contributor stock photo seperti Shutterstock ataupun jadi seller di ebay, antara perkara terawal yang perlu anda lakukan adalah anda mesti membuka akaun Paypal. Ini kerana segala transaksi pembayaran gaji ataupun komisyen akan terus masuk ke akaun Paypal anda.

Okey, jom baca step by step mendaftar akaun Paypal anda.

Baca juga : 7 Cara menjana pendapatan pasif dengan hartanah

Cara mendaftar Paypal:

  1. Lawati www.paypal.com dan klik butang Sign Up di atas penjuru kanan.

Cara terkini mendaftar akaun paypal step-by-step dengan betul 2022

  1. Pilih jenis akaun yang anda ingin buka —Personal account ataupun Business account— dan klik Next.

Saya anggap anda menggunakan Paypal hanya untuk pembayaran online, menghantar duit ke orang lain dan juga menerima payment. Oleh itu, klik butang Personal account.

  1. Pilih tujuan anda.

Ini hanya untuk survey mereka sahaja

  1. Daftarkan nombor telefon anda.

anda akan menerima security code ke nombor phone anda untuk pengesahan

  1. Selepas itu, Lengkapkan basic details akaun anda seperti nama, alamat email dan password.

  1. Lengkapkan apa-apa maklumat seperti yang diminta:-

Sekiranya anda tidak mahu menerima email dari Paypal dan juga tidak mahu Paypal menggunakan cookies untuk iklan (One Touch), jadinya unmark sahaja ruangan kotak di situ.

  1. Tahniah! Akaun anda telah didaftarkan!

  1. Okey Langkah seterusnya adalah link kan kad debit atau kredit anda ke akaun Paypal anda.

Ini membolehkan anda membuat urusan belian online shopping dengan PayPal, setiap pembelian akan terus dicaj secara automatik ke kad debit/kredit anda.

  1. Langkah terakhir adalah verify alamat email anda

Anda tidak boleh gunakan akaun paypal jika anda tidak berbuat demikian. Pergi ke email anda dan cari email dari Paypal Servis. Selepas itu klik sahaja butang biru “Yes this is my email address”.

Paparan landing page Paypal terkini.

Yeayy gaji sudah masuk!

Gaji dari Shutterstock

Semoga dengan perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit sebanyak input yang berguna. Saya ucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa anda untuk membaca perkongsian saya ini. Saya doakan semoga anda berjaya dalam apa-apa bidang yang anda ceburi! Assalamualaikum

Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step

Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven

Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! Proven

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!