Cara terkini buka akaun cds step-by-step untuk jual beli saham secara online

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Apa yang anda perlu tahu tentang akaun CDS?

Perkara paling penting jika anda nak masuk ke dalam dunia saham adalah anda wajib membuka akaun Central Depository System (CDS) terlebih dahulu. Dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan cara-cara terkini untuk buka akaun cds secara step-by-step. Selamat membaca!

Akaun CDS ini senang kata adalah sebuah sistem yang akan merekod apa-apa pegangan saham yang ada pada anda sekarang dan transaksi-transaksi jual beli saham anda sebelum ini.

Segala-gala aktiviti akan dipantau oleh Bursa Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC – Securities Commision Malaysia). Dengan memiliki akaun CDS, anda boleh membeli apa-apa sahaja saham berpotensi di Bursa Malaysia.

Terdapat dua jenis akaun CDS iaitu Cash Upfront dan Contra. Cash Upfront ni adalah seperti saham yang kebanyakan orang buat. Kena ada duit baru boleh trade saham. Tetapi kontra pula anda boleh trade saham tanpa ada duit, cuma anda kena adakan duit dalam masa yang ditetapkan. (Tetapi hukum bagi transaksi kontra adalah dikira perjudian. Pada pandangan Islam ia adalah haram.)

Anda boleh pilih syarikat broker untuk anda daftarkan akaun CDS anda. Urusan jual beli saham di Bursa Malaysia di buat di syarikat broker.

Terdapat banyak syarikat broker di Malaysia. Antaranya adalah :-

  1. Affin Hwang Investment Bank Berhad
  2. Maybank Investment Bank Berhad
  3. RHB investment Bank Berhad
  4. Malacca Securities Sdn Bhd
  5. BIMB Securities Sdn Bhd
  6. Kenanga Investment Bank Berhad
  7. Hong Leong Investment Bank

Baca juga : 7 Cara menjana pendapatan pasif dengan hartanah

Broker ini adalah pihak perantaraan yang akan match kan penjual dan pembeli satu-satu saham. Setiap broker akan melaksanakan transaksi dan mereka akan mengambil cas komisyen. Lain broker, lainlah kadar cas komisyennya. Anda boleh lihat rate Broker di sini :- kadar brokerage fee mengikut Broker

Setakat ini, syarikat broker yang saya pernah daftar adalah Mplus Online dan juga KenTrade (Kenanga) sahaja. Kedua-duanya bagus, masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Tapi bagi saya untuk yang baru-baru nak cebur dalam bidang saham ini, saya lebih prefer untuk anda daftar dahulu di Mplus Online. Ini kerana:-

  1. Perkara paling menarik adalah brokerage fee adalah termurah di Malaysia!

Minimum brokerage fee adalah RM 8 sahaja, 0.08% (beli) dan jual 0.3% sahaja jika modal anda bawah RM 50,000, dan jika modal anda besar lebih daripada RM 50,000 hanya 0.05% sahaja untuk transaksi kos. Ini akan memberi anda lebih keuntungan bagi setiap trade saham oleh kerana cas brokerage fee yang murah.

  1. Ada Automated Trading System (ATS)

Fungsi ini sebenarnya penting juga lagi-lagi jika orang yang bekerja dan tak sempat untuk langsung monitor selalu saham. Sistem ini automatik akan terus place order untuk jual saham anda sekiranya harga turun untuk tujuan cut loss. Anda boleh tetapkan berapa cut loss anda. Jadinya anda tidaklah akan rugi banyak. Manalah tahu tetiba saham yang anda masuk buat terjunan Pandalela Renong. Lagilah rugi!

Nak daftar syarikat broker carilah remisier yang bagus dan bertanggungjawab yang boleh guide anda di dalam dunia saham. Bagi saya Isaham adalah terbaik untuk daftar akaun CDS Mplus. Ada remisier yang lepas tangan sahaja, kita tanya apa-apa langsung tak berjawab. Kita untung dia dapat duit, kita rugi? Remisier tu pun dapat duit juga. (Tak patutlah kalau macam tu ishh).

Isaham sangat memuaskan berdasarkan pengalaman saya. Ini kerana Isaham menyediakan 150 screener secara percuma dan premium setelah kajian-kajian saham yang telah dibuat oleh mereka. Penting juga screener ini sebenarnya untuk newbie dalam saham buat rujukan. Jika Kentrade pula, saya suggest anda untuk bersama-sama remisier Faizal Yusup, remisier terbaik di Kenanga Investment Bank Berhad.

Kebiasaanya untuk buka akaun CDS sekitar RM 10 sahaja.

Baca juga: 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful

Syarat-syarat Membuka Akaun CDS:

Menurut Bursa Malaysia, anda layak membuka akaun CDS jika :

  1. Seorang individu yang telah mencapai umum lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan.
  2. Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
  3. Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia.
  4. Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi.
  5. Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  6. Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
  7. Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen.
Baca juga:  Cara terkini mendaftar akaun paypal step-by-step dengan betul 2022

3 cara membuka akaun CDS.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk buka akaun CDS:-

  1. Anda boleh terus direct ke remisier yang anda kenal dan mereka akan guide anda untuk daftar akaun CDS. Boleh saja anda mesej mereka untuk membuka akaun. Tetapi lagi elok jika anda boleh bersemuka dengan mereka. Ini kerana anda boleh tanyakan apa-apa soalan berkenaan pelaburan, cara-cara menggunakan akaun trading dan lain-lain. Tanya sahaja apa-apa persoalan, mereka akan jawab dengan tenang.
  2. Yang kedua anda boleh pergi ke mana-mana website broker yang anda ingin daftarkan akaun CDS anda. Seterusnya ikut saja step by step apa yang diminta. Tetapi cara ini anda tidak boleh memilih remisier anda. Siapa-siapa saja boleh jadi remisier anda.
  3. Cara yang ketiga adalah anda boleh buka melalui Bursa Anywhere. Sama juga anda tidak boleh memilih remisier anda.

CARA MEMBUKA AKAUN CDS SECARA ONLINE

Cara ini lebih kepada membuka akaun CDS Mplus. Tetapi tidak jauh beza pun dengan langkah membuka akaun CDS broker yang lain. Perlu diingatkan daftar hanya menggunakan komputer dan laptop. Lebih elok kalau guna Chrome untuk dapatkan paparan interface yang lagi baik.

  1. Buka mana-mana website broker saham yang anda rasa terbaik untuk anda sepertinya Mplus dan lain-lain. Jika anda ingin membuka melalui remisier yang anda kenal, tanya kepada mereka dan mereka akan tunjukkan langkah-langkah seterusnya.
  2. Seperti biasa isi apa-apa yang diminta di dalam sistem sepertinya:-
    1. Isikan butir peribadi anda nama, IC/Passport, alamat dan tempat tinggal anda dan lain-lain lagi. Pastikan apa-apa maklumat adalah sama pada IC anda 100% untuk mengelak di reject. Lengkapkan juga OLD IC jika ada.
    2. Isikan butir-butir pekerjaan anda sekarang (jawatan anda, gaji dan lain-lain)
    3. Isikan juga tentang apa-apa berkaitan maklumat bank anda yang diminta seperti Bank yang anda gunakan, nombor bank akaun dan juga upload statement bank anda. Pada bank statement, pastikan logo bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank adalah jelas. Perkara paling penting adalah aktif.
    4. Seterusnya jawab soalan-soalan seperti yang diminta seperti Investment Risk profile, Tax Residency dan lain-lain lagi.
    5. Kemudian turunkan tandatangan anda secara digital.
    6. Selepas itu anda akan dibawa ke page pembayaran untuk membayar untuk pembukaan akaun. Bagi Mplus anda akan dikenakan sebanyak RM 11 sahaja. Pastikan akaun bank yang anda guna untuk membuat pembayaran adalah sama dengan akaun bank yang anda register.
    7. Langkah akhir sekali adalah upload gambar IC (depan dan belakang) dengan jelas untuk mengelakkan permohonan anda di reject.
    8. Juga anda akan diminta mengambil gambar muka hadapan anda dan sisi kiri dan kanan. Anda juga boleh menggunakan option yang lain jika tidak mahu upload gambar muka anda. Click sahaja “Choose On Another Device” untuk verification melalui Phone sama ada melalui  SMS, QR scan ataupun email.
  3. Selepas itu tunggu sahaja email daripada broker yang menandakan anda akaun CDS anda telah berjaya di approve. Kebiasaannya akan mengambil masa 2-3 minggu untuk Mplus ataupun lebih masa di ambil bergantung kepada broker yang anda daftarkan.

Cara terkini buka akaun cds step-by-step untuk jual beli saham secara online
Email daripada Malacca Securities (Mplus) yang menandakan akaun anda sudah boleh digunakan

Apa perlu buat sekiranya akaun anda tidak di approve?

Anda boleh contact sahaja no. hotline mereka ataupun email terus broker anda. Mereka akan tunjukkan solusi kepada anda.

Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022

Tahniah akaun trading anda telah dicipta! Jadi apakah Langkah seterusnya?

Terdapat lebih 1000 syarikat yang tersenarai dalam bursa Malaysia. Anda boleh pilih saham mana yang anda boleh beli. Tapi anda kena ingat, pepatah dulu pernah mengatakan “Jangan menduga lautan yang luas, kalau kail panjang sejengkal”. Tak kiralah berapa modal pelaburan yang anda letakkan, tapi kena ada ilmu dan kemahiran. Menurut kajian, kebiasaannya ramai beginner stockers bertahan sekitar 6 bulan sahaja dalam saham sebelum completely give up dan kata saham ini susah.

Melabur saham ini sebenarnya tahu ilmu sahaja tak cukup, anda wajib perlu beranikan diri anda praktikkan ilmu anda, baru anda tahu keupayaan anda dalam dunia saham.

Benar, anda perlu memberanikan diri untuk melabur saham. Tapi jangan “main langgar” sahaja. Pastikan ada ilmu.

Awal-awal rugi itu perkara biasa, tapi anda jangan patah semangat. Semua sifu-sifu saham yang berjaya juga pernah merasa rugi suatu ketika dulu. (Sekarang pun mereka pernah rugi juga, tapi mereka dapat minimize kan kerugian mereka)

Tapi anda jangan give up, cari circle yang selalu motivate anda. Banyak sahaja circle saham yang positif di luar sana, carilah yang paling sesuai dengan anda.

Terdapat juga bahan bacaan yang bagus daripada pakar saham. Di sini saya syorkan anda ebook yang bertajuk Jom Labur Saham

Saya sendiri pernah berguru dengan Dr Zul Izzi Nordin. Saya sangat berpuas hati dengan cara penyampaian dan pengajaran beliau. Segala teknik yang beliau ajarkan sangat mudah untuk difahami. Jadinya saya sangat-sangat syorkan anda untuk memiliki sebuah ebook ini.

Dapatkan dengan klik pautan ini :- Ebook JOM LABUR SAHAM

Bukan setakat ebook sahaja yang anda dapat, anda juga akan dimasukkan ke dalam group support di telegram! Bagi saya dengan harga yang di tawarkan sangat-sangat berbaloi. Seperti yang saya katakan tadi, cari circle yang boleh memotivasikan anda. Mungkin anda boleh jumpa mereka di support group ini 🙂

Jika nak belajar memang kena berguru, kebiasaannya kelas-kelas sifu saham memang mahal. Tapi ada sahaja kelas yang sangat murah dan berbaloi harganya. Anda boleh cari di group Facebook mengenai saham Malaysia. Pasti ada. Saya jumpa guru saya di Facebook juga, RM 400 sahaja saya bayar untuk kesemua ilmu-ilmu teknikal. Tapi sekarang ini beliau sudah tidak membuka kelas lagi, beliau hanya menfokus kepada pelajar-pelajar yang ada sahaja.

Akhir kata saya percaya anda boleh lakukan! Jangan menyerah kalah!

Moga-moga tips-tips yang saya kongsikan tadi dapat membantu anda sedikit sebanyak. Saya doakan anda berjaya dalam dunia saham. Wassalam

Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! 2022 Proven
Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step 2022

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!