Percaya atau tidak bisnes Vending Machine mampu memberikan pulangan sehingga mencecah 5 angka sebulan dengan hanya duduk goyang kaki sahaja! Dengan kata lain bisnes Vanding Machine boleh dilakukan secara passive income! Bayangkan anda duduk tanpa buat apa-apa tetapi tiap-tiap bulan anda dapat income banyak macam kerja Petronas! Bayangkan! Syok kan?
Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu lagi bahawa menjalankan perniagaan Vending Machine atau lebih dikenali sebagai mesin gedegang merupakan suatu bisnes yang sangat menguntungkan dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Kita selalu lihat merata-rata Vending Machine walaupun di depan pintu lift juga. Pernahkah anda terfikir untuk explore lagi mengenai bisnes Vending Machine ini? Jom di sini saya tunjukkan bagaimana untuk anda mula menjana passive income dengan hanya menjalankan perniagaan Vanding Machine.

Perlu diingatkan kos untuk menjana perniagaan ini perlu memodalkan sekitar RM 10,000 – RM 30,000. Tetapi tidak mengapa ada caranya untuk memulakan perniagaan ini jika anda tidak mempunyai modal yang cukup. Saya akan ceritakan dalam artikel ini. Pastikan baca dengan tekun kerana ini mungkin adalah salah satu punca pintu rezeki buat anda.
Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! 2022 Proven
Daftar syarikat di SSM
Kepada anda yang ingin serius dan baru melakukan perniagaan ini, langkah pertama yang mesti anda kena lakukan adalah mendaftar perniagaan terlebih dahulu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kini ada cara yang lebih mudah untuk anda daftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM online. Anda tidak perlu menunggu giliran anda untuk mendaftar syarikat anda di pejabat SSM. Dengan hanya bermodalkan RM 70 anda sudah mempunyai sebuah syarikat yang didaftarkan bawah Enterprise yang diiktiraf oleh SSM. Tahniah!

Tetapi sebelum itu, semasa pendaftaran syarikat anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 cadangan nama. Anda boleh menamakan syarikat anda secara universal ataupun secara spesifik iaitu berkaitan food and beverage. Apakah yang dimaksudkan nama syarikat secara universal? Sebagai contohnya nama syarikat saya adalah Afiq Sam Global. Global itu membawa maksud universal. Bagusnya nama syarikat anda secara universal adalah kerana anda boleh melaksanakan perniagaan lain juga. Anda boleh membuka perniagaan menjahit, fotografi dan lain-lain selain daripada food and baverage. Apa-apa pun terpulang kepada anda untuk menamakan syarikat anda bagaimana.

Perlu diingatkan nama syarikat bagi Enterprise tidak boleh ditukar selepas didaftarkan. Jadi anda perlu membuat keputusan yang betul untuk menamakan syarikat anda.
Untuk bacaan lebih lanjut tentang pendaftaran syarikat anda boleh melayari laman web SSM dengan klik di pautan berikut : – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Buat akaun bank
Selepas selesai mendaftar syarikat anda di SSM, langkah seterusnya anda perlu mendaftar akaun bisnes bank anda dengan kata lain akaun semasa. Ini penting kerana anda dapat menguruskan pengurusan perniagaan anda nanti dengan lebih teliti dan kemas. Anda boleh membezakan duit simpanan anda dan juga duit perniagaan anda. Jadi anda boleh kawal perbelanjaan anda supaya tidak terpakai duit untuk digunakan rolling modal.

Apa yang lagi penting adalah akaun bisnes dapat memudahkan urusan pinjaman loan bank anda nanti. Jika anda ingin berniaga sepenuh masa, anda perlu meyakinkan pihak bank dengan transaksi keluar masuk duit yang cantik di akaun bank bisnes anda, dari sini anda boleh mencipta slip gaji anda sendiri untuk pihak bank meluluskan loan anda.
Cara Mendapatkan Modal perniagaan
Percaya lah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan pernah rasa putus asa untuk mendapat sesuatu yang kita idamkan. Kita mempunyai banyak pilihan dimanakah kita boleh dapatkan sumber modal untuk menjalankan perniagaan ini. Di sini saya ingin kongsikan bagaimana untuk anda mempunyai sebuah perniagaan vending machine sendiri.
Sebuah vending machine kebiasaannya antara RM 10,000 – RM 30,000 ++ bergantung kepada capacity sesebuah vending machine. Tetapi ada juga yang jenis berharga lebih RM 90, 000. Ini kerana feature yang lebih advance dan menarik.

- Menggunakan simpanan sendiri
Jika anda mempunyai simpanan yang cukup, saya sarankan anda untuk melaburkan duit anda dan membiakkan duit anda ke tempat yang selamat dan pulangan yang consistent setiap bulan. Bisnes Vending Machine ini mampu memberikan tempoh balik modal kebiasaannya dalam 2 ke 3 tahun jika income bulanan anda dari vending machine kira-kira RM 1000- RM 1300 sebulan. Ia tidak mustahil untuk mendapatkannya jika mempunyai strategy yang betul.
Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022
Vending machine merupakan asset anda untuk generate passive income. Kalau anda nak tahu ini lah rahsia orang kaya membina kekayaan. Mereka mengerakkan duit mereka di dalam bank untuk membentuk sebuah asset yang boleh menjanakan wang Ringgit. Tahniah anda mengambil langkah yang bijak.
- Pinjaman dari kerajaan
Terdapat berbagai-bagai jenis skim pinjaman perniagaan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Antaranya adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan lain-lain lagi. Sesetengah pinjaman ini, anda hanya perlukan business plan yang kukuh sahaja untuk meyakinkan mereka meminjamkan modal. Anda tidak perlu mempunyai gaji bulanan untuk membuat pinjaman. Kini, terdapat berbagai-bagai geran kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam Bajet 2022 untuk membantu rakyat dalam memperkasakan dalam sektor perniagaan. Anda boleh melihat pelan-pelan yang ditawarkan oleh kerajaan dengan melayari di pautan berikut :- BANTUAN UNTUK PERNIAGAAN
- Pinjaman dari Bank
Selain mendapatkan pinjaman dari kerajaan, anda juga bole mendapatkan modal perniagaan dari Bank. Kebiasaannya pinjaman dari bank agak lebih strict sedikit jika nak dibandingkan dengan pinjaman dari kerajaan. Anda perlu menyediakan IC, SSM dan bank statement selama 6 bulan untuk memohon pinjaman dan bawanya bersama-sama ke mana-mana cawangan bank sepertinya RHB, Hong Leong Bank, BSN dan lain-lain lagi.
- Dapatkan Investor
Communication skill, confident dan softskill sangat-sangat penting dalam membina networking. Kita tahu kita mempunyai kekurangan modal untuk memulakan bisnes. Jadinya gunakanlah kelebihan yang anda ada untuk mencari investor dalam mencari dana perniagaan. Ajukan proposal kepada calon investor anda. Terangkan kepada mereka prestasi yang menarik yang mampu menarik minat mereka. Benar, mencari investor bukannya mudah, tetapi percayalah masih ramai lagi hartawan di luar sana untuk anda mendapatkan dana daripada mereka. Jangan Give Up!
- Usaha sama
Seperti yang kita tahu bisnes vending machine ini memerlukan sebuah modal yang besar untuk memulakannya. Jadinya tidak salah untuk anda melakukan usaha sama dengan rakan yang anda percayai. Melalui perkongsian dalam perniagaan, segala-galanya anda melalui bersama dengan rakan usaha sama anda. Risiko perniagaan yang anda tanggung sepertinya machine bermasalah dapat dikurangkan kerana mengongsi dengan rakan perniagaan anda yang lain.
Dengan usaha sama juga anda dan rakan usaha sama anda juga boleh saling berkongsi idea dan kepakaran masing-masing dalam strategi untuk lebih memajukan bisnes anda. Pastikan anda mencari rakan perniagan anda yang mempunyai ciri-ciri yang boleh memberikan kerjasama yang baik, jujur, bisnes minded dan juga mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas dalam mengembangkan bisnes vending machine ini.
- Personal Loan
Personal loan adalah tidak salah jika kita menggunakannya dengan cara yang betul. Masih ramai lagi di luar sana yang mengambil personal loan untuk membeli liabiliti yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Ini sangat ditegah jika anda ingin memiliki kewangan yang sihat.
Jadilah peminjam yang bijak, jangan berbelanja mengikut hawa nafsu. Gembira sekejap sahaja, merana berpanjangan. Untuk membuat personal loan and mestilah mempunyai gaji yang tetap. Gunakanlah duit pinjaman itu untuk mendapatkan Return On Investment (ROI). Jika anda membuat personal loan untuk memulakan sebuah perniagaan ini merupakan langkah yang sangat digalakkan. Anda tahu menggunakan peluang ini sebaiknya.
- Jual barang kepunyaan anda
Selain itu, menjual barangan kepunyaan anda juga boleh menambahkan modal untuk anda niagakan. Dalam hal ini anda perlu mengorbankan barang yang anda sayangi. Katakanlah kepada diri anda bahawa suatu hari nanti anda akan membelinya semula barangan anda itu apabila perniagaan vending machine anda sudah membuahkan hasil. Anda perlu percaya kepada diri anda bahawa anda juga boleh Berjaya seperti orang lain. Yakin pada diri anda!
- Sistem SMART OWNER SLOT PROGRAM (SOS) dari syarikat Smart Vending
Anda perlu berhati-hati dengan modus operandi scammer vending machine. Kita tidak mahu perkara ini terjadi kepada diri kita dengan money game seperti ini. Hangus duit kita terbakar, apa pun tak dapat. Terdapat juga syarikat yang diyakini yang boleh menyediakan solusi kepada sesiapa yang kurang modal untuk memulakan bisnes air mesin gedegang. Sebagai contohnya syarikat Smart Vending menyediakan sistem yang sangat bagus bagi sesiapa yang kekurangan bajet yang ingin memulakan perniagaan ini. Anda boleh baca di pautan ini :- SOLUSI TIDAK CUKUP MODAL BELI SATU UNIT MESIN
Malah syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan menguruskan urusan belian vending machine, restock minuman dan makanan, bimbingan dan Latihan dalam industri vending machine ini serta mencari tapak yang sesuai vending machine. Segala-galanya mereka yang uruskan dari A ke Z. Inilah yang dinamakan the real passive income! Anda hanya duduk goyang kaki di rumah sahaja tetapi setiap bulan akan ada keuntungan yang masuk ke dalam poket anda daripada hasil keuntungan vending machine! Best kan? Untuk lebih lanjut anda boleh melayari pautan di link ini : – 6 KENAPA PERLU PILIH JV SMART VENDING .
Kebiasaannya syarikat pengurusan akan mengambil bahagiannya untuk menjalankan kos operasi dan mengambil upah berdasarkan system profit sharing. Ini bergantung kepada sales anda, lebih banyak makanan atau minuman anda terjual, lagi banyak syarikat anda dan syarikat pengurusan mendapat keuntungan!
Baca juga : 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful
Ia seperti win-win situation.Anda tidak buat apa-apa dan goyang kaki saja menunggu duit masuk. Syarikat pengurusan pulak menjalankan kerja untuk mendapatkan jualan.
Apabila anda telah mendapatkan syarikat pengurusan vending machine, jadi sekarang ini anda boleh melakukan kehidupan harian anda seperti biasa dengan tenang. Hujung bulan check akaun bank anda berapa banyak yang anda dapat! Berdebar tak nak tahu keuntungan anda pada setiap hujung bulan?
Kenapa perlu memilih bisnes vending machine?

- Boleh dijalankan secara passive income
Sudah tentu matlamat utama kita menjalankan bisnes vending machine adalah untuk dijalankan secara passive income. Anda boleh membuat kerja lain sementara mesin gedegang anda membuatkan duit untuk anda. Jika anda mempunyai kerja hakiki, di sini anda boleh mendapatkan 2 income secara serentak pada setiap bulan!
Untuk pengetahuan anda juga, anda juga boleh mendapatkan income daripada wrapping iklan yang ada pada mesin gedegang anda. Menarik bukan?
- Kos penyelenggaraan yang rendah
Kos penyelenggaraan bagi sebuah vending machine adalah sangat rendah. Ia diibaratkan seperti peti ais di rumah anda. Cuba anda fikirkan berapa kalikah peti ais anda bermasalah dalam masa 5 tahun?
- Perniagaan berdasarkan food and beverage adalah perniagaan evergreen
Kita boleh lihat semasa pendemik melanda terdapat banyak perniagaan yang tidak boleh dijalankan dan akhirnya terkandas akibat daripada kurangnya pembeli. Walaubagaimanapun, hanya perniagaan food and beverage saja yang akan sentiasa dicari kerana secara logiknya manusia memerlukan makanan dan minuman untuk hidup.
Malahan minuman tin dan makanan yang mempunyai pengawetan yang dijual di vanding machine mampu bertahan lebih lama. Jadinya anda tidak akan rugi kerana makanan dan minumannya kerana ia mempunyai tarikh tamat tempoh yang lama.
Baca juga: 7 Cara menjana pendapatan pasif dengan hartanah
Cuba anda bayangkan betapa masyukknya anda jika vanding machine anda diletakkan di kawasan-kawasan kilang yang dimana orang akan sentiasa dahaga oleh kerana kerja berat dan tempat lalu lalang yang sibuk sepertinya di ground floor hospital. Bayangkan!
Vending machine ini juga merupakan removable asset. Jika mesin anda tidak mempunyai tempat yang strategik, dengan kata lain kurang pembeli, maka mesin ini boleh diletakkan di lokasi yang lain.
- Beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun!
Vending machine ini merupakan kedai anda yang dibuka pada setiap hari tanpa gagal. Macam 7 Eleven bukan? Dalam waktu anda tidur akan ada juga pembeli. Waktu anda bersama keluarga juga akan ada yang membeli. Maka bisnes seperti ini yang patut anda ceburi. Ia sangat menguntungkan anda.
Mesin ini juga dapat membantu orang awam pada waktu terdesak. Mereka boleh membeli makanan dan minuman di mesin anda barangkali kedai di sekitar mereka tiada yang buka pada waktu malam.
Pada zaman pendemik ini kita memerlukan distance bagi setiap orang. Mesin ini membantu pembeli untuk tidak bersesak-sesak dan beratur panjang semasa membeli. Ia sangat cepat, mudah dan ringkas.
- Pelaburan yang untung dan lebih laju dari pelaburan emas!
Pelaburan membeli vending machine mampu memulangkan ROI (Return On Investment) yang lebih laju dan lebih more profitable dalam jangka masa yang pendek. Dari keuntungan vending machine ini anda boleh melaburkan balik dengan membeli emas untuk keuntungan jangka masa panjang. Ini yang dinamakan hard-earn income yang dimana anda membiakkan duit anda dengan membeli asset dan bukannya liability. Seperti saya katakan tadi, inilah bagaimana orang kaya mengkayakan dirinya lagi.

Kesimpulan
Kini anda dah jelas bukan betapa bisnes ini mampu memberikan anda pendapatan secara passive income dan barangkali ia mampu memberikan pendapatan yang lumayan. Terima kasih saya ucapkan kerana anda baca sampai habis. Moga-moga sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjadi usahawan vending machine yang berjaya!
Selamat maju jaya!
Assalamualaikum
Baca juga :- Cara terkini buka akaun cds step-by-step untuk jual beli saham secara online

