Mengapa perlu memilih hartanah?
Adakah anda sedang mencari sumber pendapatan yang terbaik dan boleh membuatkan anda kaya raya? Jika ya, artikel ini adalah untuk anda. Saya ucapkan selamat membaca! Bila kita cerita soal hartanah, pastinya akan berkaitan dengan pelaburan. Jadinya boleh kita lihat semua orang mahu mencari pelaburan yang terbaik. Tapi apakah pelaburan yang sesuai untuk anda? Adakah anda seorang sanggup melabur pada risiko yang tinggi? ataupun rendah? Ataupun pelaburan yang risikonya boleh diterima oleh anda? Yang mana satu anda memilih?
Boleh dikatakan berbagai-bagai jenis pelaburan yang wujud di pasaran, semesti pasti ada satu pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang baik dan mempunyai sedikit usaha sahaja dengan kata lain anda tidak perlu bertukus-lumus membina kekayaan. Pasti ada. Kalau sudah dinamakan pelaburan, pastinya ia berkait rapat dengan pendapatan secara pasif. Mari saya ceritakan.

Ya sudah terbukti hartanah adalah pelaburan yang amat baik sekali. Dunia sudah membuktikan setelah berabad lamanya. Pelaburan dalam hartanah bukan sahaja dapat menyaingi kadar infasi malah ia juga dapat mengatasi masalah inflasi.
Secara asasnya tentang hartanah, selagi lokasinya bagus, selagi itu juga permintaan hartanah akan terus ada. Apabila asasnya sudah mantap, secara tidak langsung lama-kelamaan nilai hartanah akan terus meningkat dan meningkat disebabkan kekurangan tanah dan juga inflasi. Jadinya pemegang hartanah itu akan terus untung dan untung dan untung!
Baca juga: 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful
Seumur hidup kita pasti pernah dengar seseorang membeli hartanah pada RM 150,000 dan menjualnya kembali pada harga RM 2 juta pada 25 tahun akan datang. Ia bukan sesuatu yang pelik dalam hartanah. Ia adalah normal jika pemilik hartanah memperoleh keuntungan yang besar di dalam pelaburan mereka.
Oleh kerana harga hartanah sentiasa meningkat, maka kita boleh katakan disini adalah hartanah merupakan suatu asset yang mempunyai keuntungan yang konsisten dan mempunyai kestabilan. Dengan kata lain ia adalah sandaran yang kukuh selain mata wang ringgit dan emas. Oleh disebabkan itu, maka lahirnya berbagai-bagai instrumen sumber pendapatan yang ada di dunia ini berkaitan dengan hartanah. Terdapat berbagai-bagai cara di luar sana yang boleh anda jadikan wang ringgit. Dalam artikel ini saya ingin ceritakan dan memberi idea kepada anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan pasif dalam dunia hartanah. Jom baca…
Idea jana pendapatan pasif
1. Real Estate Investment Trust (REIT)
Apa itu REIT?

Bagaimanakah REIT menjana duit untuk anda dan mampu memberikan keuntungan yang luar biasa kepada anda? Di sini saya ingin ceritakan bagaimana anda boleh janakan pendapatan secara pasif dengan REIT dengan hanya bermodalkan serendah RM 100 saja! Jom baca.
REIT adalah nama singkatan bagi Real Estate Investment Trust. Dalam Bahasa Melayu pula ia dikenali sebagai Amanah Pelaburan Hartanah. Ia merupakan salah satu alternatif lain yang menyediakan instrumen untuk melabur dalam hartanah berskala besar yang mempunyai kualiti yang tinggi seperti hotel, pusat membeli-belah, kilang dan bangunan tanpa perlu anda mengeluarkan modal yang besar untuk membeli hartanah secara langsung.

REIT merupakan langkah pertama mendapatkan pendedahan kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan dan hartanah. Ia tidak serumit perniagaan hartanah yang lain dan anda boleh jadikan sebagai pendapatan pasif oleh kerana sibuk dengan kerja harian. REIT adalah sama seperti pelaburan biasa yang boleh dibeli atau dijual di Bursa Malaysia dan didagangkan secara terbuka. Anda boleh mula melabur secara online melalui broker seperti M+Online, RHB, Maybank dan lain-lain. Oleh itu anda perlu membuka akaun Central Depository System (CDS) terlebih dahulu untuk memulakan pelaburan ini. Akaun CDS ini adalah wajib bagi sesiapa yang ingin melabur di Bursa Malaysia melalui broker. Anda boleh baca di sini untuk membuka akaun cds :- Cara membuka akaun cds.
Bagaimana REIT menjana duit untuk anda?
REIT ini lebih kurang seperti Mutual Funds di mana pelabur akan membeli saham dan secara tidak langsung akan menyumbang wang kepada pemaju hartanah untuk dijadikan dana untuk menjana pendapatan di dalam sektor hartanah. Pendapatan REIT adalah dari kutipan hasil sewaan secara berulang-ulang dan juga pendapatan-pendapatan lain sepertinya iklan dan lain-lain yang boleh dijana di dalam asset hartanah mereka.
Apakah kebaikan REIT untuk anda?
- Ia tidak serumit seperti hartanah lain
REIT merupakan salah satu cara paling mudah untuk anda memperoleh pendapatan pasif dalam hartanah. Ia tidak serumit seperti pelaburan hartanah biasa yang di mana mempunyai banyak proses untuk diuruskan, proses yang lama sehingga 6 bulan untuk menjual dan banyak pihak perlu terlibat dalam proses jualan seperti pembeli, ejen hartanah, peguam, pihak bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pejabat tanah.
- Mempunyai pembayaran yang stabil
Selain itu, REIT juga mempunyai pembayaran yang stabil, konsisten dan mempunyai pembayaran yang sangat-sangat menguntungkan. Apa yang menarik adalah REITs akan memulangkan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan mereka kepada pelabur dalam bentuk dividen. Kalau anda melabur di syarikat hartanah pula belum tentu ada jaminan bagi pembayaran dividen bagi saham hartanah. Keuntungan dividen yang boleh anda dapat kebiasaanya sekitar 5% – 6% sepanjang tahun malah boleh mencecah 7%! Dividen anda dapat, kenaikan harga saham pun anda dapat juga! Sangat-sangat berbaloi.
Tetapi anda kena tahu satu perkara, jika anda ingin memaksimakan keuntungan dalam pelaburan REIT, anda perlu simpan dan peram selama yang boleh. Anda tak boleh guna cara Buy Today Sell Tomorrow, teknik rempit atau apa-apa cara trading sekalipun yang anda boleh beli dan jual dengan masa yang singkat.
- Risiko yang lebih rendah
Anda tidak perlu risau tentang apa-apa masalah ke atas hartanah yang anda laburkan di REIT kerana ia diuruskan oleh golongan professional. Mereka lebih arif untuk berdepan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
- Boleh melabur serendah rm 100
Anda boleh melabur serendah RM 100 dan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk melabur dalam REID ini. Pembelian saham minimum di Bursa Malaysia ialah 1 lot atau 100 unit. Tetapi jika anda mahukan margin keuntungan yang lebih besar, anda perlulah mengeluarkan modal yang lebih untuk mendapatkan pulangan yang lagi menguntungkan. Harga satu lot saham adalah berbeza-beza bagi setiap syarikat REIT. Sebagai contohnya Al-Salam REIT (AlSREIT) RM 0.480, Atrium REIT (ATRIUM) berharga RM 1.470 dan lain-lain (Harga yang diberikan akan berubah-ubah mengikut pasaran). Terdapat 18 saham REIT yang terdapat di Malaysia. Oleh itu anda tidak perlulah mengeluarkan modal yang terlampau besar untuk menjadi pelabur REIT.
Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! 2022 Proven
2. SEWA

Kenapa perlu menyewakan?
Apabila kita masuk topik soal pelaburan hartanah, kita tidak dapat mengelak daripada soal penyewaan. Ia adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Seperti yang sedia maklum urusan jual beli hartanah bukanlah perkara yang mudah. Ia tidaklah semudah untuk dilaksanakan seperti ABC. Banyak proses yang perlu dilalui untuk menukar nama hartanah yang dibeli kebiasaannya mengambil masa enam bulan (walaupun anda membelinya secara cash). Itu tidak termasuk lagi dengan yuran guaman, bayaran komisen ejen, duti setem dan lain-lain yang membuatkan urusan jual beli kurang menarik. Ini akan meletihkan anda.
Sebab-sebab inilah anda perlu menyewakan. Ia akan mengurangkan kerja, kos dan yang paling penting anda sedang membina kekayaan dengan meninggalkan jauh Inflasi dari anda. Ia benar, nilai hartanah makin lama akan makin meningkat. Anda akan beroleh keuntungan kerana nilai hartanah naik melalui tekanan inflasi.
Anda juga akan mendapat pendapatan secara tetap dan automatic pada setiap bulan hasil kutipan sewaan anda. Inilah yang dinamakan pendapatan pasif anda melalui hartanah. Anda juga memerlukan kerja yang sedikit sahaja pada awal sewaan. Selepas itu anda tidak perlu membuat apa-apa dan menunggu hanya duit masuk sahaja.
Menyewakan bilik
Jika rumah anda terletak di kawasan perindustrian dan kawasan tempat kerja, anda juga boleh menyediakan bilik selain menyewakan sebuah rumah. Katakanlah jika anda mempunyai sebuah rumah apartment yang mempunyai 3 bilik tidur. Anda boleh menyewa sekurang-kurangnya RM 350 untuk sebuah bilik mempunyai almari dan katil. Jika master room pula anda boleh menaikkan lagi harga. Keuntungan anda untuk 3 bilik boleh mencapai RM 1,000! Silap-silap sewaan bilik lebih menguntungkan dari sewaan sebiji rumah.
Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step 2022
Untuk memaksimakan lagi keuntungan anda, anda juga boleh membuat partition di ruangan tamu untuk dijadikan bilik tidur jika ruangan tamu anda besar. Jadi pendapatan pasif anda akan lebih banyak!
Sublet rumah dan bilik
Anda tidak perlu membeli hartanah untuk menjalankan bisnes sublet. Sublet ini adalah aktiviti sewa atas sewa. Ia di mana kita menyewa sebuah rumah daripada pemilik, selepas itu kita menyewakan balik rumah dan bilik yang ada kepada penyewa yang lain.
Tetapi bisnes sublet ini tertakluk kepada tuan rumah. Jika tuan rumah anda membenarkan aktiviti sublet ini, maka anda boleh lakukan bisnes ini. Pastikan ada hitam putih untuk adanya bukti apabila situasi tak di ingini berlaku.
3. Buat homestay di Airbnb

Anda nak tahu bagaimana ingin menjana pendapatan dengan Airbnb? Anda mempunyai rumah yang kosong atau bilik lebih di rumah anda tetapi terbiar begitu saja? Jom baca apa yang saya kongsikan di sini.
Boleh dikatakan zaman sekarang berbagai-bagai alternatif bole menjanakan wang ringgit. Walaupun Airbnb mempunyai host (tuan rumah) melebihi 4 juta di serata dunia, tetapi masih ada lagi yang tidak tahu apa-apa tentang Airbnb ini. Secara ringkasnya Airbnb ini adalah sebuah portal yang terkenal yang boleh anda sewakan rumah anda dan bilik anda yang tidak digunakan. Konsep Airbnb ini sama seperti hotel. Bakal pelanggan boleh memilih tarikh untuk check in dan check out semasa membuat tempahan.

Jika anda ingin menjana pendapatan secara pasif ataupun jika kediaman yang anda ingin jadikan homestay jauh dari tempat yang anda tinggal, anda boleh mengupah seseorang yang boleh dipercayai untuk menguruskan kediaman anda. Carilah yang amanah dan jujur kerana mereka perlu menguruskan rumah anda yang berharga nilainya dan menjaga harta-harta anda di dalam rumah itu dengan baik. Merekalah yang akan membersihkan rumah anda selepas tetamu keluar, menjaga kunci rumah dan mereka lah sentiasa stand by jika apa-apa perkara berlaku di rumah anda.
Tetapi anda perlu ingat jika keuntungan sewaan homestay anda perlulah berganda-ganda kerana adanya kos sekali untuk mengupah penjaga rumah anda. Mungkin anda perlu mengeluarkan modal yang lebih pada awalnya kerana pelanggan tidak ramai.
Cara mendapatkan rating yang terbaik di AirBnb
Sudah pasti akar kepada kepada kepuasan pengunjung adalah servis kita yang baik. Apabila kediaman kita bersih, mempunyai fasiliti yang menarik sepertinya tempat bbq, wifi yang laju, mempunyai air-cond, mempunyai pinggan mangkuk yang cukup dan dapur gas sudah pasti akan membuatkan pelanggan gembira dan berpuas hati dengan pembayaran mereka. Jadi Langkah pertama adalah berikan pengalaman yang terbaik sekali untuk tetamu kita.
Sudah tentu apabila tetamu berpuas hati dengan servis yang diberikan, mereka dengan sendirinya akan memberikan rating yang baik dan positif. Jika review anda sentiasa lima bintang, algorithm Airbnb sendiri akan menaikkan lagi kedudukan iklan anda di kawasan carian. Jadi lagi mudah untuk bakal pengunjung menjumpai iklan anda sekaligus melahirkan rasa kepercayaan kepada mereka untuk menempah di kediaman anda.

Lihat saja komen-komen di sini, kesemuanya mereka berpuas hati dengan servis yang diberikan. Letakkan kepercayaan kepada mereka bahawa servis kita sangat baik, maka mereka akan datang lagi di kemudian hari.
Jika anda berminat untuk menyewa homestay di sekitar bandar Melaka menerusi Airbnb, saya cadangkan kepada anda untuk menyewa dengan D’ Tuskin Homestay & Guesthouse. Anda type sahaja Bukit Beruang di ruangan carian. Lihat carian di bahagian atas sekali.

D’ Tuskin mempunyai keluasan rumah yang besar sesuai untuk tetamu yang ramai, mempunyai wifi yang sangat laju dan keselesaan anda pasti terjamin. Bukit Beruang terletak betul-betul di pertengahan bandar Melaka. Jadi mudah untuk anda pergi ke tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar Melaka.
Kenapa perlu sewakan di AirBnb?
Airbnb mempunyai pasaran yang sangat luas. Jadi disebabkan pasaran yang sangat luas, maka potensi untuk mendapatkan pelanggan adalah tinggi. Selain itu Airbnb juga mengenakan cas yang sangat sedikit daripada jumlah tempahan iaitu sebanyak 3% sahaja. Misal kata jika cas satu malam adalah sebanyak RM 300, jadi untuk dua malam adalah sebanyak RM 600. Airbnb akan mengambil 3% sahaja daripada jumlah tempahan iaitu 3% X RM 600 = RM 18 sahaja! Ini akan memberikan keuntungan yang lebih untuk anda.
Jika anda tidak mahu langsung terlibat dengan cas 3% tersebut, anda boleh menaikkan harga dari harga yang anda ingin kenakan. Jadinya apabila pelanggan melakukan pembayaran, anda masih mendapat jumlah yang anda kenakan iaitu sebanyak RM 600 kerana pelanggan telah membayar cas 3% tersebut.
Untuk tips-tips yang lebih menarik lagi, saya juga ada menulis artikel cara-cara bermula bisnes homestay. Anda boleh klik di pautan ini :- 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful
4. Menjana passive income dengan tanah kosong
Sayang jika anda menjual tanah kosong anda yang di mana ia boleh memberi keuntungan jangka masa panjang. Dan sayang juga jika anda membiarkan tanah anda tidak terpakai! Sebenarnya pelbagai cara yang anda boleh usahakan untuk jana pendapatan melalui tanah kosong.
Di sini saya ingin berkongsi idea bagaimana untuk usahakan tanah kosong anda untuk dijadikan sumber pendapatan pasif. Berkemungkinan besar antara idea-idea yang saya berikan ini boleh mengkayakan anda! Jom baca
Baca juga: Cara terkini mendaftar akaun paypal step-by-step dengan betul 2022
- Menjadikan area parking kereta
Jika anda mempunyai kawasan tanah kosong yang lapang di tengah-tengah kawasan yang sibuk sepertinya di kawasan tempat bekerja, kawasan bandar dan juga kawasan pelancongan, ataupun di kawasan-kawasan yang sibuk, saya berpendapat bahawa eloklah jika anda jadikan tempat parking kereta.
Jika sebuah kereta anda boleh kenakan bayaran sebanyak RM 3.00, jika seratus kereta yang parking anda boleh memperoleh RM 300 sehari! Tolak gaji pekerja sehari RM 50, anda boleh memperoleh RM 250 sehari. Itu baru RM 3.00, rata-rata yang saya lihat untuk bayaran parking persendirian biasanya RM 5.00 ke atas, malah ada yang cecah sehingga RM 10.00. Dan Kawasan parking tersebut sentiasa penuh.
Cuma pada awalnya anda perlu keluarkan sedikit modal untuk tar jalan, pondok bayaran dan kos-kos yang lain.
- Anda mempunyai tanah pertanian?
Jika anda mempunyai tanah pertanian dan mempunyai modal yang besar, anda boleh usahakan tanah tersebut dengan menanam buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda boleh mengupah tenaga pekerja yang berkemahiran untuk jaga pertanian anda dan juga bekerjasama dengan petani yang berpengalaman untuk diberi tunjuk ajar.
Kebanyakan tanaman seperti sayuran dan buah-buahan mempunyai permintaan pasaran yang tinggi dan bekalannya masih tidak mencukupi di Malaysia. Ambil lah peluang di sini. Untuk kos permulaan kebiasaanya sangat tinggi yang boleh mencecah 5 angka (bergantung kepada saiz ladang, Upah pekerja, baja dan kos lain-lain)
- Menjadikan tapak pasar tani dan sewaan kepada penternak
Jika terdapat keperluan di Kawasan tanah kosong anda untuk dihoskan pasar tani, anda boleh mengambil peluang di sini dengan menetapkan bayaran di atas tanah anda. Di sini anda boleh menjana keuntungan hasil daripada kutipan sewa di tapak anda. Anda juga boleh menyewakan kepada penternak untuk dijadikan ladang ternakan haiwan.

5. Mulakan membuat blog tentang hartanah

Anda suka menulis?
Jika anda mempunyai kemahiran menulis artikel, ini adalah peluang yang baik untuk menjana pendapatan pasif dengan blog hartanah. Untuk pengetahuan anda, artikel-artikel yang berkaitan dengan kewangan mempunyai traffic yang tinggi. Siapa je tak suka cerita pasal duit kan? Cuma anda perlu mempunyai teknik yang betul untuk menarik orang ramai membaca blog anda. Anda boleh baca di sini :- Cara menaikkan traffic website
Bidang hartanah ini sangat luas, anda boleh memfokuskan mana-mana bidang yang anda minati. Misalnya jika anda ingin menceritakan tentang sewaan hartanah, jadi anda boleh menulis artikel-artikel berkaitan tentang itu sahaja. Ini yang dipanggil niche. Bila anda sudah tahu niche market anda, maka anda sudah boleh mengenal pasti pasaran anda dengan lebih khusus. Oleh itu anda boleh olah spesifik topik di dalam blog anda. Jadi audience akan kenal anda sebagai sebagai seorang yang suka bercerita tentang sewaan hartanah dan apa yang lebih penting adalah mereka akan ingat anda sebagai expert dalam bidang ini.
Bagaimanakah blog menghasilkan duit untuk anda?
Setiap baris artikel yang anda hasilkan adalah sangat-sangat berpotensi untuk menjanakan passive income. Apabila artikel anda dah mula rank di paparan Google (ataupun trafik dari sumber yang lain sepertinya tersebar di Facebook) maka di sini anda sudah boleh monetize duit anda.
Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022
Blog biasanya boleh di monetize melalui pengiklanan google ads ataupun affiliate links yang diletakkan pada website anda. Di sini anda boleh dibayar setiap kali seseorang melawat blog anda atau mengklik iklan ataupun membeli produk yang anda promosikan melalui salah satu affiliate link yang anda letak. Jadi selagi pelawat di luar sana melawat di laman web anda, selagi itu anda akan memperolehi bayaran. Anggaplah laman web anda adalah kedai anda sendiri. Jadi untuk menarik lagi ramai pelanggan, anda perlulah membina content yang berkualiti dan menarik.

Apa yang menarik lagi tentang kedai anda adalah anda tidak perlu menguruskan inventori, menyusun barang, menjaga kaunter, tiada pekerja untuk diawasi dan lain-lain seperti kedai fizikal. Anda juga tidak perlu membuat marketing Jika anda menulis artikel yang sangat bagus. Google sendiri yang akan menghantar trafik ke website anda. Jadi hasilkan artikel-artikel yang berkualiti untuk mendapatkan trafik secara percuma ke website anda.
6. Buat e-book ataupun online course

- E-book
Bagaimana pula sekiranya anda suka menulis dengan isi kandungan yang sangat berjela-jela panjang? Di sini saya ada idea untuk anda di mana anda boleh menghasilkan sebuah ebook dan menjualnya di Shopee. Selain itu anda juga boleh menjual e-book di Facebook. Anda boleh laburkan sedikit duit anda untuk membuat iklan tentang e-book anda. Pastikan dulu anda mengkaji target audience anda supaya duit modal pengiklanan anda tidak hangus begitu saja. Dengan ini secara tidak langsung and juga telah niagakan ilmu anda secara passive income dengan hanya menjual e-book sahaja! Anda perlu berusaha pada awalnya sahaja kerana ia memerlukan banyak kerja. Selepas itu anda boleh releks dan tunggu duit jualan masuk.
Saya juga ada tulis artikel tentang ebook, baca di sini:- Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022

- Online Course
Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan pasif anda dengan membangunkan online course anda sendiri. Untuk permulaan jika anda seorang yang tidak mempunyai ramai pengikut, seeloknya anda memilih topik yang tidak terlalu kompetitif, ini kerana anda akan perlu bersaing dengan sifu-sifu hartanah di luar sana yang mempunyai pengalaman yang luas. Jadi anda perlu stand out dan tunjukkan online course anda adalah unik dan berkualiti. Pilih niche yang diminati ramai tetapi dalam masa yang sama tidak terlalu kompetitif. Anda boleh pasarkan produk online course anda di pelbagai-bagai saluran, sebagai contohnya di website anda sendiri dan juga anda boleh pasarkan di platform online course sebagai contohnya di Udemy.com (lebih elok jika content anda berbahasa inggeris kerana platform Udemy adalah merangkumi audience antarabangsa). Setiap kali ada pembeli yang membeli course anda, setiap kali tu anda mendapat duit tanpa anda sedar. Tahu-tahu sahaja tetiba ada jualan yang masuk pada paparan notification anda. Best kan? Sama seperti e-book, anda memerlukan usaha yang lebih pada awalnya sahaja, tetapi hari demi hari course anda dengan sendirinya akan generate income anda tanpa anda buat apa-apa. Menarik bukan?
7. Jadi Youtuber

- Anda ada kemahiran buat video? Jom jadi youtuber
Untuk menjadi seorang youtuber tidak semudah yang disangkakan. Tetapi ia tidak mustahil jika anda mempunyai minat yang mendalam dan passion untuk menghasilkan sebuah video. Menghasilkan video merupakan suatu kerja yang agak renyah, selepas recording, anda perlu menyunting pula video anda dan selepas itu baru upload ke Youtube. Jika anda seorang yang berminat membuat video, ini adalah peluang untuk anda menjana passive income setelah anda melepasi syarat-syarat yang diberikan.
Untuk mendapatkan trafik yang sibuk, anda perlu memahami bagaimana algorithm carian Youtube berfungsi serta anda juga perlu menghasilkan kandungan yang menarik, tajuk yang menarik dan thumbnail yang membuatkan audience tertarik untuk menonton video anda. Hasilkanlah video tentang hartanah yang menarik, nescaya bukan sahaja pengikut anda berada di Youtube sahaja malah ia akan menarik ke pengikut Facebook, Instagram dan twitter.
Bacaan Tambahan
Melabur dalam hartanah adalah peluang yang sangat baik bagi anda yang ingin mengaut keuntungan yang boleh diperolehi daripada hartanah tanpa menguruskan operasi harian secara aktif. Dengan kata lain anda boleh meneruskan kerja hakiki anda tanpa terkejar-kejar untuk menguruskan perniagaan sampingan anda. Sebelum anda ingin menceburkan diri ke dalam pelaburan pendapatan pasif ini, anda diminta bersiap siaga dengan ilmu pengetahuan yang mendalam. Sentiasa berhubung dan meminta pendapat dengan pakar dalam bidang ini dan perlu ada satu sikap sentiasa ingin belajar benda baru kerana pelaburan adalah luas.
Di luar sana berbagai-bagai bahan bacaan panduan tentang hartanah. Cumanya jika anda berminat tentang perniagaan homestay, saya suggest kan tuan puan untuk dapatkan ebook ini bertajuk :- ebook JUTAWAN HOMESTAY. Mudah untuk di baca kemana-mana.

Dapatkan ebook ini dengan klik pautan di bawah 👇👇👇
Terima kasih kerana membaca. Saya doakan anda berjaya dalam perniagaan anda.
Assalamualaikum.

