Cara Mengatasi “No Internet Access” Pada Windows 10

Cara Mengatasi “No Internet Access” Pada Windows 10
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Masalah No Internet Access boleh terjadi disebabkan beberapa perkara. Antaranya masalah ini datang daripada modem dan router, gangguan pada network dan juga barangkali mungkin terdapat masalah pada sistem network komputer anda.

Perkara ini juga sering terjadi kepada sesetengah pengguna Windows 10 selepas mereka update versi Windows yang terbaru.

Apa yang membuatkan kita lagi frust bila mana perkara ini terjadi semasa kita sangat-sangat memerlukan internet! (Pening kepala!)

Ikon wifi telah menunjukkan berjaya melakukan sambungan ke internet, namun terdapat halangan sehingga timbulnya amaran No Internet Access. (Nak buat apa nii?)

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah ini, ikuti saja tips-tips yang bakal dikongsi di bawah ini.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Terlebih Dahulu?

Perkara pertama sekali yang anda perlu lakukan sejurus sahaja anda hadapi masalah ini adalah lihat dahulu peranti-peranti lain.

Adakah peranti-peranti tersebut mempunyai masalah seperti anda?

Sekiranya ya, barangkali isu ini datangnya daripada masalah modem atau router.

Oleh itu apakah langkah seterusnya?

  1. Restart semula modem dan router anda. Cabut plug yang digunakan dan biarkan selama 10 saat. Selepas itu pasang balik dan biarkan ia reboot semula dalam beberapa minit.

  1. Selepas lampu-lampu sudah menyala, perhatikan warna lampu LED apa yang keluar. Sekiranya berwarna merah ataupun apa-apa warna bukan kebiasaan dari normal (seperti warna hijau atau putih), ini memberi signal yang menandakan internet bermasalah oleh kerana modem anda tidak berjaya melakukan penyambungan internet. Oleh itu, anda boleh buat laporan ke internet service provider yang anda gunakan.

Namun sekiranya hanya komputer anda sahaja yang gagal melayari internet namun peranti-peranti lain dapat bersambung seperti biasa, maka anda boleh guna cara-cara yang bakal dikongsikan dibawah ini.

Baca juga :- Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10

Baca juga :- 12+ Tips Mengatasi “Can’t Connect To This Network” Windows 10

Baca juga :- Cara mengatasi masalah WiFi selalu terputus pada Windows 10

11 Cara mengatasi No Internet Access

Cara Mengatasi “No Internet Access” Pada Windows 10

1. Restart semula komputer anda

Perkara awal yang anda boleh mulakan adalah restart semula komputer anda. Mungkin nampak seperti biasa-biasa sahaja melalui cara ini, namun ia dapat memberi impak yang besar bagi sesetengah masalah.

Restart komputer dapat refresh memori sistem sementara yang mungkin boleh mendatangkan masalah no internet access.

Oleh itu, cuba anda restart dahulu komputer anda. Selepas komputer dihidupkan semula, sambungkannya semula ke rangkaian internet yang tidak dapat digunakan sebelum ini.

Jika ianya berjaya, maka selesai sudah masalah anda.

Sekiranya tidak berjaya, anda boleh cuba cara-cara seterusnya.

2. Forget WiFi yang anda gunakan dan kemudian reconnect

Cara seterusnya yang anda boleh lakukan adalah dengan Forget WiFi yang anda gunakan.

Caranya mudah sahaja :-

  1. Pertama sekali klik pada ikon WiFi di taskbar. Seterusnya right-click pada WiFi yang anda gunakan dan pilih Forget.

  1. Seterusnya reconnect balik WiFi tersebut.

Cara kedua pula, pergi ke Settings Network & Internet > pilih pada option WiFi > klik pada Manage known networks > pilih jaringan WiFi yang anda gunakan > klik butang Forget.

3. Gunakan Network Troubleshooter

Sekiranya anda tidak pasti apa masalah yang dihadapi pada sistem komputer anda maka anda boleh cuba ciri yang terbina dalam Windows 10 iaitu Network Troubleshooter.

Anda boleh jalankan Network Troubleshooter untuk mencari punya masalah kepada No Internet Access.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan ciri ini :-

  1. Klik pada Windows ikon
  2. Klik pada Settings
  3. Pilih Network & Internet

  1. Klik pada Network troubleshooter

  1. Seterusnya klik pada WiFi dan ikuti langkah-langkah seterusnya.
  2. Tunggu sahaja dan biarkan troubleshooter mencari error. Seterusnya anda akan mendapat mesej error apa yang sedang anda alami berserta solusi apa yang perlu anda buat.

4. Update WiFi Network Driver

Masalah No Internet Access juga mungkin disebabkan kerana network driver pada komputer anda telah outdated. Oleh yang demikian anda perlulah kemas kini network driver pada komputer anda.

Cara ini mungkin mampu menyelesaikan masalah ini.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengemaskini wifi driver anda :-

  1. Pertama sekali anda perlu right-click pada Windows Icon, akan ada satu paparan elevated panel keluar dan klik pada Device Manager.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-374.png

  1. Sekarang, anda telah berada di dalam paparan Device Manager. Cari options Network adapters dan klik padanya. Anda akan mendapati drop-down seperti gambar di bawah.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-370.png

  1. Selepas itu pada drop-down tersebut pilih WiFi driver yang anda gunakan untuk menyambung ke internet. Right-click padanya dan tekan Update driver.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-372-edited.png

  1. Seterusnya anda akan lihat satu paparan keluar “How do you want to search for the drivers?“. Klik pada Search automatically for drivers.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-373-edited.png

Windows akan mencari driver yang sesuai dengan WiFi Driver anda secara automatik. Tunggu sahaja dalam beberapa selang masa dan ia dengan sendirinya akan di download dan terus install.

Setelah segala-galanya selesai cuba anda Restart semula komputer anda. Sejurus sahaja komputer telah dihidupkan cuba anda lihat adakah internet anda sudah berfungsi dengan baik.

Sekiranya masalah belum selesai lagi oleh itu anda boleh cuba langkah seterusnya.

5. Reinstall driver WiFi

Antara punca No Internet Access berlaku mungkin disebabkan WiFi network driver anda mengalami corrupt ketika ia sedang running. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan komputer anda mengalami gangguan untuk disambungkan ke internet.

Cara nak install kembali driver WiFi anda tidak jauh beza seperti update drive.

Anda boleh ikut langkah-langkah berikut :-

  1. Langkah pertama adalah Right-click pada windows icon dan klik pada Device Manager.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-369.png

  1. Anda akan lihat pelbagai device yang digunakan.Seterusnya klik pada pilihan Network adapter (seperti dalam gambar).

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-370-edited.png

  1. Selepas itu right-click pada WiFi driver dan klik Uninstall device dan tekan OK.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-375-edited.png

  1. restart semula komputer anda.
  2. Windows 10 secara automatik akan install WiFi Driver selepas komputer anda telah dihidupkan.

Apa yang patut anda buat sekiranya Windows 10 tidak install WiFi driver?

Cara 1

  1. Klik pada icon Scan for hardware changes seperti dalam gambar yang terdapat pada menu bar pada paparan Device Manager.

Mungkin ada sesetengah daripada pembaca mempunyai paparan yang berbeza seperti gambar di atas. Ini kerana paparan anda adalah paparan Windows 10 versi lagi satu. Oleh itu klik pada Action di menu bar dan selepas itu klik pada Scan for hardware changes.

Kemudian biarkan sahaja sistem mengimbas dan akan install mana-mana driver yang tak install dengan baik secara automatik.

Cara 2

Anda boleh guna cara kedua sekiranya cara yang pertama tidak berjaya.

  1. Pertama sekali klik pada View yang terdapat di menu bar. Selepas itu klik Show hidden devices.

  1. Seterusnya paparan akan menunjukkan device yang tersembunyi.
  2. Cari wifi driver anda pada senarai tersebut.

Perhatikan pada WiFi Driver dan anda akan mendapati terdapat simbol tiga segi berwarna kuning padanya (Ini bermakna driver anda tidak install dengan betul).

  1. Terakhir sekali adalah right-click pada wifi driver anda dan klik pada Update driver. Seterusnya ikuti langkah-langkah kemaskini driver seperti tutorial Update driver di atas.

6. Lakukan Network Reset

Terdapat satu ciri pada Windows 10 yang di mana anda boleh reset network yang anda guna.

Langkah-langkahnya seperti berikut :-

  1. Pergi ke Settings dan seterusnya pergi ke Network & Internet.
  2. Klik pada tab Status selepas itu klik pada Network reset (seperti dalam gambar).

  1. Anda akan di bawa ke satu paparan, Klik pada butang Reset now dan klik Yes.
  2. Tunggu sehingga prosesnya selesai.
  3. Sambung kembali ke wifi yang anda ingin gunakan.

Sekiranya masalah masih sama anda boleh guna cara seterusnya.

7. Flush DNS dan Reset TCP/IP

Cara seterusnya yang boleh anda lakukan adalah flush DNS dan reset TCP/IP.

Berikut adalah langkah-langkahnya untuk menyelesaikan masalah internet anda :-

  1. Pertama sekali, buka Command Prompt dan lakukan dengan kebenaran administrator. Taip Command Prompt > seterusnya klik Run As Administrator pada sebelah kanan panel carian.

  1. Selepas sudah membuka Command Prompt, anda perlu taip command di bawah dan tekan enter bagi setiap satu command.

ipconfig /release

ipconfig /flushdns

ipconfig /renew

  1. Seterusnya anda boleh run command yang diberikan di bawah dan tekan Enter bagi setiap satunya.

ipconfig /flushdns

nbtstat –r

netsh int ip reset

netsh winsock reset

  1. Akhir sekali restart semula komputer anda untuk mengaplikasikan perubahan.

8. Disable/Enable Network Adapter Anda

Boleh jadi juga terdapat aktiviti yang dijalankan oleh administrator di belakang tabir tanpa kita sedari yang mengakibatkan terjadinya no internet access.

Walaubagaimanapun, saya sarankan untuk anda dapatkan Bitdefender Total Security untuk keselamatan komputer anda.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk disable dan enable kembali Network adapter WiFi secara manual.

  1. Pertama sekali buka Settings.
  2. Seterusnya klik pada Network & Internet 
  3. Klik pada Change Adapter Options (seperti dalam gambar di bawah).

  1. Right-click pada Wi-Fi adapter yang anda gunakan dan klik Disable.
  2. Akhir sekali klik Enable.

  1. Restart komputer anda dan cuba sambung kembali ke network anda.

Sekiranya tidak berjaya anda boleh cuba cara seterusnya.

9.Tukar kepada power saving mode Wireless adapter

  1. Taip control.exe powercfg.cpl,,3 di ruangan carian dan klik padanya.

  1. Seterusnya anda akan lihat paparan seperti dalam gambar di bawah.

  1. Pilih High Performance pada options seperti gambar di bawah ini

  1. Selepas itu double-click pada Wireless Adapter Settings.
  2. Seterusnya kembangkan lagi dengan klik Power Saving Mode dan pilih Maximum performance pada Setting. (lihat seperti gambar di bawah_

  1. Akhir sekali klik OK

10. Reset Network anda

  1. Right-click pada icon windows dan seterusnya klik pada Settings.

  1. Pilih Network & Internet

  1. Klik pada Network reset yang terletak pada bahagian bawah sekali.

  1. Seterusnya anda akan di bawa ke satu paparan, Klik butang Reset now.

  1. Selepas itu klik Yes untuk meneruskan network reset.

  1. Restart komputer/laptop anda

Selepas komputer anda dihidupkan, cuba anda sambung kembali ke network anda.

Sekiranya masih tidak boleh juga, anda boleh cuba langkah seterusnya.

11. Reset komputer.

Anda juga boleh melakukan Reset komputer jika segala cara-cara yang telah dikongsikan di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Anda boleh cuba ikuti langkah-langkah seperti berikut :-

  1. Buka Settings.
  2. Selepas itu pilih Update & Security.
  3. Pilih menu Recovery dan klik butang Get started pada bagian Reset this PC.

  1. Windows memberi dua pilihan untuk reset pc anda. Saya cadangkan anda klik pada Keep my files kerana data-data anda masih tersimpan selepas anda reset.

  1. Selepas itu pilih Local Reinstall kerana ia membolehkan anda customize installation anda dan lebih pantas. Seterusnya klik Next.

  1. Ikuti saja arahan pada skrin untuk reset Windows 10 anda. Apabila selesai, Windows 10 akan memaparkan setup screen.

Reset pada komputer dengan cara ini dapat flushes out segala perkara-perkara yang boleh menganggu sistem komputer anda. Ia seakan-akan seperti sebuah komputer baru namun hanya tersimpan data-data yang anda simpan sahaja.

Terdapat juga alternatif lain untuk backup data-data anda melalui software. Saya mengesyorkan anda guna EaseUS, sebuah software Data Recovery yang diminati ramai. Software ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai small-medium business yang tersimpan banyak data.

Baca Juga :- Cara Backup Dan Restore Data Pada Windows 10 Dengan Mudah

Setakat ini sahaja perkongsian tentang bagaimana menyelesaikan masalah no internet access.

Terima kasih kerana membaca.

Anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain sekiranya artikel ini bermanfaat.

Assalamualaikum.

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!