Akaun ebay anda di suspended? Ini cara mendapatkan balik berdasarkan pengalaman otai

Cara mendapatkan balik akaun ebay yang di suspended
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ebay merupakan tempat lubuk duit bagi sesetengah rakyat Malaysia. Ada di antara mereka menjana 4-5 angka sebulan dengan memasarkan produk-produk Malaysia di persada antarabangsa!

Mana tidaknya sepaket maggi kari pun mereka boleh menjual pada harga RM 100.

Namun sekiranya anda tersilap langkah maka akaun anda akan di suspended.

ebay mempunyai peraturan yang sangat ketat jika nak dibandingkan dengan amazon. Ini kerana mereka ingin menjaga reputasi mereka sekaligus ingin menjaga pelanggan-pelanggan mereka.

Ada sesetengah kes baru sahaja nak menjual di ebay tetapi akaun terus di suspended.

Belum sempat nak buat apa-apa pun dan tak sampai 5 min ebay sudah menghantar warning email. Terkejut kan?

Di sini saya ingin kongsikan tips berkemungkinan besar anda boleh dapatkan akaun anda balik.

Tips ini juga saya dapat dari otai-otai ebay yang telah menjana income berpuluh-puluh malah beratus-ratus ribu keuntungan mereka.

Jom baca!

Baca juga :- Panduan Penting Beli Kamera

3 Cara dapatkan akaun ebay anda balik

Cara Pertama

Sewaktu anda log in sahaja akaun anda, paparan sebegini akan keluar.

Click sahaja butang contact us.

Seterusnya akan keluar paparan ini pula


Pilih option Suspension (Ask about suspended accounts, notices, or sign-in problems)

Dan click butang Continue.

Selepas itu akan keluar paparan ini pula

Pada Step 1 itu anda klik Suspended and Problematic Accounts

Selepas itu pada Step 2 pula anda klik pada pilihan Your account is on hold or suspended due to non-payment

Seterusnya tunggu sahaja respon daripada ebay untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya tidak berjaya juga anda boleh guna cara kedua.

Cara kedua

Cara mendapatkan balik akaun ebay yang di suspended

Once anda dapat sahaja email seperti di atas, anda boleh terus email ebay ke [email protected] .

Anda hantar email berserta dengan bukti-bukti yang menandakan yang anda ini adalah seorang yang dipercayai.

Selitkan 5 benda ini :-

  • lesen (kereta, motor atau lain-lain)
  • gambar stok produk-produk anda
  • resit pembelian produk
  • bill air atau elektrik rumah
  • kad pengenalan

Sertakan juga ebay ID anda.

Anda boleh tiru ayat saya di bawah ini. 👇

“Hi Ebay,

I am Afiq, owner of account of afiqsam ( [email protected]). My account has been suspended for the first time after I listed my item on Ebay. 

My Ebay ID : afiqs*m

Here I enclose to you my identification ID, license and also my water bill. For your reference, I also provide pictures of the item that I listed and a receipt for the purchase. Hopefully I can get my account back.

Thank you for your time Ebay, really appreciate it.”

Selepas itu anda tunggu sahaja respon daripada ebay. Kebiasaannya mereka akan email balik dalam hari yang sama.

Tetapi malangnya seperti kes saya ini ebay masih tidak menerima rayuan saya.

Dapat email macam ni :'(

Saya mencuba cara ketiga (baca seterusnya)

Baca juga :- Cara buat duit dengan menulis Ebook (passive income)

Cara ketiga

Saya masih tidak menyerah kalah dan menghantar lagi email. Kali ini saya sertakan dengan phone number saya.

Ini adalah cara ketiga sekiranya rayuan kedua tadi tidak menjadi.

Meletakkan no. phone adalah bertujuan untuk ebay berhubung dengan kita melalui call. Kita bercakap direct dengan customer service mereka.

Ebay tidak mempunyai talian hotline untuk kita membuat panggilan dengan mereka. Perkara ini amat-amatlah menyukarkan kepada seller ebay.

Dalam masa beberapa jam kemudian ebay membalas balik email saya.

Anda juga wajib baca :- Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja

Apa yang terjadi?

Akaun saya masih tidak dapat dibebaskan. Tetapi kali ini mereka hantar dengan bersebab.

Saya tidak jumpa email yang ini pula, puas saya mencari.

Tetapi alasan yang diberikan sangat-sangatlah tidak memuaskan hati saya.

Alasan utama kenapa mereka suspended akaun saya adalah sebab akaun saya dicipta pada usia 18 tahun ke bawah. Oleh sebab inilah saya tidak dapat menjual di ebay.

Memang betul apa yang mereka katakan. Dan peraturan untuk jual di ebay pun adalah mesti 18+ ke atas.

Namun ketika saya list kan item saya untuk dijual di ebay pada masa itu umur saya telah pun mencecah 20-an di mana umur saya telah layak pun untuk menjual. Akaun saya pada ketika itu pun sudah mencecah sekitar 6 tahun. Saya juga turut pernah membuat pembelian di ebay menggunakan akaun tersebut.

Kalau ikutkan akaun saya boleh dikatakan sudah matang juga. Namun tetap tidak boleh menjual di ebay.

Saya cuba membalas email mereka balik dengan menerangkan situasi keadaan saya pula namun mereka tidak respon.

Tidak mengapa saya redha. Saya tumpukan sahaja sumber pendapatan saya yang lain pula.

Produk yang saya beli pada waktu itu pula saya jual balik kepada kawan-kawan. Tak larat saya nak makan maggi sebanyak 10 bungkus. Maggi yang sama perisa pulak tu memang muak.

Apa-apa pun percaya kepada rezeki anda kerana rezeki ada di mana-mana.

Tidak salah pun anda cuba hantar email ke ebay banyak-banyak kali. mana lah tahu rezeki anda pula.

Sebab cara ini sudah terbukti ramai yang telah berjaya mendapatkan akaun mereka balik.

Jangan jadi seperti saya. Saya mempunyai income yang lain sebab itu saya tidak berapa kisah sekiranya akaun ebay saya di suspended.

Anda cuba sahaja banyak-banyak kali. Saya doakan anda berjaya dapatkan akaun anda balik

Baca juga :- Idea Jana Pendapatan Pasif Secara Digital Tanpa keluar Modal!

Tips Penting supaya akaun anda tidak di suspended

  1. Pastikan akaun anda dah berusia 6 bulan ke atas sebelum berjual.
  2. Buat akaun ketika anda sudah lebih dari 18 tahun (kalau tidak anda seperti saya)
  3. Selalulah membeli di ebay supaya ebay mendapati akaun anda adalah genuine.
  4. Jangan senaraikan barang-barang terlarang. Boleh rujuk di sini Prohibited and Restricted Item.
  5. Jangan post barang client anda lambat.
  6. Selesaikan masalah aduan pembeli secepat yang boleh.
  7. Jangan menjual barang yang misleading. Barang anda biasa-biasa sahaja tetapi apa yang anda gambarkan tidak sebegitu rupa.

Kesimpulan

Anda perlu ingat sekali akaun anda telah di suspended maka anda akan di suspended buat selama-lamanya.

Tidak kiralah anda buka akaun baru sekalipun tetap anda akan di gantung balik. Ini kerana sewaktu anda berdaftar sebagai seller anda telah diminta untuk di isi no. kad pengenalan (kalau tak silap saya). Dari sini lah mereka akan kesan anda.

Jadi berhati-hati.

Sekiranya anda kenal mana-mana seller yang berpengalaman, rujuklah mereka dahulu apa yang perlu buat dan tak perlu. Mereka lebih mengetahui.

Untuk tambahan ilmu, anda juga boleh dapatkan bacaan lebih di dalam buku Ultimate Guide to eBay for Business (Ultimate Guide)

Moga-moga bermanfaat!

Assalamualaikum

Jangan lupa share 👇👇👇

Baca juga :- 12 Cara menambah subscriber Youtube secara organik dan efektif

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!