Dalam artikel ini saya ingin menceritakan cara bagaimana Youtuber berjaya mendapatkan 1 juta subscribers pertama mereka! jom baca!
Apa yang menarik tentang Youtube adalah Youtube mempunyai pengunjung sebanyak 30 juta sehari di serata dunia! bukan itu sahaja Youtube juga ditonton selama 1 billion jam oleh pengguna setiap hari.
Maka tidak mustahil lah ramai Youtubers boleh kaut berpuluh ribu, ratusan ribu malah jutaan subscribers di channel mereka.
Anda pun boleh jadi seperti mereka. Asalkan follow sahaja tips yang saya bakal kongsikan ini.
Jom baca apa yang saya kongsikan.
Anda juga wajib baca :- Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja !!!
Cari Niche anda

Semua orang ada minat, kelebihan yang hanya anda seorang sahaja yang memilikinya.
Orang lain kalau tengok anda pasti impress tentang keunikan anda. Anda rare! apa kata kalau anda bangunkan channel Youtube anda tentang apakah kebolehan anda.
Jika anda fokus pada satu-satu niche sahaja anda membuatkan para pengunjung mempercayai anda expert dalam satu-satu bidang.
Asalkan channel Youtube anda fokus pada satu niche sahaja.
Ini juga dapat membantu menarik lagi pengunjung untuk subscribe di Youtube anda.
Kalau anda pandai tentang tanaman pokok, anda boleh ceritakan tentang bagaimana nak suburkan pokok, memberi knowledge tentang tumbuhan dan baja-baja serta cara penjagaan pokok dengan betul.
Kalau anda pula seorang yang minat travel, ceritakan sahaja tentang apa-apa yang berkaitan dengan travel.
Jadikan para pengunjung memilih anda sebagai pilihan utama mereka 😀
Promosikan Channel anda!
Terdapat banyak group khas di Facebook yang membincangkan satu-satu topik. Katakan jika channel anda adalah tentang permotoran, maka ini adalah masa yang sesuai untuk anda kongsikan channel anda di mana-mana group FB berkaitannya. Ajak mereka untuk tonton video anda.
Selain itu, anda masuk sahaja group yang memang fokus tentang komuniti Youtube Malaysia contohnya seperti group Youtuber Malaysia.

Kalau kita lihat group ini sangatlah supportive oleh kerana mereka subscribe antara satu sama lain. Komuniti dalam group ini pun ramai mencecah hampir 50k (jumlah akan bertambah dari semasa ke semasa).
Boleh dikatakan group ini amatlah aktif. Setiap hari akan adanya post baru.
Bagi saya group ini sangat terbaik untuk mereka yang baru-baru nak berjinak dalam Youtube ataupun yang dah kira otai Youtube.
Twitter pula lebih cenderung untuk berkongsi tips-tips dan berita trending. Lagi pula Twitter ini boleh tersebar lebih pesat melalui retweet.
Anda boleh cuba buat satu thread yang menarik dan cuba anda kaitkan channel Youtube anda pada akhir thread tweet yang anda tulis.
Boleh juga anda kongsikan di linkedin sekiranya channel anda berkaitan dengan pekerjaan professional.
Kongsikan sahaja di mana-mana platform sosial media asalkan channel anda tersebar luas dan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat mengenali channel Youtube anda. 😉
Buat video anda kurang daripada 5 minit

Menurut kajian, durasi yang ideal untuk penonton mampu menonton sampai habis adalah kurang daripada 5 minit. Lagi-lagi jika video anda adalah tentang informasi.
Bila sebut tentang informasi ini orang ramai akan mudah bosan. Jadinya lagi baik sekiranya video kita adalah pendek dan padat dengan pengisian.
Sekiranya video anda ditonton kebanyakan orang sampai habis, algoritma Youtube akan menaikkan lagi ranking video anda.
Ini akan mendorong dan membuka peluang untuk orang ramai subscribe video anda.
Baca juga :- Cara buat duit dengan menulis Ebook (passive income)
Buat thumbnail yang memikat

Thumbnail merupakan penampilan pertama bagi pelawat akan nampak selain caption. Thumbnail yang menarik dan lebih menonjol akan mendorong pelawat untuk klik video anda.
Anda boleh gunakan photoshop ataupun Canva untuk design thumbnail anda.
Optimumkan penggunaan SEO anda

Ini adalah cara yang paling efektif untuk anda tambah subscriber Youtube anda.
SEO ini penting untuk search engine lebih faham apa yang diceritakan dalam video anda.
Ia adalah ilmu teknikal yang boleh anda pelajari.
Di bawah ini disertakan cara terbaik untuk optimumkan video anda : –
Meta Tags : Meta Tags adalah cara lain untuk memasukkan kata kunci anda ke dalam video anda dan menjadikannya lebih mudah dicari. Anda boleh lihat video-video yang popular dan lihat apa meta tags yang mereka gunakan dan seterusnya tiru dan gunakan meta tags tersebut. Selain itu anda juga boleh gunakan bantuan ahrefs.com, UberSuggest.com dan SemRush.com
Namakan tajuk yang memukau : Tajuk bukan sahaja merupakan first impression viewer, tetapi pemilihan perkataan tajuk yang sesuai dan trending adalah penting untuk menaikkan ranking video anda.
Tulis description : Jelaskan apa yang terkandung dalam video anda. Diingatkan janganlah guna bahasa rojak kerana ini membantu anda meningkatkan lagi ranking dalam enjin carian.
Video Transcript : Transkrip merupakan salinan teks daripada percakapan seseorang dalam video, ia dapat membantu orang yang mengalami masalah pendengaran dengan membaca teks sahaja.
Post selalu dan sentiasa konsisten
Rakam dan edit video memerlukan masa yang agak lama dan boleh dikatakan kerja yang melecehkan.
Tetapi ingatlah consistency adalah penting. Ini kerana pelanggan tidak akan kekal subscribe channel anda sekiranya anda tidak mengemaskini channel anda.
Cuba upload seminggu untuk satu video. Boleh tak?
Baca juga :- Idea Jana Pendapatan Pasif Secara Digital Tanpa keluar Modal!
Selalu bertanyakan viewer untuk Subscribe

Sentiasa tanyakan kepada penonton anda untuk sentiasa subscribe channel youtube anda. Ini juga secara tidak langsung mencipta engaging dengan penonton.
“Jangan Lupa Tekan Butang Subscribe!”. Selalu dengarkan?
Tingkatkan kualiti video anda

Content dah power, keywords dah mantap dan segala-galanya dah ok tetapi masih tak ramai yang subscribe.
Ya inilah jawapan dia. Kualiti video anda juga penting.
Ada masanya penonton tidak memahami apa yang disampaikan oleh anda. Suara anda mungkin tidak jelas. Ini akan membuatkan penonton berasa bosan.
Mungkin juga kualiti video anda bergegar, desiran angin terlalu kuat, cahaya tidak mencukupi. Ini semua akan mempengaruhi kualiti sesuatu video.
Sekiranya anda mempunyai masalah rakaman yang tidak memuaskan, anda boleh laburkan dahulu duit anda membeli sebuah kamera yang bagus. Saya sarankan anda menggunakan kamera vlogger terbaik ini.
Sony ZV-E10 merupakan kamera khas untuk vlogger yang dicipta oleh Sony yang ringan dan mempunyai keupayaan video sehingga 4k30p. Lagipun kamera ini skrinnya boleh flip. Memang sangat memudahkan kerja anda untuk tujuan buat video.
Anda boleh dapatkannya di sini :- Sony ZV-E10

Sekiranya anda merupakan seorang travel vlogger, anda boleh gunakan action kamera kerana ia ringkas, tahan lasak dan sesuai aktiviti luar.
Saya mengesyorkan anda guna GoPro Hero 11. Dengan keupayaannya yang boleh record sehingga 5.3K dan stabilization yang superb boleh membantu anda menghasilkan video yang gempak!
Anda boleh dapatkannya di sini :- GoPro Hero 11

Seterusnya Lampu Studio pun penting juga untuk pencahayaan yang cantik dan rata. Pencahayaan yang baik akan mengelakkan noise yang berlebihan sehingga nampak cacat pada video anda.
Anda boleh dapatkannya di sini :- Lampu Studio
Jadikan 10 saat pertama video anda paling memukau

Menurut kajian, 80% penonton akan meneruskan tontonan video sekiranya 10 saat pertama dapat menarik perhatian mereka. Mulakan pengenalan video anda dengan dramatik dan tidak hambar.
Buat sehabis baik pada awal video. Nescaya penonton akan tonton video anda sehingga habis.
Baca juga :- 15+ Cara Efektif Meningkatkan Trafik Website Dengan Mudah
Mencipta video yang evergreen

Satu lagi cara untuk menambahkan subscribers secara konsisten ialah dengan mencipta kandungan yang evergreen.
Perahlah idea dan kreativiti anda untuk mencipta video yang akan relevan yang akan ditonton pada sepuluh tahun akan datang.
Sebagai contoh, anda boleh ceritakan tentang cara penjagaan kereta. Video-video seperti ini pasti akan releven untuk berpuluh tahun akan datang. Video tentang pemasaran Facebook mungkin akan lapuk dalam tempoh beberapa tahun kerana programmer Facebook akan menaik taraf laman web mereka dari semasa ke semasa.
Kebiasaannya video ‘cara-cara’ yang akan bertahan dalam satu-satu tempoh masa yang lama.
Walaupun anda tidak mencipta video yang evergreen, tetapi buatlah video yang memberi manfaat kepada orang lain, nescaya orang lain akan tonton video anda banyak kali dan dari sini anda boleh dapatkan subscribers.
Respon dan berbalas komen dengan viewer
Cara lain meningkatkan subscribers secara organik dan berkesan adalah menggunakan sepenuh kemampuan saluran YouTube. Dengan cara berbalas komen ini anda mampu mengekalkan komuniti yang sihat pada channel Youtube anda.
Lagipun, semakin anda peramah dengan viewers anda, sudah tentu peluang anda untuk mendapat tontonan yang lebih tinggi juga boleh meningkat. Juga kebarangkalian untuk mereka datang kembali menonton video-video anda seterusnya pun tinggi.
Baca juga : – 10+ Idea Jana Pendapatan Pasif Sesuai Untuk Rakyat Malaysia
Laburkan sedikit Youtube Advertisement

Adat dunia, nak lebih cepat berjaya kenalah keluarkan dompet anda. Youtube ini adalah tentang bisnes, ada perkara memang kena keluarkan modal.
Tenang, melaburkan sedikit duit dalam mempromosikan saluran YouTube anda adalah cara yang cukup berkesan untuk meningkatkan lagi subscriber Youtube anda. Jadi, laburkanlah dahulu sebelum anda menikmati pulangan yang besar di kemudian hari.
YouTube menjadikan pengiklanan video anda dalam pelbagai format iklan seperti:
- Sponsored cards
- Bumper ads
- Iklan video boleh langkau dan tidak boleh langkau
- Overlay ads
- Display ads
Sama seperti platform seperti Facebook dan Twitter, YouTube juga boleh menyasarkan potensi video kita berdasarkan minat, demografi atau khalayak dalam pasaran mengikut tetapan kita.
Kesimpulan
Subscriber (pengikut) Youtube anda sangat memainkan peranan besar tentang viewers Youtube anda. Semakin banyak subcribers anda, semakin besarlah peluang untuk video-video anda ditonton.
Dan semakin masyuklah poket anda nanti 🤑…
Dalam ramai-ramai subscribers pasti ada yang sentiasa follow dan ternanti-nantikan tentang perkembangan video terbaru anda. Ini dah kira fans anda dah.
Lama kelamaan mereka akan turut sama ikuti anda pada laman sosial yang lain.
Maka jadilah Youtuber yang berkualiti dan konsisten.
Sekiranya anda inginkan bacaan lebih lanjut tentang nak jadi Youtuber, saya sarankan anda untuk dapatkan buku ini.
Buku ini sangat-sangat sesuai untuk newbie Youtuber
Anda boleh klik di pautan ini 👇👇👇 :-
Akhir kata “Buat sahaja…“
Assalamualaikum…semoga bermanfaat!
Baca juga :- Cara Memulakan Perniagaan vending machine Secara Passive Income Step-by-step