Cara Jadi Programmer Tanpa Ijazah Sains Komputer

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ramai orang berfikir nak jadi programmer mesti memerlukan background dalam bidang sains komputer/IT, tapi sebenarnya anda hanya memerlukan kemahiran coding sahaja untuk melayakkan diri anda memohon kerja!

Malah, kebanyakan yang mempunyai ijazah sains komputer pun belum tentu mereka nak kerja dalam bidang programmer.

Ini kerana tidak semua yang minat dalam bidang ini dan tidak semua yang suka berasap kepala nak selesaikan masalah coding.

Diingatkan, programming merupakan satu karier yang sangat challenging, anda wajib memerlukan minat yang mendalam untuk cebur dalam bidang ini.

Setiap hari anda akan belajar benda baru dan setiap hari anda akan hadapi masalah baru. Anda mampu?

Sekiranya anda mampu artikel ini khas untuk anda!

Baca : 10 Kerjaya Freelance Yang Paling HOT

Saya juga seperti anda yang bukanlah berlatarbelakangkan bidang sains komputer. Sebab itu saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya jadi programmer, lebih terperinci lagi saya memfokuskan dalam web developer.

Dahulu memang saya dari zero. Tak tahu apa pun. Namun minat dan sifat ingin tahu yang tinggi membuatkan saya belajar secara self-learner sehinggalah saya berjaya medapat position sebagai web developer di salah sebuah syarikat IT swasta.

Jom baca perkongsian saya!

1. Kenal dahulu kegunaan Language Programming

Terdapat lebih dari 700 programming language di dunia ini. Namun saya hanya senaraikan beberapa sahaja yang popular dan mempunyai banyak peluang pekerjaan di Malaysia dan di luar negara.

1. Javascript – Web/App Development

Javascript merupakan salah satu language yang digunakan bersama-sama dengan html dan css untuk membangunkan website/app. Ia merupakan bahasa programming yang paling banyak digunakan oleh kebanyakan web developer.

Banyak fungsi yang terdapat pada Javascript seperti alerts, pop ups, events dan berbagai-bagai lagi.

Untuk server-side workloads pula, Javascript menyediakan medium yang dipanggil Node.js.

Popular Framework Untuk Frontend: Angular.jsReact.js, Vue.js

Popular Framework untuk Backend: Express.js

(Saya akan terangkan lebih lagi tentang framework Vue.js dan React.js dalam artikel Tips Jadi Web Developer tanpa background Sains Komputer/IT Jom membaca!)

Kursus yang anda boleh ambil (RECCOMENDED) :

JAVASCRIPT : The Complete JavaScript Course: From Zero to Expert! By Jonas Schmedtmann

2. PHP – Web Development

PHP ini sama sahaja seperti Javascript iaitu lebih kepada pembangunan web.

Ia juga diguna bersama-sama dengan html dan css juga dan mempunyai framework tersendiri.

Cumanya PHP ini mostly target untuk website Small Medium Enterprise (SME). Kebanyakan developer lebih gemar guna PHP untuk membangunkan website syarikat-syarikat SME yang lebih simple.

Tetapi untuk syarikat besar, kebanyakan web developer banyak menggunakan Javascript yang lebih fokuskan kepada scalability dan cloud intergration.

Javascript vs PHP? Yang mana lagi ok?

Dua-dua ok, Ia bergantung kepada keperluan sesuatu projek.

Popular Framework untuk PHP: 

  • Laravel
  • Symfony
  • Phalcon
  • CakePHP

PHP juga merupakan salah satu language yang popular di Malaysia. Komuniti di Malaysia pun agak ramai juga. Di Malaysia ramai yang menggunakan framework Laravel dan agak popular jika nak dibandingkan dengan framework lain.

Anda boleh join komuniti Laravel di telegram

Peluang pekerjaan? Memang bersepah-sepah sekarang ini. Tinggal anda ada ilmu atau tidak jer untuk anda mendapatkan position tersebut.

Kursus yang anda boleh ambil (RECCOMENDED) :

3. Python – Machine learning/Artificial intelligence

Sekiranya anda baru ke programming, Python adalah sesuai untuk anda oleh kerana beginner-friendly programming language.

Saya pernah belajar dan ia sangat mudah, tidak serumit programming language yang lain.

Python lebih terkenal kegunaannya dalam Machine Learning dan Artificial intelligence. Namun, Python merupakan language yang sangat versatile yang boleh diimplimentasi dalam banyak perkara.

Kegunaan lain Python:

  • Back-end web development (seperti frameworks Django and Flask)
  • Game development
  • Data analysis 
  • Data visualisation
  • Web applications

Namun untuk penggunaan web development, saya lebih prefer Javascript kerana lebih banyak fungsi dan library (bukan saya sahaja, malah programmer di seluruh dunia).

Di Malaysia banyak peluang pekerjaan dalam bidang data science. Sekiranya anda berminat anda boleh fokus sahaja penggunaan language Python.

Kursus yang anda boleh ambil (RECCOMENDED) : 100 Days of Code: The Complete Python Pro Bootcamp by Dr Angela Yu

4. Java – Enterprise Development

Java merupakan salah satu bahasa programming yang mempunyai komuniti yang besar dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Asas Java sebenarnya berpunca daripada C++, tetapi Java lebih mudah dipelajari dan digunakan, tidak begitu complicated.

Kegunaan Java :

  • pembangunan aplikasi android
  • membina aplikasi desktop yang kompleks.
  • pembangunan sistem-sistem besar seperti banking dan oil and gas.

Untuk pengetahuan anda, Java merupakan salah satu bahasa programming yang mempunyai bayaran tertinggi di seluruh dunia!

Anda tahu Java? Cukup pengalaman don’t worry income anda 5 angka sebulan memang dalam tangan.

Kursus yang anda boleh ambil (RECCOMENDED) : Java Programming Masterclass by Tim Buchalka

5. SQL – Database management

Structured Query Language (SQL) ialah language yang paling biasa digunakan untuk mengurus data yang disimpan dalam sistem relational database management systems (RDBMS).

SQL sangat-sangat penting dalam setiap organisasi kecil mahupun besar untuk menyimpan data mereka tersendiri. Nak simpan data maklumat ahli, pengendalian operasi dan lain-lain sangat-sangat memerlukan SQL.

Dalam website juga sangat-sangat memerlukan SQL untuk menyimpan maklumat pengunjung contohnya seperti akses ke website (login account).

Percayalah anda takkan ada akaun tiktok sekiranya tiktok tidak mempunyai Database Management.

Kursus yang anda boleh ambil (RECCOMENDED) : The Complete SQL Bootcamp : Go from Zero to Hero by Jose Portilla

2. Kecenderungan minat anda? Anda suka apa?

Cara Jadi Programmer Tanpa Ijazah Sains Komputer

Bidang programming ini sangat luas dan mempunyai banyak cabang. Anda selami dahulu apa yang anda minat dengan membuat research.

Untuk memahami lebih mendalam dalam bidang programming, lagi baik sekiranya anda belajar satu-satu language dan fokus sehingga anda mahir.

Ada sesetengah orang minat data science, sesetengah pula minat gaming developer, ada pula yang minat pembangunan website serta aplikasi dan lain-lain lagi.

Apa-apa pun terpulang kepada minat masing-masing.

Selepas anda sudah jumpa minat anda, maka anda boleh cuba-cuba explore language apa yang dipakai.

Seperti saya, saya lebih cenderung ke arah web development. Maka ada language yang perlu saya guna untuk membangunkan sebuah web.

Pada awalnya dahulu saya juga mencuba pelbagai language sehinggalah saya jumpa apa yang betul-betul dekat di hati saya. Dari situ saya memfokuskan lebih sehinggalah saya mahir.

3. Invest belajar coding

Dah tahu minat anda? Sekarang masanya untuk anda belajar dengan lebih serius.

Menurut pengalaman saya, kelas online jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kelas fizikal.

Saya lebih suka belajar di udemy.com. Anda boleh dapatkan course yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah.

Lagipun, udemy.com tengah buat promotion. Kali pertama anda membeli mana-mana course anda akan menikmati harga sekitar RM 50 saja!

click di sini 👇👇👇

Jom Dapatkan kursus anda Di UDEMY

4. Belajar membaca technical documentation

Anda boleh belajar membaca dokumentasi untuk sesuatu language. Seperti yang kita tahu, programming untuk satu-satu language itu sangatlah luas dan tidak semua term kita mampu mahir. Senior programmer pun akan rujuk balik dokumentasi ada masanya.

Pergi ke website programming language yang ada guna, dekat situ akan ada option tentang documentation.

Baca : 7 Idea Jana Pendapatan Pasif Secara Digital Tanpa keluar Modal!

5. 5 idea bina projek anda sendiri

Anda tiada background dalam sains komputer/IT, jadi bagaimana untuk anda buktikan yang anda berkebolehan dalam bidang programming? Jawapannya buat projek.

Projek inilah yang akan membantu anda memenuhi ruang resume anda.

Kalau setakat projek todolist tidak akan memberi apa-apa excitement untuk menarik perhatian bakal majikan anda. Ini kerana ramai sudah membuat tutorial mengenai projek ini dan ia merupakan projek yang sangat mudah.

Tetapi anda boleh belajar buat projek todolist untuk tingkatkan kemahiran programming anda kerana ia merupakan projek yang lengkap dengan CRUD (CREATE, READ, UPDATE, DELETE)

Di sini saya senaraikan 5 idea projek yang anda boleh bina :-

  1. Page website yang responsif (lebih baik sekiranya website anda mempunyai backend sekali)
  2. Weather App (website dan mobile app)
  3. Simple Game
  4. Chat app (seperti whatsapp)
  5. Goal tracking app

6. Buat kerja-kerja freelancing

 Selain bina projek anda sendiri, anda juga boleh membuat kerja freelancing anda di fiverr dan freelancer.com

Mungkin anda belum mempunyai pengalaman apa-apa, jadi anda boleh letak harga anda murah-murah dahulu untuk menarik pelanggan mengupah anda.

Anda juga boleh masukkan pengalaman ini ke dalam resume anda.

Baca : 15+ Cara Efektif Meningkatkan Trafik Website Dengan Mudah

7. Bina networking untuk cari kerja

Jangan takut untuk bina networking anda. Di facebook banyak group yang berkaitan dengan IT seperti Kerja kosong dalam bidang IT, IT Jobs in Malaysia, Programmer Malaysia dan lain-lain lagi. Anda boleh cari kenalan anda di sini untuk kenal lebih ramai kenalan di dalam industri ini.

Bukan itu sahaja, menyertai aktiviti berkaitan dengan IT juga merupakan suatu idea yang bagus untuk anda bina networking anda. Selalu-selalu tengok Facebook JomLaunch untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang bakal mereka jalankan.

Di samping itu, Krenovator juga merupakan satu platform yang baik untuk komuniti IT di Malaysia terutamanya kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT.

Cuma nak join Krenovator ni memerlukan interview dan mungkin anda perlu menjawab test yang mudah untuk menunjukkan yang anda betul-betul minat dalam bidang IT.

Dalam komuniti Krenovator terdapat ramai expert yang akan membantu anda sekiranya anda stuck dalam menyelesaikan masalah programming.

Bukan itu sahaja, Krenovator juga turut menyediakan peluang pekerjaan. Anda boleh rujuk website Krenovator ataupun tiktok mereka.

Baca : Cara buat duit dengan menulis Ebook (passive income)

8. Tingkatkan skill interview anda

Resume anda bagus dan skill programming anda cemerlang belum tentu menjanjikan peluang pekerjaan kepada anda.

Interview merupakan kata akhir adakah anda diterima kerja ataupun tidak.

Kebiasaannya interview untuk position programming didatangi dengan menjawab test. Anda kena selesaikan soalan yang mereka berikan untuk melayakkan anda menerima position tersebut.

Kursus yang anda boleh ambil (RECCOMENDED): Master the Coding Interview

Baca : Tips effective jual gambar online berdasarkan pengalaman penulis.

9. Berkongsi selalu di Linkedin anda

Majikan dan recruiter akan selalu mencari potensi-potensi yang boleh bekerja dengan mereka melalui Linkedin. Banyak kali sudah saya dapat offer sedemikian, namun saya tolak disebabkan saya sudah mempunyai pekerjaan.

Sekiranya saya terima mungkin saya perlu menjawab ujian coding, dan sudah tentu kena lalui interview untuk melayakkan diri saya terima position yang mereka offer.

Linkedin ini adalah sebuah platform social media yang lebih kepada professionalism.

Jika anda nak tonjolkan skill dan expertise anda dalam satu-satu bidang maka ini adalah tempatnya.

Senang kata, Linkedin membantu anda untuk menyerlahkan lagi kepakaran pekerjaan anda.

Jadi selalu-selalulah sharing knowledge mengenai programming.

Anda jangan risau, as long as you have a good skill in programming, recruiter sendiri akan cari anda.

Kesimpulan

Sekiranya anda zero dalam coding, anda jangan risau kerana anda tak keseorangan!

Ada kenalan saya yang mempunyai SPM sahaja, tiada sijil diploma ataupun degree. Tetapi mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar coding.

Sekarang ada di antara mereka sudah bekerja dengan syarikat luar negara dan mempunyai income bulanan 5 angka sebulan. Kerja dari Malaysia (work from home) tetapi bekerja dengan syarikat luar negara dan bayaran mereka dalam USD!

Kalau mereka boleh, anda pun boleh. Asalkan jangan putus asa sahaja.

Untuk pengetahuan anda, karier programming macam pisang goreng panas! 🔥. Memang salah satu bidang yang sangat demand sekarang ini! Kalau buka portal laman web kerja bersepah kerja-kerja programming ini.

Saya doakan semoga anda berjaya untuk jadi programmer yang professional.

Sekiranya bermanfaat anda boleh share dengan tekan butang di bawah. 👇

Assalamualaikum

Baca : 8 Tips power mulakan bisnes fotografi perkahwinan (pengalaman penulis)

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!