Cara Jadi Affiliate TikTok Tanpa Ada 1000 Followers, Step-By-Step

Cara Jadi Affiliate TikTok Kurang 1000 Followers, Step-by-Step
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ramai yang tak tahu sebenarnya anda boleh saja jadi affiliate TikTok tanpa mempunyai 1000 followers.

Namun sebelum itu, di sini saya ingin terangkan apa itu affiliate program.

affiliate program atau affiliate marketing boleh dikatakan sebuah perniagaan secara online yang di mana anda memasarkan produk orang lain di blog, sosial media ataupun podcast tanpa perlu anda memegang produk tersebut. Setiap kali ada pembelian melalui link yang anda kongsikan, setiap kali itu anda akan dibayar komisyen.

Konsepnya sama saja seperti promoter yang selalu kita lihat di shopping complex. Kedua-duanya memerlukan kerja-kerja pemasaran untuk mempromosikan satu-satu produk. Dapat jual satu produk, maka anda akan dapat komisyen anda.

Cumanya, affiliate program ini lebih kepada kerja-kerja pemasaran di internet.

Tutorial ini saya buat menggunakan akaun tiktok saya yang mempunyai kurang 1000 followers. Memang fresh! Setiap langkah-langkah yang saya lakukan adalah edisi yang terkini.

Oleh yang demikian, di sini saya ingin kongsikan secara step-by-step bagaimana anda boleh jana pendapatan secara affiliate di TikTok Shop tanpa ada 1000 followers!

1. Step-By-Step jadi Affiliate Tiktok Tanpa ada 1000 Followers

1. Cara daftar TikTok Shop.

Selepas anda sudah mempunyai akaun Tiktok, benda pertama sekali adalah anda perlu mendaftar TikTok Shop di TikTok Shop Seller Center. Boleh daftar di smartphone ataupun komputer.

Apa yang diperlukan?

  • Akaun Tiktok anda.
  • No. Phone yang didaftarkan di TikTok anda.
  • IC

Simple saja caranya.

  1. Paparan pertama yang anda akan nampak ialah soalan lokasi penjual. Cara Malaysia Seller pada Asia Seller drop-down dan klik butang Enter.

  1. Login akaun TikTok anda.

  1. Isi maklumat seperti di bawah dan klik Submit.

  1. Isikan maklumat seperti yang ditanya dan seterusnya anda perlu upload sama ada IC ataupun passport sekiranya anda memilih Individual. Jika anda memilih Corporate, anda perlu submit bukti sokongan syarikat anda. Seterusnya klik Submit.

  1. Klik Confirm.

  1. Sekiranya anda di approved, anda akan mendapat email ini. Kebiasaan masa yang diambil dalam sehari sahaja selepas anda submit permohonan anda.

  1. Selepas akaun anda telah di approved, icon ‘bag’ akan muncul pada akaun tiktok anda. Kebiasaannya ia akan mengambil masa sedikit untuk muncul. Jadi anda tak perlu risau. (Menurut pengalaman saya tidak sampai 3 jam).

2. Cara link TikTok Seller App dengan akaun TikTok anda.

Sementara menunggu icon bag muncul, langkah seterusnya adalah muat turun Tiktok Seller Apps di App Store atau Play Store.

  1. Anda tak perlu sign up lagi oleh kerana anda telah sign up di website. Anda boleh terus log in.

  1. Cuba anda log in dahulu guna Log in with TikTok, sekiranya keluar pops up seperti gambar di bawah cuba pula Log in with phone & email. Ia adalah normal, kebanyakan akaun yang baru didaftarkan affiliate TikTok kebiasaannya akan mengalami situasi seperti ini.

  1. Selepas anda sudah berjaya log in, seterusnya pergi ke settings dan klik pada Linked TikTok Accounts.

  1. Klik Marketing accounts.

  1. Selepas itu anda boleh masukkan username TikTok anda dan klik Send invitation.

  1. Buka akaun TikTok anda, dan buka inbox. Anda akan dapati notifikasi seperti dalam gambar. Klik padanya.

  1. Klik pada box Monetization.

  1. Klik Accept Request.

  1. Akhir sekali anda akan dapati paparan seperti di bawah, Klik Link account.

Automatically akaun anda telah sah didaftarkan sebagai Affiliate TikTok! Tahniah!.

Ikuti langkah seterusnya bagaimana nak letak produk affiliate anda.

3. Cara masukkan produk Affiliate

  1. Pada Profile TikTok Personal anda, buka icon bag dan akan nampak paparan Start earning with Tiktok Shop. Klik Get started.

  1. Selepas itu anda akan masuk ke halaman Tiktok Shop (Affiliate). Klik pada Add affiliate products.

  1. Search produk yang nak promosikan. Klik Add.

  1. Untuk kali pertama, anda akan dapati satu pops up muncul untuk buka Commission Account selepas anda klik butang Add. Selepas itu anda akan diminta mengisi nama penuh anda. Pastikan nama yang anda isi adalah sama dengan nama beneficiary account! Ini kerana anda tidak boleh tukar selepas itu.

  1. Selepas itu anda akan dapati produk yang anda Add telah berada pada ruangan showcase (icon bag).

4. Cara attach product link ke video yang anda upload

  1. Selepas anda dah buat video, seperti biasa isi caption, buat hashtag, pilih cover dan lain-lain. Seterusnya klik Add Link.

  1. Seterusnya akan muncul card Add link seperti gambar di bawah. Pastikan pilihan Product boleh di klik. (Sekiranya warna seperti kelabu asap, ini bermakna sound yang anda gunakan adalah copyrighted. Anda kena tukar sound lain. Sekiranya warna kuning, anda boleh attach link anda seperti biasa.

  1. Seterusnya klik saja Add! Apa lagi post la video anda!

2. Pantang larang Affiliate TikTok Shop

Kita semua tahu TikTok mempunyai peraturan yang sangat strict. Silap sikit akaun anda akan digantung. Lebih teruk lagi akaun anda akan di banned terus! Langsung tak boleh pakai dah.

Oleh itu anda kena berhati-hati supaya akaun anda terhindar daripada perkara-perkara yang melanggar peraturan TikTok.

Di sini saya sertakan beberapa guidelines TikTok yang perlu anda follow :-

  1. Elakkan content yang misleading seperti “Kulit anda akan putih hanya sehari sahaja selepas pakai produk ini!”
  2. Elakkan content yang tiada kena mengena dengan produk link. (Paling bahaya!)
  3. Jangan guna ayat jaminan seperti “100% anda akan kurus selepas guna produk ini”.
  4. Dilarang sama sekali jual produk Alkohol, Tembakau & E-Rokok.
  5. Dilarang jual produk bahan kimia yang merbahaya.
  6. Dilarang jual senjata.
  7. Dilarang jual produk tiruan.

Selanjutnya anda boleh baca di sini :- TikTok Shop Restricted and Unsupported Products Guidelines

Anda jangan risau sekiranya akaun anda di suspended (gantung), ini kerana akaun anda masih boleh diselamatkan lagi. Namun sekiranya akaun anda telah di banned jangan harap anda boleh dapatkan kembali (melainkan alasan anda boleh diterima oleh TikTok).

Tetapi biasanya susah untuk dapat balik. Nasihat saya bina akaun baru dan jaga sebaik mungkin. (Jangan buat benda bukan-bukan lagi!)

Kesimpulannya, TikTok telah menyediakan sebuah platform yang sangat-sangat laju untuk buat duit (lagi laju daripada Shopee dan juga Blog!). Selari daripada itu, TikTok telah meletakkan peraturan-peraturan yang sangat tinggi kepada pengguna demi menjaga kualiti, keselamatan dan juga standard.

TikTok mengambil langkah-langkah sebegini adalah untuk memartabatkan brand mereka supaya TikTok akan releven pada masa-masa akan datang.

Back to basic, apa yang TikTok buat adalah tentang menjaga bisnes mereka.

Di luar sana berbagai-bagai bahan bacaan panduan dan kelas-kelas belajar buat duit dengan TikTok. Namun jika anda mahukan bahan-bahan dalam bentuk video tutorial, anda boleh dapatkan Bisnes TikTok Shop

Sekiranya anda merupakan seorang newbie yang baru berjinak-jinak dengan TikTok Shop maka Bisnes TikTok Shop adalah sesuai untuk anda!

Apabila fundamental anda sudah kukuh, maka lagi mudahlah untuk anda tingkatkan trafik TikTok anda. Hasilnya lagi mudah untuk anda mendapatkan jualan yang tinggi.

Saya mengucapkan selamat maju jaya!

Semoga apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjadi affiliate TikTok.

Nasihat saya buat sahaja video dan upload setiap hari! Kita tak tahu video yang mana akan fyp.

Bila dah fyp memang laju followers masuk!

Dan lagi laju sales anda!

Terima kasih kerana membaca.

Kongsikan artikel ini kepada orang lain untuk manfaat bersama.

Assalamualaikum!

Baca juga :- Cara buat duit dengan menulis Ebook (passive income)

Baca juga :- Tips effective jual gambar online berdasarkan pengalaman penulis.

Baca juga :- 8 Tips power mulakan bisnes fotografi perkahwinan (pengalaman penulis)

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!