15+ Cara Efektif Meningkatkan Trafik Website Dengan Mudah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Sebenarnya ada cara yang mudah dan efektif untuk menaikkan trafik di website kita dan telah dibuktikan oleh blogger-blogger yang berpengaruh di seluruh dunia! Anda jangan risau, dalam artikel ini saya akan kupaskan dengan lebih mendalam. Anda cuma baca dan praktikkan sahaja.

Kita semua mesti pernah alami fasa-fasa bagaimana struggle nya nak naikkan trafik website.

Bukan kita sahaja nakkan high trafik website, tetapi business owner ataupun marketers pun mesti menginginkan website yang dibanjiri ribuan atau puluhan ribuan pengunjung setiap hari.

Ini semua adalah kerana bisnes, lagi ramai yang mengunjung, maka lagi ramailah yang membeli produk kita secara logiknya.

Baca juga: 9 Perkara Youtuber Wajib Tahu Bagaimana Algoritma Youtube Bekerja

Kalau blogger pula, lagi ramai yang mengunjung maka makin mudahlah untuk buat duit hasil monetize daripada iklan-iklan.

Honestly, ia bukanlah satu benda yang cepat menunjukkan hasilnya. A long the way semasa menggunakan blog macam-macam cara kita dah cari untuk tingkatkan lagi pengunjung ke website kita. Tapi macam tak jalan. Traffik macam berat gila nak terbang.

Anda pun hairan dan tertanya-tanya.

Jadi di sini saya kongsikan bagaimana strategi yang mudah tetapi power yang sudah terpakai oleh blogger-blogger terkenal.

Jom baca!

Cara meningkatkat trafik website

1. Website anda mesti responsif pada phone juga

Ada sesetengah website memang tidak di optimumkan sebagai mesra telefon. Kalau kita buka dah seperti paparan monitor pula.

Satu kerja pula dah nak kena zoom in dan scroll around all the area.

Berdasarkan data dari werksbite.com, 62.7% melayari website ini menggunakan telefon, dan selebihnya adalah dari desktop pula.

Menurut statistik dari Statista.com pula, sebanyak 94% populasi pelayar internet mengakses menggunakan telefon di seluruh dunia.

Oleh itu sangat penting untuk anda membina website anda yang mesra pengguna smartphone juga.

Ada sesetengah website builder seperti elementor yang sedang digunakan oleh Werks Bite!, telah auto di optimumkan menjadi smartphone user friendly UI. Oleh itu anda tidak perlu install plugin lain untuk respon dengan baik pada smartphone.

Anda boleh gunakan juga plugin Jetpack by WordPress yang boleh dikatakan popular juga oleh para-para blogger dan ianya merupakan plugin yang percuma sahaja.

2. Tulis Tajuk Yang Menarik

Bila anda nak buat title, tanya dahulu kepada diri anda. Apakah perkataan-perkataan yang akan mengambarkan kepada artikel anda.

Barangkali mungkin anda faham, sebab anda yang menulis artikel tersebut. Tetapi adakah orang lain faham? Kalau mereka faham sekalipun adakah mereka tertarik untuk baca lanjut tentang artikel anda.

Menurut kajian, 8 daripada 10 orang akan tengok dahulu tajuk-tajuk artikel sebelum mula mengklik. Selebihnya 2 daripada 10 barulah mereka membuka dan membacanya dengan betul.

Tajuk artikel sangat-sangatlah penting. Jadi pilihlah penggunaan perkataan tajuk yang memberangsangkan.

Di sini saya kongsikan 5 perkataan basic yang power yang di mana orang akan lebih mudah tertarik untuk baca artikel anda :-

  1. Cara
  2. Tips
  3. Panduan
  4. Kaedah
  5. Contoh

(perkataan-perkataan di atas ini juga anda boleh masukkan ke dalam focus keywords dalam tools SEO)

Anda lihat artikel-artikel saya :-

Cara effective jual gambar online berdasar pengalaman penulis dan jana pendapatan pasif dalam USD!

20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful

Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy 2022

Artikel-artikel saya di atas ini straight to the point, catchy dan tidak meleret-leret. Para pelawat sekali baca sudah tahu apa yang artikel saya ini ingin diceritakan.

Selain itu, anda juga boleh gunakan website mrs.digital untuk menganggarkan panjang perkataan tajuk so that tiadalah … pada penghujung tajuk kalau terlampau panjang.

15+ Cara Efektif Meningkatkan Trafik Website Dengan Mudah

Oleh itu pandai-pandai lah anda susun perkataan anda supaya ngam-ngam 600 px sahaja.

Ok seterusnya dengan tajuk pun boleh meningkatkan lagi ranking anda taw. 😉

Anda cuba lihat tajuk pada kedua-dua top artikel di carian google pada gambar di atas lebih kurang sama je kan? Ini merupakan satu teknik untuk menaikkan lagi ranking artikel anda di mana anda tiru tajuk artikel yang sudah mendapat top ranking di carian google. Tiru dan ubah ikut kreativiti anda. Jangan tiru bulat-bulat!

Lama-kelamaan apabila SEO sudah masak, google akan mula rank kan artikel anda di carian. Dan secara perlahan-lahan orang akan mula membaca artikel anda.

Benar, nak cari keyword yang sesuai sangatlah membosankan kerana anda perlu brainstorm dan google artikel-artikel mana yang mempunyai volume yang tinggi. Tapi usaha anda itu sangat-sangat berbaloi!

Tak dapat tempat pertama pun tidak mengapa, tempat kedua pun sudah memadai.

Seterusnya, anda boleh masukkan kata-kata yang strong kredibilitinya seperti efektif, terbaik, mudah, successful dan lain-lain lagi. Ini akan membuatkan lagi para pembaca merasa bertambah-tambah rasa tertarik untuk ke artikel anda.

3. Keywords anda kena releven

Kalau kita lah kan nak cari bagaimana untuk memasak asam pedas. Apa keywords yang kita akan gunakan? Barangkali kita akan taip “cara memasak asam pedas melaka”. Maka keluarlah berbagai-bagai artikel berkaitan dengannya. Jadinya anda perlulah highlight keywords yang padu untuk menaikkan ranking artikel anda.

Anda boleh gunakan tools SEO di bawah ini yang dapat membantu para pelawat mudah untuk mencari artikel anda.

  1. SEMrush
  2. Ubersuggest
  3. Ahrefs.com

Tools di atas ini adalah berbayar. Tapi untuk baru-baru bermula ni saya suggestkan anda guna Rank Math.

Ia merupakan satu plugins yang percuma anda boleh dapat di WordPress yang bagi saya sudah cukup baik untuk anda memulakan carian keywords serta tools ini bagus untuk anda mengoptimumkan lagi artikel anda.

Kalau nak lagi best pilihlah yang berbayar, macam-macam fungsi ada. klik pautan ini :- Rank Math.

Selepas anda install plugin Rank Math ini, anda akan nampak paparan ini pada belah kanan edit post. Nampak rumit tapi sebenarnya nak gunakan tidak lah sesusah mana pun. Anda boleh belajarnya di sini.

Saya sendiri menggunakannya hingga ke hari ini. 😉

Artikel yang menarik dan penuh pengisian belum tentu lagi dapat meningkatkan trafik sekiranya anda tidak mengoptimumkan kata kunci dengan betul.

Jadinya anda perlu maksimakan kata-kata yang sesuai kerana ini akan meningkatkan lagi carian artikel-artikel anda.

4. LSI Keywords

Menurut Neil Patel, owner kepada Ubersuggest berkata sekarang ini Google sudah menggunakan algoritma hummingbird. Algoritma ini bukan sahaja menggunakan keywords untuk menaikkan ranking satu-satu website, tetapi ada lagi faktor lain yang turut sama dipertimbangkan.

Kerana terlampau ramainya orang search pada setiap hari dan adakalanya memeningkan Google, maka terlahirnya LSI keywords.

Dengan menggunakan LSI keywords, Google dapat lebih memahami adakah konten anda itu sesuai dengan keywords yang anda gunakan.

Senang kata LSI keywords ini dapat mengelakkan kekeliruan Google akan penggunaan perkataan yang sama maksud.

Contohnya anda menggunakan keywords “peperiksaan mudah” pada artikel anda, tetapi orang lain mencari menggunakan keywords “ujian senang” di enjin carian.

Perkataan-perkataan ini memang berbeza tetapi menjurus kepada maksud yang sama.

Adakah artikel anda dijumpa oleh mereka? belum tentu lagi.

Oleh itu, lagi elok sekiranya anda menggunakan LSI Keywords. Pengguna Google semakin hari semakin ramai dan dianggarkan sekitar 10% kenaikan pada setiap tahun.

Maka tidak hairanlah kenapa terlahirnya tools seperti Latent semantic indexing atau LSI keyword.

Untuk menggunakan kepelbagaian keywords, anda boleh gunakan tools seperti LSIGRAPH .

5. Long Tail Keyword

Sebenarnya terdapat dua jenis keywords, short tail keywords dan long tail keywords. Short tail keywords ini terdiri daripada satu atau dua jenis patah perkataan sahaja. Manakala long tail keywords pula terdiri daripada tiga atau lebih patah perkataan.

Contoh kepada short tail keywords sepertinya “cara”, “traffik website”. Manakala long tail keywords pula adalah “cara meningkatkan traffik website mudah”.

Short tail ini lebih tinggi volume pencariannya jika nak dibandingkan dengan long tail. Tetapi ianya pula mempunyai persaingan yang tinggi juga. Oleh itu boleh dikatakan short tail ini amat sukar juga kerana hampir semua website menggunakannya.

Untuk nampakkan lagi unik, anda boleh boleh mengkaji long tail keywords apakah yang mempunyai cariannya yang tinggi. Sebagai contohnya anda boleh menggunakan Google Suggest.

Apabila keywords ini masuk dalam google suggestion, ini bermaksud ada sesetengah pelayar telah mencari menggunakan keywords ini.

6. Tingkatkan kelajuan website anda

Bila kita cerita soal kelajuan website ini nampak biasa sahaja. Tetapi sebenarnya besar impaknya!

Pengunjung biasanya tidak sabar untuk menunggu halaman untuk dipaparkan.

Menurut kajian, 40% pengguna akan meninggalkan website sekiranya loading nya lebih dari 3 saat.

Ini bermaksud sekiranya page anda loading lebih dari 3 saat, berkemungkinan besar pengguna akan tinggalkan website anda dan akibatnya akan meningkatkan bounce rate.

Bounce rate ini sangatlah tidak bagus untuk website anda kerana akan menurunkan lagi website anda di hasil carian.

Oleh itu sangat-sangat penting untuk anda melajukan lagi website anda.

Anda boleh menggunakan plugin Litespeed Cache yang percuma sahaja yang terdapat di wordpress.

7. Artikel yang bermanfaat

Sebenarnya artikel yang sangat disukai oleh Google adalah artikel yang mempunyai 1500 patah perkataan ke atas.

Kalau kita lihat sekalipun rata-rata artikel yang menduduki pada ranking yang tinggi biasanya 1800 patah perkataan. Jadi anda kenalah berusaha menulis artikel sepanjang itu. lagi panjang, lagi bagus.

Lepas tulis biarkan sahaja. Google akan rank sendiri artikel anda dalam lingkungan 6-10 bulan.

Lama kan? Tapi itulah tugas Google untuk buat user testing sama ada artikel anda layak atau tidak duduk pada ranking tinggi halaman pertama.

Oleh itu, amatlah ditekankan untuk anda buat konten-konten yang berkualiti dan boleh menjawab pertanyaan pelawat.

Sekiranya artikel anda tidak memerlukan jumlah perkataan yang banyak seperti Cara terkini mendaftar akaun paypal step-by-step dengan betul 2022, oleh itu anda perlulah membuat konten yang lebih padat daripada competitor anda.

Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu artikel-artikel competitor anda sebelum anda membuat artikel anda.

8. Sentiasa update konten baru pada website anda

Kalau anda mampu menulis satu artikel setiap hari lagi bagus. Ini akan memberi alert kepada Google bahawa website anda aktif.

Search engine dibangunkan dengan spiders yang sentiasa akan merangkak pada setiap website ke website yang lain untuk mencari perubahan.

Google akan menaikkan rank website anda secara organik sekiranya mereka sentiasa menemui konten-konten baru di website anda.

Selain itu, advantage lain sekiranya anda sentiasa memuat naik konten-konten terbaru adalah anda dapat meninggalkan pesaing-pesaing anda jauh kebelakang. Para pelawat akan cenderung memilih untuk melawat ke website anda daripada website-website pesaing anda yang lain.

Para pelawat pun seperti kita juga, mereka sentiasa meninginkan bacaan yang fresh, updated dan releven dengan situasi semasa.

Inilah rahsia bagaimana para-para blogger berjaya mempunyai visitors yang tinggi di website mereka.

Kerja mereka hanya memuat naik artikel terbaru mereka sehinggalah sampai satu masa potential visitors akan memilih website mereka berbanding website lain.

Oleh itu anda perlulah membuat pelawat sentiasa kembali ke website mereka.

9. Memperbaharui konten lama anda

Ada masanya lagi baik sekiranya anda menilai kembali artikel lama-lama anda. Melakukan perubahan dan update kandungan ini actually penting juga untuk meningkatkan lagi prestasi satu-satu artikel anda.

Kadang-kadang kita lihat satu-satu artikel kita itu sendu. Takkan kita nak delete pula? Sayang sebab banyak masa kita menghabiskan untuk menulis.

Melalui penilaian, anda akan mengetahui kelemahan-kelamahan artikel anda mengapa tidak perform dalam carian Google.

Jadi modify apa yang patut supaya artikel anda boleh duduk setanding dengan artikel-artikel pesaing anda.

Anda boleh sahaja menggunakan Google Search Console. Dengan Google Search Console, anda boleh mengetahui kata kunci yang ditapis pada setiap website anda.

Kebiasaanya artikel yang telah diubah suai mengambil masa dalam beberapa hari sehingga berminggu-minggu untuk timbul balik di halaman carian.

Selain itu, anda juga boleh menjenamakan balik tajuk anda contohnya dengan menambah “updated” pada tajuk anda

10. Internal Link

Internal link ialah pautan dari satu halaman ke halaman lain dalam website yang sama. Walaupun ia nampak seperti biasa, tetapi anda jangan ambil mudah kerana pautan dalaman sangat-sangat membantu search engine memahami konteks dan hubungan antara halaman di website anda.

Melalui internal links, search engine juga akan mengetahui artikel mana yang paling penting di laman web anda. Oleh itu, cuba buat kandungan yang boleh dikaitkan antara satu sama lain supaya ini akan membantu meningkatkan lagi ranking anda di carian google.

11.  Guest Post

Guest post ialah di mana artikel anda disiarkan di blog orang lain. Anda perlulah memilih blog yang manakah mempunyai traffik yang tinggi untuk memberikan benefit yang bagus kepada blog anda sebagai in return.

Anda menulis di blog orang lain tapi bagaimana trafik di blog anda meningkat pula?

Ada dua cara yang boleh dipraktikkan dalam Guest Post. Cara yang pertama adalah anda terbitkan artikel di platform yang anda pilih. Kemudiannya anda boleh meletakkan pautan ke blog anda ke dalam artikel anda. Anda boleh saja buat artikel yang berkait rapat dengan artikel-artikel anda sebelum ini.

Seterusnya adalah anda boleh menjemput blogger yang berpengaruh ataupun blogger yang mempunyai kemahiran yang bagus sehingga boleh viralkan sebuah artikel. Dengan cara ini, artikel anda boleh tersebar luas ke merata tempat.

Untuk lebih efektif lagi, anda boleh mengupah mereka untuk jumlah patah perkataan yang lebih 2000. Kajian menunjukkan lebih banyak kandungan dalam artikel anda, lebih tinggi lah peluang untuk berada pada kedudukan yang lebih tinggi dalam hasil carian Google.

12 Email Marketing

Ramai orang beranggapan email marketing ini sudah ketinggalan zaman oleh kerana munculnya berbagai-bagai sosial media pada zaman ini.

Tidak! Itu tidak benar!

Email marketing adalah satu kaedah yang sangat evergreen walaupun ia kelihatan old skool.

Berdasarkan Optinmaster.com, fakta menarik tentang email marketing adalah ia mampu memberikan pulangan Return On Investment (ROI) sehingga 4400%!. Serius banyak gila. Fakta ini juga boleh dikaitkan dengan betapa efektifnya penggunaan email dengan traffik website.

Semakin tinggi trafik website, maka semakin tinggilah chances untuk kita menikmati keuntungan yang lebih.

Banyak manfaat sebenarnya email marketing dan tak rugi anda dalami ilmu sedalam-dalamnya. Belajarlah dulu cara-cara nak kumpul email dengan betul. Bagi saya, anda boleh mulakan dengan ConverKit, email service provider yang bagus. Anda pun boleh rasa macam-macam futur yang best pada versi percuma sahaja.

13. Aktif di sosial media

Ramai blog-blog yang popular di luar sana tidak mempunyai sosial media sekali pun tetapi mereka masih mempunyai jumlah trafik yang konsisten. Jadi perlukah anda buat laman sosial khas untuk blog anda?

Bagi saya jawapannya terpulang.

Tidak ada masalahnya sekiranya anda tidak buat media sosial, tapi rugilah sebab anda tidak manfaatkan medium lain yang mampu melipat kali gandakan trafik di website anda. Rugi!

Sebabnya di sinilah tempatnya di mana terkumpul pengikut-pengikut kita dapat berinteraksi dengan kita. Social media is a two ways communication, orang ramai boleh komen pada setiap post yang kita update. Dan cara ini jugalah dapat meningkatkan jumlah trafik di blog kita.

Contoh terdekat seperti Siakap Keli dan Oh Bulan!. Mereka menggunakan medium laman sosialnya untuk meningkatkan engagement sekaligus dapat menarik trafik dari Facebook.

Werks Bite juga ada page khas kami di Facebook, kami percaya dengan page ini dapat meningkatkan lagi jumlah trafik ke website kami.

14. Butang share Media Sosial

Jangan lupa untuk letakkan fungsi butang share media sosial pada blog anda. Lagi banyak orang share, maka lagi tinggilah trafik di website anda.

Banyak sahaja website builder seperti Elementor yang menyediakan fungsi ini, jadi jangan tak letak! Rugi nanti.

15.  Tingkatkan lagi SEO On Page dan Off Page di website anda

Seo terbahagi kepada dua, SEO on page dan SEO off page.

Apa itu SEO on page?

SEO on page adalah terdiri daripada keywords density, internal links, meta tags, alt text, Focus keywords dan lain-lain.

Senang kata apa-apa yang boleh kita optimumkan pada website kita sendiri dengan cara teknikal supaya dapat mudahkan lagi pencarian oleh pengguna.

Semua perkara kita kena buat dengan sebaik mungkin supaya lebih mudahlah untuk Google menaikkan ranking kita di page.

Sekiranya semuanya sempurna, dengan perlahan-lahan website anda akan dinaikkan ranking secara organik.

Apa itu SEO off page?

SEO off page ini adalah aktiviti yang dilakukan dari luar website. SEO off page ini lebih kepada mempromosikan website kita.

Contohnya seperti backlink. Backlink ini adalah perkongsian artikel kita di page blog orang lain dengan menggunakan link yang ditanamkan.

Ataupun orang ramai berkongsi artikel kita di social media, forum dan platform lain.

Jadi buatlah artikel yang bagus supaya dapat menarik perhatian orang ramai untuk berkongsi.

Sebenarnya penting untuk mengoptimamkan kedua-dua jenis SEO ini secara konsisten supaya dapat meningkatkan lagi website kita di search engine Google.

16. Gunakan Paid Search

Ada cara lain yang boleh digunakan untuk menaikkan trafik website selain cara organik Google. Anda juga boleh mendapatkan trafik yang tinggi daripada carian berbayar yang dipanggil Google ads. Paid search ialah ciri untuk memaparkan halaman website anda sebagai iklan hasil carian Google untuk kata keywords yang khusus yang berkaitan dengan website atau artikel anda.

Kalau anda nampak ada Ad tu maksudnya trafik berbayar lah tuu~

Google Ads membolehkan anda memfokuskan kepada satu-satu golongan untuk iklan anda. Anda boleh custom kan iklan artikel anda berdasarkan lokasi, umur, jantina dan minat mengikut kesesuaian artikel anda.

Kesimpulan

Meningkatkan trafik website memerlukan banyak kerja dan sangat merumitkan. That’s why kebiasaannya orang yang mendalami ilmu Search Engine Optimization (SEO) memerlukan masa bertahun-tahun untuk betul-betul mahir secara keseluruhannya.

Dengan apa yang saya kongsikan di atas In syaa Allah sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan trafik dari semasa ke semasa.

Tapi anda kena ingat, anda tidak akan dapat trafik yang tinggi secara konsisten dalam masa yang singkat. Ia memerlukan masa untuk Google menganalisa untuk menaikkan trafik anda secara organik.

Apa-apa pun terima kasih kerana membaca. Saya doakan anda berjaya dalam dunia blog anda.

Jika ada apa-apa yang tidak faham anda boleh komen di bawah.

Dan sekiranya anda rasa artikel ini menarik dan sangat berguna jangan segan silu untuk berkongsi lagi kepada orang ramai. 👇👇👇 Jom kongsi!

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!