Saya percaya di luar sana ramai yang berminat menulis dan mempunyai cita-cita tinggi untuk menerbitkan sebuah buku (dalam masa yang sama anda juga ingin menjana income yang masyukk bersama-samanya kan?).
Artikel ini saya tulis khas untuk anda. Saya mengucapkan selamat membaca!
Namun artikel ini tidaklah saya fokus kepada buku fizikal yang boleh dibelek semata, Tapi artikel ini ingin memberi idea kepada anda cara membuat ebook dan menjana pendapatan pasif (walaupun anda sedang tidur!).

Ebook ni sama sahaja dengan buku. Cuma ia adalah versi digital. Anda boleh membacanya di dalam telefon, ipad, laptop dll…Zaman sudah moden, salah satu gajet yang saya sebutkan tadi mesti ada bersama kita ke mana-mana kita pergi.
Lagi-lagi telefon, siapa je yang tiada betul tak?
Nak tahu bagaimana boleh buat duit dengan menulis ebook?
Jom baca…
Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! 2022 Proven
Bagaimana untuk mencari topik yang sesuai

Sebenarnya ada dua cara untuk dapatkan idea tentang topik yang sesuai. Salah satunya adalah anda boleh ceritakan tentang kemahiran anda, juga anda boleh mencari niche yang sesuai untuk diolahkan.
Menurut sumber, ebook mengenai tentang kewangan kebiasaannya lebih laris di pasaran jika nak dibandingkan dengan topik-topik lain.
Tetapi ini tidaklah menjadi masalah buat anda untuk mendapatkan jualan yang laris di pasaran.
Anda cuma perlu tahu strategi yang betul sahaja untuk dapatkan jualan yang lebat! (Saya akan ceritakan nanti)
- Minat dan kemahiran anda
Setiap orang pasti ada kelebihan yang tiada pada orang lain. Dan ramai orang yang inginkan kelebihan seperti anda namun mereka tidak tahu caranya! (Ini adalah peluang anda)
Jika anda mahir tentang topik yang agak rare sepertinya bisnes menjual komputer ataupun barang-barang elektronik, anda boleh tulis berkaitan dengan topik tersebut.
Anda boleh ceritakan pengalaman anda dan selok-belok dalam perniagaan ini yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
Kalau anda minat menulis tentang masakan yang sudah berlambak-lambak di pasaran pun tiada masalah juga. Ini kerana pengalaman, kemahiran dan kebolehan setiap orang berbeza-beza. Setiap orang adalah unik. Kalau tidak bagaimana ramai penulis ebook diluar sana laris terjual betul tak? Kuncinya adala unik.
Yang penting kena ada passion dan minat yang mendalam untukmenulis. Anda kena menulis berpuluh ribu patah perkataan untuk sebuah ebook. Saya menulis artikel 2000 patah perkataan pun ambil masa berejam-rejam dan makan hari juga (termasuk fikirkan idea sekali) kerana masa yang sibuk.
Tulis sikit-sikit nanti orang tak berminat membeli.
- Mencari niche yang sesuai
Anda kena tahu apa itu niche. Niche ini adalah suatu topik yang spesifik. Sebagai contohnya jika anda ingin bercerita tentang bisnes. Bisnes ini luas betul tak?
Jadi kita kecil kan lagi. Dalam bisnes ada banyak topik sebagai contohnya online bisnes, bisnes kedai, bisnes korporat dan sebagainya. Jadi kita pilih online bisnes.
Dalam online bisnes kita boleh ceritakan macam-macam niche sebagai contohnya tentang cara memulakan e-commerce, bagaimana berniaga di Instagram, cara berniaga di Shopee, cara mencari stock di China dan lain-lain. Inilah yang kita panggil niche! Ia adalah suatu topik yang khusus untuk target pembaca kita.
Kalau anda ceritakan topik yang terlalu luas kebarangkalian untuk mendapatkan sales yang tinggi akan susah kerana anda akan bersaing dengan ramai penulis.
Jika anda sudah tahu niche anda. Sekarang anda kena menggali idea yang menarik dan tidak terlalu sempit kerana ia akan membuatkan penulisan anda bosan. Pelbagaikan idea anda.
Yang penting anda kena tahu killer topic yang membuatkan para pembaca excited untuk meneruskan bacaan.
Cara menulis kandungan eBook anda
- Sampaikan maklumat yang mudah difahami dan menyeronokkan.
Anda boleh masukkan pelbagai tips dan petua tentang apa yang anda tahu. Penulisan juga perlulah mesra pembaca supaya mereka tidak bosan membaca karya anda.
Nak menulis ebook pun tidak semestinya memerlukan tatabahasa yang mantap dan ayat yang gramatis seperti karangan SPM. Tetapi kalau anda boleh menulis dengan baik itu dah kira bagus!.
Asalkan anda boleh mengolahkan ayat sudah cukup kriterianya untuk jadi penulis e-book. Cuma bahasa janganlah terlampau rojak sangat (dah macam budak Wechat nanti).
Untuk menaikkan lagi keyakinan pembaca, anda boleh ceritakan tentang pengalaman dan apa yang anda lalui sepanjang liku-liku anda dalam bidang anda. Ceritakan kesusahan yang anda lalui supaya ia nampak realistik dengan kehidupan. Tiada lah pembaca rasa “macam tak logic jer”.
Ceritakan juga tentang kejayaan anda yang boleh menaikkan motivasi mereka sekaligus membuatkan pembaca berapi-rapi semangat mereka untuk jadi seperti anda!
Sudah tentulah anda boleh ceritakan sekali bagaimana anda melakukan. Sebagai contohnya anda bercerita tentang “bagaimana nak handle pembeli yang annoying”.
Jangan lupa juga berikan fakta-fakta yang menarik yang mampu mewarnai nukilan-nukilan anda!

- Tulis selengkap-lengkapnya
Anda janganlah cerita sekerat jalan dan terdapat banyak clue di akhir penulisan anda. Ini sudah serupa seperti filem Marvel Avengers penuh dengan loophole. Filem tidak ada masalah, jangan buku (melainkan anda menulis tentang novel, ini tidak ada masalah).
Anda perlu menulis selengkap-lengkapnya supaya tidak menimbulkan spekulasi kepada pembaca. Ceritakan secara terperincinya dari A ke Z supaya anda akan nampak lebih professional dan mahir dalam sesuatu bidang.
Pembaca juga akan rasa berbaloi jika membeli buku yang penuh dengan informasi-informasi yang padat dan mantap. Seperti kita juga la kan, kita mahukan rasa kepuasan dengan apa yang kita bayarkan.
Jika pembaca berasa puas dengan penulisan anda, mereka akan menantikan buku-buku (ebook) anda seterusnya. Bak kata pepatah Inggeris “gain the trust first”.
- Jika anda ingin bercerita tentang fiksyen
Anda perlu menggunakan semaksima yang mungkin akal dan fikiran untuk menghasilkan imaginasi yang mantap. Benar bukan mudah untuk menghasilkan cerita-cerita fiksyen ini.
Yang paling penting anda perlu menjaga plot supaya nampak tersusun. Ini akan membuatkan pembaca tidak pening dan akan sentiasa asyik membaca penulisan anda.
Selain itu anda perlu jaga kekuatan pembangunan watak. Pembangunan watak sangat penting supaya pembaca akan lebih faham sepanjang cerita.
Juga! Anda perlulah bermain emosi dengan mencipta klimaks yang mengasyikkan sampai membuatkan pembaca rasa hendak nangis, gembira, marah ataupun hati berbunga-bunga sehingga mereka mahukan kehidupan mereka sama seperti dalam cerita anda. Sudah pasti mereka akan ternanti-nanti apakah yang akan terjadi seterusnya.
Pokok pangkal untuk menjadi penulis fiksyen yang menarik adalah anda perlu menjadi unik. Anda perlu jadi berbeza dari penulis yang lain.
Baca juga : 7 Cara menjana pendapatan pasif dengan hartanah
Cara membuat cover ebook!

Cover buku adalah element yang sangat penting ya tuan-tuan walaupun ada pepatah inggeris pernah mengatakan “don’t judge a book by its cover”. First impression adalah perkara yang perlu diutamakan.
Bayangkan dalam portal jualan ebook ada berbelas-belas buku yang sama. Jadi untuk nampak lebih menonjol anda perlu membuat cover buku yang menarik yang boleh menarik perhatian bakal pembeli.
Anda kena ingat yang pembeli akan menilai sesuatu buku berdasarkan kulit buku. Pembeli akan ingat cover buku yang menarik pasti isinya juga menarik (walaupun isinya biasa-biasa sahaja). Jadi cover buku sangat-sangat penting untuk menarik minat bakal pembaca.
Anda sebenarnya tidak perlu pun mempunyai kemahiran photoshop dan mengupah graphic designer untuk menghasilkan cover buku anda. Di sini anda dapat menjimatkan banyak duit anda.
Buat di Canva.com
Benar platform ini menyediakan pembuatan cover buku secara percuma sahaja. Caranya mudah sahaja, anda pergi ke website Canva.com dahulu.
selepas itu anda pergi ke ruangan carian dan cari “cover book”. Dan anda akan lihat berbagai-bagai template yang anda boleh gunakan untuk reka bentuk cover buku anda. (jika anda hendak buat dari kosong pun boleh sebab ada blank template).
Anda juga boleh import gambar anda. Juga anda boleh gunakan gambar-gambar yang disediakan oleh mereka secara percuma dan anda boleh mereka mengikut kreativiti anda.
Pelbagai-bagai pilihan font, warna dan design disediakan di platform ini. Untuk menggunakannya pun tidaklah serumit mana pun dan user friendly. Platform ini banyak menggunakan click to appear yang memudahkan para pengguna.
Segala-galanya sudah disediakan. Tinggal bagaimana untuk anda mencorakkan cover buku anda.
Ada juga template yang berbayar. Tetapi ia terpulang kepada anda. Asalkan cover anda tertarik dan mengancam!

- Upah freelancer di Fiverr dengan harga yang murah!
Anda juga boleh mengupah freelancer di Fiverr.com untuk mencipta cover buku anda. Juga anda boleh mengupah mereka untuk mencipta logo anda serendah 5 dollar sahaja. Kebanyakan freelancer ini dari negara India. Jadi tidak hairanlah harga yang ditawarkan oleh mereka sangat murah.
Di platform ini anda boleh mendapatkan freelancer yang terbaik berdasarkan rating yang terdapat di profile mereka.
Baca juga : 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful
Cara memaksimakan jualan eBook anda!

- Shopee
Seperti yang kita tahu, online shopping terbesar di Malaysia adalah Shopee. Apa-apa kita mesti cari dekat Shopee walaupun sekecil-kecil nut basikal. Betul tak?
Anda boleh memasarkan buku anda di sini. Nak daftar pun bukanlah serumit mana pun. Cuma anda kenalah belajar teknik yang betul untuk menaikkan jualan di Shopee.
Lagipun pelawat Shopee di Malaysia mempunyai sebanyak 54 juta setahun! Bayangkanlah betapa ramai audience untuk platform ini.
- Email marketing
Sebenarnya email masih digunakan lagi dalam perniagaan walaupun seperti yang kita lihat ramai yang mengatakan tidak menggunakannya lagi (tetapi sebenarnya mereka tetap menggunakannya lagi cuma tidak berapa serius).

Yang paling penting adalah copywriting anda yang mampu menarik pembaca untuk membaca lebih lagi tentang apa yang anda jual! Cuba reka ayat yang kena dengan peribadi pembaca. Pasti pembaca akan rasa tertarik.
Cuma email marketing ni perlulah ada database pengguna. Pelbagai cara sebenarnya untuk mendapatkan database ini. Salah satu caranya adalah melalui squeeze page (baca point seterusnya).
- Squeeze page
Apakah yang dimaksudkan dengan squeeze page ini? Squeeze page ini adalah sebuah laman web mini ataupun dengan nama lain adalah landing page.
Ia adalah sebuah laman web yang direka khas bertujuan secara psychological tactics untuk pelanggan rasa tertarik dengan apa yang mereka baca di page kita dan seterusnya mereka akan memberikan email mereka untuk tahu lebih lanjut tentang produk atau servis yang kita lakukan.
Ini secara tidak langsung kita dapat mengumpul maklumat seperti email. Terdapat 4 elemen penting dalam Squeeze page ini. Antaranya adalah :-
Tajuk utama(headline) :
Memberi tahu tentang apa produk kita. Beritahu apa kelebihan produk kita sehingga mereka tertarik untuk baca lebih lanjut.
Teaser:
Letakkan testimoni pembeli, isi kandungan atau apa-apa sekalipun supaya pembaca berasa teruja untuk membaca lebih lagi dalam page kita.
Anak panah:
Pilih warna yang striking yang boleh menarik perhatian, sebagai contohnya warna merah.
Call To Action (CTA):
Semasa mereka ingin mengisi detail pembayaran, mereka juga akan mengisi email sekaligus anda sudah mendapat email mereka untuk anda buat marketing seterusnya. Jualan pun dapat, database mereka pun anda dapat.
Tetapi diingatkan jangan spam di email mereka, cukup hantar sekali sehari. Jangan biarkan pembeli berasa annoying dengan anda.
Yang penting copywriting dan elemen-elemen penting seperti di atas adalah mantap untuk mereka tertarik membeli produk anda.
Terdapat berbagai-bagai website builder secara percuma di luar sana. Antara kegemaran ramai adalah hostinger.com dan Weebly.com. Templat, navigasi, widget dan lain-lain anda boleh gunakan dengan mudah di sini.
Untuk menampakkan lebih professional, anda boleh beli domain secara berbayar. Contohnya afiqsam.com.
Anda juga boleh gunakan subdomain secara percuma sepertinya afiqsam.wordpress.com. (tidak digalakkan kerana tidak bagus untuk SEO)
- Promosikan ebook anda di Klikjer.com!
Selain anda mempromosikan ebook anda di blog anda, anda juga boleh mempromosikan di Klikjer.com. Klikjer.com ini adalah sebuah laman web affiliate marketing.
Blogger-blogger yang berminat akan mengambil ebook anda dan mempromosikan di blog mereka.
Klikjer.com terkenal dengan pembayaran royalti yang tinggi. Mereka boleh membayar anda sehingga 50%! Lagipun terdapat lebih daripada 20,000 ejen jualan yang akan mempromosikan ebook anda.
Klikjer.com sudah menyediakan peluang untuk anda menjana pendapatan pasif. Anda tak perlu dah pening kepala untuk menguruskan jualan. Serahkan kepada mereka. Kerja anda hanyalah menunggu duit masuk sahaja (bersinar-sinar mata anda melihat duit nanti).
- Tubuhkan affiliate anda sendiri!
Saya pernah berjumpa dengan seorang penulis yang mempunyai sistem affliate nya yang khas untuk jual ebook beliau sahaja. Jadi untuk melebarkan sayap jualan ebooknya, beliau pun melantik ejen-ejen yang berpotensi untuk promosikan ebook beliau. Hasil jualannya mencecah RM 145,000 setakat yang beliau ceritakan kepada saya, sekarang jualannya pasti lagi tinggi. Anda juga boleh memulakan sistem affiliate anda sendiri. Sistem affiliate ini masih rare lagi di Malaysia, tak ramai lagi orang-orang kita yang tahu pasal perkara ini. Jadi apa kata anda boleh jadi pelopor dahulu.
Anda boleh mulakan sistem affiliate anda dengan Onpay. Sebagai ejen jualan untuk salah satu produk yang saya promosikan, saya dapati sistem Onpay sangat mudah untuk digunakan dan kemas. Lagipun pakej-pakej yang ditawarkan pun amat berpatutan harganya. Anda boleh lihat harga pakej mereka di website mereka.
Seterusnya, tips untuk sentiasa berhubung dengan ejen-ejen anda adalah dengan menubuhkan satu group support (Whatsapp, Telegram, Facebook) dan masukkan ejen-ejen anda, di sini anda boleh bincangkan tentang tips, update terkini, ayat copywriting dan lain-lain kepada ejen-ejen anda.
Jagalah ejen-ejen anda sebaiknya kerana merekalah yang akan menggerakkan jualan ebook anda.
Promosikan di Facebook
Jika anda popular di Facebook, anda boleh menjual ebook anda di page anda. Tetapi bagaimana jika anda tidak popular?
Anda boleh membuat iklan berbayar. Di sini anda boleh luaskan pasaran kepada target audience anda. Fahami dan pelajari dulu bagaimana untuk run Fb ads ini supaya duit anda tidak hangus!
Selain itu anda juga boleh promosikan ebook anda di Google Play Books.
Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step–by-step 2022
Modal untuk membuat ebook

Selain daripada penggunaan laptop, sebenarnya anda tidak perlu langsung mengeluarkan wang Ringgit! Juga anda tidak perlu pun mengeluarkan modal yang besar seperti mengeluarkan buku fizikal sepertinya menggunakan khidmat printing.
Apa yang lebih menarik lagi adalah anda boleh dapat sehingga 100% hasil jualan ebook anda! ini tidak sama sekali seperti anda terbitkan sebuah buku anda melalui syarikat penerbit, tak banyak sebenarnya anda akan dapat. Malah royalti yang anda akan dapat boleh mencecah 5% ke 10% sahaja.
Anda juga tidak perlulah menanggung kerugian jika ebook anda tidak laris terjual. Ini kerana segala bacaan adalah berbentuk digital.
Cuma kalau anda inginkan isi kandungan ebook anda lebih menarik lagi, anda boleh keluarkan sedikit modal untuk mengupah editor memberi idea kepada anda dalam penghasilan ebook anda.
Kesimpulannya, untuk meningkatkan kepercayaan kepada bakal pembeli, anda perlulah menghasilkan ebook anda dengan berkualiti. Keluarkan segala kepakaran dan pengalaman anda dalam penghasilan karya anda.
Di luar sana berbagai-bagai bahan bacaan panduan untuk menulis. Cuma untuk lebih memudahkan lagi anda membaca di mana-mana dengan hanya menggunakan smartphone sahaja, saya suggest kan tuan puan untuk dapatkan ebook ini bertajuk :- Panduan Menulis Dan Buat Duit Dengan Menulis
Apabila pembeli sudah percayakan anda, anda akan lebih mudah untuk menjual produk-produk anda selepas ini. Saya doakan anda semua berjaya dalam dunia penulisan! Asssalamualaikum

