Cara Bersihkan Cache Pada Windows 10 Untuk Lajukan Komputer

Cara Bersihkan Cache Pada Windows 10 Untuk Lajukan Komputer
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Kebanyakan pengguna Windows sering kali alami prestasi komputer yang perlahan. Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai komputer yang low spec.

Rasa frust kan komputer buat hal setiap kali urgent nak buat kerja laju? (Rasa nak tumbuk-tumbuk dinding jer~)

Walaubagaimanapun, bila dicerita tentang kelajuan komputer bukanlah satu perkara yang baru lagi. Bukan anda sorang sahaja yang mencari solusi tentang ini. Ramai kat luar sana berusaha seperti anda juga.

Malah Microsoft sendiri telah mengesyorkan kepada para penggunanya untuk bersihkan cache bagi membantu komputer untuk lebih laju dan dalam masa yang sama dapat menggurangkan ruang storan pada hard drive.

Untuk lebih memahami lagi tentang cache ini, Cache adalah sebuah set fail sementara yang tercipta daripada aplikasi, software Windows 10 dan boleh jadi disebabkan operating system Windows itu sendiri. Sekiranya cache meningkat dari semasa ke semasa akan melembabkan prestasi komputer.

Dalam artikel ini saya akan memberikan tips-tips bagaimana anda boleh bersihkan cache pada Windows 10 untuk meningkatkan prestasi komputer.

Jom baca.

Baca Juga :- Cara Backup Dan Restore Data Pada Windows 10 Dengan Mudah

Bagaimana untuk membersihkan Cache pada Windows 10 untuk Mempercepatkan Komputer?

Sekiranya anda perasan komputer anda mengalami prestasi yang perlahan maka anda boleh gunakan tips-tips di bawah untuk melajukan komputer anda.

1. Bersihkan Cache menggunakan Disk Cleanup

Anda boleh bersihkan fail sementara cache menggunakan Disk Cleanup, sebuah aplikasi percuma yang dicipta di dalam Windows 10.

Caranya mudah sahaja :-

  1. Pertama sekali taip Disk Cleanup pada carian dan klik padanya.

  1. Selepas itu, pastikan anda memilih C Drive pada operating system dan klik butang OK.

  1. Seterusnya anda akan lihat beberapa pilihan fail yang terdapat dalam pops up windows tersebut. Oleh itu, anda kena scroll down dan pilih Temporary Files. Dalam masa yang sama, anda boleh memilih fail-fail yang lain yang memakan banyak ruang storan pada C drive. Seterusnya klik pada Clean Up System Files dan klik butang OK.

  1. Anda boleh lihat Disk Cleanup sedang mengira berapa banyak ruang anda boleh kosongkan pada Drive C. Proses ini tidak mengambil masa yang lama.

  1. Seterusnya klik butang OK dan klik Delete Files, ia akan delete fail-fail sementara pada C drive anda.

Disk Cleanup akan membersihkan segala fail-fail yang tidak pakai pada komputer anda.

2. Web Browser Cache

Sekiranya anda mengalami masalah yang di mana web browser anda lembab untuk membuka websites maka anda boleh bersihkan web browser cahce pada komputer anda.

Di sini saya akan terangkan cara-cara bagaimana anda boleh bersihkan cache pada web browser yang paling ramai pengguna iait Google Chrome.

  1. Langkah pertama sekali adalah buka Google Chrome web browser dan klik pada tiga titik yang terletak pada bahagian atas belah kanan skrin. Selepas itu klik pada More Tools > Clear Browsing Data. (anda juga boleh guna shortcut key untuk bersihkan browsing data dengan tekan Ctrl+Shift+Del secara serentak.)

  1. Anda akan lihat 2 pilihan untuk membersihkan data. Anda boleh pilih Basic untuk padam data-data tertentu, dan sekiranya anda ingin lebih terperinci lagi untuk memadam data-data maka anda boleh pilih Advanced. Pilih folder yang anda ingin padam dan akhir sekali klik butang Clear data.

Anda boleh gunakan cara yang sama untuk Opera web browser dan web browser yang lain-lain lagi pada Windows 10.

3. Microsoft Store Cache

Jika anda menghadapi isu downloading dan installing aplikasi menerusi store app seperti Microsoft Store atau Windows Store, maka anda boleh reset cache untuk selesaikan masalah ini.

Boleh juga anda guna cara ini sekiranya store app tidak dapat membuka.

Walaubagaimanapun anda jangan risau, cara ini tidak dapat memadam apa-apa apps yang anda telah install.

Langkah-langkahnya seperti berikut :-

  1. Tekan Win + R untuk membuka command prompt. Seterusnya taip WSReset.exe dan klik butang OK.

  1. Seterusnya anda akan lihat skrin penuh command prompt berwarna hitam. Biarkan sahaja dan tunggu. Setelah cache telah di padam, maka anda akan di bawa ke Store App secara automatik.

4. DNS Cache

Sekiranya anda mengalami masalah mengenai sambungan ke internet oleh itu anda mungkin telah mengalami local DNS cache yang telah rosak.

DNS bermaksud Domain Name System seperti www.werksbite.com ke IP address.

Masalah ini mungkin berpunca daripada DNS cache spoofing, poisoning dan beberapa masalah yang lain.

Oleh itu, langkah yang perlu diambil untuk menghubungkan ke internet dengan sempurna adalah dengan membersihkan DNS cache.

Ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Pertama sekali anda perlu membuka Command Prompt dengan kebenaran Administrator. Caranya taip command prompt pada carian dan pilih Run as administrator.

  1. Langkah seterusnya adalah run command code ipconfig/flushDNS dan tekan Enter key. Sekiranya anda mendapat mesej “Successfully flushed the DNS Resolver Cache.” ini bermakna DNS cache telah berjaya dibuang dengan jayanya.

Baca Juga :- Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10

Baca Juga :- Cara Mengatasi “No Internet Access” Pada Windows 10

5. File Explorer Cache

Sekiranya anda mendapati prestasi yang agak lembab ketika anda membuka file explorer folder ataupun apa-apa fail lain ini bermakna anda perlu membersihkan file explorer cache.

Caranya mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut :-

  1. Buka File Explorer (shortcut : tekan Win + E key untuk membuka file explorer)
  2. Seterusnya klik pilihan View yang terletak pada menu bahagian atas.

  1. Seterusnya klik butang Options dan pilih Change folder and search options.

  1. Selepas itu klik pada butang Clear untuk membersihkan file explorer cache dan secara tidak langsung dapat melajukan pembukaan folder dan fail-fail anda. Seterusnya klik OK untuk menutup Folder Options tersebut.

6. Bersihkan Cache Menggunakan Wise-Care 365 Software.

Cara seterusnya yang anda boleh lakukan untuk membuang cache adalah dengan menggunakan Wise-Care 365 software.

Yang bagusnya tentang software ini adalah ia dapat membersihkan kesemua jenis cache yang terdapat pada Windows 10 seperti Windows system cache, Google Chrome Cache, Windows Installer cache dan jenis cache-cache yang lain dengan hanya satu klik sahaja.

Oleh itu, anda boleh muat turun dan install software ini terlebih dahulu untuk melakukan kerja-kerja mengimbas dan membuang segala-gala jenis cache yang terdapat pada sistem Windows anda.

7. Location Cache

Sekiranya anda terbuka location pada tetapan komputer maka akan ada aktiviti yang akan mengesan lokasi anda dan akan disimpan selama 24 jam dalam bentuk cache.

Namun, yang menjadi masalahnya adalah cache tersebut akan corrupted dan akan menunjukkan tanda-tanda lokasi yang salah.

Oleh sebab itu anda perlu membuangnya.

  1. Cari Privacy Settings pada carian dan klik padanya.

  1. Pada panel sebelah kiri di bawah App permission, klik Location.

  1. Pada bahagian Location, scroll ke bawah dan cari Location History. Dengan menekan butang Clear sahaja anda dapat membersihkan location history. Sejurus sahaja anda klik maka anda akan nampak tick icon. Ini bermakna location cache telah bersih dengan jayanya.

Walaubagaimanapun, anda kena buat backup data-data anda sekiranya apa-apa terjadi. saya mengesyorkan anda guna EaseUS, sebuah software Data Recovery yang diminati ramai.

Inilah beberapa cara yang anda boleh gunakan sekiranya anda ingin membersihkan cache untuk melajukan komputer anda.

Terima kasih kerana membaca dan kongsikan kepada orang lain untuk manfaat bersama.

Sekiranya anda mempunyai idea untuk kami tulis, komen di bawah.

Assalamualaikum.

Jangan lupa share!

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!