Cara Beli Produk Apple Dengan Harga Student Yang Lebih Murah (UNiDAYS – Apple Education Price)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Tak ramai yang tahu sebenarnya anda boleh dapat produk Apple dengan harga yang lebih murah dengan cara yang sah (sekiranya anda seorang pelajar).

Apple dengan kerjasama Unidays, sebuah syarikat yang menawarkan harga diskaun kepada pelajar telah membuat tawaran Apple Education Pricing yang di mana anda akan dapat membelinya dengan harga yang istimewa.

Walaubagaimanapun tidak semua produk Apple ditawarkan di dalam tawaran ini. Iphone, Apple Watch dan Airpods tidak disenaraikan. Anda hanya boleh membeli iPad, iMac dan Macbook sahaja.

Anda boleh dapatkan kesemua jenis iPad seperti iPad Pro, iPad Air, iPad, dan iPad Mini di dalam tawaran ini.

Bagi Mac pula, anda boleh dapatkan pada semua jenis Mac seperti iMac, iMac Pro, Mac Pro, Mac Mini serta Pro Display XDR.

Begitu juga dengan macbook, kesemua jenis macbook anda boleh membelinya seperti MacBook Pro dan MacBookAir.

Golongan Yang Layak Mendapat Apple Education Pricing Selain Pelajar

Namun, tidak semua golongan yang dapat menikmati harga murah tersebut. Tawaran ini hanya menfokuskan golongan yang berkaitan dengan “education” sahaja. Ia ditawarkan kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti, guru sekolah, pensyarah dan juga kakitangan yang bekerja di institusi pendidikan di Malaysia.

Baca : Top 7 kamera bajet untuk vlogger

Cara Membeli Melalui Laman Web

Untuk melayakkan pembelian dengan harga student, anda perlu membuktikan dengan mendaftar email masing-masing di Unidays bahawa anda adalah seorang pelajar, guru dan lain-lain melalui e-mel khas yang disediakan oleh institusi masing-masing.

Cara membelinya mudah sahaja dan caranya juga sama seperti membeli mana-mana produk di website Apple.

  1. Pergi ke website Apple (klik di sini untuk terus ke halaman ini)

Cara Beli Produk Apple Dengan Harga Student Yang Lebih Murah (UNiDAYS - Apple Education Price)

  1. Klik Get verified with UNIDAYS**
  2. Selepas itu ia akan membawa ke halaman daftar Unidays.

  1. Daftar akaun anda.
  1. Selepas sudah mendaftar, anda perlu mendapatkan pengesahan dengan membuka email yang telah anda daftar.
  2. Selepas akaun anda sudah disahkan, anda boleh membuka kembali website Apple dan teruskan pembelian anda.

Untuk pengetahuan umum, dengan adanya sistem Unidays ini maka hanya golongan disebutkan di atas sahaja yang boleh membeli produk-produk Apple tersebut dengan harga demikian.

Sebelum ini pembelian di laman Apple Malaysia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja tanpa perlu pengesahan UNiDAYS. Namun, ramai yang mengambil kesempatan dan membuatkan Apple mengambil langkah yang lebih ketat dan berjaga-jaga.

Nak daftar pakai email biasa pun tidak boleh. Hanya email khas yang diberikan oleh institusi masing-masing sahaja yang boleh digunakan

Hanya akaun Apple yang disahkan Unidays sahaja yang boleh melihat paparan harga-harga student. Akaun biasa tidak dapat melihatnya.

Baca : Akaun ebay anda di suspended? Ini cara mendapatkan balik

Cara Membeli Untuk Pelajar UKM

sumber gambar dari Switch

Sekiranya anda merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), anda boleh membuat pembelian dengan harga student di kedai Switch di outlet Ruang Aktiv yang terdapat di UKM sahaja tetapi seperti biasa anda perlu mendaftar dahulu di Unidays untuk pengesahan sebelum membeli.

  1. Pergi ke website Switch
  2. Sign up di Unidays
  3. Selepas akaun anda sudah disahkan, anda boleh pergi ke outlet Switch di Ruang Aktiv UKM. (Peringatan : Sila bawa bersama-sama anda kad pelajar)
  4. Pilih produk yang nak dibeli dan beli sahaja di outlet tersebut.

Terdapat juga outlet fizikal AAR/APR lain yang tidak menawarkan education pricing, oleh yang demikian pembeli perlulah membuat semakan terlebih dahulu sama ada tempat pembelian itu ada menawarkan atau tidak.

Baca : Cara Buat Link WhatsApp Secara Direct Message

Perbandingan Harga Student dengan Harga biasa

Percaya atau tidak anda boleh dapat diskaun sehingga RM 800 untuk harga pelajar! Memang sangat-sangat menguntungkan anda.

Harga di bawah ini adalah harga basic kepada satu-satu produk.

  • iPad
  1. iPad Pro 11-inch (Harga Biasa – RM 3,899 || Harga Pelajar – RM 3,659)
  2. iPad Pro 16-inch (Harga Biasa – RM 5,399 || Harga Pelajar – RM 4,909)

  • Macbook Pro
  1. 13 inch (Harga Biasa – RM 5,699 || Harga Pelajar – RM 5,299)
  2. 14 inch (Harga Biasa – RM 8,799 || Harga Pelajar – RM 8,199)
  3. 16 inch (Harga Biasa – RM 10,799 || Harga Pelajar – RM 9,999)

  • 24″ iMac
  1. 8-Core CPU, 7-Core GPU (Harga Biasa – RM 5,599 || Harga Pelajar – RM 5,379)

Ada produk yang diberi diskaun sekitar rm 200, walaupun tak banyak penurunannya tetapi duit tetap duit juga kan?

Dengan penjimatan ini anda boleh melaburkan duit anda membeli protection plan yang sangat menguntungkan sekiranya peranti anda rosak teruk (total lost).

Hanya sedikit bayaran sahaja yang dikenakan untuk digantikan dengan peranti yang baru (Harga bergantung kepada produk)

Sekiranya anda membeli iPad, anda juga mungkin memerlukan stylus pen.

Apple Pencil boleh dikatakan agak mahal bagi kebanyakan pelajar kerana harganya mencecah hampir RM 600. Tetapi tidak mengapa ada alternatif lain yang anda boleh gunakan.

Saya cadangkan untuk anda dapatkan GOOJODOQ Stylus Pen 12th Generation. Dengan harga yang murah dan berpatutan serta dilengkapi dengan Palm Rejection dan Wireless charging mampu memberikan anda kepuasan menggunakannya.

Betul, Apple pencil lebih banyak kelebihannya, tetapi fungsi-fungsi yang ada pada GOOJODOQ 12th Generation pun sudah cukup untuk anda guna sebagai seorang pelajar.

Anda juga boleh dapatkan produk Apple anda di Shopee melalui pautan ini : Apple Store Shopee

Terima kasih membaca!

Sekiranya bermanfaat jom share!

Assalamualaikum

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!