Dalam artikel ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk anda backup dan restore data pada Windows 10 dengan cara yang mudah.
Suka saya ingatkan risiko kehilangan data adalah tinggi walaupun kita sudah ambil kira banyak perkara bahawa data-data kita adalah selamat (Atau mungkin anda tak pernah fikir tentangnya?).
Namun saya nasihatkan “Sediakan payung sebelum hujan”. Pernah dengarkan peribahasa ini kan? Oleh itu anda perlu berjaga-jaga terlebih dahulu sebelum sesuatu terjadi.
Baca Juga :- Mengatasi Ikon WiFi Hilang di Taskbar Windows 10
Baca Juga :- 12+ Tips Mengatasi “Can’t Connect To This Network” Windows 10
Baca Juga :- Cara mengatasi masalah WiFi selalu terputus pada Windows 10
1. Statistik Menakutkan Kehilangan Data
Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Boleh jadi anda akan hadapi kehilangan data yang berharga buat selama-lamanya.
Menurut statistik :-
- 35% daripada kes kehilangan data adalah disebabkan kerosakan hardware.
- 50% – 70% bisnes kecil tutup akibat daripada kehilangan data dalam masa setahun.
- Kajian mendapati purata mangsa ransomware kehilangan 35% daripada data mereka. (Menakutkan!)
- 14 % kehilangan data adalah berpunca daripada kesilapan manusia. (Manusia mana tak pernah buat silap).
- 94% syarikat yang mengalami kehilangan data yang teruk sukar untuk mendapatkan balik.
Walau apapun keadaan anda, wajib untuk anda backup data-data penting anda.
2. Cara Buat Backup Pada Windows 10 Dengan 9 Langkah Mudah

Tutorial yang akan saya kongsikan sebentar lagi adalah lebih kepada bagaimana anda boleh backup menggunakan pelbagai hardware drive. Pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan terhubung dengan baik sekiranya menggunakan external drive dan flash drive.
Namun jika anda ingin menggunakan alternatif lain untuk backup melalui software, ataupun anda mempunyai small-medium business yang tersimpan data yang besar, saya mengesyorkan anda guna EaseUS, software Data Recovery yang diminati ramai.
Ikuti langkah-langkah di bawah bagaimana anda nak back up data-data anda menggunakan build-in windows tools iaitu File History.
File History pada Windows 10
- Langkah pertama sekali adalah pergi ke Settings. Seterusnya klik pada Update & Security.

- Klik pada Backup dan seterusnya klik pada Add a drive di bawah Back up using File History.

- Seterusnya Windows akan menyenaraikan device backup pada pops up. Anda boleh pilih lokasi mana yang anda boleh back up.

- File History sekarang sudah berfungsi, namun ia tidak backup apa-apa data lagi. Oleh itu anda kena klik More Options untuk langkah-langkah seterusnya.

- Klik pada Back up my files drop-down dan seterusnya anda pilih selang masa yang diperlukan untuk back up data-data anda, dari 10 minit hinggalah ke sehari.
- Seterusnya klik pada Keep my backups drop-down berapa lama jangka masa untuk anda simpan data-data anda, dari Until space is needed hinggalah ke Forever (default).

- File History akan back up segala-galanya merangkumi Desktop, fail-fail kerja dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, anda boleh buang folder mana yang anda rasa tidak perlukan. Scroll down dan lihat satu persatu fail-fail yang tersenarai dalam backup. Pilih mana-mana folder yang anda tak mahu back up dan seterusnya klik Remove.

- Untuk ‘mengecualikan’ folder yang berada di dalam halaman yang anda mahu back up, klik butang Add a folder di bawah Exclude these folders. Seterusnya anda boleh pilih folder mana yang anda rasa tidak patut back up. Akhir sekali klik pada Choose this folder.

- Akhir sekali anda klik pada butang Back up now pada bahagian atas skrin. Seterusnya Windows akan memulakan kerja-kerja back up folder dan fail-fail yang anda pilih. Selepas selesai sudah back up segala-galanya, Windows akan memaparkan keseluruhan saiz memory, tarikh dan masa back up.

Anda akan lihat folder File History yang tersimpan data-data yang anda back up di dalam drive yang anda pilih.

3. Restore Fail Pada Windows 10
Seterusnya adalah bagaimana untuk anda Restore balik fail-fail anda sekiranya terdapat fail anda sudah corrupt ataupun hilang.
Langkah-langkahnya anda boleh ikut di bawah :-
- Pergi ke Settings > Update & Security > Backup, Seterusnya klik pada More options dan scroll-down sehingga ke bawah, anda akan lihat Restore files from a current backup di bawah Related settings.

- Selepas itu, anda akan dibawa ke satu paparan di mana Windows akan memaparkan folders yang telah di back up pada File History. Double-click pada folder dan seterusnya double-click pada fail yang anda nak recover.

- Windows secara automatik akan menggantikan fail yang hilang kepada tempat yang asal.
Jika anda ingin menukar backup anda ke destinasi yang lain (simpan data-data ke drive yang lain), anda perlu berhenti menggunakan drive yang anda guna sekarang. Pergi ke Settings > Update & Security > Backup dan seterusnya klik More options. Scroll sehingga anda nampak Back up to a different drive dan klik Stop using drive.
Seterusnya kembali ke skrin sebelumnya dan klik Add A Drive supaya anda boleh memulakan semula proses backup data-data anda.
Setakat ini sahaja perkongsian tentang cara backup dan restore data pada Windows 10.
Terima kasih kerana membaca.
Sekiranya artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.
Saya mendoakan anda berjaya dalam dunia blogging anda!
Assalamualaikum.