6 Sebab Kenapa Anda Perlu Jana Pendapatan Pasif

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Apa itu Pendapatan Pasif?

Assalamualaikum, apa khabar semua? kali ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai Sebab-sebab kenapa anda perlu jana pendapatan pasif.

Secara ringkasnya, pendapatan pasif ni adalah anda hanya perlu buat kerja pada awal-awalnya sahaja dan pendapatan itu akan berterusan walaupun anda sudah berhenti buat kerja-kerja tersebut. Tetapi bukanlah bermaksud anda berhenti terus buat kerja dan tak perlu tengok-tengok dah, cumanya kadang-kadang anda perlu kemaskini untuk menjana untung berpanjangan.

Jika anda terjumpa artikel ini saya ucapkan selamat membaca! Untuk pengetahuan anda niche blog saya ini adalah tentang passive income dan merupakan salah satu topik yang saya lebihkan perhatian di sini. Jadinya eloklah kalau anda explore lagi di blog saya jika anda betul-betul meminati tentang jana pendapatan pasif ini. Pelbagai idea-idea menarik yang saya tulis khas untuk anda.

Ada di antara idea-idea tersebut saya pernah lakukan dengan berjaya sehingga mendapat income yang best. Jadinya saya akan kongsikan pengalaman saya juga.

Apa-apapun semua perkara perlu usaha. Nak makan pun kena buka mulut. Ini bukan satu skim cepat kaya yang anda boleh buat duit juta-juta dalam sehari dalam sekelip mata. Anda kena ingat perkara ini.

Baca juga : 7 Cara menjana pendapatan pasif dengan hartanah

STRATEGI! STRATEGI! STRATEGI! Wajib betul dan anda kena rajin. Kita kena kuatkan foundation terlebih dahulu untuk membina sebuah bangunan pencakar langit yang kukuh. Cerucuk yang ditanam ke dalam tanah mesti solid supaya kita boleh menikmati pemandangan yang indah di puncak menara dengan rasa lebih selamat.

Mula-mula memang kita kena bekerja lebih, sampai satu masa nanti “wang bekerja untuk anda”. Tak perlu buat apa-apa pun, duit sendiri akan masuk ke dalam akaun bank anda. Ada masanya sekali-sekala sahaja anda perlu selenggara untuk memastikan wang anda mengalir berterusan. Ini bukan cerita dongeng tuan-tuan, percayalah anda akan merasai suatu hari nanti.

“Anda buat kerja sekali sahaja tetapi untung berkali-kali”

Sebab-sebab anda perlu jana pendapatan pasif.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jana Pendapatan Pasif

1. Masa lebih fleksibel

Tujuan utama kita jana pendapatan pasif sudah tentu nak kan masa yang lebih banyak. Kita boleh aturkan masa kita sendiri nak buat apa dalam kehidupan seharian kita. Dan kita tak terikat ke mana-mana pihak. Sewaktu anda tidur pun anda boleh buat duit. Bestkan?

Lepas ni anda boleh layan kambing belakang rumah ataupun lepak di kebun bercucuk tanam tanpa memikirkan tentang kewangan anda.

2. Tak perlu terlibat secara langsung

Andalah boss, andalah pekerja dan anda bukanlah bekerja dengan orang. Pendapatan anda terus ke anda, bukan majikan atau boss anda yang bagi.

Jika pendapatan aktif, ada kerja duit masuk, tiada kerja tak dapat apa-apa. Kalau suatu hari nanti hilang upaya anda terus dibuang kerja, sudah tentu anda hilang sumber pendapatan.

Tetapi lain pula dengan pendapatan pasif, anda tak perlu pun terlibat secara langsung tetapi wang akan masuk ke dalam poket anda. (Mata saya bersinar-sinar melihat wang!)

Baca juga :- Cara terkini buka akaun cds step-by-step untuk jual beli saham secara online

3. Salah satu cara untuk menghasilkan duit tepi

Anda boleh teruskan pekerjaan hakiki anda seperti biasa. Tapi dalam masa yang sama anda akan dapat extra income hasil daripada pendapatan pasif anda. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan lagi kewangan anda. Dua income dalam satu masa best bukan?

Kita pun tahu zaman sekarang memang banyak nak pakai duit. Inflasi pun makin teruk, ini akan memberi kesan negatif kepada banyak perkara. Harga barang jangan ceritalah makin hari makin mengarut. Semua perkara nak guna duit.

Jika anda seorang pelajar, anda boleh mulakan sekarang. Bolehlah anda makan mcD selalu dan tapaukan untuk roommate sekali hehe.

Duit tepi siapa nak bagi betul?

Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022

4. Boleh bantu anda ketika anda menganggur

Saya juga pernah merasai zaman-zaman menganggur. Tetapi pendapatan pasif banyak membantu saya ketika itu. Mula-mula memang sedikit, jadinya untuk cover lebih tentang perbelanjaan saya, saya pun buat kerja part time yang lain sebagai jurugambar perkahwinan. Lama-kelamaan income pendapatan pasif saya yang lain pun meningkat hari demi hari.

Pada masa itu saya jual gambar secara online untuk menjana pendapatan pasif. “Elehh boleh lerr awak dulu seorang jurugambar”. Eh tidak jangan kata begitu, anda tak perlu risau jika anda tak mahir tentang ilmu-ilmu fotografi, anda tetap boleh jana income. Dan ramai di luar sana bukan jurugambar pun tetapi masih mendapat hasil yang lumayan dengan jual gambar. Gambar-gambar biasa pun boleh terjual, kadang-kadang anda akan pelik “gambar macam ni pun boleh terjual?”.

Kebanyakan gambar-gambar saya yang saya upload di website stock photo sepertinya Shutterstock pun saya tangkap guna smartphone sahaja, sekali sekala saya guna kamera dslr.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang pengalaman saya dalam dunia stock photo anda boleh baca di pautan ini:- Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! 2022 Proven. Di sini saya akan kongsikan tips yang menarik untuk dapatkan jualan yang tinggi!

Jika anda pernah alami zaman-zaman menganggur seperti saya dahulu, anda boleh cuba mulakan sekarang. Sedikit sebanyak dapat menguruskan hutang-piutang anda. Lama kelamaan nanti anda akan dapat income yang best. Pada masa itu anda mungkin tertanya-tanya nak teruskan cari kerja ataupun fokus apa yang anda buat.

Ramai yang saya kenal juga sudah kaya-raya dengan pendapatan pasif yang mereka jalankan. Mungkin anda seterusnya?

Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step 2022

5. Boleh jana lebih ketika anda senang

Ada juga yang saya kenal pendapatan pasif jauh lebih banyak daripada pendapatan kerja hakiki mereka. Oleh kerana passion dan minat dalam kerja hakiki, mereka tak tinggalkan kerja tersebut.

Sudah tentu mereka akan lebih mewah daripada rakan-rakan kerja mereka. Orang lain pergi kerja drive Perodua Myvi saja, tapi dia bawa BMW 320i! Manager dia pun tak pakai kereta begitu.

Anda tak nak rasa begitu ke?

6. Ada pendapatan pasif tak memerlukan modal langsung

Dunia pendigitalan semakin meluas. Banyak sebenarnya cara-cara untuk dapat duit tanpa mengeluarkan modal langsung. Ataupun anda keluarkan sedikit sahaja modal untuk membeli alatan-alatan basic terlebih dahulu.

Kalau dulu bila kita bercerita soal pendapatan pasif mesti berkait rapat dengan hartanah. Dengar perkataan hartanah sahaja sudah tahu bunyinya memang agak premium. Dunia hartanah ni luas, dari REIT sampailah menyewakan rumah. Semuanya memerlukan sejumlah duit yang besar.

Untuk idea-idea jana pendapatan pasif zero modal, anda boleh baca artikel saya yang ini :-

Cara jana passive income tanpa modal

Bagaimana untuk bermula?

1. Mulakan dengan minat anda dahulu

Perkara pertama sekali pilih dulu kerja apa yang anda rasa lebih berminat. Jadinya bila anda buat perkara yang anda suka, sudah tentu anda akan ada lebih “power” dan bersemangat untuk meneruskan usaha anda. Anda kena ingat, apa-apa kerja sekalipun bukan sekali buat terus jadi. Memang kena ambil masa pada awalnya. Jadinya untuk mengelakkan anda patah semangat, saya sarankan anda buat perkara yang anda minat dahulu.

Anda boleh rujuk di sini:- 11 Idea menjana pendapatan pasif yang sesuai dengan rakyat Malaysia

2. Mahir dulu dalam satu-satu perkara

Ramai yang saya jumpa yang ada talent dan knowledge dalam satu-satu bidang tetapi terjebak dengan ‘Shiny Object Syndrome’. Baru separuh jalan buat tapi nampak benda lain yang lagi menarik terus tinggalkan. Akhirnya apapun tak jalan. Anda perlu fokus dulu dalam satu-satu kerja sehingga anda dapat income yang kukuh.

“genggam bara biar sampai jadi arang”

Jangan jadi macam saya masa awal-awal dulu, buat tu tak jadi, buat ni tak jadi, semua benda nak buat. Akhirnya segala-galanya macam telur separuh masak.

3. Modal

Tepuk dada tanya poket. Jika anda rasa anda mampu untuk keluarkan modal yang besar why not anda teruskan. Kalau misal kata anda kekurangan modal, banyak sahaja di luar sana yang tak guna langsung modal untuk jana passive income. Anda boleh baca di sini:- Cara jana passive income tanpa modal.

Apa-apa perkara anda wajib fokus dan buat biar jadi.

Baca juga :- 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful

Kesimpulan

Kita di zaman moden, macam-macam perkara kita boleh jana duit. Rugi kalau anda tidak ikut arus permodenan. Kalau nak tahu rahsia orang-orang kaya membina lagi kekayaan mereka adalah dengan menjana pendapatan pasif.

Saya memang sukakan pendapatan pasif, kerja keras pada awalnya sahaja, seterusnya saya hanya menerima keuntungan sahaja hasil titik peluh saya terdahulu, Cuma sekali sekala saya buat pembetulan dan menambah pembaikan. Tengah bercucuk tanam pun boleh dapat duit, tengah bagi kambing makan pun boleh dapat duit. Best bukan?

Kalau anda pernah terfikir untuk spend masa lebih banyak bersama keluarga, anda patut mulakan sekarang jana pendapatan pasif. Mulakan pelahan-pelahan, pada awalnya memang tak banyak yang anda akan dapat, tapi percayalah suatu hari nanti pasti anda akan dapat income yang lumayan. Kita buat kerja yang betul dan halal, memang memerlukan usaha untuk berjaya.  Kalau nak cepat kaya baiklah jadi scammer haha (jangan buat)

Soon or late, pastinya anda akan meninggalkan pekerjaan anda sekarang dan kerja sepenuh masa di rumah sahaja. Yang penting kena istiqamah.

Saya masih bekerja di sebuah syarikat swasta, walaupun saya rasa income pendapatan pasif saya sudah cukup untuk saya pencen awal. Lagipun saya muda lagi, rugi kalau tak explore lebih di luar sana, banyak benda yang saya belajar bila kerja dengan orang. Mak saya pun marah kalau saya tak kerja office hour hahahh.

Apa-apa pun saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi membaca. Yang berguna anda boleh ambil. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi “sepasang kasut” untuk anda berlari lebih jauh lagi. Saya doakan moga-moga anda lebih Berjaya dalam bidang yang anda ceburi dan mampu membantu kewangan anda.

Salam maju jaya

Assalamualaikum.

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!