20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2023 dan successful

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Sesetengah orang masih dalam dilemma sama ada ingin memulakan bisnes sewaan rumah ataupun menjalankan bisnes homestay untuk rumah mereka yang terbiar. Namun anda boleh pertimbangkan untuk membuat bisnes homestay kerana atas faktor-faktor tertentu yang memberikan lebih keuntungan! (baca selanjutnya dalam artikel ini).

  Ataupun adakah anda memang betul-betul berminat untuk memulakan perniagaan homestay? Jika ya, selamat membaca saya ucapkan. Artikel ini memang khas untuk anda saya hasilkan. Membaca itu jambatan ilmu, anda sudah mengorak selangkah di hadapan. Untuk lebih advance anda perlu baca, catit, hadam dan lakukan!

            Anda mesti pernah terfikir macam mana nak bermula…betul? Anda tidak keseorangan, semua “pemikir bisnes” yang berjaya berfikir seperti anda! Lagi sekali saya ingatkan anda berada di halaman yang betul. Teruskan membaca!  

            Panduan dan tips yang saya akan kongsikan dalam artikel ini adalah rahsia bagaimana ada  sesetengah pemilik homestay yang mampu menjana keuntungan yang maksimum (Ada yang sudah bergelar jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan homestay sahaja!).

Sudah tentulah homestay mereka sentiasa penuh pada setiap bulan dan mereka berjaya membuka banyak cawangan homestay hasil daripada strategi yang betul.

            Tidak mustahil anda boleh lakukan!

            Di sini saya ingin kongsikan lebih daripada 20 panduan untuk anda bagaimana memulakan bisnes homestay. Sedikit sebanyak artikel ini dapat menyediakan anda sepasang “kasut” untuk anda berlari. Tinggal anda sahaja bila ingin memulakan pelarian tersebut.

            Panduan ini juga adalah khas untuk beginner yang baru nak cebur dalam bidang ini. Untuk anda yang sudah expert saya alu-alukan anda membaca. Terima kasih saya ucapkan. Saya hargai atas usaha anda membaca artikel saya.

            Artikel ini sangat panjang kerana artikel ini memang dituju khas untuk orang yang benar-benar ingin menimba ilmu. Percayalah banyak input yang anda akan dapat di akhir penulisan ini.

            Selamat membaca lagi sekali saya ucapkan kepada bakal jutawan homestay!

Baca juga : 7 Cara menjana pendapatan pasif dengan hartanah

Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay

1. Daftar di SSM

20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful
sumber gambar dari thestars.com

                Benar untuk melakukan apa-apa perniagaan sekalipun anda mesti mendaftarkan syarikat anda di SSM (walaupun berniaga nasi lemak tepi jalan sekalipun). Anda bukan seperti pemilik homestay yang “biasa-biasa” yang hanya sekadar memikirkan mencari customer semata (sebab itu bisnes homestay mereka takat itu sahaja), tetapi anda adalah bakal jutawan homestay!

            Untuk lebih serius dalam perniagaan, anda perlu mendaftar SSM. Sekarang sudah mudah untuk anda mendaftar. Anda boleh lakukan sahaja di rumah dengan mendaftar di ezBiz SSM online.

            Semasa pendaftaran syarikat anda boleh menyediakan sekurang-kurangnya 3 cadangan nama syarikat yang anda ingin namakan. Anda boleh namakan syarikat anda berkaitan dengan hartanah. Jangan pula anda menamakan syarikat anda bunyinya seperti kepada “IT” ataupun “food and baverage”, susah untuk diterima nanti. Anda boleh daftarkan mengikut nama anda ataupun tred.

Dengan hanya bermodalkan RM 70 anda sudah mempunyai sebuah syarikat yang didaftarkan bawah Enterprise yang diiktiraf oleh SSM. Tahniah!

Perlu diingatkan nama syarikat bagi Enterprise tidak boleh ditukarkan selepas didaftar. Jadi anda perlu membuat keputusan yang betul (supaya tidak menyesal kemudian hari).

2. Buat akaun bank

Kini anda sudah mendaftar syarikat anda, jadi langkah seterusnya adalah anda mendaftar akaun bisnes anda ataupun dengan kata lain akaun semasa. Penting ya rakan-rakan untuk anda daftar akaun semasa anda. Punca mengapa ramai peniaga di luar sana gagal adalah mereka tidak tahu cash flow duit keluar masuk bank.

Mereka gunakan segala-gala duit yang ada sehinggalah mereka gagal menguruskan duit perniagaan mereka. Akhirnya kecundang dalam bisnes mereka. Saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada anda.

Akaun semasa ini sangat membantu anda untuk menguruskan perniagaan anda dengan lebih teliti dan kemas. Anda boleh kawal duit keluar masuk perniagaan anda.

Sebenarnya ada dua kos yang perlu diambil berat dalam menguruskan homestay. Yang pertamanya adalah kos sewaan, ini termasuklah bayaran sewaan rumah, Astro, wifi dan lain-lain. Yang keduanya adalah kos penyelenggaraan. Kos upah pekerja (jika ada), kos sabun dan shampoo mandi, paip bocor segala-galanya adalah termasuk dalam kos ini.

Jadi anda perlu ambil kira kos-kos di atas sebelum anda mengambil gaji anda. Gaji syarikat juga anda jangan lupa! Gaji syarikatlah merupakan modal anda untuk anda tambahkan lagi asset homestay anda.

Kiraan seperti begini :-

Gaji anda : 15% (daripada hasil jualan anda)

Gaji syarikat: 25% (Letak siap-siap)

Selebihnya adalah kos-kos seperti yang saya sebutkan tadi (kos penyelenggaraan dan kos sewaan)

sediakan payung sebelum hujan,

sediakan duit sebelum ujian mendatang…

(Apa-apa pun ikut pada anda, kiraan yang saya beri itu hanya anggaran sahaja, ikut pada flexibiliti sales anda sebulan)

Dengan adanya pecahan kiraan seperti ini anda boleh dapat menguruskan kewangan syarikat anda dengan lebih terkawal.

Saya syor juga kepada anda supaya buat akaun bank yang menjadi kebiasaan para pengguna sepertinya Maybank dan CIMB. Mudah untuk mereka melakukan pembayaran.

Juga apa yang lebih menarik lagi adalah dapat memudahkan urusan pinjaman loan bank anda nanti. Hal ini kerana anda dapat meyakinkan pihak bank dengan transaksi keluar masuk duit yang cantik di akaun bank bisnes anda, dari sini anda boleh mencipta slip gaji anda sendiri untuk pihak bank meluluskan loan anda.

Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022

3. Mengambil gambar yang cantik di kediaman homestay anda

PENTING, PENTING, PENTING! Untuk anda mengambil gambar yang cantik, tertarik dan terpukau seperti seorang jurufoto professional! Gambar yang menarik merupakan satu faktor penting dalam perniagaan homestay. Ingat itu.

Gambar cantik tetapi underexposed pun tak boleh juga (kita bukan bermain dengan art berat). Gambar mesti jelas dan terang untuk bakal tetamu anda melihat kawasan rumah anda. Pencahayaan mesti cukup untuk cahaya yang seimbang di dalam gambar. (Terlebih terang juga pun satu masalah, hilang details pada gambar nanti).

Kalau perlukan mengupah fotografer sila lah upah. Ataupun jika anda ada kawan-kawan ataupun saudara mara fotografer terdekat boleh lah minta khidmat mereka (biasanya akan dapat harga istimewa kan? Hehe)

Gambar yang cantik akan memberikan first impression kepada prospek untuk mereka pertimbangkan. Macam kita juga kalau sebagai tetamu pun, kita lebih tertarik kepada homestay yang mempunyai gambar yang cantik daripada homestay yang lain yang gambarnya biasa-biasa sahaja.

Gambar yang cantik juga akan menampakkan seperti perniagaan yang professional. Cuba lihat gambar-gambar di website hotel yang mewah. Kita yang lihat pun akan nampak confident dan premium!

4. Sediakan kemudahan asas

Jika homestay anda kosong serba tak lengkap lebih baik anda jalankan bisnes rumah sewa yang bukan fully furnished sahaja! (Sekadar berjenaka haha)

Anda sebagai pemilik homestay perlulah melengkapkan segala kemudahan asas. Ini kerana expectation para penyewa akan fikir untuk sebuah homestay mesti ada segala kelengkapan dan kemudahan asas yang tiada pada hotel.

Kalau lah pinggan, mangkuk, kuali dan dapur pun tiada di homestay anda lebih baik mereka memilih hotel sebagai destinasi penginapan mereka.

Antara kemudahan asasnya adalah :-

  • Tuala mandi
    •  Anda perlu siapkan tuala mandi secukupnya, setiap bilik sediakan 1-2 tuala sudah memadai.
  • Air mineral botol kecil
    • Tidak perlulah membeli mineral botol besar. Botol kecil 500ml sudah cukup untuk para tetamu anda. Untuk harga yang lebih murah anda boleh beli borong (dalam kotak) di mydin, Giant ataupun Lotus’.
  • Toilet paper
    • Sediakan juga jika anda menerima tetamu dari pelbagai-bagai relatif. Jika anda menyewakan di Airbnb anda tidak boleh memilih siapakah tetamu anda. Pendek kata sediakan sahaja toilet paper. Semua orang boleh gunakan.
  • Bantal
    • Gunakan yang lembut untuk keselesaan tetamu. Elakkan menggunakan yang keras dan nampak lusuh. Untuk bantal saya syorkan anda gunakan Das Abdul. Bantal best seperti di hotel!
  • Sabun dan Shampoo
    • Sediakan sabun dan shampoo untuk kegunaan pengunjung. Anda boleh beli sabun dan shampoo hotel di sini :- Sabun dan shampoo hotel
  • Kemudahan asas yang nampak premium seperti di hotel!
    • Sediakan beberapa sachet coffee beserta gula dan cream untuk tetamu menikmatinya.
    • Sediakan water heater jugak. Sejuk kalau mandi pagi-pagi buta.
  • Homestay kita lebih dari sekadar hotel
    • Kebiasaannya hotel mempunyai sebiji sahaja air-cond, tetapi kita ada lebih dari satu biji! Sediakan aircond di ruang tamu dan di setiap bilik tidur. Sejuk membeku para pengunjung dan sudah tentu selesa!
    • Sediakan juga mesin basuh, tetamu tidak perlu mencari dobi untuk membasuh pakaian mereka.
    • Dapur dan segala peralatan memasak (kelengkapan inilah yang membuatkan kita lain dan unik dari hotel!)

5. Memastikan homestay anda bersih dan selesa

Tuan-tuan, jangan pernah mengambil mudah dalam hal ini. Mereka membayar anda untuk mendapatkan servis yang terbaik. Sudah tentulah keutamaan mereka adalah kebersihan dan keselesaan.

Kita tidak boleh salahkan tetamu jika mereka akan memberi kita rating yang rendah. Mereka ada hak untuk berbuat demikian.

Ini akan membuatkan reputasi homestay anda jatuh. Apabila pelancong seterusnya melihat rating anda hanya sekadar satu atau dua bintang, mana mahunya mereka menempah anda. Sudah tentu mereka survey tempat lain. Rugi, rugi, rugi…Anda sudah rugi di situ.

Menyediakan homestay yang bersih dan selesa bukanlah satu kerja yang rumit pun. Tak susah pun nak jadikan homestay anda seperti hotel 5 bintang! Ini soal nak atau tak nak sahaja (memang sudah pasti ia berkaitan dengan kerajinan).

Jika anda tidak mempunyai masa untuk mengemas dan menghias rumah anda ataupun anda tidak rajin berbuat demikian, upah sahaja pekerja.

Cuma memerlukan modal untuk bayar pekerja. Tetapi tidak mengapalah, asalkan rumah cantik, bersih dan selesa buat para pengunjung. Senang kata tip top! anda perlu berusaha lebih untuk naikkan sales untuk mendapat keuntungan yang lebih (oleh kerana sudah bayar pekerja). Semoga ini menjadi pemangkin anda untuk mendapatkan lebih dan lebih sales di homestay anda.

Untuk pengetahuan anda, kebersihan (cleanliness) merupakan salah satu elemen dalam review di Airbnb yang bakal tetamu anda akan berikan kepada anda. Nampak betapa Airbnb mengambil berat tentang kebersihan!

Akhir kata, jangan lupa letakkan air freshener di homestay anda. Baru rasa segar dan wangi!

6. Hiaskan rumah anda

Cuba tanya kepada diri anda, anda mahukan homestay yang biasa-biasa saja atau homestay yang cantik? (tepuk dada tanya poket). Apa-apa pun bergantung kepada bajet anda, jika ada bajet lebih tidak salah untuk memilih tempat yang cantik.

Tetapi kebanyakan pengunjung lebih tertarik dengan penginapan yang unik dan cantik (bukan sekadar selesa sahaja). Mereka mahukan yang terbaik untuk percutian mereka.

Screenshot sebagai contoh

Bayangkan beratus-ratus homestay dalam carian saya. Ada yang murah tetapi cantik dan best! Ada juga yang mahal tetapi tetap cantik dan best juga! Walaupun saiz dan fasiliti lebih kurang sama. Jadi adakah homestay anda setara dengan mereka? Dengan kata lain adakah homestay anda mampu duduk di bahagian teratas paparan carian saing-saing mereka?

Seperti yang saya katakan tadi, selain keselesaan, pengunjung juga mahukan yang cantik. Daripada beratus-ratus dalam carian pasti mereka mahukan sesuatu yang unik.

  • Bagaimana untuk jadi unik?

Pertama-tama sekali anda kena ingat jangan sesekali beli perabot yang mudah pecah, koyak atau patah. Anda kena ingat para tetamu tidak akan menjaga kelengkapan homestay anda. Mereka tidak seperti kita yang menyayangi harta-harta kita.

Untuk mendapatkan idea-idea yang menarik, anda boleh lihat di Pinterest.com. Di sana terdapat berbagai-bagai idea yang menarik yang boleh anda ambil untuk dijadikan panduan menghias rumah anda.

Dari website Pinterest.com

Seterusnya, anda boleh lihat di Airbnb itu sendiri. Cuba cari mana-mana pengusaha yang telah mendapat Superhost. Lihat bagaimana mereka mendekorasikan rumah mereka. Sudah tentu rumah-rumah mereka cantik.

Salah satu homestay Superhost di Melaka.

Sekiranya anda berdekatan dengan kawasan Ikea, anda boleh terus pergi ke Ikea untuk mendapatkan inspirasi mendekorasi rumah anda secara live!

Contoh living room yang berada di Ikea!

Bukan sekadar melihat sahaja, anda juga boleh terus beli barang-barang perabot seperti yang dipamerkan.

  • Kawasan luar rumah juga memainkan peranan penting

Bukan dalaman sahaja kena cantik, bahkan luaran juga perlu dititik beratkan. Selain anda boleh meletakkan pokok-pokok bunga, tanaman-tanaman yang menarik dan cat dinding yang cantik, anda juga boleh meletakkan kerusi bangku di luar rumah ataupun sebuah gazebo untuk tetamu anda mengambil angin di luar.

Sumber gambar dari homestay D’Tuskin, Bukit Beruang, Melaka

Di D’Tuskin, perkara yang paling menarik sekali sewaktu musim buahan adalah buah-buahan di sekeliling rumah boleh dipetik begitu sahaja tanpa perlu meminta izin tuan rumah. Unik bukan? Begitu pemurah tuan rumahnya. Saya syorkan anda bermalam di sini jika ke Melaka. Tempat yang luas dan pelbagai kelengkapan disediakan sesuai untuk family trip. Anda boleh lihat disini :-Homestay terbaik Melaka

Persekitaran rumah D’Tuskin yang menjadi pilihan ramai
Baca juga: Cara jual gambar online; jana pendapatan pasif dalam USD! 2022 Proven

7. Buat marketing

Apalah ertinya berbisnes tetapi tiada marketing. Jadi di sini saya ingin tunjukkan beberapa tips untuk memasarkan homestay anda supaya lebih dikenali.

  • Bina Google My Business

Perkara paling penting dalam pemasaran secara atas talian ini adalah memastikan bisnes anda mudah dicari dan dijumpai di carian enjin Google dengan mudah. Ada masanya bakal pelawat tidak langsung terfikir untuk mencari kawasan penginapan di Airbnb. Lalu mereka Google. Lihat gambar di bawah

Gambar di atas merupakan hasil carian saya di Google Search Engine. Saya hanya menaip “homestay near me” sahaja. Hasilnya berbagai-bagai homestay yang keluar! Bayangkan jika homestay anda berada di situ.

            Google My Business juga dapat memaparkan lokasi dan Google review anda. Untuk memudahkan bisnes anda mendapat tempat pertama di hasi carian Google, anda perlu meningkatkan lagi rating review, ini kerana semakin tinggi rating review anda, semakin mudah anda mendapat tempat pertama di carian Google. Untuk mendaftar bisnes anda di Google My Business, anda boleh klik di pautan ini :- Google My Business.

Cara mendaftarnya tidaklah serumit manapun. Mudah sahaja hanya mengisi setiap apa yang di minta oleh Google. Selepas selesai semuanya, anda perlu tunggu sahaja sehingga bisnes anda terpapar di carian Google.

  • Content marketing

Di sini saya ingin ceritakan terdapat dua jenis content marketing yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk artikel dan dalam bentuk video.

Dalam konten tersebut anda boleh sama-sama ceritakan tentang marketing material tentang bisnes homestay anda dalam memperluaskan lagi pemasaran dalam dunia digital ini.

Bahan-bahan dalam bentuk artikel ini akan muncul dalam carian google. Perkara yang perlu dititik berat di sini adalah Search Engine Optimization (SEO). Apabila SEO cukup sifatnya, pengguna akan lebih mudah mencari maklumat tentang bisnes anda.

Apa-apa berkaitan dengan video mesti berkait dengan Youtube. Dengan lebih 2.6 billion pengguna aktif di sini anda boleh membuat konten berbentuk video tentang homestay anda dan memuat naik di sini.

Seperti biasa, jika anda tidak mahir untuk menghasilkan artikel-artikel ataupun konten dalam bentuk video, anda boleh serahkan tugas ini kepada orang lain yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang ini.

  • Buat blogspot

Selain membuat artikel, anda juga perlu membina sebuah blog yang khusus untuk website anda.

Perisian ini percuma sahaja, Cuma ia memerlukan sedikit teknikal untuk membina sebuah laman web blogspot.

Barangkali ia memakan masa sikit untuk belajar, tetapi tidak mengapa, jangan jadikan ia sebagai penghalang!

  • Bina laman web yang nampak lebih firm!

Anda boleh bina sebuah laman web yang lebih advance, lagi canggih dan nampak professional! Siap dengan system tempahan, payment method dan sebagainya dengan hanya menggunakan wordpress.com sahaja.

Cuma ini berbayar. Tetapi ia jauh lebih bagus dari laman web simple blogspot. Ada juga option wordpress yang percuma sahaja, tetapi ia menggunakan subdomain sepertinya “HomestayMelaka.wordpress.com”. Saya tak galakkan anda menggunakan yang percuma kerana susah untuk naikkan ranking anda di paparan google.

Dengan hanya membayar domain dan hosting, anda sudah mempunyai sebuah website yang nampak lebih firm dan tinggal hanya mereka bentuk sahaja seperti yang anda mahukan.

Seperti biasa, ia tidaklah semudah untuk dilakukan pada permulaannya. Tetapi perkara ini tidaklah mustahil jika anda belajar.

Pelbagai tutorial tentang membina website ini di youtube.

Ataupun upah sahaja web designer di luar sana…

  • Iklankan di website Online travel agency (OTA)

Tak cukup sekadar itu sahaja untuk melebarkan sayap kita dalam mempromosikan bisnes kita.

Terdapat empat OTA yang boleh kita fokuskan dulu kerana mempunyai traffic yang tinggi di website mereka :-

  1. Airbnb (sudah tentu!)
  2. Trivago
  3. Agoda
  4. Booking.com

Buat permulaan, anda boleh mulakan dengan Airbnb terlebih dahulu. Para penyewa di sini dipanggil host. Apa yang menarik lagi tentang Airbnb adalah mereka hanya cas anda sebanyak 3% sahaja daripada jumlah tempahan. Senang cerita seperti di bawah :-

Cas semalam = RM 300,

Tempahan = 2 malam,

Total = RM 300 x 2 = RM 600

3% daripada RM 600 hanyalah RM 18 sahaja!

Mereka hanya mengambil RM 18 sahaja daripada total keseluruhan

Selebihnya anda punya

  • Aktif di media social

Anda juga boleh bina audience anda sendiri di dalam talian, saya sarankan anda buat di Facebook terlebih dahulu kerana anda boleh buat fanpage, juga di sini anda boleh menerima tempahan terus kerana ada fungsi “book now”.

Salah satu homestay di Melaka

8. Meletakkan harga sewaan

“Ok ke aku letak harga ni? Macam mahal jer”

Ini perkara biasa bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan. Anda tidak pasti berapa anda hendak letak harga produk anda kerana takut tiada yang datang menyinggah.

Back to basic, setiap perniagaan mesti mahukan aliran tunai yang positif yang boleh membawa keuntungan. Kita bukan membuat kerja amal, kita membuat perniagaan!

Pertama-tama sekali kita kena kenal siapakah pesaing kita. Ini penting untuk kita tahu nilai pasaran sekeliling.

Apa kata jika mereka meletak harga terlampau murah?

Anda kena tahu nilai produk anda.

Kos renovasi, saiz perumahan, kemudahan yang premium seperti aircond dan kerusi urut perlu di ambil kira.

Bukan setakat itu sahaja, bil bulanan rumah, wifi, Astro, mengupah pekerja dan lain-lain juga memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan harga sewaan homestay.

Jika harga mereka murah tetapi kurang fasiliti, anda pula ada kelebihan dan rumah anda penuh dengan kelengkapan yang menarik! Di situ lah nilai produk anda. Gunakan kelebihan itu untuk promosikan produk anda!.

Berkemungkinan besar kos operasi anda juga besar, jadinya untuk cover perkara ini semua anda perlulah bermain dengan volume untuk generate keuntungan yang besar. Maksud volume di sini adalah anda perlulah mendapatkan pelanggan yang lebih ramai.

9. Mengadakan promosi yang menarik

Kebiasaanya para penguasaha homestay akan menaikkan harga ketika peak season (cuti sekolah, cuti perayaan dan lain-lain).

Namun untuk bersaing dengan mereka agak sukar kerana mereka sudah mempunyai nama, justeru itu anda boleh membuat promosi diskaun yang menarik  untuk mendapatkan pelanggan.

Anda juga boleh membuat promosi di Airbnb :-

  1. Pergi ke listing’s calender
  2. Pilih Promotions
  3. Pilih Tarikh dan tetapkan diskaun sekurang-kurangnya 10%

Menurut Airbnb, untuk mendapatkan hasil carian yang lebih baik, anda disarankan untuk membuat promosi sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut.

10. Siapakah pelanggan anda berdasarkan lokasi?

Anda kena kenal siapakah target market anda bergantung kepada persekitaran homestay anda. Di sini saya kongsikan beberapa jenis pelanggan berdasarkan lokasi.

  1. Tempat Pendidikan

Kebiasaannya tetamu yang datang ke lokasi ini adalah ibu bapa yang ingin melawat anak-anak mereka di Universiti, kolej, sekolah berasrama dan lain-lain.

Mereka tidak mementingkan rumah yang fancy sebenarnya. Cukup sekadar bersih, selesa dan asal boleh tidur sudah memadai.

Mereka juga tidak memerlukan banyak-banyak bilik dan ruang yang besar. Dan biasanya mereka menempah sehari sahaja untuk menginap.

  • Tempat Pelancongan

Kebiasaannya pelanggan seperti ini tidak kisah tentang harga, mereka dalam mood bercuti dan menghabiskan duit, asalkan mereka berpuas hati dengan tempat anda.

Biasanya tetamu akan memilih 3 bilik atau lebih. Kerana mereka mesti membawa anak-anak, atuk dan nenek dan saudara mara.

(melainkan pasangan mempunyai 2 orang anak, 2 bilik sudah memadai, kadang2 guna satu bilik sahaja)…

kalau pasangan baru berkahwin memang jauh sekali untuk tempah, sudah tentu mereka akan tempah hotel. (baru feeling feeling honeymoon gituu)

  • Majlis besar di dewan

Jika Kawasan anda berhampiran dengan dewan, kebiasaanya tetamu yang akan datang menginap di homestay anda adalah saudara-mara jauh yang mempunyai majlis perkahwinan di dewan tersebut. Seperti biasa bila kita cerita tentang “saudara-mara” ini pastinya bunyinya ramai. Jadinya anda perlu menyediakan toto yang lebih untuk mereka tidur di ruangan tamu.

  • Bakal penyewa yang kepenatan

Saya pernah kepenatan memandu kereta, mata tidak tahan sangat lalu mencari homestay berdekatan di Gerik (memandangkan kawasan di situ susah menemui hotel).

Saya hanya menginap sehari sahaja (tidak sampai sehari pun kalau ikutkan), saya check in pada waktu petang, pada keesokan harinya sudah bergerak keluar.

Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step 2022

11. Menyediakan perkhidmatan aktiviti menarik

Credit photo to ASphotofamily

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, anda perlu kreatif untuk mencari lubuk membuat duit.

Kaji terlebih dahulu apakah tempat-tempat menarik di kawasan anda. Dari situ anda mendapat idea untuk menjana pendapatan lebih. Sekurang-kurangnya servis-servis tepian seperti ini dapat cover sales jika kekurangan tetamu pada bukan musim peak season.

Di sini terdapat beberapa idea buat anda:-

  • Anda juga boleh menyediakan servis-servis pengangkutan sepertinya kereta sewa dan motor.
  • Ataupun anda boleh sediakan servis secara percuma! Memang anda tidak mendapat apa-apa di sini. Tetapi anda dapat point of selling di sini, pengunjung akan rasa satu kelebihan menyewa dengan anda. Sepertinya:-
    •  mengambil dan menghantar sesuatu tempat (dalam lingkungan berdekatan)
    • uruskan penghantaran ke airport semasa check out
    • Menghadiahkan mereka cenderahati yang murah sahaja (walaupun murah tetapi berharga bagi mereka)
  • Anda boleh sediakan pakej sepertinya ke tempat-tempat yang menarik ataupun bekerjasama dengan travel agency di kawasan tersebut, anda hanya ambil komisyen saja.
    • Jika di belah-belah hutan belantara juga anda boleh sediakan pengangkutan ke satu-satu tempat, ataupun mengupah rangers untuk night safari, jungle trekking, melawat orang asli dan lain-lain.
    • Jika kita pergi ke Langkawi, kita selalu dengar tentang pakej Island hopping dan mangrove yang dipromosikan oleh tuan rumah. Betul?

12. Mesra dengan bakal tetamu

Jika anda merupakan host di Airbnb, sangat penting untuk anda membalas dengan secepatnya kerana ia akan menaikkan ranking list anda. Jika tak sempat sekalipun balas la dengan ayat pendek tetapi manis dan mesra

“hai, saya sedang yada yada yadaa, saya akan menghubungi anda secepat yang boleh,

terima kasih menunggu”

Kalau kita pun sebagai bakal tetamu tidak suka dibalas lambat-lambat kerana akan berasa bosan. Jadi Jangan biarkan bakal pelanggan kita terlepas kepada pengusaha yang lain.

Balaslah mesej tetamu dengan panjang, mesra dan rasa friendly. Anggaplah mereka seperti kawan-kawan kita.

Sebagai usahawan, anda perlulah menukar whatsapp anda kepada whatsapp business. Ini kerana terdapat feature menarik setiap kali ada pelanggan mesej anda tetapi dalam masa yang sama anda tidak sempat untuk respon. Ini dipanggil “away message”. Senang kata seperti auto reply di permulaan mesej.

Terima kasih kerana menghubungi Pengurus D’Tuskin Homestay Bukit Beruang, Melaka (Mohd Noh).

Sementara menunggu pihak kami memberi respon kepada pihak tuan/puan, boleh isi maklumat diperlukan seperti list dibawah untuk kami semak availability:

Nama :

Tarikh masuk :

Tarikh keluar :

Kategori : Keluarga atau Kumpulan

Bilangan tetamu (maksima 10 orang) :

– Dewasa :

– Kanak-Kanak (7-12 tahun) :

– Kanak-Kanak (3-4 tahun)

Reply maklumat diperlukan. Kami akan menghubungi anda sebentar lagi. TQ

Kita yang membaca ni pun akan rasa lega dan rasa confident untuk menginap di homestay mereka. Jadi hasilkan engagement antara bakal pengunjung dan pemilik homestay.

13. Memberi sambutan mesra kepada tetamu

Jika sebelum ini anda sudah bermesra dengan “bakal tetamu” anda, tetapi kini mereka sudah menjadi “tetamu” anda. Syukur!

Perkara pertama sekali yang anda perlu buat dan sentiasa buat adalah menyambut mereka dengan mesra. Muka biarlah manis dan sentiasa senyum! (janganlah ketat macam nak pergi berperang)

Anggap mereka seperti kawan-kawan dan cakap biarlah berhemah. Jika ada pokok di sekeliling, petik dan bagi mereka buah, terserlah rasa bonding antara penyewa dan pemilik.

Katakan kepada mereka selamat bercuti. Juga jangan lupa tanyakan kepada mereka jika ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi kita.

14. Sediakan manual tetamu

Anda juga boleh menyediakan manual tetamu tentang panduan mengendalikan peralatan di rumah.

  • contohnya anda boleh tunjukkan cara-cara menggunakan peralatan elektrik sepertinya mesin basuh, television, microwave, mesin urut dan lain-lain).
  • Juga anda boleh selitkan juga password wifi, cara menggunakan Astro dan lain-lain.
  • Selain itu anda boleh masukkan juga peraturan asas penginapan sepertinya :-
    • mengingatkan tetamu mengunci pintu Ketika meninggalkan rumah
    • Tidak membenarkan membawa haiwan peliharaan dan sebagainya
  • Sediakan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan anda
  • Juga anda boleh sediakan softcopy dalam bentuk pdf dan hantar kepada pengguna untuk rujukan mereka.

15. Menyediakan self check in sekiranya tuan rumah tidak dapat  menyambut

Apa yang saya lihat di Airbnb, kebanyakan pengusaha sudah menjalankan self check ini. Ini memudahkan tuan rumah kerana tidak perlu lagi datang memberi kunci rumah kepada bakal penyewa.

Anda boleh dapat di Shopee, murah saja…

Anda boleh dapatkannya di sini :- Safety Key Box

Tuan rumah hanya perlu memberi kod yang betul sahaja untuk tetamu membuka lock box dan mengambil kunci dari situ.

16. Prosedur check in dan check out

Kebiasaan check in adalah dalam pukul 12.00 p.m (bergantung juga pada anda kerana hendak mengemas rumah), anda perlu memberi kunci semasa tetamu anda sudah sampai.

Lakukan dulu apa-apa bayaran sebelum mereka check in, kebiasaan tuan rumah akan mengenakan deposit separuh daripada harga penginapan. Misalnya harga penginapan adalah RM 400, sebagai deposit anda hanya ambil RM 200 terlebih dahulu. Selebihnya mereka perlu membuat pembayaran sebelum mereka ingin menginap di rumah anda.

Check out juga mempunyai prosedur yang mudah juga. Sebelum mereka keluar, anda perlu melihat di kawasan sekeliling rumah anda sebelum anda memulangkan security deposit. Amatlah rugi bagi anda jika terdapat barangan yang rosak.

17. Ambil Security Deposit

Security deposit merupakan jumlah bayaran yang dikutip daripada tetamu, dan boleh dipulangkan kembali kepada mereka semasa check out.

Pemilik berhak tidak memulangkan wang security deposit jika terdapat sebarang kerosakan di dalam Kawasan perumahan semasa tempoh penginapan tetamu.

Ini juga penting bagi memastikan barang dan harta benda di dalam rumah dijaga dengan sebaik mungkin oleh tetamu.

18. Apa perlu buat jika Kawasan homestay anda besar

 biarkan ruang kosong anda bersarang tidak membuat apa-apa. Bina sesuatu yang membuatkan homestay anda nampak lebih menarik!

  1. Benda pertama sekali adalah anda boleh sediakan set bbq untuk para tetamu yang ramai!
  2. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh membuat kolam mandian.
  3. Juga anda boleh buat gazebo untuk para penyewa santai-santai
  4. Boleh tanam-tanaman yang mudah dimakan begitu saja seperti jambu, pisang (pastikan sentiasa berkemas) untuk dibagi kepada pengunjung
  5. Anda juga boleh besarkan tempat letak kereta

19. Anda boleh membuat homestay tanpa anda memiliki rumah tersebut

Anda tidak perlu membeli hartanah untuk menjalankan bisnes sublet. Sublet ini adalah aktiviti sewa atas sewa. Ia di mana kita menyewa sebuah rumah daripada pemilik, selepas itu kita membuat homestay dan menyewakan kepada penyewa yang lain.

Tetapi bisnes sublet ini tertakluk kepada tuan rumah. Jika tuan rumah anda membenarkan aktiviti sublet ini, maka anda boleh lakukan bisnes ini. Pastikan ada hitam putih untuk adanya bukti apabila situasi tak di ingini berlaku

20. Sentiasa menghormati tetamu homestay

Budi bahasa itu penting, walaupun anda berhak ke atas rumah anda yang mereka menginap, tetapi anda perlu menghormati mereka dari setiap sudut. Ada sesetengah pemilik tidak mempunyai common sense langsung dalam hal ini, jangan jadi seperti mereka. (kenapa perlu mengendap para tetamu kita sedang buat apa?)… Biarkan sahaja mereka, melainkan ada perkara-perkara mencurigakan yang mereka buat.

Elakkan masuk sesuka hati ke dalam rumah melainkan keadaan amat-amat memerlukan. Anda juga perlu maklum kepada mereka supaya mereka tahu tentang kehadiran anda.

21. Menyuruh mereka tinggalkan review dengan cara sopan dan berhemah.

seorang usahawan homestay, amat penting sekali untuk mendapatkan review yang menarik di FB page, Airbnb dan juga Google My Business.

Jadinya anda boleh meminta mereka dengan cara yang sopan dan berhemah untuk mereka meninggalkan review yang baik untuk anda. Maklumkan juga kepada tetamu anda bahawa anda juga telah memberi rating yang baik kepada mereka.

Review yang baik akan memberikan reputasi yang baik kepada bisnes anda sekaligus akan menaikkan carian bisnes anda di laman carian.

Bacaan Tambahan

Di luar sana berbagai-bagai bahan bacaan panduan menguruskan homestay. Cuma untuk lebih memudahkan lagi anda membaca di mana-mana dengan hanya menggunakan smartphone sahaja, saya suggest kan tuan puan untuk dapatkan ebook ini bertajuk :- ebook JUTAWAN HOMESTAY

Dapatkan ebook ini dengan klik pautan di bawah 👇👇👇

ebook JUTAWAN HOMESTAY

ebook JUTAWAN HOMESTAY

ebook JUTAWAN HOMESTAY

Akhir kata daripada saya, tanamkan dalam fikiran anda bahawa bisnes homestay ini mudah sahaja sebenarnya, untuk mendapat satu customer tidak mustahil. Juga untuk menjadikan homestay anda sentiasa penuh juga tidak mustahil. Tetapi walaubagaimanapun anda perlulah mempunyai strategi yang bagus. Mana-mana bisnes pun memerlukan strategi yang mantap. Moga-moga tips-tips yang saya kongsikan tadi dapat membantu anda sedikit sebanyak. Terima kasih membaca dan semoga Berjaya!

Assalamualaikum…

image by Afiq Sam/Shutterstock

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!