10+ Idea Jana Pendapatan Pasif Sesuai Untuk Rakyat Malaysia

11 Idea Jana Pendapatan Pasif Yang Sesuai Dengan Rakyat Malaysia
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Apa itu pendapatan pasif?

Diluar sana berbagai-bagai idea pendapatan yang boleh anda laksanakan untuk buat duit. Cuma anda sahaja yang perlu cari bisnes apa yang sesuai untuk anda. Umum mengetahui, platform jual beli yang paling popular pada hari ini adalah Shopee. Maka ramailah masyarakat kita cuba untuk menjual produk-produk mereka di platform e-commerce tersebut. Sudah terbukti, Shopee merupakan lubuk yang berpotensi tinggi untuk anda jana pendapatan yang lumayan! Jika anda nak tahu rahsia menjual di Shopee dengan betul daripada orang berpengalaman, anda boleh lawati di pautan ini :- Teknik SEBENAR Buat Duit Lumayan Dengan Shopee Kini TERBONGKAR!

Tetapi dalam artikel ini saya cuba untuk berkongsi kelainan idea bisnes kepada anda cara untuk menjana duit yang tak ramai lagi buat. Bisnes di mana anda hanya buat sekali pada awalnya sahaja, selepas itu anda hanya menerima keuntungan berpanjangan tanpa anda sedar. Inilah yang di namakan buat duit secara pasif.

Barangkali ada di antaranya yang saya kongsikan dalam artikel ini anda pernah dengar dan popular di Malaysia. Namun ada juga masih rare lagi dalam kalangan kita. Justeru itu ini adalah peluang untuk anda menjadi pelopor kepada perniagaan tersebut. Orang masih tak buat lagi, jadi makin mudah untuk anda buat duit.

Selepas kajian demi kajian saya lakukan, saya boleh katakan idea yang saya kongsikan sebentar lagi masih releven untuk rakyat Malaysia dan akan releven berdekad-dekad lamanya. Senang kata ini adalah idea yang terbaik di antara terbaik yang sesuai dengan kita sebagai negara membangun.

Untuk pengetahuan anda juga, pelbagai artikel di dalam blog saya ini berkaitan dengan pendapatan pasif. Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut passive income, maka eloklah anda explore lebih lagi di dalam blog saya ini. Saya ucapkan selamat membaca!

Tuan-tuan, pendapatan pasif ini sangat cool, anda boleh buat dari rumah sahaja. Banyak manfaat sebenarnya jika anda memilih untuk jana duit secara pasif. Saya juga ada menulis artikel tentang ini, anda boleh baca di pautan ini :- Kelebihan menjana pendapatan pasif.

Tetapi perlu diingatkan, setiap apa-apa yang kita lakukan mesti kena berusaha. Sama juga dengan mencari duit secara pasif, ramai berfikiran pendapatan pasif ini tak perlu buat apa-apa usaha pun. Ini adalah mitos sama sekali.

Kita bukanlah menipu orang di mana kita boleh dapat berjuta-juta dalam masa yang singkat. Yang penting apa-apa yang kita buat mesti istiqomah.

Idea Pendapatan Pasif

1. BUAT EBOOK

Saya mempunyai kenalan yang merupakan seorang penulis di mana beliau telah menjana RM 145,000 dengan hanya menjual ebook sahaja saat beliau ceritakan kepada saya (Sekarang jumlahnya pasti lagi meningkat!)

Boleh dikatakan modal untuk mencipta sebuah ebook hampir tiada! Kalau ada pun mungkin kos sebuah laptop. Laptop tu pun merupakan gadjet yang wajib ada pada setiap orang pada zaman ini. Jadinya jika anda sudah mempunyai laptop boleh dikatakan ZERO untuk kos menghasilkan ebook ini. (Tidak termasuk kos marketing)

Jika nak dibandingkan dengan buku fizikal pula akan terselit kos-kos printing, layout dan juga lain-lain lagi yang kosnya jauh lebih besar. Untuk membuat ebook anda hanya perlu simpan dalam bentuk PDF dan anda boleh terus pasarkan ebook anda!

Anda tidak perlu pun mengiklankan ebook anda melalui syarikat penerbitan untuk menerbitkan ebook anda. Sudah tentu mereka yang akan membuat pembayaran royalti kepada anda dan jumlahnya ditentukan oleh mereka. Lebih menyedihkan, ada juga syarikat penerbitan yang akan membayar para penulis kurang daripada 10%! Tetapi tidak pada ebook yang di mana anda boleh mengaut keuntungan sehingga 100%!

Ebook juga bukan sahaja sumber untuk menyampaikan maklumat dan pelajaran kepada pembaca, namun ia juga dapat memacu traffik dalam mengiklankan medium yang lain sepertinya audio, website dan video pembelajaran. Senang kata anda juga boleh mempromosikan apa-apa produk yang anda ada melalui ebook. Jika ebook anda menarik, para pembaca pasti akan membeli produk anda yang lain dalam pengiklanan ebook tersebut. Orang dulu-dulu kata “sambil menyelam sambil minum air”.

Ataupun anda juga boleh menjual ebook beserta extra bonus seperti rakaman audio dan video pembelajaran secara percuma. Bakal pembeli anda pasti akan rasa “beruntung” kerana mereka akan dapat combo dalam satu harga sahaja. Apa-apa pun terpulang bagaimana strategi pemasaran anda.

Kita semua tahu, setiap orang ada keunikan tersendiri, ini adalah anugerah tuhan yang diberikan kepada setiap hamba-hambanya. Sudah pasti bila dikatakan unik ini akan berkait rapat dengan kelebihan.

Jadinya jika anda mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang, anda boleh kongsikan kelebihan anda dan fokuskan sahaja penulisan dalam bidang tersebut supaya anda akan nampak lebih pakar. Ini yang di namakan niche, niche ini adalah satu-satu bidang yang anda tumpukan sahaja. Kalau anda mempelbagaikan topik anda, orang pun akan kurang yakin dengan anda. Jadinya misal kata anda memilih bidang hartanah untuk menulis, makanya anda tulis sahaja tentang itu untuk ebook-ebook seterusnya.

Untuk bacaan lebih lagi tentang ebook, saya juga ada menulis tentang ini khas untuk yang baru-baru nak berjinak dengan ebook, anda boleh klik di pautan ini:- Cara buat duit dengan ebook untuk beginner

 Saya benar-benar tertarik dengan satu quotes dari Saiful Nang, founder kepada RPWP dalam bukunya berjudul Kisah Orang Menang:-

“Menulis bukan untuk nama, menulis untuk menyampaikan pemikiran yang tidak sama”

2. MENJUAL GAMBAR ONLINE

11 Idea Jana Pendapatan Pasif Yang Sesuai Dengan Rakyat Malaysia
Photo by George Milton from Pexels

Percayalah, anda tak perlu pun gear kamera yang harga puluh ribu untuk mulakan perniagaan jual gambar di internet.

Sebenarnya anda boleh sahaja shoot gambar dan upload terus menerusi telefon! Kebanyakan syarikat stock photo sudah menyediakan platform aplikasi smartphone untuk memberi peluang jana pendapatan kepada mereka yang tidak mempunyai kamera DSLR. Hanya perlu edit sikit, Upload gambar atau footage, buat description, letak keywords yang sesuai dan anda boleh submit untuk mereka review.

Ramai juga kata jual gambar di internet memerlukan teknikal skill fotografi yang bagus, sebenarnya tidak sama sekali, ianya mitos.  Anda hanya perlu tahu basic fotografi sahaja yang di mana anda sendiri boleh lakukannya dengan mudah. Anda kena memastikan:-

  1. gambar anda sharp dan tidak noise (bintik-bintik halus pada gambar)
  2.  mengawal cahaya supaya tidak terlalu cerah (overexposed) dan tidak terlalu gelap(underexposed)
  3. menjaga komposisi supaya gambar anda akan nampak kemas.

Terlampau cerah dan gelap berkemungkinan besar gambar anda akan di reject . Anda kena memastikan gambar-gambar anda berkualiti untuk mudah di approve.

Berjuta gambar yang terjual di Shutterstock hanyalah gambar-gambar biasa sahaja dan tidaklah gempak mana pun. Tapi gambar-gambar yang dijual mestilah bermakna dan bukan sekadar gambar semata. Kalau orang beli pun orang tahu kegunaannya. Anda pasti akan pelik “gambar cemni pun boleh terjual?”.

Jual gambar online merupakan sumber pendapatan pasif saya yang pertama dan sudah lebih 5 tahun saya libatkan diri dalam dunia ini. Boleh di katakan banyak perkara yang sudah saya lalui untuk jana income yang lumayan di sini.

Saya pun ada cerita serba sedikit mengenainya dalam artikel ini:- Cara effective jual gambar online berdasar pengalaman penulis dan jana pendapatan pasif dalam USD!

Bagi saya, perkara paling penting untuk jana pendapatan yang mantap dalam stock photo ini anda kena pilih niche anda dahulu. Niche ini maksudnya anda fokus satu-satu topik. Misal kata jika anda nak fokuskan tentang lifestyle, anda boleh upload gambar-gambar mengenai lifestyle.

Kalau anda nak fokuskan tentang tumbuh-tumbuhan, anda boleh penuhi portfolio anda dengan tumbuhan. Ini akan menarik golongan-golongan tertentu untuk selalu singgah di portfolio anda. Sebab mereka tahu portfolio anda penuh dengan gambar yang mereka mahukan. Apa-apa pun ini adalah “numbers game”, lagi banyak gambar dalam portfolio anda, lagi banyak gambar anda terjual.

Pada pendapat saya untuk yang baru-baru nak bermula dalam dunia stock photo, anda boleh mulakan dengan shutterstock. Ini kerana shutterstock lebih universal jika nak dibandingkan dengan platform yang lain.

Kalau anda nak baca lebih lagi tentang stock photo dan ingin tahu rahsia-rahsia jana pendapatan yang lumayan dari otai stock photo, saya suggestkan anda dapatkan ebook ini dengan klik di pautan ini :- RAHSIA JUAL GAMBAR ONLINE DALAM USD

Apa-apa pun anda kena ingat ini bukanlah suatu skim cepat kaya, benda bukan buat harini esok jadi, perlu istiqamah, anda kena kerja keras dahulu sebelum gambar-gambar anda akan bekerja membuat duit untuk anda.

3. MENJUAL DESIGN SECARA ONLINE DI ETSY

Sebenarnya Etsy merupakan satu platform yang masih rare lagi di Malaysia. Bila dikatakan rare ini senang kata tak ramai pun orang kita yang tahu akan kewujudan platform ini. Etsy ini adalah sebuah e-commerce yang di mana anda boleh jual produk-produk kreatif, kraftangan, barangan vintage dan lain-lain dari barang-barang perhiasan, pakaian sampailah ke perabot dalam rumah.

Tapi kita taknak jual produk seperti itu, kita nak jual benda yang buat sekali sahaja selepas itu anda akan menikmati berkali-kali ganda keuntungan yang terjual dari produk tersebut.

Lagipun anda tak perlu pun buat packaging dan shipping yang agak melecehkan dan memerlukan banyak masa.

Idea produk digital yang boleh dijual di Etsy

Di sini saya sediakan 5 idea buat anda untuk jana pendapatan pasif di Etsy :-

  1. Greeting Cards templates seperti kad kahwin
  2. Templates tentang belanjawan
  3. Resume Templates
  4. Marketing materials
  5. Kalender bulanan

Anda hanya perlu upload sahaja di platform Etsy dan tunggu sahaja masa untuk gambar anda terjual.

Untuk memudahkan lagi anda hasilkan karya anda dan tak perlu pening-pening guna Photoshop, anda boleh design sahaja dengan hanya menggunakan platform yang percuma di Google! Guna sahaja Canva yang merupakan satu-satu software  yang sangat power dan sangat-sangat mudah digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja kreatif. Banyak sahaja tools yang disediakan yang akan memudahkan kerja-kerja anda nanti.

Kalau anda nak tahu logo pertama Werksbite.com juga menggunakan Canva. 😊

Anda mesti terfikir, “Tak logik betul dorang nak beli benda-benda begini, boleh sahaja download secara percuma dari Google takpun design sahaja di Canva”.

Anda kena ingat, ada orang inginkan benda yang sudah tersedia supaya memudahkan lagi kerja-kerja mereka, mereka tak kisah jika keluarkan duit sekalipun. Sesetengah orang juga nakkan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain, templat-templat percuma di Google sudah tentulah beribu-ribu orang download benda yang sama.

Anda pening nak jual produk yang mana? Ikut tips ini

  1. Anda perlu Brainstorm benda yang anda rasa enjoy untuk mencipta dan menjual. Caranya anda ambil sekeping kertas dan tulis sahaja apa-apa idea yang terlintas dalam fikiran anda.
  2. Daripada banyak-banyak idea, pilih satu sahaja. Sekiranya anda memilih untuk membuat templat kad kahwin, jadi fokus sahaja pada itu. Ini kerana pelanggan akan mudah mengenali anda “aku nak cari dia ni sahaja kalau nak buat kad kahwin”.
  3. Seterusnya buat research di Etsy. Anda tengok gaya idea yang bagaimana disukai ramai, jadi anda ambil idea mereka, tetapi bukan tiru 100%! Itu sudah dikira menciplak. Olahkan ikut kekreatifan anda. Anda juga boleh tengok di Pinterest juga untuk dapatkan idea.

Di Etsy, anda juga boleh customize item mengikut kehendak pembeli. Mereka boleh membuat permintaan dengan menekan butang “made to order”.

Untuk pengetahuan anda, menurut sumber terdapat 67% pelawat di Etsy adalah perempuan dan 62% adalah pelajar kolej atau universiti. Oleh itu, anda ciptalah design yang disukai golongan-golongan seperti ini yang fresh dan modern.

Saya pernah juga jumpa dengan seseorang yang telah menjana 5 figures pendapatan dalam sebulan dengan hanya menjual produk digital di Etsy sahaja! Mungkin anda seterusnya? Saya doakan anda Berjaya!

4. MELABUR DALAM SAHAM YANG MEMBERIKAN DIVIDEN YANG TINGGI

Menurut sumber dari theborneopost.com, semasa artikel ini ditulis sebanyak 410 daripada 784 buah syarikat yang menyediakan dividen di Bursa Malaysia. Kebiasaanya dividen yang tinggi adalah dari sektor utiliti, hartanah, perindustrian, kewangan dan komunikasi.

antara dividen yang tertinggi adalah:-

  1. Malakoff Corp Bhd (9.39%)
  2. Sentral Reit (8.75%)
  3. Astro Malaysia Holdings Bhd (8.59%)
  4. KLCC Properties Holdings Bhd (7.85%)
  5. AmanahRaya REIT (7.34%)
  6. MISC BHD (6.58%)
  7. Al-Aqar Healthcare REIT (6.37%)
  8. Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (5.77%)
  9. Petronas Gas Bhd (5.12%)
  10. Malaysia Building Society Bhd (5.08%)

dividen akan berubah-ubah mengikut pasaran semasa

Kelebihan melabur saham yang memberikan dividen yang tinggi.

  1. Dapat Extra Income

Dapat memberikan anda extra income dalam saham. Untung saham dapat, untung dividen pun dapat!

  1. Lebih selamat

Saham yang memberikan dividen kebiasaannya adalah lebih selamat untuk anda laburkan duit anda, lebih kurang risikonya dan lebih diyakini jika nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang tidak memberikan anda apa-apa dividen. Syarikat-syarikat sebegini mempunyai kewangan yang lebih kukuh dan mampu bertahan semasa pergerakan pasaran yang tidak baik.

  1. Dapat mengatasi inflasi

Seperti yang kita tahu, inflasi semakin hari semakin tinggi. Anda boleh mengatasinya dengan melaburkan duit anda ke dalam saham yang ada dividen, terutamanya saham yang memberikan dividen yang lebih banyak. Hal ini kerana hasil dividen yang semakin meningkat akan dapat menangkis kenaikan kadar inflasi.

  1. Boleh nikmati keuntungan!

Sudah tentu para pelabur boleh menikmati duit mereka hasil daripada dividen saham! Nak beli mainan anak boleh, nak belanja keluarga dan kawan-kawan makan boleh dan nak beli banglo pun boleh! inilah yang dinamakan passive income! siapa jer nak bagi duit tanpa buat apa-apa hehe.

  1. Menambah modal gandakan pelaburan anda

Apabila pelabur menerima bayaran dividen, mereka juga dapat gunakan duit tu semula untuk melaburkan semula ke dalam saham yang sama ataupun saham-saham lain yang stabil dan mampu memberikan pulangan yang tinggi.

  1. Tak perlu pening-pening monitor naik turun graf saham setiap hari

Para pelabur tak perlu pun meluangkan masa berejam-rejam setiap hari menghadap computer hanya kerana untuk melihat pergerakan naik turun saham yang amat memeningkan kepala dan merisaukan. Anda perlu “buy and hold”. Lepas beli lupakan sahaja. Yakinlah saham dividen adalah syarikat yang kukuh dan stabil yang kurang terkesan daripada turun naik pasaran.

5. LABUR DI REITS

REIT merupakan nama singkatan bagi Real Estate Investment Trust. Dalam Bahasa Melayu pula ia dikenali sebagai Amanah Pelaburan Hartanah (mesti anda pernah dengarkan?). Jika anda masih baru dan tidak tahu apa-apa tentang pelaburan dan hartanah, REITS merupakan pilihan terbaik untuk anda mulakan!

REITS adalah alternatif lain yang menyediakan instrumen untuk melabur dalam hartanah komersial berskala besar yang berkualiti tinggi seperti hotel, pusat membeli-belah, kilang dan bangunan-bangunan tanpa perlu anda membeli hartanah secara langsung.

Senang kata anda tak perlu mengeluar duit berbillion untuk membangunkan sebuah bangunan. Tetapi dengan REITS, anda boleh jadi pelabur kepada hartanah tersebut dan sudah tentu anda akan mendapat faedah-faedahnya.

REITS ini sama seperti pelaburan biasa yang didagangkan di Bursa Malaysia yang di mana anda boleh dijual beli secara terbuka.

Anda boleh berjual beli di broker-broker secara online seperti M+Online, RHB, Kenanga Investment (Kentrade) dan lain-lain.

Oleh itu anda perlu membuka akaun Central Depository System (CDS) terlebih di broker-broker pilihan anda dahulu untuk memulakan pelaburan ini. Anda juga boleh baca di sini untuk membuka akaun CDS :- Cara membuka akaun cds.

Bagaimana REIT menjana duit untuk anda?

Secara ringkasnya REITS adalah pengumpulan dana daripada para-para pelabur kepada pemaju hartanah untuk jana pendapatan dalam sektor hartanah. Pendapatan REIT adalah dari kutipan hasil sewaan secara berulang-ulang, iklan-iklan seperti billboard dan pelbagai-bagai cara lagi yang boleh jana keuntungan dalam asset hartanah mereka.

Apakah kebaikan REIT untuk anda?

  1. Ia tidak serumit seperti hartanah lain

REIT merupakan salah satu cara paling mudah untuk anda memperoleh pendapatan pasif dalam hartanah. Ia tidak serumit seperti pelaburan hartanah biasa yang di mana mempunyai banyak proses untuk diuruskan, proses yang lama sehingga 6 bulan untuk menjual dan banyak pihak perlu terlibat dalam proses jualan seperti pembeli, ejen hartanah, peguam, pihak bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pejabat tanah.

  1. Mempunyai pembayaran yang stabil

Selain itu, REIT juga mempunyai pembayaran yang stabil, konsisten dan mempunyai pembayaran yang sangat-sangat menguntungkan. Apa yang menarik adalah REITs akan memulangkan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan mereka kepada pelabur dalam bentuk dividen. Kalau anda melabur di syarikat hartanah pula belum tentu ada jaminan bagi pembayaran dividen bagi saham hartanah. Keuntungan dividen yang boleh anda dapat kebiasaanya sekitar 5% – 6% sepanjang tahun malah boleh mencecah 7%! Dividen anda dapat, kenaikan harga saham pun anda dapat juga! Sangat-sangat berbaloi.

                Tetapi anda kena tahu satu perkara, jika anda ingin memaksimakan keuntungan dalam pelaburan REIT, anda perlu simpan dan peram selama yang boleh. Anda tak boleh guna cara Buy Today Sell Tomorrow, teknik rempit atau apa-apa cara trading sekalipun yang anda boleh beli dan jual dengan masa yang singkat.

  1. Risiko yang lebih rendah

Anda tidak perlu risau tentang apa-apa masalah ke atas hartanah yang anda laburkan di REIT kerana ia diuruskan oleh golongan professional. Mereka lebih arif untuk berdepan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

  1. Boleh melabur serendah rm 100

Anda boleh melabur serendah RM 100 dan tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk melabur dalam REID ini. Pembelian saham minimum di Bursa Malaysia ialah 1 lot atau 100 unit. Tetapi jika anda ingin margin keuntungan yang lebih besar, anda perlulah mengeluarkan modal yang lebih untuk mendapatkan pulangan yang lagi menguntungkan. Harga satu lot saham adalah berbeza-beza bagi setiap syarikat REIT. Sebagai contohnya Al-Salam REIT (AlSREIT) RM 0.480, Atrium REIT (ATRIUM) berharga RM 1.470 dan lain-lain (Harga yang diberikan akan berubah-ubah mengikut pasaran). Terdapat 18 saham REIT yang terdapat di Malaysia. Oleh itu anda tidak perlulah mengeluarkan modal yang terlampau besar untuk menjadi pelabur REIT.

6. MELABUR DENGAN RENDAH RISIKO

  • Melabur di Tabung Haji

Dengan serendah RM 2 sahaja anda boleh membuka akaun simpanan di Tabung Haji. Ini secara tidak langsung anda akan mendapat dividen daripada Tabung Haji setiap tahun yang boleh dikatakan menarik juga.

Dividen tahunan Tabung Haji :-

  1. 2019 – 3.05%
  2. 2020-3.10%
  3. 2021-3.10%

Lebih menarik lagi dividen Tabung Haji dikecualikan cukai oleh kerajaan. Anda juga boleh mendaftar haji sekiranya simpanan anda telah mencecah RM 1,300 dan selepas itu anda tambahkan lagi simpanan anda. Nama anda akan dimasukkan ke waiting list sekiranya simpanan anda sudah cecah RM 10,000. Tunggu Sahaja, In syaa Allah ada rezeki untuk anda buat Haji.

  • Melabur di ASB atau ASM

Perbezaan antara ASB dan ASM adalah ASB hanya terbuka kepada golongan bumiputera sahaja manakala ASM pula adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun had maksima pelaburan ASB adalah sebanyak RM 200,000 sahaja, tetapi faedah yang anda akan dapat berterusan dan tiada had. Ini akan dapat meningkatkan lagi jumlah simpanan dalam akaun anda. Anda juga boleh membuka dua akaun ASB dalam satu-satu masa dan boleh genapkannya sebanyak RM 200, 000 untuk kedua-dua akaun.

Bukan takat dividen sahaja yang ASB beri, bahkan bonus juga turut diberi Bersama!

Anda juga boleh membuka akaun ASB di Bank sepertinya Maybank, RHB, CIMB dan lain-lain. Manakala ejen bukan bank pula seperti Pos Malaysia.

Ini adalah pulangan dividen dan juga bonus ASB 5 tahun kebelakang ini:-

  1. 2017 – 8.25%
  2. 2018 – 7%
  3. 2019 – 5.50%
  4. 2020 – 4.25%
  5. 2021- 5%

Walaupun ASB tidak mempunyai pulangan dividen yang masyuk seperti dahulu, tetapi ia masih menjadi pilihan pelaburan yang selamat dan berisiko rendah.

  • Saham Bank Rakyat

Saham Bank Rakyat tidak seperti saham-saham lain yang di mana Saham Bank Rakyat tidak dibuka pembelian sepanjang masa. Anda perlu sentiasa peka dengan pengumuman kerana saham ini laris seperti pisang goreng panas! Buka sahaja pasti orang berpusu-pusu beli. Untuk memudahkan lagi anda mendapat saham ini, anda perlulah membeli pada jumlah yang lagi besar. Semakin besar nilai yang anda beli, semakin mudahlah anda akan dapat. Hal ini kerana kurang persaingan jika anda beli pada jumlah yang besar.

Pulangan dividen bank rakyat untuk 5 tahun berturut-turut:-

  1. 2017- 16%
  2. 2018- 13%
  3. 2019-14%
  4. 2020-13%
  5. 2021-15%

Saham Bank Rakyat sangat konsisten pulangannya dan mampu memberikan anda nilai yang tinggi untuk 5 tahun kebelakang ini!.

7. BUAT HOMESTAY DI AIRBNB

Anda nak tahu bagaimana ingin menjana pendapatan dengan Airbnb? Anda mempunyai rumah yang kosong atau bilik lebih di rumah anda tetapi terbiar begitu saja? Jom baca apa yang saya kongsikan di sini.

Boleh dikatakan zaman sekarang berbagai-bagai alternatif bole menjanakan wang ringgit. Walaupun Airbnb mempunyai host (tuan rumah) melebihi 4 juta di serata dunia, tetapi masih ada lagi yang tidak tahu apa-apa tentang Airbnb ini. Secara ringkasnya Airbnb ini adalah sebuah portal yang terkenal yang boleh anda sewakan rumah anda dan bilik anda yang tidak digunakan. Konsep Airbnb ini sama seperti hotel. Bakal pelanggan boleh memilih tarikh untuk check in dan check out semasa membuat tempahan.

Jika anda ingin menjana pendapatan secara pasif ataupun jika kediaman yang anda ingin jadikan homestay jauh dari tempat yang anda tinggal, anda boleh mengupah seseorang yang boleh dipercayai untuk menguruskan kediaman anda. Carilah yang amanah dan jujur kerana mereka perlu menguruskan rumah anda yang berharga nilainya dan menjaga harta-harta anda di dalam rumah itu dengan baik. Merekalah yang akan membersihkan rumah anda selepas tetamu keluar, menjaga kunci rumah dan mereka lah sentiasa stand by jika apa-apa perkara berlaku di rumah anda.

Tetapi anda perlu ingat jika keuntungan sewaan homestay anda perlulah berganda-ganda kerana adanya kos sekali untuk mengupah penjaga rumah anda. Mungkin anda perlu mengeluarkan modal yang lebih pada awalnya kerana pelanggan tidak ramai.

Cara mendapatkan rating yang terbaik di AirBnb

Sudah pasti akar kepada kepada kepuasan pengunjung adalah servis kita yang baik. Apabila kediaman kita bersih, mempunyai fasiliti yang menarik sepertinya tempat bbq, wifi yang laju, mempunyai air-cond, mempunyai pinggan mangkuk yang cukup dan dapur gas sudah pasti akan membuatkan pelanggan gembira dan berpuas hati dengan pembayaran mereka.  Jadi Langkah pertama adalah berikan pengalaman yang terbaik sekali untuk tetamu kita.

Sudah tentu apabila tetamu berpuas hati dengan servis yang diberikan, mereka dengan sendirinya akan memberikan rating yang baik dan positif. Jika review anda sentiasa lima bintang, algorithm Airbnb sendiri akan menaikkan lagi kedudukan iklan anda di kawasan carian. Jadi lagi mudah untuk bakal pengunjung menjumpai iklan anda sekaligus melahirkan rasa kepercayaan kepada mereka untuk menempah di kediaman anda.

Lihat saja komen-komen di sini, kesemuanya mereka berpuas hati dengan servis yang diberikan. Letakkan kepercayaan kepada mereka bahawa servis kita sangat baik, maka mereka akan datang lagi di kemudian hari.

Jika anda berminat untuk menyewa homestay di sekitar bandar Melaka menerusi Airbnb, saya cadangkan kepada anda untuk menyewa dengan D’ Tuskin Homestay & Guesthouse. Anda boleh lihat disini :-Homestay terbaik Melaka

D’ Tuskin mempunyai keluasan rumah yang besar sesuai untuk tetamu yang ramai, mempunyai wifi yang sangat laju dan keselesaan anda pasti terjamin. Bukit Beruang terletak betul-betul di pertengahan bandar Melaka. Jadi mudah untuk anda pergi ke tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar Melaka.

Kenapa perlu sewakan di AirBnb?

Airbnb mempunyai pasaran yang sangat luas. Jadi disebabkan pasaran yang sangat luas, maka potensi untuk mendapatkan pelanggan adalah tinggi. Selain itu Airbnb juga mengenakan cas yang sangat sedikit daripada jumlah tempahan iaitu sebanyak 3% sahaja. Misal kata jika cas satu malam adalah sebanyak RM 300, jadi untuk dua malam adalah sebanyak RM 600. Airbnb akan mengambil 3% sahaja daripada jumlah tempahan iaitu 3% X RM 600 = RM 18 sahaja! Ini akan memberikan keuntungan yang lebih untuk anda.

Jika anda tidak mahu langsung terlibat dengan cas 3% tersebut, anda boleh menaikkan harga dari harga yang anda ingin kenakan. Jadinya apabila pelanggan melakukan pembayaran, anda masih mendapat jumlah yang anda kenakan iaitu sebanyak RM 600 kerana pelanggan telah membayar cas 3% tersebut.

Untuk tips-tips yang lebih menarik lagi, saya juga ada menulis artikel cara-cara bermula bisnes homestay. Anda boleh klik di pautan ini :- 20+ Panduan step-by-step memulakan bisnes homestay relevent 2022 dan successful

8. SEWAKAN RUMAH ATAU KEDAI

Kenapa perlu menyewakan?

Apabila kita masuk topik soal pelaburan hartanah, kita tidak dapat mengelak daripada soal penyewaan. Ia adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Seperti yang sedia maklum urusan jual beli hartanah bukanlah perkara yang mudah. Ia tidaklah semudah untuk dilaksanakan seperti ABC. Banyak proses yang perlu dilalui untuk menukar nama hartanah yang dibeli kebiasaannya mengambil masa enam bulan (walaupun anda membelinya secara cash). Itu tidak termasuk lagi dengan yuran guaman, bayaran komisen ejen, duti setem dan lain-lain yang membuatkan urusan jual beli kurang menarik. Ini akan meletihkan anda.

Sebab-sebab inilah anda perlu menyewakan. Ia akan mengurangkan kerja, kos dan yang paling penting anda sedang membina kekayaan dengan meninggalkan jauh Inflasi dari anda. Ia benar, nilai hartanah makin lama akan makin meningkat. Anda akan beroleh keuntungan kerana nilai hartanah naik melalui tekanan inflasi.

Anda juga akan mendapat pendapatan secara tetap dan automatic pada setiap bulan hasil kutipan sewaan anda. Inilah yang dinamakan pendapatan pasif anda melalui hartanah. Anda juga memerlukan kerja yang sedikit sahaja pada awal sewaan. Selepas itu anda tidak perlu membuat apa-apa dan menunggu hanya duit masuk sahaja.

Menyewakan bilik

Jika rumah anda terletak di kawasan perindustrian dan kawasan tempat kerja, anda juga boleh menyediakan bilik selain menyewakan sebuah rumah. Katakanlah jika anda mempunyai sebuah rumah apartment yang mempunyai 3 bilik tidur. Anda boleh menyewa sekurang-kurangnya RM 350 untuk sebuah bilik mempunyai almari dan katil. Jika master room pula anda boleh menaikkan lagi harga. Keuntungan anda untuk 3 bilik boleh mencapai RM 1,000! Silap-silap sewaan bilik lebih menguntungkan dari sewaan sebiji rumah.

Baca juga: Cara Jana Passive Income dengan vending machine Step-by-step 2022

Untuk memaksimakan lagi keuntungan anda, anda juga boleh membuat partition di ruangan tamu untuk dijadikan bilik tidur jika ruangan tamu anda besar. Jadi pendapatan pasif anda akan lebih banyak!

Sublet rumah dan bilik

Anda tidak perlu membeli hartanah untuk menjalankan bisnes sublet. Sublet ini adalah aktiviti sewa atas sewa. Ia di mana kita menyewa sebuah rumah daripada pemilik, selepas itu kita menyewakan balik rumah dan bilik yang ada kepada penyewa yang lain.

Tetapi bisnes sublet ini tertakluk kepada tuan rumah. Jika tuan rumah anda membenarkan aktiviti sublet ini, maka anda boleh lakukan bisnes ini. Pastikan ada hitam putih untuk adanya bukti apabila situasi tak di ingini berlaku.

9. BLOGGING

topik yang high traffic

Jika anda mempunyai kemahiran menulis artikel, ini adalah peluang yang baik untuk menjana pendapatan pasif dengan blog. Menurut sumber, artikel-artikel seperti kewangan, makanan, travel, parenting, fashion mempunyai traffik yang tinggi! Anda perlu mempunyai strategi yang betul untuk menarik orang ramai membaca blog anda.

Anda perlu memfokuskan mana-mana bidang yang anda pilih. Misalnya jika anda ingin menceritakan tentang pelanconga, jadi anda boleh menulis artikel-artikel berkaitan tentang itu sahaja. Ini yang dipanggil niche. Bila anda sudah tahu niche market anda, maka anda sudah boleh mengenal pasti pasaran anda dengan lebih khusus. Oleh itu anda boleh olah spesifik topik di dalam blog anda. Jadi audience akan kenal anda sebagai sebagai seorang yang suka bercerita tentang sewaan hartanah dan apa yang lebih penting adalah mereka akan ingat anda sebagai expert dalam bidang ini.

Bagaimanakah blog menghasilkan duit untuk anda?

Setiap baris artikel yang anda hasilkan adalah sangat-sangat berpotensi untuk menjanakan passive income. Apabila artikel anda dah mula rank di paparan Google (ataupun trafik dari sumber yang lain sepertinya tersebar di Facebook) maka di sini anda sudah boleh monetize duit anda.

Baca juga: Cara buat duit (secara pasif) dengan menulis Ebook, beginner strategy proven 2022

Blog biasanya boleh di monetize melalui pengiklanan google ads ataupun affiliate links yang diletakkan pada website anda. Di sini anda boleh dibayar setiap kali seseorang melawat blog anda atau mengklik iklan ataupun membeli produk yang anda promosikan melalui salah satu affiliate link yang anda letak. Jadi selagi pelawat di luar sana melawat di laman web anda, selagi itu anda akan memperolehi bayaran. Anggaplah laman web anda adalah kedai anda sendiri. Jadi untuk menarik lagi ramai pelanggan, anda perlulah membina content yang berkualiti dan menarik.

Apa yang menarik lagi tentang kedai anda adalah anda tidak perlu menguruskan inventori, menyusun barang, menjaga kaunter, tiada pekerja untuk diawasi dan lain-lain seperti kedai fizikal. Anda juga tidak perlu membuat marketing Jika anda menulis artikel yang sangat bagus. Google sendiri yang akan menghantar trafik ke website anda. Jadi hasilkan artikel-artikel yang berkualiti untuk mendapatkan trafik secara percuma ke website anda.

10. JADI YOUTUBER

Untuk menjadi seorang youtuber tidak semudah yang disangkakan. Tetapi ia tidak mustahil jika anda mempunyai minat yang mendalam dan passion untuk menghasilkan sebuah video. Menghasilkan video merupakan suatu kerja yang agak renyah, selepas recording, anda perlu menyunting pula video anda dan selepas itu baru upload ke Youtube. Perkara ini semua memakan masa berjam-jam untuk hasilkan sebuah video. Jika anda seorang yang berminat membuat video, ini adalah peluang untuk anda menjana passive income setelah anda melepasi syarat-syarat yang diberikan.

Untuk mendapatkan trafik yang sibuk, anda perlu memahami bagaimana algorithm carian Youtube berfungsi serta anda juga perlu menghasilkan kandungan yang menarik, tajuk yang menarik dan thumbnail yang membuatkan audience tertarik untuk menonton video anda. Hasilkanlah video menarik dan kreatif, nescaya bukan sahaja pengikut anda berada di Youtube sahaja malah ia akan menarik ke pengikut Facebook, Instagram dan twitter.

11. VENDING MACHINE

Bila kita lepak di dobi semasa menunggu baju habis mesin, berdiri menunggu sewaktu lift tiba ataupun duduk di depan pintu masuk utama shopping pasti kita terjumpa dengan mesin gedegang.

Kebiasaannya kos permulaan adalah sekitar RM 10,000 sehingga ke RM 30,000 bergantung kepada jenis mesin gedegang yang anda beli.  Sayang sekiranya anda tidak memulakan perniagaan ini jika anda mempunyai modal yang cukup.

Kini terdapat juga syarikat-syarikat yang mengendalikan mesin gedegang. Anda tidak perlu mengurus apa-apa pun, hanya menunggu duit masuk pada hujung bulan sahaja. Merekalah yang tambah tin air dan jajan, lakukan maintenance, membayarkan sewa tapak, bimbingan Latihan dan lain-lain lagi.

Tapi anda kena pastikan syarikat yang anda ingin sertai mestilah dipercayai. Ini kerana ada syarikat yang menjalankan modus operandi scammer vending machine. Saya ada ceritakan lebih lagi tentang vending machine di sini:- Cara Jana Passive Income dengan vending machine Stepby-step 2022

Sebab kenapa anda perlu mulakan perniagaan vending machine

  • Mesin ini beroperasi 24 Jam 7 hari seminggu 365 hari setahun tanpa henti!
  • Kos penyelenggaran yang rendah dan tidak membebankan
  • Boleh jana extra income dengan wrapping iklan pada mesin gedegang!
  • Anda boleh jana pendapatan secara pasif. Duduk tak buat apa-apa pun boleh dapat duit!

12. MENCIPTA APLIKASI SMARTPHONE

Anda pernah tak terfikir bagaimana aplikasi-aplikasi di smartphone mampu buat duit untuk anda?

Kadang-kadang anda tahu aplikasi-aplikasi apa yang jadi demand orang ramai dan anda tahu aplikasi-aplikasi apa yang boleh janakan duit yang lumayan untuk anda, tapi persoalannya bagaimana anda nak buat apps seperti itu?

Anda nak tahu sebenarnya anda boleh bangunkan apps smartphone tanpa menggunakan coding yang sangat-sangat memeningkan kepala! Anda boleh sahaja bangunkan ia menerusi website ini :-

  1. Appypie.com
  2. Ibuildapp.com
  3. Glideapps.com

Kita boleh lihat di mana-mana orang main telefon dan membuka aplikasi daripada melayari website. Menurut kajian, hampir 90% pengguna telefon menghabiskan masa di aplikasi.

Free Apps VS Apps berbayar

  1. Kita sendiri lebih suka untuk memuat turun aplikasi percuma oleh kerana kita terasa membazir mengeluarkan duit untuk sebuah aplikasi berbayar. Banyak sahaja aplikasi percuma, kenapa perlu membayar? Kebanyakan orang juga seperti kita, mereka lebih memilih aplikasi percuma dari berbayar.
  2. Apabila pengguna membayar sesuatu aplikasi, mereka mempunyai high expectation yang tinggi. Mereka hanya fikirkan segala-galanya perfect and they want the best experience semasa menggunakan apps tersebut. Sekiranya ada cacat cela yang membuatkan mereka tidak berpuas hati, lalu mereka pun memberi review yang negative di ruangan komen. Sudah tentu ini akan menjatuhkan reputasi sesebuah apps.
  3. Ada masanya pengguna mahu mencuba-cuba sahaja percubaan aplikasi (apps trial) yang kebiasaannya diberi 7 hari, selepas habis tempoh masanya mereka tak mahu teruskan. Lalu mereka pun membuang apps berbayar tersebut.

Sebab-sebab inilah para apps developer di seluruh dunia lebih memilih untuk membangunkan apps percuma jika nak dibandingkan dengan apps berbayar. Banyak kelebihan free apps jika nak dibandingkan dengan paid apps.

Bagaimanakah Free Apps jana duit?

  1. Melalui pengiklanan

Anda akan dibayar setiap kali paparan iklan ditayangkan. Selain itu, anda juga dibayar setiap kali pengguna mengklik iklan-iklan yang disiarkan.

  • Subscription ataupun lifetime payment

Mesti anda pernah jumpa kan? Apabila pengguna sudah berpuas hati dengan aplikasi anda, jadinya mereka menginginkan lebih fitur-fitur yang terdapat pada aplikasi anda. Untuk dapat mengakses fitur-fitur tersebut, mereka perlulah membuat pembayaran. Secara tidak langsung, dengan cara ini anda dapat meningkatkan audience yang lebih berkualiti untuk guna apps anda.

  • Menjual merchandise

Kita lihat sahaja contoh aplikasi Angry Bird. Dengan hanya sebuah apps saja mereka mampu untuk menjual barangan mereka sendiri seperti t-shirt, mainan dan lain-lain. Sehinggakan mereka mempunyai filem tersendiri!

Berdasarkan TechCrunch, terdapat lebih 90% aplikasi di pasaran adalah percuma. Jadinya ambil lah peluang di sini untuk anda janakan pendapatan pasif dengan hanya membangunkan apps percuma sahaja.

13. JADI INSTRUCTOR DI UDEMY

Sekiranya anda mempunyai kemahiran sesuatu bidang dan anda boleh mengajar, Udemy adalah tempatnya.

Di Udemy anda boleh mengajar dalam Bahasa Melayu juga, tetapi lebih baik sekiranya anda mengajar dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana audience adalah di serata dunia.  

Ada jer orang Malaysia mengajar

Cara nak promosi course udemy bagi yang baru bermula

  1. Dapatkan positif review daripada keluarga dan rakan-rakan anda

Sebaik sahaja anda melancarkan kos anda, anda boleh sahaja minta kenalan-kenalan anda memberi rating 5 bintang. Ini akan meningkatkan lagi keyakinan orang ramai untuk membeli kos anda.

  • Boleh promosikan kos anda di blog

Anda boleh promosikan kursus-kursus anda melalui website anda. Untuk nampak lagi menarik lagi, anda boleh bina satu landing page khas untuk satu-satu kursus anda. Cara ini akan membuatkan bakal pelanggan anda lagi tertarik untuk dapatkan kursus anda sekaligus dapat memberi maklumat kepada mereka tentang kewujudan kursus anda di Udemy. Kebiasaannya para pengajar akan memberi promosi diskaun untuk bakal pelanggan-pelanggan mereka jika membelinya melalui website mereka.

  • Pemasaran email

Anda boleh jadikan medium untuk pemasaran kursus udemy anda sekiranya anda mempunyai senarai email. Kebiasaanya mereka yang mempunyai senarai email ini adalah  hasil kutipan daripada pelajar-pelajar mereka sebelum ini.

Anda boleh praktikkan soft sell pada pemasaran email ini dan jangan terlampau nampak menjual sangat (hard sell), sampaikan sahaja dengan nada yang tenang dan friendly yang dapat membuatkan para pembaca untuk klik.

Jika kita lihat di Udemy terdapat berbagai-bagai instructor yang mengajar kursus yang sama, jadinya di sini anda perlulah mengajar dengan baik untuk meningkatkan lagi rating pengajaran anda bagi mendapatkan keyakinan bakal pelajar anda.

Selain itu anda boleh promosikan kursus anda di Skillshare dan juga Coursera.

Cuma apa yang saya boleh katakan, menjadi instructor bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Selepas anda rekod video rakaman, anda perlulah mengedit. Kos sebuah kamera pun perlu difikirkan juga beserta dengan langganan editing software dan juga mungkin anda memerlukan tenaga pekerja jika perlu. Tetapi ini semua permulaan sahaja, mana-mana bisnes pun memerlukan modal. In syaa Allah anda boleh Berjaya, saya doakan income anda masyuk amin.

Apakah sumber pendapatan pasif terbaik?

Persoalan ini sebenarnya tiada jawapan yang tepat, setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mereka memilih satu-satu bidang. Hal ini bergantung kepada beberapa faktor :-

  1. Ada yang bermula dengan modal kecil, ada yang bermula dengan modal yang besar, ada juga tidak memerlukan apa-apa modal langsung! Perkara ini perlu dititik beratkan.
  2. Tanya kepada diri anda, adakah anda mampu untuk cebur dalam sesuatu bidang tersebut?
  3. Tengok juga pada saiz peluang, bidang yang mudah masuk biasanya anda akan bersaing dengan ramai orang, ini akan memberikan anda sedikit cabaran untuk anda berjaya.

Kesimpulan – Pendapatan Pasif

Sebenarnya jana duit secara pasif adalah senjata rahsia bagaimana orang kaya membina lagi kekayaan mereka!

Realitinya, semua perkara dalam dunia ini memerlukan usaha tak kira banyak atau sikit. Begitu juga dengan jana duit secara pasif, awal-awal memang kena kerja keras, lama-kelamaan anda akan nikmati hasilnya.

Contohnya anda menghabiskan masa berbulan-bulan untuk siapkan ebook, selepas itu anda pasarkan dengan strategi yang betul dan akhir sekali baru anda merasa pendapatan yang berterusan tanpa anda melakukan apa-apa.

Menurut sumber, pendapatan pasif yang paling popular adalah pelaburan. Tapi anda kena ingat, melabur ini perlukan ilmu, bukan main hentam saja beli apa-apa di pasaran saham tanpa ada kajian yang meyakinkan. kalau tidak hangus terbakar duit anda.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kerana membaca artikel ini sampai habis. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Yang mana baik anda boleh ambil. Salam maju jaya, saya doakan semoga anda Berjaya dalam apa-apa bidang dan dimurahkan rezeki selalu… Assalamualaikum

Jom Share!
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2022 ALL RIGHTS RESERVED BY WERKS BITE!