Freelance bukanlah suatu kerjaya yang glamour jika nak dibandingkan dengan bidang-bidang lain, tetapi kalau anda nak dapat income setara dengan gaji mereka tidak mustahil!
Tidak mustahil? Boleh masyuk ke buat freelancer ni?
Yup…
Nak dapat 4 angka, 5 angka, 6 angka? takde masalah pun. Income anda boleh meroket sampai ke langit! senang kata unlimited.
Apa-apa pun bergantung kepada seberapa banyak usaha anda.
Andalah bos, andalah pekerja, andalah yang atur masa anda sendiri. Anda nak cuti sebulan tapi income tetap berjalan pun no problem.
BACA : 10+ Idea Jana Pendapatan Pasif Sesuai Untuk Rakyat Malaysia
Anyway apa itu freelance?
bisnes freelance dengan bahasa mudah adalah bisnes berkaitan servis yang kita expert. Kita jual kemahiran yang kita ada untuk menjana pendapatan. Orang bayar kita untuk selesaikan masalah mereka.
Faham?
Ok jom baca artikel ini 10 kerjaya freelance yang hot pada zaman sekarang!
1. PROGRAMMER

Sekiranya anda mempunyai kebolehan dalam bidang coding, apa kata kalau anda ceburkan diri dalam kerja-kerja freelancer berkaitan programming selain kerja hakiki di pejabat.
Ramai sahaja programmer buat kerja-kerja freelance untuk cari duit lebih. Malah ada yang dapat income lebih banyak dari kerja hakiki.
Platform yang popular untuk untuk kerja-kerja freelancer ini antaranya fiverr, freelancer.com dan upwork.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh ambil sub project dari mana-mana company yang memerlukan khidmat anda. Yang penting networking kenalah luas barulah senang anda nak dapat job.
Saya tiada background dalam IT tetapi nak kerja programming boleh ke?
Boleh! tiada masalah. Saya sendiri merupakan seorang programmer yang self learner.
Saya belajar dari 0 tak tahu apa pun. Perlahan-perlahan saya bina portfolio saya dengan buat project dan masukkan di GitHub.
GitHub merupakan sebuah platform yang anda boleh simpan projek anda. Buatlah satu akaun dan belajar bagaimana nak push projek anda ke platform ini.
Seperti yang kita tahu programming mempunyai pelbagai-bagai languages untuk membina software dan aplikasi. Anda tak perlu pun tahu banyak-banyak language, fokus saja pada satu-satu dan dalaminya lagi sehingga anda betul-betul mahir.
Misal kata sekiranya anda ingin fokus kepada web developer, anda boleh belajar asasnya dahulu seperti html, css, Javascript seterusnya belajar framework seperti React.js dan Vue.js untuk frontend web developer.
Kalau nak belajar untuk backend web developer pula anda boleh mulakan dengan node.js selepas itu belajar pula framework nya iaitu express.js.

Tak payah belajar banyak-banyak language, apa pun tak dapat nanti.
Kebiasaannya seseorang itu dapat menguasai asas kepada satu-satu language lebih kurang 6 bulan ke setahun (bergantung kepada seseorang). Banyak benda kena belajar dan praktikkan.
Terus terang saya katakan programming bukanlah satu bidang yang mudah. Tetapi once anda dapat menguasainya jangan risau tentang poket anda, memang masyuk! Berbaloi lah dengan ilmu teknikal yang anda belajar susah-susah sebelum ini.
Jadi mulalah sekarang.
Selepas itu buat beberapa projek dan apply kerja.
Boleh dikatakan kerja programmer panas macam pisang goreng! 🔥 Kalau kita buka jobstreet.com pun berlambak-lambak kerja berkaitan programmer ini.
Cari pengalaman kerja dahulu, dah cukup ilmu boleh mulakan freelance.
Saya ada kenal seorang freelance programmer yang income nya sebulan boleh mencecah 5-6 angka. Anda mungkin seterusnya?
Baca Juga :- Top 7 kamera bajet untuk vlogger 2023
2. WEB DESIGNER

Web designer dan web developer sangat lain. Web designer tidak memerlukan ilmu-ilmu coding untuk membangunkan website.
Antara platform yang anda perlu mahir adalah WordPress, Webflow, Kartra, ClickFunnels
Menurut kajian, syarikat yang mempunyai website yang sendiri dapat menaikkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai. Maka berduyun-duyunlah mana-mana syarikat sekarang ini yang ingin membangunkan website mereka sendiri.
Tugas web designer adalah bekerjasama dengan pelanggan dengan memberi gambaran lakaran website terlebih dahulu dan seterusnya mereka bentuk website mengikut kehendak pelanggan dan niche industri.
Jika anda mempunyai pengalaman dengan WordPress, terdapat banyak job yang boleh didapati di platform bebas seperti fiverr dan freelancer.com
Tetapi sekiranya anda dah betul-betul expert dalam bidang ini, anda boleh cuba Toptal.
Ini kerana untuk terpilih dalam Toptal anda perlu menjalani beberapa proses saringan yang agak ketat. tetapi bayarannya jauh lagi masyuk dan anda akan jumpa lebih banyak pelanggan berprofil tinggi.
Terdapat banyak kursus web designer di Udemy yang anda boleh anda pelajari. Anda boleh belajar di sini dan kursus-kursusnya agak murah juga apabila waktu sales. Kena selalu-selalu jenguk.
jom belajar di Udemy
Baca Juga :- 12 Cara menambah subscriber Youtube secara organik dan efektif 2023
3. GRAPHIC DESIGNER

Graphic designer adalah sebuah kemahiran yang boleh dikatakan demand sekarang ini. Ia banyak digunakan dalam aplikasi yang berbeza-beza termasuklah pemasaran, pengiklanan, laporan, newsletter, katalog, risalah, kad perniagaan, billboard, bungkusan produk dan lain-lain lagi.
Job ini sesuai untuk anda yang mempunyai kemahiran menggunakan design software seperti Photoshop, Illustrator, Figma, Sketch dan mempunyai pemikiran yang kreatif.
Ramai graphic designer mempunyai ijazah dalam bidang ini, namun ramai juga yang self learner atas dasar minat yang mendalam.
Walau bagaimanapun ada cara untuk lebih outstanding dari yang lain. Apa kata jika anda dapatkan Adobe Certified. Ini kerana sesetengah pelanggan akan menilai anda lebih sekiranya anda mempunyai sijil tersebut.
Apa-apa pun portfolio yang cemerlang mencerminkan kualiti anda dalam satu-satu bidang. Tidak kiralah jika anda mempunyai ijazah sekalipun tetapi jika portfolio anda kurang menarik tetap susah untuk anda pergi lebih jauh.
Apa kata kalau anda cari job kecil dahulu di fiverr untuk bina portfolio.
4. TUTOR

Sekiranya anda mempunyai kemahiran khusus dalam satu-satu bidang seperti ilmu marketing, anda boleh mencipta modul kursus anda sendiri dan memasarkan di mana-mana platform media sosial.
Selain itu, anda juga boleh meletakkan kursus anda di Udemy. Orang beli, anda dapat duit.
Kalau kita lihat makin ramai sekarang ini mengambil peluang mengajar apa-apa yang mereka mahir seperti sains, matematik dan bahasa walaupun mereka tiada ijazah perguruan.
Ada di antara mereka yang mengajar terus ke rumah. Ada pula yang tidak melepaskan peluang mengadakan kelas secara online.
Tidak kisahlah cara pengajaran apa sekalipun asalkan mendatangkan duit. 🤑
Ada seorang kenalan saya yang menjalankan kelas english secara personal dan income boleh mencecah 4-5 angka sebulan!
Sekiranya anda ingin bacaan lebih lanjut dan berminat untuk membuka bisnes home tuition, anda boleh klik pautan ini bisnes home tuition .
Buku yang sangat sesuai bagi mereka yang mahu membuka bisnes tuisyen dari rumah.
Baca Juga :- Cara Memulakan Perniagaan vending machine Step-by-step
5. FREELANCE WRITER

Menulis merupakan suatu kemahiran yang memerlukan banyak latihan. Selagi anda mempunyai minat nak belajar tidak mustahil anda akan jadi penulis yang baik.
Terdapat beberapa pecahan freelance writer ini seperti blog review, content writing, ghostwriting dan website copywriting.
Anda berkemungkinan besar akan dibayar tinggi sekiranya anda menulis tentang ilmu-ilmu teknikal, perubatan, teknologi, pemasaran, crypto/blockchain atau jualan.
Kalau anda nak pergi lebih jauh lagi dalam bidang penulisan saya suggest kan anda untuk dapatkan ebook Sukses writer. Buku ini menceritakan bagaimana anda boleh buat duit dengan hanya menulis. Sangat berbaloi kerana semua input yang terdapat dalam buku ini amatlah berguna.
Baca Juga :- Cara buat duit dengan menulis Ebook (passive income)
6. CONTENT CREATOR

Sebagai freelance content creator, tugas anda adalah untuk menaikkan branding dan awareness terhadap sosial media berkenaan.
Anda akan bekerjasama dengan syarikat untuk menghasilkan pelbagai jenis kandungan tentang produk mereka. Antaranya adalah engage dengan followers, strategi untuk update konten serta mengurus dan menjadualkan social media content.
Content creator tidak semestinya perlu mahir dalam ilmu teknikal fotografi dan videografi oleh kerana anda boleh gunakan phone sahaja termasuklah kerja-kerja editing.
Zaman sekarang adalah zaman tiktok. Jadi anda mesti berkebolehan untuk buat video pendek yang menarik dan mampu menaikkan engagement konten.
Senang kata nak jadi content creator ni perlu kreatif.
7. TRANSLATOR

Sekiranya anda menguasai lebih daripada satu bahasa dan mempunyai minat yang mendalam tentang penterjemahan, anda boleh ceburkan diri dalam bidang ni.

Di upwork, ada pelbagai jenis job yang anda akan temui. Ada yang memerlukan test terlebih dahulu sebelum syarikat tersebut melantik anda. Ada yang apply sahaja terus dapat job, dengan syarat anda telah lengkapkan maklumat anda pada profile.
8. PHOTOGRAPHER/VIDEOGRAPHER

Kerjaya sebagai seorang photographer/videographer boleh dikatakan masyuk juga. Bayangkanlah satu job wedding (nikah+sanding) anda boleh dapat sekurang-kurangnya RM 1K!
Tahun ini sudah tahun ke-6 saya menjadi jurugambar perkahwinan di syarikat saya SHOT THE BOX. Banyak dugaan dan cabaran yang telah saya lalui.
Nasihat saya yang baru-baru nak mula, kamera apa pun yang anda guna itu tak penting. Yang penting sekali adalah skill anda!
Ada sahaja saya kenal jurugambar yang menggunakan kamera beginner Nikon D5100 sahaja. Tetapi untungnya boleh mencecah lebih dari RM 2K selepas tolak kos album dan frame. Banyakkan?
Tatkala jurugambar lain sibuk menukar kamera serta upgrade gear lain, tetapi beliau improve skill dan menjalankan marketing secara gila-gila. Hebat!
Sebagai jurugambar, saya sangat syorkan untuk anda dapatkan ebook ini Panduan Memulakan Bisnes Fotografi sekiranya anda baru-baru nak cebur dalam bisnes fotografi ini.
Dengan hanya RM 30 sahaja anda dapat menimba ilmu dengan jurugambar yang professional serta berpengalaman.
Baca Juga :- 8 Tips power mulakan bisnes fotografi perkahwinan (pengalaman penulis)
9. VIRTUAL ASSISTANT

Tugas Virtual Asistant (VA) termasuklah mengurus e-mel, membuat atau menjawab panggilan telefon, kemasukan data, menguruskan media sosial, melakukan penyelidikan, menetapkan temu janji dan lain-lain lagi.
Kemahiran komputer sangat diperlukan dalam kerjaya VA kerana anda perlu banyak menggunakan software seperti microsoft words dan excel.
Bukan itu sahaja, anda perlu mempunyai disiplin yang tinggi, seorang yang responsif, bertanggungjawab dan boleh bekerja dengan cepat.
Kebanyakan orang yang menggunakan khidmat VA adalah untuk memudahkan kerja-kerja mereka oleh kerana masa mereka yang sibuk.
Lebih cepat anda buat kerja, lebih sayang mereka kepada anda.
Baca Juga :- 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Jana Pendapatan Pasif
10. DIGITAL MARKETER

Bukan semua peniaga online tahu untuk mempromosikan bisnes mereka kerana ia memerlukan skill yang khusus. Dan bukan semua orang ada masa untuk menaikkan nama bisnes mereka di internet. Oleh sebab itulah lahirnya freelance digital marketer.
Jika anda ada ilmu untuk membuat iklan FB ads, Google ads, maka ceburlah bidang ini.
Kesimpulan
Kat Malaysia ni ada je freelancer tetapi tak ramai yang buat. Seperti yang saya katakan tadi kerja freelance bukanlah suatu kerjaya yang glamour. Sebab itu ramai tak tahu.
Lagipun tradisi rakyat Malaysia lebih gemar untuk bekerja di pejabat sebab kita diajar dari kecil habis sahaja belajar akan terus bekerja.
Walhal banyak sumber income lain di luar sana yang lebih masyuk dan mempunyai kebebasan masa.
Tetapi tak salah pun sambil-sambil anda bekerja di pejabat tetapi buat freelance.
Dua income dalam satu masa. Lagi best!
Anyway saya nak ucapkan selamat maju jaya.
Gunalah potensi anda sebaik mungkin untuk buat duit.
Assalamualaikum
Jangan lupa share!